Setakat ni Mami masih lagi belum bergelar fully BF mom. Mami teringin sgt nak title tu. Tapi sampai ke hari ni Mami belum mampu nk fully BF anakanda kesayangan Mami tu. Dah macam2 Mami buat sumenye dgn niat & matlamat yang 1....nak banyakkan susu. Tapi hasilnye??? huhuhuu..kalo nak pikirkan give up, mmg dah rase cam nak give up pon. Tapi, bak kate Syahiziey Sam dalam filem Adnan Sempit, "Di mana ada kemahuan, di situ ada highway".. makanya, Mami terus positifkan minda, yakinkan diri bahawa one day pasti susu Mami akan mencurah2 cam mami2 yang lain. So, Mami keep trying ape aje yg Mami rase bleh membantu Mami untuk menjayakan impian Mami ni. Mudah2an berkat kerajinan, kesabaran & ketabahan Mami akan berbalas. Kalo nak tau, ini la di antara usaha ikhtiar Mami setakat ni:-
1. Minum banyak air kosong2. Makan sayur penggalak susu spt karet putih, sawi putih, brokoli, ulam pegaga etc
3. Makan ubat hormon
4. Minum air rebusan halba, air rebusan longan kering
5. Minum susu, soya
6. Ambik pil ASI, pil Lacta now try set Shaklee plak
7. Buat power pumping hari2
8. Pam setiap 2-3 jam
9. Berurut
10. Doa setiap hari
Ya Allah..permudahkanlah perjalanan penyusuan anakku. Kurniakanlah nikmat rezki susu yang melimpah ruah buat anakku. Amin ya Rabb..
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.