سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ (١)ا
Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha yang Telah kami berkati sekelilingnya[*] agar kami perlihatkan kepadanya seri tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al Israa’:1)
وَلَقَدۡ رَءَاهُ نَزۡلَةً أُخۡرَىٰ (١٣) عِندَ سِدۡرَةِ ٱلۡمُنتَهَىٰ (١٤) عِندَهَا جَنَّةُ ٱلۡمَأۡوَىٰٓ (١٥) إِذۡ يَغۡشَى ٱلسِّدۡرَةَ مَا يَغۡشَىٰ (١٦) مَا زَاغَ ٱلۡبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ (١٧) لَقَدۡ رَأَىٰ مِنۡ ءَايَـٰتِ رَبِّهِ ٱلۡكُبۡرَىٰٓ (١٨)
"Dan sesungguhnya dia (Nabi Muhammad SAW) telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, di Sidratul Muntaha*. Di dekat (Sidratul Muntaha) ada syurga tempat tinggal. (Dia melihat Jibril) ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh suatu selubung. Penglihatannya tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar." (An-Najm:13-18)
7 ayat Al-quran di atas bukti yang kukuh memperkatakan tentang peristiwa Israk & Mi'raj yang akan rata-rata ustaz mahupun ustazah akan terus mengulangi membacanya setiap kali berceramah tentang kejadian Israk & Mi'raj yang akan disambut oleh seluruh umat Islam pada tanggal 27 Rejab.
Kronologi Perjalanan Israk Mikraj
- Perut/dada Rasulullah SAW dibedah oleh malaikat Jibrail & Mika’il, menyucikan hati Baginda SAW dengan air zamzam dan dibuang ketul hitam @ 'alaqah (tempat syaitan membisikkan was-wasnya) kemudian dituangkan hikmat, ilmu & iman ke dalam dada yang telah suci itu lantas dijahit semula dan dicop dengan "khatimin nubuwwah" yang bermakna 'kenabiian terakhir'.
- Rasulullah SAW memulakan perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan menunggang seekor Buraq. Perjalanan ditemani oleh Malaikat Jibrail & Israfil (Perjalan luar biasa ini dinamakan 'Israk')
- Apabila sampai di satu-stu tempat, Jibrail mengarahkan Baginda berhenti solat sebanyak 2 rakaat dan tempat-tempat itu termasuklah di Madinah (tempat penghijrahan Rasulullah SAW), Bukit Tursina (tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah) dan Baitul-Laham (tempat kelahiran Nabi Isa AS).
- Pernah mendapat gangguan dari jin 'Afrit.
- Menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang luar biasa.
- Satu kaum yang sedang bercucuk tanam kemudian terus menuai hasil tanaman mereka. Selepas hasil dituai, keluar lagi hasil yang baru seolah-olah belum lagi dituai. Ini adalah simbolik kepada kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang akan digandakan pahala kebajikannya sebanyak 700x ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak lagi.
- Berjumpa dengan sebuah tempat yang berbau sangat harum. Itulah bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Fir’aun) yang syahid bersama suaminya dan anak-anaknya kerana dibunuh oleh Fir’aun akibat terus beriman kepada Allah tanpa memperakui ketuhanan Fir'aun.
- Sekumpulan manusia yang tidak henti-henti memecahkan kepala mereka walaupun setiap kali kepala yang pecah itu sembuh semula. Kejadian ini memberi gambaran kepada orang-orang yang ingkar untuk menunaikan solat.
- Sekumpulan manusia yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain dan dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahanam. Jibrail menggambarkan itulah golongan abai dan lalai mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum makan daging mentah yang busuk, sedangkan daging masak ada di sisi mereka dan inilah simbolik kepada golongan penzina yang masing-masing telah mempunyai isteri dan suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah kemudian dilontarkan batu kepadanya. Jibrail menerangkan bahawa meraka adalah orang yang makan riba.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu, lau terus-menerus ditambahkannya lagi bilangan kayu sedangkan hakikatnya dia tidak berdaya memikulnya. Inilah gambaran mereka yang tidak dapat menunaikan amanah tetapi masih tamak menerima amanah yang lain.
- Ada satu kaum yang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali dan setiap kali digunting, lidah dan bibir tumbuh kembali. Jibrail mentafsirkan itu adalah golongan suka memfitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar-cakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka sendiri dan kejadian ini memberi gambaran kepada golongan yang suka mengumpat dan menjatuhkan maruah iaitu mencela dan menghinakan orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit tetapi gagal memasuki semula lubang tersebut. Jibrail mengumpamakan kejadian itu seperti orang yang bercakap besar @ takbur, kemudian menyesal atas perbuatannya, tetapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan memegang sebuah dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan, tetapi Rasulullah enggan mempedulikannya. Jibrail mengibaratkan perempuan dan hiasan itu sebagai dunia. Seandainya Rasulullah SAW memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam kelak akan lebih mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah SAW berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Berkata Jibrail, itulah orang yang menpersiakan usianya.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Itulah gambaran umur dunia yang semakin tua dan menanti saat hari kiamat.
- Setelah sampai di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq, kemudian masuk ke dalam masjid lalu mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia’, aulia’ dan mursalin menjadi makmum.
- Tatkala Rasulullah SAW terasa dahaga, Jibrail membawa 2 bejana yang masing-masing berisi arak dan susu. Rasulullah SAW memilih susu. Berkata Jibrail baginda membuat pilihan yang betul. Sekiranya baginda memilih arak, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
- Sebuah Mi'raj (tangga yang indah dari syurga) didatangkan khas kepada Rasulullah SAW.
- Rasulullah SAW dan Jibrail menaiki tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).Perjalanan ini menuju ke Hadhratul Qudus @ menemui Allah SWT.
- Langit Pertama - Bertemu dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang memakan riba serta harta anak yatim juga melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh lagi buruk. Penzina lelaki bergantung pada payudara penzina perempuan.
- Langit Kedua - Bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.
- Langit Ketiga - Bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
- Langit Keempat - Bertemu dengan Nabi Idris AS.
- Langit Kelima - Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.
- Langit keenam - Bertemu dengan Nabi Musa AS. Jibrail menyuruh Rasulullah SAW mengangkat kepala, baginda diperlihatkan oleh Allah SWT umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70000 orang yang masuk syurga tanpa dihisab.
- Langit Ketujuh - Bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur yang sedang berdepan dengan beberapa kaumnya, kemudian bersabda Nabi Allah Ibrahim kepada Rasulullah SAW, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah".
- Menurut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah 5 kalimah iaitu; Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Sesiapa yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.
- Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah SAW dan Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat di situ (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
- Menaiki tangga ke-8, di sinilah disebut "Al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pohon Sidratul-Muntaha. Pelbagai keajaiban terus disaksikan Rasulullah pada pohon itu, antaranya: Air sungai yang tidak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah; Buah, dedaun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah; Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tidak dapat dijangkau oleh fikiran manusia; Sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.
- Rasulullah SAW kemudian masuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan malaikat Malik penjaganya.
- Menaiki tangga ke-9, di sini bersetentangan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy. Itulah gambaran lelaki di dunia yang lidahnya sering basah dengan berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.
- Menaiki tangga ke-10, Baginda Rasulullah tiba di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berdialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:- Allah SWT : Ya Muhammad Rasulullah SAW: Labbaika Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah SAW: Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sopak dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah SWT : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu an buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan 7 ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umatmu 50 (waktu) sembahyang.
- Selesai bermunajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.
- Selepas 9 kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi merayu kerana malu dengaa Allah.
- Akhirnya Allah memperkenan lalu memfardhukan solat 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga.
- Selepas Mikraj, Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia, kemudian turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang semula Buraq pulang ke Mekah pada malam yang sama.
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.