Sepertimana yg kita telah maklum, mengandung adalah saat-saat penting bagi pembentukan anak. Apa yang dimakan oleh ibu, itulah juga yang baby akan makan melalui tali pusat. Jadi, penting utk setiap ibu tau & faham khasiat2 yg perlu diambil semasa mengandung untuk menjamin tumbesaran bayi yang sihat di samping memenuhi tuntutan keperluan badan ibu.
1. Asid Folik
Asid Folik ini amat penting untuk membantu mengurangkan risiko kecacatan bayi seperti kelainan tulang belakang atau spina bifida. Sumber makanan yang kaya dengan Asid Folik ialah brokoli & kekacang. Ibu mengandung hendaklah mengambil Asid Folik ini dari awal kehamilan sehingga kehamilan minggu ke-12.
2. Zat besi dan Vitamin C
Zat besi diperlukan untuk membawa tambahan oksigen dalam sel-sel darah merah Ibu & ini penting untuk perkembangan otak bayi. Kekurangan zat besi akan memberi risiko kepada terjadinya anemia atau kurang darah. Ibu juga akan menjadi mudah lelah, lesu, dan pucat. Zat besi lebih mudah diperolehi didalam daging merah, ikan, telur, buah kering, biji-bijian, cereal, roti, dan sayuran berdaun hijau. Manakala Vitamin C juga penting untuk membantu penyerapan zat besi oleh tubuh.
3. Omega 3 (omega fats)
Omega 3 penting untuk membantu perkembangan sistem saraf bayi & untuk ibu, ianya penting untuk mencegah penyakit jantung. Pennyelidikan juga telah membuktikan bahawa dengan mengambil makanan kaya dengan Omega 3 semasa mengandung akan meningkatkan tahap kecerdasan bayi. Contoh sumber makanan yang kaya dengan Omega 3 ialah ikan seperti sardin, mackerel dan salmon. Selain itu juga, Omega 3 boleh diperolehi dari biji-bijian seperti biji labu kuning dan biji bunga matahari (kuaci).
4. Vitamin tambahan semasa mengandung
Ibu-ibu boleh mengambil vitamin-vitamin lain yang sesuai untuk diamalkan semasa mengandung. Tetapi ingat, sila bertanyakan dahulu kepada Doktor kerana bukan semua vitamin boleh dimakan oleh ibu-ibu mengandung, contohnya Vitamin A yg boleh diperolehi dari sumber makanan seperti hati. Sememangnya hati adalah sumber zat besi yang baik, tapi ia juga mengandung konsentrasi vitamin A yang sangat tinggi yang merbahaya kepada bayi sekiranya ibu2 mengambilnya dalam jumlah yang banyak. Jadi, hati-hati bila mengkonsumsi suplemen vitamin dengan kandungan vitamin yang tinggi. Walau bagaimanapun, jenis Vitamin A (karotena) amat baik untuk kehamilan. Ianya boleh didapati di dalam cili merah, mangga, ubi, aprikot, dan tomato.
5. Kalsium
Pastikan ibu-ibu minum 2-3 gelas susu setiap hari untuk kesihatan ibu dan bayi.
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.