Monday, April 6, 2015

Haziq @ As-Solahuddin Smart Tahfiz (part 2)

Bismillahirrahmanirrahim..bersua kembali..

Nak  menyambung semula cerita tentang 'sekolah' anak bertuah kesayangan Mami tu.

Ok..Kenapa dalam banyak2 tadika, kami pilih SMART Tahfiz sebagai sekolah pertama untuk Haziq??

Image result for as salahuddin smart tahfiz school

Sebenarnya ada beberapa kriteria menarik tentang sekolah ini yang begitu membuatkan Mami (secara peribadi) rasa sangat rugi kalau tak dapat menempatkan Haziq untuk belajar di situ. Jom kita tengok satu persatu..

1. Umur kemasukan
Sudah menjadi kebiasaan kebanyakan tadika hanya akan menerima anak-anak yang berumur 4-6 tahun sahaja. Namun, berbeza dengan SMART Tahfiz, mereka menerima pelajar yang berumur  seawal 3 tahun. Jadi, sesuailah.. 1 Jan 2015, Haziq kan dah berusia 3 tahun..
2. Waktu persekolahan
Kebanyakan tadika hanya mempunyai 1 sesi waktu persekolahan sahaja iaitu pagi hingga tengahari. Jika kami menghantar Haziq ke tadika lain, pastinya akan timbul masalah seperti siapa yang akan pick up Haziq from school, then Haziq pula terpaksa di'transit' di tempat lain sementara Mami & Abi masih di pejabat. Pastinya keadaan ini sangat leceh dan menyusahkan. So, kami pilih untuk menghantar Haziq ke Smart Tahfiz kerana waktu persekolahannya boleh di'extend' sehingga kepetang sebab di- Smart Tahfiz, parent boleh memilih samada untuk menghantar anak untuk sesi pembelajaran pada waktu pagi sahaja @ petang sahaja @ pagi-petang.

3. Modul & Tarbiyah
Di Smart Tahfiz, modul pembelajaran mereka sebenarnya lebih kurang sama dengan tadika2 lain, cuma yang specialnya di Smart Tahfiz ada nilai tambah tarbiyah yang pastinya akan membezakannya dengan tadika2 Islam yang lain.  Anak2 di Smart Tahfiz diajar untuk lebih mengimarahkan sunnah Nabi SAW. Mereka diwajibkan untuk solat secara berjamaah setiapkali waktu Dhuha, Zohor & Asar, makan di dalam dulang, bersiwak sebelum membaca Al-Quran, qailullah dll. Dan sesuai dengan misi penubuhannya, anak2 seawal usia 3 tahun sudah diasah mindanya untuk menghafal al-Quran bermula dengan surah2 lazim Juzu' 30. Mendengarkan hal ini, Mami terus terpaut hati untuk berusaha menyekolahkan Haziq di Smart Tahfiz kerana Mami percaya, jika Haziq yang masih kecik (2 tahun ketika itu) sudah mampu menghafal & mengenali ABC, 123, lagu2 Inggeris (nursery rhymmes) dengan lancar, inikan pulak ayat2 suci Al-Quran.Pasti Haziq juga mampu untuk menghafalnya biarpun masih lagi belum boleh membaca al-Quran @ mengenal huruf hijaiyah.
. 
4. Alami & Fitrah
Apabila diberi penerangan tentang tatacara pemakanan di Smart Tahfiz, Mami rasa sangat bersyukur & bertuah kerana dipilih Allah untuk menghantar Haziq bersekolah di sini. Kerana apa? Kerana di Smart Tahfiz, pengusahanya sangat menitikberatkan pemakanan daripada sumber alami yang fitrah dan bebas chemical. Mereka hanya menggunakan sumber makanan yang organik, tanpa bahan perasa, pewarna yang akan menyebabkan pelbagai penyakit malah punca kepada permasalahan akhlak. Hatta jika ada dikalangan ibu bapa pelajar yang berhajat untuk meraikan harijadi di sekolah, pihak sekolah langsung tidak membenarkan parent menyediakan kek yang dibeli dikedai2 bakery, tetapi hanya kek yang dibuat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan2 yang alami sahaja yang dibenarkan. Bahkan goodie bag juga diharamkan sama sekali mengandungi jajan2 sepertimana yang biasa kita dapat bila pergi kenduri kawen @ majlis harijadi di tempat-tempat lain.

Ya Allah...inilah yang Mami impikan selama ini. Mami mahukan anak Mami membesar bukan hanya dengan sumber rezeki yang halal, tapi juga thoiyiban. Sedari Haziq baby lagi Mami sedaya upaya mengawal pemakanannya sebab Mami percaya, otak yang bijak, akal yang cerdas adalah bermula dengan pemakanan yang sihat.


credit to FB As Solahuddin Smart Tahfiz

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, January 20, 2015

Air Tangan Mami#54


Cheezy Potato Meleleh
(8 bulan++)
 Hahahhahaha...cheezy lagi..Mami memang suka cheezy cheezy ni..Sedap ooi..(tapi jangan makan over2 sgt tau..nanti badan pon jadi lemak berkrim macam rasa cheese plak..kikiki..) 
Si Haziq pon suka sangat makan cheese..Dari kecik2 lagi Mami dah ajar makan kot.. Si Haziq, kalo dapat cheese dah macam budak2 lain dapat coklat..huhuhu.. Kat rumah ni, Mami sampai kena sorok la cheese ni..kalo tak....sekejap2 nak cheese aje...
Adoi..dok cerita pasal cheese plak ye.. Jom le kite cerita pasal resepi plak.
Alahai, cheezy potato ni memang senang bebenor...Takde alasan tau mak2 kat luar sana tu kalo malas jugak nak membuatnya.. Meh sini Mami nak ajor..hihihi..

Bahan2nye:
1-2 biji kentang (saiz besar)
1-2 keping cheese (nak letak lebih pon boleh)
##Sebelum usia Haziq 2 tahun, Mami guna cheese jenama Bega
Air secukupnya

Cara2 membuatnya:-
1. Kentang dibuang kulit dan dipotong kiub.
2. Stim kentang sehingga empuk.
3. Masukkan kentang yang telah dimasak ke dalam mangkuk.
4. Sementara masih panas (berasap2), gaul dengan cheese sehingga semuanya bersalut.Siap!! 

Pejam mata pon boleh buat..selamat mencuba..

shawqunnur.blogspot.com ®

Air Tangan Mami#53

Resepi dah lama terperap dalam draf..kihkihkih.. resepi ni mmg super mudah & yang penting sedappp bangattt..Moh kite..




Easy Cheezy Layer

Bahan-bahan:-
1 bungkus Biskut marrie (boleh juga guna biskut cream cracker Hup Seng tu)
1 bungkus Tartura Cream cheese
 1/2 kotak Susu segar 
1/3 tin susu pekat manis
Sedikit serbuk koko (untuk hiasan)-Mami guna vico aje

Cara-cara penyediaan:-
1. Satukan cream cheese,susu pekat & 4-5 sudu besar susu segar dalam mangkuk. Adunkan kesemuanya (dengan menggunakan mixer) sehingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
2. Celupkan biskut ke dalam susu segar, susun didalam loyang hingga penuh (1 lapisan).
3. Ratakan adunan cream cheese di atas lapisan biskut.
4. Ulang langkah 2 & 3 sehingga kesemua bahan habis @ loyang penuh.
5. Tapiskan serbuk koko di atas permukaannya. Sejukkan di dalam peti ais. Minimum 2 jam.
6. Keluarkan daripada peti ais, boleh la dipotong2 & sedia untuk dimakan.

Senang kan??? Budak kecik darjah 1 pon boleh buat..

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, January 14, 2015

Haziq @ As-Salahuddin Smart Tahfiz (part 1)

Ye..sekarang Haziq dah sekolah. Biarpun baru masuk 3 TAHUN! Tak dinafikan ada yang mempertikai kenapa Haziq disekolahkan terlalu awal?? Kesian..takut nanti anak jemu..bla..bla..bla..

Untuk soalan2 itu, Mami ada jawapan yang tersendiri.
  1. Haziq lahir pada 1 JANUARI 2012 & menurut apa yang difahamkan (oleh PPD Selangor), Haziq akan memulakan darjah 1 pada Januari 2018 (advance setahun). Sesi persekolahan bermula biasanya pada 5 @ 6 Januari. Ketika itu, Haziq telah pun genap berumur 6 tahun sama seperti anak2 yang lahir pada tahun sebelumnya (2011). Jadi, Haziq perlu memulakan darjah 1 lebih awal selepas mengambilkira umur murid yang mendaftar darjah 1 pada hari pertama persekolahan biasanya masih berusia 6 tahun sehingga tiba tarikh lahir, barulah boleh dianggap genap usia 7 tahun. Jadi, Haziq 3 tahun pada 1 Januari 2015 = anak lahir tahun pada/selepas 7 Januari 2011-31 Disember 2011.
  2. Haziq rela hati nak sekolah & kami tak pernah paksa dia. Haziq sentiasa teruja & bersemangat bila sebut pasal sekolah. Bila sebut pasal 'rumah nenek' (baby sitter) cepat aje Haziq cakap TAKNAK. Mungkin Haziq dah jemu di situ, atau ada sesuatu yang membuatkan dia rasa kurang seronok untuk terus tinggal di rumah baby sitter (BS)..wallahu'alam. So, secara kesimpulannya, Mami beranggapan yang  Haziq TELAH BERSEDIA untuk disekolahkan.
  3. Mami berusaha untuk potty train Haziq semenjak Haziq berusia 2 tahun setengah dan sehingga mencecah usia 3 tahun Haziq dah hampir 90% berjaya . Malangnya usaha potty train ini HANYA DI RUMAH SAHAJA & TIDAK DITERUSKAN bila Haziq ditinggalkan di rumah BS (di rumah BS, budak usia 4 tahun pun masih pakai diaper!! Mami tak dapat bayangkan jika budak itu adalah Haziq..sedih!!). Jika Haziq disekolahkan, usaha ini akan berterusan sebab seperti yg sedia maklum, budak yang dah ke tadika mesti diaper free.
  4. Untuk mengelakkan pembaziran, especially diaper. Makin besar budak, makin besar size diapernya & makin mahal harganya. RM100+ (untuk 3 bungkus diaper brand Drypers size XL) perlu dilaburkan setiap bulan untuk diaper sahaja dan bagi Mami ini adalah satu pembaziran. Bunyinya macam Mami agak berkira. Tapi Mami memang patut berkira sebab zaman sekarang semua benda mahal. Mana yang tak sepatutnya, kita boleh cut off kita cut off. Lagi pun Haziq kan dah besar, sepatutnya usia 2-3 tahun dah tak perlukan lagi diaper atau setidak2nya dikurangkan penggunaanya. Tapi sebaliknya berlaku bila Haziq ditinggalkan ke BS. Bayangkan antara jam 9 pagi-7ptg, Haziq dibekalkan sebanyak 5 keping diaper & surprisingly kelima-lima keping diaper tu langsung tak pernah berbaki. Mami agak pelik sebab sepanjang Haziq di rumah bersama Mami (waktu cuti & ketika belum potty train), daripada start bangun tido sehingga bangun tidur keesokkannya (24 jam), Mami hanya perlu menukar diaper Haziq paling banyak pun 4-5 keping sahaja, berbanding jika di rumah BS, dalam tempoh 10 jam, habis semua 5 keping diaper yang Mami bekalkan. Nonsense!! Mami syak 2 perkara:-
    i) Haziq dipakaikan diaper baru setiap kali selepas mandi biarpun diaper sebelumnya masih boleh dipakai (BS Haziq memang rajin memandikan budak & menggantikan baju).
    ii) Semua diaper dikeluarkan dari beg & disimpan di tempat lain atau dijadikan stok. Tapi BS tak pernah pulak return bakinya..huhuhu..
  5. Sebagai alasan untuk Mami (mungkin juga Abi) berhijrah. Mami tak malu nak mengaku, akhir2 ini (selepas Mami tak lagi prepare bekalan Haziq ke rumah BS @ semenjak Haziq berusia 2thn 4 bulan) Mami dah makin payah nak jadi seorang yang punctual & berdisiplin. Bangun lambat, punch kad lambat, kerja bertangguh..Semua itu dah mula menjadi sebati dalam hidup Mami (juga Abi). Mami tau, keadaan sebegitu memang sangat2 tak bagus dan tak wajar. Tapi bak kata orang, bila kita nak berubah daripada keburukan kepada kebaikan memang payah jika tanpa sokongan/semangat yang kuat. Sebab itu lah perlu ada sesuatu yang mendorong Mami untuk berubah dan jawapan kepada permasalahan ini adalah dengan menyekolahkan Haziq, kerana seperti yang tersedia maklum, setiap sekolah semestinya ada peraturan yang tersendiri (lebih2 lagi yang berkaitan dengan masa). Suka atau tidak, peraturan wajib dipatuhi. Secara tak langsung Mami & Abi yang menguruskan anak ini kena rombak jadual masing-masing agar Haziq tak terlewat ke sekolah & Haziq ke sekolah dalam keadaan yang semuanya well prepared. 
  6. Harapan Mami (Abi jugak) untuk melihat anaknya cemerlang dunia & akhirat. Kami menaruh harapan yang tinggi agar Haziq menjadi sorang intelek ulama, cemerlang dalam akademik & juga seorang huffaz. Angan-angan ini tidak mungkin akan berjaya jika kami tidak memulakannya sedari Haziq kecil2 lagi. Tidak dinafikan ada yang berjaya menjadikan anak yang usianya baru 2 3 tahun sudah hafal al-quran hanya dengan homeschooling oleh ibu ayah. Tapi bagi Mami, mana mungkin untuk seorang Mami yang bekerja sepenuh masa ini dapat fokus mengajar Haziq jika masa yang masih berbaki hanya 3 jam (7-10malam) setiap hari?  Jujurnya, Mami tak mampu. Dengan badan & otak yang penat setelah seharian bekerja, ditambah dengan tugas hakiki di rumah sebagai ibu & isteri, Mami kurang yakin Mami akan berjaya 'menghasilkan' Haziq al- Hafiz. Jadi, jalan terbaik Haziq perlu disekolahkan. Lagi cepat dia disekolahkan lagi cepat dia pandai/hafal al-Quran.
6 alasan Mami kira logik & supportive kenapa kami sekolahkan Haziq lebih awal. Insya Allah next entry Mami akan ceritakan pulak kenapa kami pilih As-Salahuddin Smart Tahfiz.. Tungguuuuu....!!



shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, January 13, 2015

Haziq @ 3 tahun

2 minggu lagi Haziq genap 3 tahun (umur ikut tahun masihi). So, hari ni Mami nak tunaikan janji Mami nak ceritakan tentang perkembangan Haziq setakat ni.

Fizikal:
Berat: ±15kg , Tinggi: ± 100cm
Masih mengekalkan figure kurus tinggi..kuat benor genetik Abinya (bab tinggi jela..) Jika dilihat daripada bentuk fizikal, ramai yang tidak menyangka Haziq baru je berumur 3 tahun. 

Pertuturan & Bahasa:
Haziq masih pelat , tapi 80-90% pertuturannya boleh difahami oleh orang lain. Susun buah butir percakapan pun semakin teratur dan kadang2 tu menampakkan kematangannya. Contoh, beberapa hari lepas Mami main acah2 nak minum susu (hisap botol) dia & surprisingly secara spontan Haziq cakap, "eiii..dah macam budak kecik baby je!!"  
Ada lagi contoh lain. Kami sekeluarga sedang menonton dokumentari tentang banjir di TV. Ada pula disiarkan gambar bangunan sekolah yang hampir tenggelam. Secara spontan Haziq (dengan nada simpati) terus cakap, "kesiannya..sekolah pun kena banjir..air banjir dalam sangat". Mami rasa surprise sangat sebab Haziq dah kenal mana 1 bangunan sekolah, mana 1 rumah..
Banyak lagi contoh2 lain tentang perkembangan pertuturan Haziq. Kalo nak cerita lagi mau 2 hari 2 malam tak habis kan..hihihi.. 

Pencapaian:
Budak gen. Z..kecik2 lagi dah celik IT. PC & handphone, itu adalah mainannya setiap hari. Haziq banyak belajar (terutama bahasa inggeris) melalui youtube. Mami @ Abi tinggal unlock/on kan je PC & handphone..pandai la Haziq menggodek2 mencari program feberet dia.
Apart from that, Haziq dah 90% diaper free. Bila nak tidur malam & pegi jalan2 je Mami belum confident lagi nak free diaper 100%. Haziq dah pandai bagitau bila nak 'membuang'. Cuma kadang2 tu masih confuse penggunaan k*****g & b***k . Kata nak k*****g, tapi rupa2nya nak b***k.
Haziq dah mula bersekolah di As-Salahuddin Smart Tahfiz (ASSTAF). Semenjak hari pertama dia dihantar ke sekolah Haziq sangat independent. takde nak nangis2 bila ditinggalkan. Malah, nak bangun pagi pon takdela drama2 sangat..Alhamdulillah..Mami bersyukur dikurniakan anak yang mudah diurus..

Target Mami & Abi sepanjang usia Haziq 3 tahun
1. At least khatam Iqra' 1
2. 100% free diaper
3. Membaca perkataan mudah dalam BM & English
4. Wean off 100% (xde nenen2 Mami lagi @ minum susu guna botol)
5. Menguasai matematik operasi tambah & tolak
6. Hafal ayat2 lazim sekurang2nya 5 surah.
7. Menguasai pergerakan solat dengan mengikut tertib
8. Pandai menggunakan tandas untuk b***k

Ok..Mami rasa cukup sekadar ini. Insya Allah ada waktu Mami update lagi cerita tentang Haziq. Jom kite layan gambar budak bertuah ni pulak.





Ya Allah ya Tuhanku, Engkau sahaja yang Maha Mengetahui betapa sayangnya aku terhadap anak ini. Kau berkatilah hidupnya di dunia & akhirat. Sempurnakanlah akhlaknya dengan akhlak2 mahmudah. Kau hiasilah jiwanya dengan ilmu2 yang berguna, duniawi & ukhrawi agar bisa menjadi benteng api neraka buat kami, ayah ibunya..amin ya rabbal 'aalamiin.
shawqunnur.blogspot.com ®

Saturday, January 3, 2015

Entry manja2...Apa khabar 2015?

Cakkk!!! Ohohohoho....3 bulan blog ni sepi. Jangan kata nak update entry...nak menjenguk pon macam tak berkesempatan..aduhai...dah gaye PM lagaknye..busy bebenor....

Dah tu nak buat camne?? Mami biasanya berpeluang nak update story bila di opis je sebab bila di rumah, dengan tugas2 hakiki sebagai Mami & isteri yg berkarier memang hampir tiada ruang untuk Mami untuk menghadap pc semata2 nak update blog ni. Ditambah pulak terpaksa berebut pc dengan anak bujang yang bijak tu (gen Z le katakan...) lagilah membuatkan Mami jadi malas nak update blog kat rumah..Sudahnya terpinggirlah sekejap 'kesayangan Mami' ni...huhuhuhu....

Tapi hari ni Mami kembali... Dalam kepala ni memang banyak sangat benda yang Mami rasa nak share kat sini. Insya Allah Mami cuba tulis satu per satu... Cerita dah basi pon tak kesahlah kan..janji Mami abadikan jugak kat sini untuk kenang2an...

Ok..back to the point..Hmmmm..hari ni dah 3 Jan 2015. Tahun baru..Macam biasa 1st thing yang akan Mami ingat bila masuk tahun baru ialah birthday si bujang Mami, Haziq.. Tahun ni merupakan tahun ke-3 kehadirannya dalam hidup kami..Insya Allah nanti Mami buat entry khas tentang Haziq 3 tahun.
3 tahun lepas..
 Sekarang...

Next.. pastinya tarikh 25 Jan...tarikh keramat Mami yang akan sentiasa Mami ingat sampai mati..Wedding anniversary Mami & Abi yang masuk tahun ke-6 tahun ni. Insya Allah yang ni pun Mami akan buat 1 entry khas bila tiba masanya nanti.

Lain2 perkara tentang Januari...pasti birthday adik bongsu Mami yang akan menginjak usia 20 tahun tak lama lagi...

Ohh..not to forget azam Mami untuk 2015..Di samping lain2 perkara yang positif, Mami berdoa dan berharap dapat menambahkan lagi ummat Muhammad pada tahun ni. Lelaki @ perempuan Mami tak kisah, asalkan sihat sempurna itu sudah cukup buat Mami & Abi (tapi kalo dapat gugurl, itu adalah bonus untuk kami semua)..Insya Allah...

notakukukakikanan: Mami sambut tahun baru kali ni dengan tahap kesihatan yang merudum..Batuk teruk tahap tak bermaya 1 badan...ohhh...sakit penghapus dosa...moga Mami terus sihat lepas ni..amin

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, September 25, 2014

Lotus Birth???

Semenjak akhir2 ini newsfeed di FB Mami banyak mem'promosi'kan tentang LOTUS BIRTH. Pada mulanya Mami fikirkan ini adalah salah satu style/posisi untuk melahirkan baby..(kikiki...naifnye la Mami ni..) Namun, setelah Mami mula menekan search button pakcik google, barulah Mami tau apalah yang dimaksudkan dengan Lotus birth ni. Jom kita kaji sama2. 

Apa itu Lotus Birth?
Secara amnya, Lotus Birth adalah satu amalan selepas melahirkan bayi di mana tali pusat bayi tidak dipotong, malah dibiarkan terus bersambung bersama-sama uri sehingga kering (lebih kurang 3-10 hari atau lebih) dan akhirnya terlucut sendiri daripada pusat bayi. Amalan ini dikatakan kurang popular di peringkat dunia malah tiada kajian yang agak serius mengenai perkara ini kerana ianya hanyalah amalan tradisi turun-temurun yang terdapat di dalam ajaran Buddha. Hal ini mungkin ada kaitan dengan kelahiran Siddhartha Gautama yang boleh berjalan sebaik saja dilahirkan, dan setiap langkahnya menghasilkan bunga teratai. Prinsip Lotus Birth ini lebih kepada memberi ruang terhadap pencegahan iaitu dengan pengurangan jangkitan kuman (akibat luka tali pusat yang dipotong) terhadap bayi sebaik sahaja dilahirkan mampu mencegah penyakit pada masa hadapan (apabila bayi kemudiannya dibesarkan dengan amalan pemakanan yang baik).

Uri @ Plasenta adalah 'teman rapat' bayi selama 9 bulan bayi dalam kandungan dan 'teman rapat' ini dipercayai boleh terus memberi faedah kepada bayi walaupun selepas kelahiran kerana amalan Lotus Birth akan memberi manfaat kepada bayi untuk mencukupkan bekalan antibodi dan imunisasi yang diperlukan oleh bayi sehingga dia tidak memerlukan lagi imunisasi tambahan.
Kenapa Lotus Birth?
1. Mengelakkan jangkitan
Menurut Mary Ceallaigh (penyokong Lotus birth dan juga seorang bidan), amalan Lotus Birth ini amat bagus kerana dapat mengurangkan peluang jangkitan kuman kepada bayi yang baru lahir kerana tiada luka terbuka yang terhasil akibat daripada pemotongan tali pusat bayi.

2. Darah tali pusat kaya dengan antibodi
Amalan membiarkan uri bayi terus tercantum dengan tali pusat adalah satu tindakan yang dapat membantu pengaliran darah tali pusat (cord blood) yang kaya dengan zat antibodi yang mana antibodi ini sangat diperlukan oleh setiap bayi sepanjang proses tumbesarannya kerana sistem imunisasi bayi akan sering berubah-ubah semenjak dilahirkan. Mereka yang mengamalkan Lotus Birth juga percaya bahawa amalan ini memberi jaminan 100% bahawa bayi akan mendapat jumlah aliran darah yang optimum yang biasanya diperlukan oleh seorang bayi.

3. Bayi lebih selamat
Tidak dinafikan amalan Lotus Birth dipandang janggal oleh kebanyakan orang. Bagi yang memilih tradisi ini secara tidak langsung memberi sedikit kelabihan di mana bayi akan lebih selamat daripada menjadi 'mangsa cuitan' mereka yang datang berziarah kerana keadaan bayi yang masih bersambung dengan uri cukup untuk membuatkan si pelawat akan berfikir 2 kali sebelum memberanikan diri untuk memangku/mengendong/mencuit-cuit bayi tersebut.

4. Lebih cepat tali pusat tertanggal
Proses penanggalan tali pusat bayi selepas dipotong biasanya mengambilmasa 5-14 hari, malah mungkin lebih bergantung kepada tahap kekeringan tali pusat tersebut. Amalan Lotus birth dipercayai membantu mempercepatkan pengeringan tali pusat yang seterusnya menyebabkan tali pusat tertanggal daripada pusat bayi seawal 3 hari.

5. Tumbesaran otak
Amalan Lotus Birth diyakini mampu untuk memindahkan secara purata 100mL sel darah merah yang amat diperlukan oleh bayi yang mana ini akan menyumbangkan kepada potensi perkembangan otak bayi terutama pada tahun pertama yang sangat kritikal.

6. Mengeratkan ikatan kasih sayang
Secara amnya semasa diawal kelahiran, seorang bapa (malah ahli keluarga lain yang rapat) akan terlihat sentiasa mendampingi si ibu dan bayinya bagi membantunya yang masih lagi di dalam proses pemulihan. Dengan amalan Lotus Birth, hal ini sedikit sebanyak membantu memupuk kasih sayang yang lebih erat dikalangan ahli keluarga yang terlibat kerana pusat bayi yang masih bersambung dengan uri memerlukan penjagaan khusus yang mana ibu dan bayi biasanya tidak mampu untuk menguruskan sendirian melainkan dengan bantuan daripada si bapa atau ahli keluarga yang lain. 

Cara-Cara Pengendalian/Penjagaan Uri & Tali Pusat
Masyarakat yang mengamalkan Lotus Birth ini pada kebiasaannya sebaik sahaja uri dikeluarkan daripada rahim ibu, mereka akan:-

1. Membasuh uri tersebut dan meletakkan di dalam tapisan selama beberapa ketika untuk mengeringkannya.

2. Uri dan tali pusat akan dibilas dengan air suam untuk kali kedua untuk membersihkan saki-baki kotoran yang masih melekat, kemudian dilap dengan menggunakan tuala.

3. Minyak pati aroma terapi akan direnjis2 ke atas uri sambil diurut2 lembut (kerana uri pada kebiasaannya sedikit 'berbau') dan kemudiannya akan disaluti dengan serbuk Rosemary. Serbuk Rosemary juga ditabur secara merata di pangkal pusat bayi bagi mempercepatkan proses pengeringan. (Serbuk Rosemary akan ditabur selang sehari atau setiap kali lampin alasnya ditukar sehingga pusat bayi gugur)

4. Uri yang telah berbau 'harum' itu kemudiannya akan diletakkan di dalam bakul/mangkuk/tapisan yang terlebih dahulu dialas dengan lampin. Namun, ada juga yang mempraktikkan dengan cara membalut uri tersebut dengan kain kapas sementara tali pusat pula akan dililit dengan riben kain kapas atau sutera, kemudian akan meletakkan uri yang telah berbungkus tadi di dalam mangkuk/tapisan. 

Fakta yang perlu anda tahu
Menurut Dr. James Van Hook, seorang Pengarah Perubatan Ibu & Anak (Maternal Fetal Medicine), Pusat Perubatan University Cincinnati, bahawa melewatkan pengapitan/pemotongan tali pusat membolehkan sel-sel stem darah yang mengandungi imunoglobulin (yang sangat baik untuk membantu bayi melawan jangkitan) dapat dialir masuk ke dalam tubuh bayi dengan lebih banyak. Walaubagaimana pun, teori ini hanya terpakai jika dilakukan dalam tempohmasa beberapa minit sahaja dan bukannya beberapa hari seperti yang dipraktikkan di dalam Lotus Birth.   Selain daripada itu, sehingga kini tidak ada bukti yang jelas mengenai manfaat kepada kesihatan bayi disebalik amalan Lotus Birth ini. Malah, belum ada lagi bukti saintifik mengenai hal ini. Sebahagian saintis yang mengambil darah dari tali pusat sebagai kajian stem cell yang dianggap sebagai bidang baru.

Seorang jurucakap O&G Maktab Tentera (Royal College of Obstetricians and Gynaecologists (RCOG)) turut menyatakan bahawa uri yang dibiarkan terus bersambung dengan bayi selepas kelahiran untuk satu tempoh masa yang lama bakal mengundang risiko jangkitan (dalaman uri) yang seterusnya boleh merebak kepada bayi kerana uri seperti yang diketahui mengandungi darah yang mana darah daripada uri akan terus mengalir ke dalam badan bayi melalui tali pusat sejurus kelahiran dan akan menjadi tisu yang mati selepas beberapa ketika. Oleh itu, adalah disarankan bagi mana-mana bayi yang dipraktikkan Lotus Birth dipantau dengan lebih teliti untuk mengelakkan sebarang jangkitan tersebut.
Lotus Birth & Hukum Fiqh 
Secara umumnya, amalan pengendalian uri tidak ada diperbahaskan di dalam kitab2 sunnah kerana ianya lebih kepada adat amalan budaya tertentu yang tiada sandaran dari asSunnah.

Namun, menurut Sheikh 'Abd al-Rahman al-Jar'i, seorang Professor di Universiti king Khalid, Abha, uri bayi adalah sebahagian dari badan wanita. Ia sepatutnya dikebumikan (diuruskan) sebagaimana bahagian badan lain yang dikebumikan apabila ia telah dipotong.

Pandangan lain pula ada menyatakan bahawa uri adalah sama seperti darah yang dianggap sebagai najis jika telah keluar/terpisah daripada keadaan asal (di dalam badan).

Manakala Dr. Zubaidi Hj Ahmad pula berpandangan bahawa uri adalah organ yang dibentuk di dalam rahim wanita bersama-sama dengan janin yang bertujuan untuk pengambilan makanan dan oksigen dari ibunya. Selain itu bahan-bahan kumuh dan toksik dari janin turut dikeluarkan melalui uri yang diserap oleh ibu agar dapat dibuangkan dari tubuhnya. Dengan yang demikian, uri dianggap sebagai sebahagian dari organ yang mana selepas proses kelahiran, uri yang tidak lagi berperanan akan dikeluarkan malah dianggap sebagai organ yang telah mati dan hukumnya adalah najis (sama seperti anggota badan lain yang terputus dari tubuh badan).
Pendapat peribadi tentang Lotus Birth
Pada pendapat Mami, Lotus Birth adalah lebih kepada amalan tradisi budaya tertentu yang orang Islam TIDAK sepatutnya contohi dan ikuti. Memandangkan uri telah dihukumkan sama seperti anggota badan yang lain yang akan menjadi najis apabila terpisah daripada tubuh, maka sebaiknya selepas kelahiran, tali pusat bayi dipotong dengan segera dan uri yang telah terpisah harus diuruskan dengan sempurna tetapi tidak perlulah berlebih-lebihan, contohnya dibasuh dengan asam jawa, limau nipis, diraikan dengan upacara karut-marut dan sebagainya.


Beginilah rupa uri yang didakwa sebagai 'kembar bayi' tapi sebenarnya tak wujud pun istilah kembar bayi ni.

Sumber:

shawqunnur.blogspot.com ®