Saturday, January 3, 2015

Entry manja2...Apa khabar 2015?

Cakkk!!! Ohohohoho....3 bulan blog ni sepi. Jangan kata nak update entry...nak menjenguk pon macam tak berkesempatan..aduhai...dah gaye PM lagaknye..busy bebenor....

Dah tu nak buat camne?? Mami biasanya berpeluang nak update story bila di opis je sebab bila di rumah, dengan tugas2 hakiki sebagai Mami & isteri yg berkarier memang hampir tiada ruang untuk Mami untuk menghadap pc semata2 nak update blog ni. Ditambah pulak terpaksa berebut pc dengan anak bujang yang bijak tu (gen Z le katakan...) lagilah membuatkan Mami jadi malas nak update blog kat rumah..Sudahnya terpinggirlah sekejap 'kesayangan Mami' ni...huhuhuhu....

Tapi hari ni Mami kembali... Dalam kepala ni memang banyak sangat benda yang Mami rasa nak share kat sini. Insya Allah Mami cuba tulis satu per satu... Cerita dah basi pon tak kesahlah kan..janji Mami abadikan jugak kat sini untuk kenang2an...

Ok..back to the point..Hmmmm..hari ni dah 3 Jan 2015. Tahun baru..Macam biasa 1st thing yang akan Mami ingat bila masuk tahun baru ialah birthday si bujang Mami, Haziq.. Tahun ni merupakan tahun ke-3 kehadirannya dalam hidup kami..Insya Allah nanti Mami buat entry khas tentang Haziq 3 tahun.
3 tahun lepas..
 Sekarang...

Next.. pastinya tarikh 25 Jan...tarikh keramat Mami yang akan sentiasa Mami ingat sampai mati..Wedding anniversary Mami & Abi yang masuk tahun ke-6 tahun ni. Insya Allah yang ni pun Mami akan buat 1 entry khas bila tiba masanya nanti.

Lain2 perkara tentang Januari...pasti birthday adik bongsu Mami yang akan menginjak usia 20 tahun tak lama lagi...

Ohh..not to forget azam Mami untuk 2015..Di samping lain2 perkara yang positif, Mami berdoa dan berharap dapat menambahkan lagi ummat Muhammad pada tahun ni. Lelaki @ perempuan Mami tak kisah, asalkan sihat sempurna itu sudah cukup buat Mami & Abi (tapi kalo dapat gugurl, itu adalah bonus untuk kami semua)..Insya Allah...

notakukukakikanan: Mami sambut tahun baru kali ni dengan tahap kesihatan yang merudum..Batuk teruk tahap tak bermaya 1 badan...ohhh...sakit penghapus dosa...moga Mami terus sihat lepas ni..amin

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, September 25, 2014

Lotus Birth???

Semenjak akhir2 ini newsfeed di FB Mami banyak mem'promosi'kan tentang LOTUS BIRTH. Pada mulanya Mami fikirkan ini adalah salah satu style/posisi untuk melahirkan baby..(kikiki...naifnye la Mami ni..) Namun, setelah Mami mula menekan search button pakcik google, barulah Mami tau apalah yang dimaksudkan dengan Lotus birth ni. Jom kita kaji sama2. 

Apa itu Lotus Birth?
Secara amnya, Lotus Birth adalah satu amalan selepas melahirkan bayi di mana tali pusat bayi tidak dipotong, malah dibiarkan terus bersambung bersama-sama uri sehingga kering (lebih kurang 3-10 hari atau lebih) dan akhirnya terlucut sendiri daripada pusat bayi. Amalan ini dikatakan kurang popular di peringkat dunia malah tiada kajian yang agak serius mengenai perkara ini kerana ianya hanyalah amalan tradisi turun-temurun yang terdapat di dalam ajaran Buddha. Hal ini mungkin ada kaitan dengan kelahiran Siddhartha Gautama yang boleh berjalan sebaik saja dilahirkan, dan setiap langkahnya menghasilkan bunga teratai. Prinsip Lotus Birth ini lebih kepada memberi ruang terhadap pencegahan iaitu dengan pengurangan jangkitan kuman (akibat luka tali pusat yang dipotong) terhadap bayi sebaik sahaja dilahirkan mampu mencegah penyakit pada masa hadapan (apabila bayi kemudiannya dibesarkan dengan amalan pemakanan yang baik).

Uri @ Plasenta adalah 'teman rapat' bayi selama 9 bulan bayi dalam kandungan dan 'teman rapat' ini dipercayai boleh terus memberi faedah kepada bayi walaupun selepas kelahiran kerana amalan Lotus Birth akan memberi manfaat kepada bayi untuk mencukupkan bekalan antibodi dan imunisasi yang diperlukan oleh bayi sehingga dia tidak memerlukan lagi imunisasi tambahan.
Kenapa Lotus Birth?
1. Mengelakkan jangkitan
Menurut Mary Ceallaigh (penyokong Lotus birth dan juga seorang bidan), amalan Lotus Birth ini amat bagus kerana dapat mengurangkan peluang jangkitan kuman kepada bayi yang baru lahir kerana tiada luka terbuka yang terhasil akibat daripada pemotongan tali pusat bayi.

2. Darah tali pusat kaya dengan antibodi
Amalan membiarkan uri bayi terus tercantum dengan tali pusat adalah satu tindakan yang dapat membantu pengaliran darah tali pusat (cord blood) yang kaya dengan zat antibodi yang mana antibodi ini sangat diperlukan oleh setiap bayi sepanjang proses tumbesarannya kerana sistem imunisasi bayi akan sering berubah-ubah semenjak dilahirkan. Mereka yang mengamalkan Lotus Birth juga percaya bahawa amalan ini memberi jaminan 100% bahawa bayi akan mendapat jumlah aliran darah yang optimum yang biasanya diperlukan oleh seorang bayi.

3. Bayi lebih selamat
Tidak dinafikan amalan Lotus Birth dipandang janggal oleh kebanyakan orang. Bagi yang memilih tradisi ini secara tidak langsung memberi sedikit kelabihan di mana bayi akan lebih selamat daripada menjadi 'mangsa cuitan' mereka yang datang berziarah kerana keadaan bayi yang masih bersambung dengan uri cukup untuk membuatkan si pelawat akan berfikir 2 kali sebelum memberanikan diri untuk memangku/mengendong/mencuit-cuit bayi tersebut.

4. Lebih cepat tali pusat tertanggal
Proses penanggalan tali pusat bayi selepas dipotong biasanya mengambilmasa 5-14 hari, malah mungkin lebih bergantung kepada tahap kekeringan tali pusat tersebut. Amalan Lotus birth dipercayai membantu mempercepatkan pengeringan tali pusat yang seterusnya menyebabkan tali pusat tertanggal daripada pusat bayi seawal 3 hari.

5. Tumbesaran otak
Amalan Lotus Birth diyakini mampu untuk memindahkan secara purata 100mL sel darah merah yang amat diperlukan oleh bayi yang mana ini akan menyumbangkan kepada potensi perkembangan otak bayi terutama pada tahun pertama yang sangat kritikal.

6. Mengeratkan ikatan kasih sayang
Secara amnya semasa diawal kelahiran, seorang bapa (malah ahli keluarga lain yang rapat) akan terlihat sentiasa mendampingi si ibu dan bayinya bagi membantunya yang masih lagi di dalam proses pemulihan. Dengan amalan Lotus Birth, hal ini sedikit sebanyak membantu memupuk kasih sayang yang lebih erat dikalangan ahli keluarga yang terlibat kerana pusat bayi yang masih bersambung dengan uri memerlukan penjagaan khusus yang mana ibu dan bayi biasanya tidak mampu untuk menguruskan sendirian melainkan dengan bantuan daripada si bapa atau ahli keluarga yang lain. 

Cara-Cara Pengendalian/Penjagaan Uri & Tali Pusat
Masyarakat yang mengamalkan Lotus Birth ini pada kebiasaannya sebaik sahaja uri dikeluarkan daripada rahim ibu, mereka akan:-

1. Membasuh uri tersebut dan meletakkan di dalam tapisan selama beberapa ketika untuk mengeringkannya.

2. Uri dan tali pusat akan dibilas dengan air suam untuk kali kedua untuk membersihkan saki-baki kotoran yang masih melekat, kemudian dilap dengan menggunakan tuala.

3. Minyak pati aroma terapi akan direnjis2 ke atas uri sambil diurut2 lembut (kerana uri pada kebiasaannya sedikit 'berbau') dan kemudiannya akan disaluti dengan serbuk Rosemary. Serbuk Rosemary juga ditabur secara merata di pangkal pusat bayi bagi mempercepatkan proses pengeringan. (Serbuk Rosemary akan ditabur selang sehari atau setiap kali lampin alasnya ditukar sehingga pusat bayi gugur)

4. Uri yang telah berbau 'harum' itu kemudiannya akan diletakkan di dalam bakul/mangkuk/tapisan yang terlebih dahulu dialas dengan lampin. Namun, ada juga yang mempraktikkan dengan cara membalut uri tersebut dengan kain kapas sementara tali pusat pula akan dililit dengan riben kain kapas atau sutera, kemudian akan meletakkan uri yang telah berbungkus tadi di dalam mangkuk/tapisan. 

Fakta yang perlu anda tahu
Menurut Dr. James Van Hook, seorang Pengarah Perubatan Ibu & Anak (Maternal Fetal Medicine), Pusat Perubatan University Cincinnati, bahawa melewatkan pengapitan/pemotongan tali pusat membolehkan sel-sel stem darah yang mengandungi imunoglobulin (yang sangat baik untuk membantu bayi melawan jangkitan) dapat dialir masuk ke dalam tubuh bayi dengan lebih banyak. Walaubagaimana pun, teori ini hanya terpakai jika dilakukan dalam tempohmasa beberapa minit sahaja dan bukannya beberapa hari seperti yang dipraktikkan di dalam Lotus Birth.   Selain daripada itu, sehingga kini tidak ada bukti yang jelas mengenai manfaat kepada kesihatan bayi disebalik amalan Lotus Birth ini. Malah, belum ada lagi bukti saintifik mengenai hal ini. Sebahagian saintis yang mengambil darah dari tali pusat sebagai kajian stem cell yang dianggap sebagai bidang baru.

Seorang jurucakap O&G Maktab Tentera (Royal College of Obstetricians and Gynaecologists (RCOG)) turut menyatakan bahawa uri yang dibiarkan terus bersambung dengan bayi selepas kelahiran untuk satu tempoh masa yang lama bakal mengundang risiko jangkitan (dalaman uri) yang seterusnya boleh merebak kepada bayi kerana uri seperti yang diketahui mengandungi darah yang mana darah daripada uri akan terus mengalir ke dalam badan bayi melalui tali pusat sejurus kelahiran dan akan menjadi tisu yang mati selepas beberapa ketika. Oleh itu, adalah disarankan bagi mana-mana bayi yang dipraktikkan Lotus Birth dipantau dengan lebih teliti untuk mengelakkan sebarang jangkitan tersebut.
Lotus Birth & Hukum Fiqh 
Secara umumnya, amalan pengendalian uri tidak ada diperbahaskan di dalam kitab2 sunnah kerana ianya lebih kepada adat amalan budaya tertentu yang tiada sandaran dari asSunnah.

Namun, menurut Sheikh 'Abd al-Rahman al-Jar'i, seorang Professor di Universiti king Khalid, Abha, uri bayi adalah sebahagian dari badan wanita. Ia sepatutnya dikebumikan (diuruskan) sebagaimana bahagian badan lain yang dikebumikan apabila ia telah dipotong.

Pandangan lain pula ada menyatakan bahawa uri adalah sama seperti darah yang dianggap sebagai najis jika telah keluar/terpisah daripada keadaan asal (di dalam badan).

Manakala Dr. Zubaidi Hj Ahmad pula berpandangan bahawa uri adalah organ yang dibentuk di dalam rahim wanita bersama-sama dengan janin yang bertujuan untuk pengambilan makanan dan oksigen dari ibunya. Selain itu bahan-bahan kumuh dan toksik dari janin turut dikeluarkan melalui uri yang diserap oleh ibu agar dapat dibuangkan dari tubuhnya. Dengan yang demikian, uri dianggap sebagai sebahagian dari organ yang mana selepas proses kelahiran, uri yang tidak lagi berperanan akan dikeluarkan malah dianggap sebagai organ yang telah mati dan hukumnya adalah najis (sama seperti anggota badan lain yang terputus dari tubuh badan).
Pendapat peribadi tentang Lotus Birth
Pada pendapat Mami, Lotus Birth adalah lebih kepada amalan tradisi budaya tertentu yang orang Islam TIDAK sepatutnya contohi dan ikuti. Memandangkan uri telah dihukumkan sama seperti anggota badan yang lain yang akan menjadi najis apabila terpisah daripada tubuh, maka sebaiknya selepas kelahiran, tali pusat bayi dipotong dengan segera dan uri yang telah terpisah harus diuruskan dengan sempurna tetapi tidak perlulah berlebih-lebihan, contohnya dibasuh dengan asam jawa, limau nipis, diraikan dengan upacara karut-marut dan sebagainya.


Beginilah rupa uri yang didakwa sebagai 'kembar bayi' tapi sebenarnya tak wujud pun istilah kembar bayi ni.

Sumber:

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, September 22, 2014

Haziq warded lagi #2 @ UMMC

Baru2 ni (12/9/2014) Haziq sekali lagi terpaksa warded sebab dehydrated due to Acute Gastroenteritis (AGE) (sakit perut cirit-birit & muntah2).

Alkisahnya pada hari Selasa (9/9/2014) Mami sengaja hantar Haziq ke rumah Mami Yang instead of ke rumah Nenek (BS) sebab kebetulan Opahnya ada. Nak bagi peluang Opah & cucu bermesra. Daripada awal pagi sehingga ke petang Haziq ok aje. Cuma menjelang petang Haziq mula mengadu sakit perut dan kemudiannya muntah2. Keadaan bertambah 'teruk' menjelang maghrib bila Haziq kemudian cirit-birit pulak. Bimbang Haziq akan dehydrated, kami pun bawak Haziq ke klinik malam tu. Alhamdulillah doktor yang merawat bagitau Haziq cuma muntah2 biasa, agak sedikit dehydrate tapi tak perlu refer ke mana2 hospital since Haziq masih lagi nampak pink & aktif. Cuma kami perlu repeat balik untuk ujian darah sekiranya sakit masih berlarutan. Lepas makan ubat, Haziq terus terlena sampai esok pagi.

10/9/2014 (Rabu)- Mami EL hari ni sebab nak pantau kesihatan Haziq. Rasa macam tak best pulak nak hantar Haziq ke rumah Nenek dalam keadaan tak sihat begini. Takpelah Nak..Mami berkorban utk awak. Haziq dah tak muntah2 lagi (mungkin sebab Mami bagi dia ubat tahan muntah) tapi masih lagi cirit-birit. Selera makan memang kurang. Jadi, setiap kali tanya nak makan/minum laju je Haziq akan menggeleng kepala sambil cakap 'tak nak'. Air yang hanya boleh Haziq minum cuma Yakult. Beriya Mami buat bubur nasik akhirnya Mami juga yang kena habiskan. Takpela Haziq..dah takde selera..dipaksa2 kang muntah pulak. Sepanjang hari Haziq cuma melayan youtube menonton cerita Ultraman.

11/9/2014 (Khamis) - Hari ni Opah akan balik semula ke kampung. Hati Mami memang agak berat untuk menghantar Haziq ke rumah Nenek memandangkan Haziq masih lagi belum sembuh. Tapi apakan daya, Mami terpaksa bekerja membantu Abi. Sebelum 8.30 pg Mami dah mula meredah Federal Highway untuk ke pejabat. Tetapi mengenangkan Opah yang akan balik ke kampung pagi tu, Mami ambil keputusan untuk singgah sekejap di rumah Mami Yang untuk berjumpa dengan Opah. Dalam perjalanan Mami rasa tak sedap badan. Perut sakit menyucuk2, kepala terasa berat. Sampai di rumah Mami Yang, Mami mula muntah melambak2, kepala berdenyut2 & cirit-birit. Mami ambik keputusan untuk MC saja. Haziq yang pada mulanya nampak ok mula merengek2 sakit perut & muntah2 di sana-sini. Mami terpaksa menjaga Haziq dalam keadaan Mami sendiri pun masih sakit. Ya Allah memang rasa nak pitam!! Mami sampai merayu mintak Abi segera balik ke rumah selepas habis office hour (Abi berhajat untuk menziarahi jenazah kawan sepejabatnya yang kebetulan meninggal dunia pada ptg itu, dijangka jenazah akan dikebumikan pada malam itu jugak). Alhamdulillah, Abi selamat sampai ke rumah sebelum pukul 7 mlm. Mami mintak Abi belikan makanan untuk kami berdua memandangkan Mami sejak pagi belum makan apa2. Akhirnya selepas makan, Mami mula bertenaga. Sakit kepala & perut beransur2 hilang. Keadaan Haziq pulak nampaknya makin serius. Haziq nampak lemah selepas beberapa kali muntah2. So, takkan nak biar gitu je kan??  

Selepas solat Maghrib, Mami & Abi pon bawak la Haziq kat Klinik kesihatan kat belakang rumah ni. Bila bagitau aje kat doktor segala bagai, maka doktor request buat blood test & urine test (urine test tak boleh nak buat sebab Haziq takmo kencing). Dipendekkan cerita, blood test found out that Haziq punya darah dah makin memekat sebab kekeringan air dalam badan. Doktor suruh refer hospital. Malam tu buat pertama kalinya kami berdua dihantar terus ke wad kecemasan Pediatrics dengan ambulan..mak aihh..

Kat wad kecemasan kami menunggu daripada 9 mlm sampai 2 pagi baru Haziq di'transfer' ke wad (Lebih 5 jam tu..Sabor ajelah!!). Alhamdulillah keadaan Haziq tak sekritikal masa 1st admitted April lepas, Lepas drip air 1 botol, Haziq dah mula nak makan. Nampak aktif. Jam 4.30 ptg esoknya Haziq dah boleh discharged. Syukur takde ape2 yang serius. Cuma Mami agak pelik bila doktor tiba2 bagitau Haziq kurang Vitamin D. Hmmm..Mami kena study ni..!! 

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, September 4, 2014

TTC#2 M.A.B... part ii

Kesinambungan daripada entry yang lepas, hari ni Mami nak berkongsi lagi keterujaan Mami dengan MAB yang pada perkiraan Mami sangat serasi dan berpuas hati dengan keberkesanannya.. Insya Allah.

Sepertimana yang Mami dah pernah cerita sebelum ni, Mami start ambil MAB pada hari ke-3 haid bulan lepas dan Alhamdulillah Mami sangat konsisten mengambil MAB ni sehingga habis 21 biji. Sepertimana yang dimaklumkan kepada Mami sebelum ini, selepas habis 21 biji MAB, Mami perlu rest untuk 7 hari sebelum meneruskan pengambilan botol berikutnya. Ini adalah kerana dalam tempoh 7 hari itulah sepatutnya kitaran haid yang baru akan bermula yang mana kedatangan haid dalam tempohmasa ini menunjukkan bahawa rahim telah kembali subur dan tahap keseimbangan hormon menjadi normal. 


Alhamdulillah..dengan izin Allah yang Maha Pemberi Rahmat, Mami bersyukur dengan impak positif yang Mami dapat hasil daripada pengambilan MAB ini. Mana taknya, selesai sahaja botol pertama, kitaran haid yang baru terus bermula. Biarpun secara jujurnya ada sedikit kecewa (sebab belum berjaya conceive kan), tapi hikmah disebaliknya membuatkan Mami bersyukur sebab sekurang2nya kitaran haid yang selama ini tintong sudah kembali ke landasan yang betul. Mudah2an dengan perubahan yang positif ini, usaha Mami untuk conceive 'baby girl' impian si Abang Haziq (dan juga Mami Abi) akan menjadi lebih mudah..amin.


Mami akan terus meng'update' tentang kesan MAB ini dari semasa ke semasa..

Maajun Anggun Bistari (MAB)

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, August 27, 2014

TTC#2-Maajun Anggun Bistari (MAB)

Hamboi..tengok tajuk tu.. Dah tak payah teka-teki lagi. Straight to the point sungguh..hihhihi. Whatever la kan...janji sampai maksudnya.

Ok, entry yang lepas Mami dok cerita pasal strategi Mami berkenaan dengan cara untuk memperbetulkan kitaran haid. Kitaran haid yang teratur memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk conceive sebab secara asasnya tahap kesuburan wanita itu boleh berpandukan kepada tahap keseimbangan hormonnya yang pada amnya dinilai daripada kitaran haid yang teratur. Semakin teratur kitaran haid seseorang wanita itu, maka semakin mudah baginya untuk merancang kehamilan.

Sepertimana yang telah diceritakan di dalam entry sebelum ini, Plan A Mami dengan GLA Shaklee nampaknya terpaksa digagalkan. Plan B dengan Homeopati juga nampaknya tak berhasil. Selepas 6 minggu Mami secara istiqamah mengamalkannya, haid masih tidak keluar pada waktu yang sepatutnya. Malahan Mami dapat berpuasa penuh sepanjang Ramadhan lalu dek kerana tiada haid. Jadi, Mami membuat keputusan untuk tidak lagi mengamalkan homeopati ini.

Plan C, semestinya dengan Maajun Anggun Bistari (MAB). Mami pertama kali dengar pasal MAB ni daripada BFF Mami (yang sekarang telah berjaya preggy anak ke-3 setelah TTC if not mistaken selama 1thn). Tapi masa tu Mami dom try GLA..so, takmo la campur2. Orang kata nak try & error one by one. Then, officemate Mami aka teman TTC Mami (member Mami ni dah kawen almost 6 tahun tapi belum rezeki berzuriat) pulak dok bercerita tentang MAB ni. Dia baru ambil nak masuk botol ke-3. Katanya semenjak dia amalkan MAB haid dia dah kembali lancar. Sebelum ni, darah keluar sikit2 & pernah 2-3 bulan takde haid. Alhamdulillah semenjak berMAB, masalah haid dah hampir pulih & mudah2an ada rezekinya untuk mendapat zuriat selepas ni..amin. 

So, bertitik tolak daripada itulah, Mami mula tergerak hati untuk berMAB. Kebetulan MAB yang diorder sampai pada hari ke-3 haid, so, tak payah nak bertangguh2 lagi terus Mami mulakan pengambilannya. Mami dah mula merasa kesan positif MAB pada hari ke-3 pengambilan di mana darah yang sebelum ni seperti segan2 nak keluar akhirnya terus melimpah-ruah. Dah berbulan2 Mami tak rasa haid yang lancar. Jika sebelum ini pantyliner yang kecik nipis itu sudah cukup untuk menampung aliran darah (spotting je sebenarnya), tapi kali ini 1 pad size maxi perlu ditukar 2-3 jam sekali dek kerana aliran darah yang terlalu banyak. Alhamdulillah..syukur.. 

Untuk makluman, pada dasarnya MAB dihasilkan sebagai ubat untuk menjarakkan kehamilan atau merancang keluarga. Walaubagaimana pun, dengan aturan pengambilan yang tertentu, MAB juga boleh digunapakai sebagai usaha untuk mendapat zuriat dengan cara memperbaiki kitaran haid & menyuburkan peranakan.

Cara pengambilan untuk ikhtiar zuriat:-
1. Mulakan 1biji pagi/malam pada hari ke-3 atau 4 @ 5 haid. Jika tidak didatangi haid (kes haid tak datang berbulan2), boleh terus ambil MAB. Makan MAB setiap hari sehingga habis 1 botol (21 hari)
2. Rehat 7 hari. Haid sepatutnya  keluar dalam jangkamasa ini.
3. Mulakan pula dengan botol ke-2 sehingga habis 21 biji.
4. Rehat 7 hari..Mulakan dengan botol ke-3 sehingga habis 21 biji. 

Biasanya selepas botol 3, kitaran haid yang tintong akan kembali teratur. Bila kitaran haid dah ok, so, masa untuk "pulun'..paham kan?? hihihihi... Tapi jika nasih belum teratur, teruskan pengambilan sehingga kitaran haid menjadi normal. (Berdasarkan pada broucher yang Mami baca, biasanya paling lama haid akan kembali normal dalam jangkamasa 6 bulan).

Namun, ada juga kes yang terus hamil (dengan izin Allah yang Maha Kuasa) walaupun hanya dengan pengambilan botol pertama. So, sebagai langkah berwaspada, Mami akan membuat UPT dulu pada hari ke-7 sebelum nak mulakan botol ke-2 jika within gap 7 hari tu masih tiada haid. Siapa tau kan, tak datang haid tu sebab dah 'berisi'? hihihihi..Insya Allah..mudah2an..amin.. 

MAB..murah sangat..RM18 je..berkali2 ganda murah daripada GLA & Homeopati. Moga2 Mami serasi dengan MAB.

 
Gini lah rupa paras MAB tu..Sedap tau rasanya..manis2 gitu..Makan sebiji rasa macam nak habiskan terus 1 botol..kikiki..melampau uolls...

Cukup dulu sekadar ini. Mami akan kongsi lagi Mami punya testimoni MAB selepas complete botol pertama ini nanti, Insya Allah.. 


shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, August 26, 2014

Entry warming up..Open House kite...

Semenjak dua menjak ni rasa rinduuu yang teramat sangat nak update blog. Tapi macam masa tu terlalu cemburu sampai jangan kata nak update, nak jengah2 pun tak berkesempatan..Ohh..kesian blogku ini.. Almaklumlah..mood raya katakan.. dok ber'open' house ajelah tak habis2..pagi, petang, siang, malam, hampir setiap hari kenyang dok makan kat open house je..Alhamdulillah...murah rezeki mereka yang menjemput kami..

Bercerita pasal open house gak, tahun ni kami sekeluarga pun turut mengambil kesempatan mengadakan open house secara kecil2an pada 16/8/2014 lepas setelah 2 tahun menyimpan niat. Yelah..sebelum ni Haziq kan kecik lagi, so, tak beranilah kami nak organize event cam ni. Last event yang kami buat pun masa sambutan 1st birthday dia, itu pun banyak dibantu oleh Mak yang susah payah datang dari kampung..huhuhu..TQ Mak. 

Berbalik pada cerita asal, actually kami memang tak plan pun. Cuma lepas dok timbang2, pikir2 rasa macam ok lah..why not we just try. So, Mami pon start la susun plan..set tarikh, masa, menu & jemputan. Alhamdulillah berjaya. Menu simple je, main course bihun sup & nasi goreng cina + keropok, sampingan ada kuih tako, cucur badak, dadih, nugget, sotong ball & buah tembikai. Minuman sejuk, Mami buat Sirap kenduri & minuman panas, Mami sediakan Teh Arab. Lepas tu ada pulak tambahan kuih Keria hadiah daripada tokey kuih, Pakcik Rombau, Adik Mami, Ecah hadiahkan Triffle & Apam Polkadot & CikJa pulak dengan Agar2 Laici & Kek Pisang. Meriah betul makanannya. Plan asal nak goreng fries & nugget buat tambah2 tapi memandangkan makanan sedia ada pon dah banya, maka tak jadilah nak menggoreng.

Jemputan pulak of coz jiran2, keluarga terdekat & kawan2 rapat je. Kawan Abi lah yang paling ramai. Kawan2 Mami yang dijemput cuma BFF yang dalam wassap grup je.. Tapi sedihnya sorang pun tak datang..isk..isk..isk... Mami sengaja tak jemput officemate Mami sbb hari yang sama Mami tengok kat notice board office tu dah berderet jemputan utk diorang. Biasanya kalau dah gitu keadaannya diorang takkan datang punya ke rumah Mami sebab jemputan yang diorang dapat tu mostly yang dekat2 dgn rumah diorang je. Insya Allah ada rezki buat majlis lagi akan datang baru Mami jemput diorang.

Dipendekkan cerita, majlis kecil2an kami nampaknya berjaya. Makanan pon tak banyak berlebih. Alhamdulillah..secara keseluruhannya kami berpuashati biarpun ade sedikit technical error pada permulaan majlis disebabkan tetamu yang datang terlebih awal sebelum sempat makanan terhidang sempurna.

p/s: Gambar tak sempat nak snap. So, takde attach pic la ye..


shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, August 6, 2014

Syawal 1435H (2014M)

Biar pun dah masuk 10 Syawal , rasanya belum terlewat lagi kot nak ucapkan 'eid mubarak..taqabbalallahu minna wa minkum..kullu 'aam wa antum bikhair..

Alhamdulillah..Syawal kali ini kami sambut dengan sederhana. Yang paling penting prime time yang perlu diluangkan untuk familiy sangat2 dimanfaatkan sehabis baik.

25.7.2014 Mami mula bercuti dan terus balik kampung. Perjalanan balik kampung Alhamdulillah smooth, cuma ada 1 2 tempat yang sedikit jammed disebabkan kemalangan. Kami merancang untuk keluar seawal mungkin, tapi perancangan Allah mahukan kami lewatkan sikit memulakan perjalanan. Akhirnya jam 8.00 mlm kami selamat tiba di kampung Mami selepas 5 jam mengharungi pemusafiran.

Terasa puas betul bila dapat menghabiskan sisa Ramadhan dengan beriftar, bersahur & berterawih bersama-sama Mak Abah. Jika pada tahun2 lepas hanya mampu untuk bersahur & iftar 1-2 kali saja, tapi kali ni kami dapat lebih daripada itu (sekali di awal Ramadhan & 3 hari sebelum Syawal). 

Syawal kali ini banyak melakar sejarah:-
1. Buat kali pertama kami bertiga beranak berbaju raya sedondon. Memang sungguh mengujakan. Lebih2 lagi baju raya tu Mami sendiri yang jahitkan. Bak kata org kepuasan berganda2 gitu..hihihiih..
2. Adinda Mami yang sudah besar panjang mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya.
3. Impian Mak Abah (terutamanya Mak) yang teringin sangat nak menjejakkan kaki ke Kg. Gajah (Haziq translated as Kg. Elephant..kikiki) akhirnya terlaksana apabila selesai majlis pertunangan si adik di Sitiawan, semuanya terus berkonvoi ke Kg. Gajah pulak. (Mak teringin nak berkunjung ke rumah Opah di kampung seberang, tapi tak berkesempatan..insya Allah next time ye Mak..)
4. Paling sadis beraya di Kg. Gajah dengan air bercatu...huhuhuh..
5. Baju raya yang Mami berhempas pulas menyiapkan akhirnya menjadi rezki adinda Mami sebab Mami tersilap ukuran/tak muat. Sebagai ganti, Mami terpaksa membeli baju lain..

Cuma Mami agak ralat bila Mami tak sempat nak berkunjung-kunjungan ke rumah sedara-mara & kawan2 Mami yang biasa diziarahi seperti tahun2 lepas dek kesibukan melayan tetamu yang tak henti2 bertandang ditambah pula dengan peruntukan masa yang sangatlah singkat. Namun apa2 pun Mami bersyukur kerana masih berpeluang menyambut Syawal ini dan berharap agar dipanjangkan usia untuk menyambutnya lagi pada masa akan datang..


Selepas Solat 'EidulFitri berkunjungan ke rumah Opah


Big family sebelah Mami..tapi keluarga kecil kami takde time ni..sob3..


Kami yang sedondon...
Di dalam kita bergembira, ingat2 juga pada yang menderita.

Pray4Gaza
Pray4MH370 & MH17
Pray4AllMuslims 

shawqunnur.blogspot.com ®