Monday, December 30, 2013

Hari-hari terakhir 2013

Tak lama lagi 2013 akan meninggalkan kita dengan 1001 kenangan yang manis dan mungkin juga kenangan pahit. Bagi Mami, 2013 ni tak banyak beza dengan tahun-tahun lepas yang lain. Dari skop kehidupan keluarga kecil kami, kami masih lagi bertiga dan belum ade tanda2 kami akan bertambah ahli keluarga...huhuhu..

Dari segi kerjaya, Mami masih lagi kekal dengan posisi yang sama dan di pejabat yang sama. Yang berubah hanyalah suasana kerja dengan kehadiran gantian staff baru di samping staff2 lama dan juga karenah pelanggan yang ada kalanya semakin mencabar dan betul2 menguji kesabaran dan kemampuan Mami.

Cuma yang mungkin yang akan terus tinggal kenangan dan menjadi sejarah sepanjang hayat Mami ialah tahun ni Mami kehilangan sorang ibu saudara (sebelah abah) - Allayarhamah Makcu yang Mami akan terkenang2, sorang sepupu (sebelah Abi) -Allayarham Hanif yang Mami belum sempat kenal, sorang bapa saudara (sebelah mak) - Allayarham Angah yang pastinya akan Mami selalu rindu dan juga sorang nenek saudara (sebelah mak)- Allayarhamah Opah Kati yang kelucuannya akan terus segar diingatan Mami. Alfatihah untuk mereka semua..semoga roh2 mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama Mukminin solihin..

3 bulan terakhir 2013 merupakan bulan ujian kesihatan Mami. Bermula dengan kisah gatal2 seluruh badan seminggu sebelum Raya Haji, bersambung pulak dengan sakit mata yang kronik dan belum sempat betul2 pulih, berdepan pulak dengan masalah calculi..Tapi Alhamdulillah..semua masalah pastinya berhikmah dan kini bila menghampiri saat2 akhir 2013, semua ujian kesihatan itu telah beransur pulih.

Pencapaian sepanjang tahun 2013 pun nampaknya takde yang super duper boombastik sangat. Jadinya azam Mami yang masih tertunggak tahun ini macam biasa akan di carry forward le ke tahun 2014 pulak..kikiki..
Cuma satu aje lagi tambahan azam untuk tahun 2014 ialah Mami nak menambahkan lagi umat Muhammad..mudah2an sebelum penghujung 2014 tercapailah semua hasrat Mami ini..amin.

shawqunnur.blogspot.com ®

Big Bad Wolf 2013

Big Bad Wolf..bunyi macam ganas je..Mula2 Mami memang tak tau pon apekebendenye bendalah BBW ni..Mami jakun?? Memang pon...pengakuan berani ni tau... Tapi dek kerana kawan2 Mami ni ghairah sangat dok bercerita pasal BBW tiap kali smpai musimnye membuatkan Mami jadi teringin sangat nak pegi pameran buku Serigala Jahat ni. Tapi tak pernah dapat peluang. Bila ajak Abi, macam berat je Abi nak pegi. Lagi pulak biasanya event BBW pada masa poket kami masing2 dah tandus..huhuhu..Tapi Alhamdulillah..pada 14.12.2013 kami berjaya jugak menjejakkan kaki ke BBW ni.

Dipendekkan cerita..Mami takkan serik utk ke BBW lagi jika ada lagi event ni pada masa akan datang. 2 jam Mami dok belek buku kat dalam Hall The Mines tu memang tak puas. Tapi mengenangkan kami mengejar masa sebab pegi pun unplanned kan...maka tak puaslah Mami bertawaf kat dalam Hall tu.
Geram wey....tengok buku2 yang giler babas murah!!! rasa nak beli semua je...

So, dalam masa 2 jam tu, ni ajelah buku2 yang sempat kami grab. Banyak gak..2 plastik beso yang bilangannye lebih kurang 20biji++ kami bayar dengan harga lebih kurang RM100 je..memang berbaloi2...

shawqunnur.blogspot.com ®

Air Tangan Mami#45


Sup Telur Puyuh dengan Labu
(12bulan++)

Bahan-bahan:-
1 mangkuk (20biji) telur puyuh yang telah direbus dan dikopek kulit
1 jurai labu manis (potong kiub-jangan terlalu kecil sebab labu mudah empuk & hancur)
Sedikit bawang besar
2-3 ulas bawang putih
2 inci Halia (diketuk)
Sedikit daun bawang (racik)
Semangkuk air/stok ayam/stok ikan bilis
Sedikit minyak
Garam (pilihan)

Cara penyediaan:-
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan, masukkan air, labu dan halia.
2. Bila labu sudah lembut, masukkan telur dan tabur daun bawang.
3. Perasakan dengan garam.
4. Tutup api. Siap.

shawqunnur.blogspot.com ®

Sunday, December 29, 2013

Air Tangan Mami #44

Kerutub Ayam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong kecil)
2 s/b rempah kari
2 s/b rempah kurma
500 ml santan
1 s/b gula merah
3 s/b minyak untuk menumis

Bahan kisar:
100gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas baswang putih

Cara penyediaan:-.
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah kari dan rempah kurma yang telah dibancuh terlebih dahulu. Kacau sehingga sebati dan rempah betul-betul masak.
3. Masukkan ayam. Biarkan sehingga naik minyak
4. Masukkan santan, gula dan garam.
5. Masakkan sehingga pekat dan ayam empuk. Siap.

shawqunnur.blogspot.com ®

Saturday, December 28, 2013

Air Tangan Mami#43


Puding Cendol

Bahan-bahan:
1/2 paket agar2 [20 gm]
3 gelas air
2 sudu besar gula pasir
1 cawan susu cair
2 cawan cendul
1 cawan gula merah

Cara Penyediaan:
1. Didihkan agar-agar, masukkan gula dan renihkan sehingga sekali lagi mendidih. 
Tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
3. Bahagian pertama, dimasukkan gula merah, didihkan dan tapis.
5. Kacau rata dn biarkan mendideh dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras sangat nanti adunan tidak melekat.
7. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendol.
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
9. Bila dah keras sekata, baru boleh dipotong2 & dihidang.

shawqunnur.blogspot.com ®


Haziq @ 1yr 11m (23mo)

Ho yehhh..sempena hari2 terakhir sebelum menjelang 2014 @ Haziq officially turns 2 (mengikut perkiraan tahun Masehi) Mami sedaya upaya try to get time to update his milestone as at 23mo..chaiyok chaiyok Mami!!! (nak membuktikan betapa super duper bizi sorang Mami ni tau..kikiki..)


Ok..tak payah nak mukadimah sangat, jom kita tengok apa milestone Haziq within this month. Macam biasa la..harus pi intai makcik babycenter la nak check tengok standard perkembangan budak seumur Haziq..tally @ tak dengan tahap tumbesaran Haziq..hihihi

Meh...kita go thru one by one..

How your toddler's growing
By 23 months, your child can probably hum and sing and say three-word sentences like "Bird fly high." Already an artist, she can probably
copy circles and create line drawings. So encourage her with a big box of crayons and plenty of paper. She's also beginning to understand opposites, like tall woman, short woman or big cake, little cake.

Betullah...dak kecik ni memang makin petah bercakap sekarang ni. Suka bertanya itu ini..pastu ulang2 kali cakap selagi apa yang dia cakap tu kita tak paham..
Bab melukis/menulis memang dah jadi hobi sekarang ni.. Tak cukup kat buku/kertas Haziq conteng, dinding..lantai pon dah jadi sasaran dia. Yang bestnye sambil melukis sibuk mulut dok pot pet2..ni Abi..Mami..Ajiq (Haziq)...Tatak (kakak)..Opah..Buah..Co (dinasour)..bla3..tapi yang kelakar tu sumenye bentuk bulat2 je..ohhh la anak..betul2 buat Mami rase nak nangis terharu..

Now you can have a real conversation with your toddler, you'll know if her speech and hearing skills are on track. 

Haziq dah boleh jadi 'kawan borak' Mami..oo yeah!!


If it seems as though your little one's growth has slowed down dramatically compared with her first year, you're right. The average child triples her birth weight by age one, but only gains 1.3 to 2.2kg (2.9 to 4.9lb) in the second year. By now, your toddler also looks much less like a baby. She's upright, she's mobile, she's active and her baby fat is melting away.

Berat Haziq masa lahir 3.54kg. Masa umur 1 tahun should be 3.54 x 3 = 10.62kg..tapi masa Haziq 1yr berat Haziq arround 9kg++ je..so, kategori yang sedang2 saje. Now berat Haziq dah 11.3kg..maknanya nak menyampai ke umur 2 tahun tak berapa hari je saja lagi ni, maka tercapailah garispanduan peningkatan berat badan sebanyak lebih kurang 2kg++
Alhamdulillah..
Apa2 pun yang penting Haziq sihat & cergas..membesar dengan pintar..

The way she holds her body and moves around has changed, too. The back-and-forth gait of a young toddler has evolved into a smoother, more coordinated stride. By their second birthday, most toddlers can pull toys behind them and carry things while they walk, and they will begin to run
 
Ohh..bukan maksud Mami nak puji anak sendiri..Tapi Mami berpendapat Haziq memang agak advance compared to baby lain yang sama umurnya. Umur 2 bulan dah boleh meniarap sendiri. 5 bulan dah laju menyulor..takde merangkak terus bangun berdiri & menyusur dinding..umur 10bulan dah mula tatih2..genap 1yr dah jalan laju
Kalo bab berlari, melompat ni memang dah master lama dah..tak dan umur 2 tahun kot..hihihi..

The good news is that your child is well able to understand the meaning of "no". When he was small, you had to rely on moving dangers out of reach. That's still good advice, but by now you should also be using your words and serious tone of voice to make it clear when his behaviour is not acceptable – opening up CD cases and ripping books, for example.

Budak dah beso kan...makin bijak & makin paham le..kata orang berpengalaman, masa umur2 Haziq ni budak dah 'makin cerdik'..so, sesuai lah dah boleh paham 'jangan'..

Nothing says "she's not so little anymore" like watching your child pedal around on a tricycle or a bicycle. Age two is a good time to buy one, especially if you have a physically active child who has already cracked running and has good balance.

Ye betul...Haziq no more a baby..Mami dah ade niat nak belikan Haziq basikal untuk 2nd bday prezen nanti..(ups...dah bocor rahsia..) nasib baik Haziq belum pandai baca entry ni lagi..kikiki..


Lain2 perkembangan yang Mami dok observe setiap hari antaranya:-

1. Haziq dah pandai cakap "sayang Mami" sambil peluk & cium Mami...huhuhuhu..melting ok!!
2. Tiru Mami buat kerja dapur..lap pinggan, potong2 buah, sayur..haish..pantang lepa kot dengan pisau..
3. Dah boleh kenal jenis2 buah, sayur, binatang & certain benda..
4. Suka berimaginasi..bercakap sorang2 bila main sendiri..
5. Dah boleh cerita 'rasa' makanan./minuman..macam manis, masam,masin..
6. Pandai bergurau & mengusik..lagi2 dengan budak yang cengeng/suka nangis..memang jadi 'bahan' dia la..
7. Dah ada favourite baju..tau ekspresi citarasa..nak pakai baju boboiboy la..ultraman la...
8. Sangat obses dengan telur..kalo nak tengok Haziq makan banyak..senang aje..goreng aje telur..kikiki..

Inilah sedikit sebanyak tahap tumbesaran Haziq setakat ni. Alhamdulillah..makin hari makin cerdik. Dengan keletahnya yang sangat menghiburkan hati Mami & Abi. Syukur ya Rabb di atas kurniaanMu..ahli syurga kami yang paling berharga..Semoga Haziq terus membesar, dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik dan semakin pintar..amin.

Kakyong bertocang, dia pon nak jugak..haish...

Abg Ilham & Haziq..sian Ilham..asyik 'kena' je dengan Haziq..ish..kadang2 Haziq ni terover 'nakal' jugak..adoi...pening Mami..

Nak mandi kolam...besen seciput je Mami bagi..jadi lah....
(kesian, tapi adakalanya Mami perlu bertegas tanpa terlalu memanjakan Haziq demi kebaikannya jugak)


shawqunnur.blogspot.com ®

Sunday, December 15, 2013

Haziq @ 1yr 10mo (22mo)

Ikut kiraan tahun masihi, 1 Nov lepas genap usia anak Mami 22bulan @ 1thn 10bln..oh..tak lama je lagi Haziq akan menginjak ke usia 2 tahun. Cepatnya masa berlalu. Tiba2 mami rasa rindu sangat zaman Haziq masih baby..emm

Anak bujang Mami yang sorang ni memang tak banyak karenah. Dari bab penjagaan, makan, perangai memang sorang budak yang baik sangat sejak baru lahir sampai sekarang. Alhamdulillah..memang mudah Mami menjaganya. Kadang2 bila Mami berborak2 ngan kawan2, macam2 karenah anak2 diorang..ada yang sejak lahir nangis sampai lepas pantang baru ok, ada yang asyik keluar masuk hospital sebab semput, ada yag anaknya asal nak alih bulan aje mesti demam teruk, ada yang jenis cerewet puting susu, cerewet susu, cerewet makan, dah besar cengeng aje kuat nangis..mak oii...macam2 la.. Tapi Mami syukur sangat sebab anak Mami tak macam tu (except masa 2 bln pertama lahir Haziq takmo direct feed ngan Mami)..Senang citer, Haziq memang cool lah..!!

Ok enough pasal feeling2..now we move on to Haziq's milestone as at today. Apa guideline yang Baby Center update utk budak seumur Haziq ni??

# Vocabulary consists of about 20 words
hehehe..jom kira vocab Haziq..
1.Ami/mimi (Mami)
2. Abi
3. Abang
4. Atid (adik)
5. Tatak (kakak)
6. Opah
7. Tok
8. Acik (pakcik)
9. mamam (makan)
10. dap (sedap)
11. haer (air)
12.Ti (roti)
13. buah
14. Yi (cili)
15. Dash (pedas)
16. Nash (panas)
17. Juknye (sejuknya)
18. gigi
19. angan (tangan/jangan)
20. nanak (taknak)
eh..betullah..lebih 20words vocab Haziq

# Can also combine a couple of words to ask questions or make statements.
 Alhamdulillah..part yg combine2 words ni pon dah lama pass.

# Begin to mimic the tone of your speech. When you exclaim, "Oh my goodness!" or "Stop that!" or "Thank you!" she'll repeat it with a similar inflection.
Haah..betoi3..memang siap dengan gaya sekali dia tiru Mami..kah3..macam comel jer..

# Should be able to name 5 or more of his body parts or point the right place of it when pointing
1. gigi
2. ne (telinga)
3. yut (perot)
4. pipi
5. te (mata)
6. nan (tangan)
7. ki (kaki)
ohhh..lebih daripada 5...

# Enjoy singing nursery rhymes
Since baby kot Mami dah mula nyanyi2 nursery rhymes ni..memang suka sangat la..lagi2 lagu Skida marink, O'Mc Donald, Twinkle2 Lil' Star...tu lagu omputih la..kalo lagu2 yang islamic pon Haziq suka jugak..macam Ya Hanana, Ya Rabbibil Mustofa, Nasyid kanak2...yg paling best skg ni dok sibuk layan lagu Tegar pulak..haish...

# Try to repeat some of the song and even attempt to carry the tune
Part yang ajuk2 ni besenya zikir2 tu la..selalunya Haziq memang akan ikut sekali berzikir bila dengar zikir2 kat TV/Radio or even Mami/Abi yang berzikir...Doa2, bersyahadah, bacaan surah Alfatihah pon dah boleh ikut sekarang ni..alhamdulillah..

# Love to look at books and pretending to read it himself, labeling familiar objects, know the right position of holding a book & able to recognize some pictures even when the book's flipped over.
Isy..memang betoi sangat ni..alhamdulillah Mami & Abi memang berusaha sehabis baik mendidik Haziq supaya cintakan ilmu.

2. begin to have very particular ideas about what he wants to accomplish, eg: riding his tricycle down a specific path or fitting together all the pieces in a puzzle in one sitting. he'll be pleased when he's successful and frustrated when he's not.
Ni pon betul gak..budak Haziq ni sejak kecik kot dah ade sikap determination ni. Bila nak buat sesuatu dia seboleh-bolehnya akan cuba sampai berjaya...tak mudah give up..(moga Haziq terus kekal dengan sikap +ve ni..amin)

Saya dah besar..alhamdulillah..
shawqunnur.blogspot.com ®