Malam ni kami adik-beradik akan balik kampung untuk mengundi 5.5.2013 nanti. Terujanya!!! Jika diizinkan Allah, ini adalah kali ke2 Mami akan membuang undi & semestinya pilihan Mami dulu kini & selamanya adalah pemimpin yang memperjuangkan hak rakyat dan pastinya yang paling penting yang menyokong tertegaknya hukum Allah di Malaysia ini
Pendapat peribadi Mami sebagai orang yang tak berapa pandai berpolitik ni, PRU kali ni paling terkotor sebab terlalu banyak menyajikan cerita2 panas yang 'melemaskan' mata dan telinga yang dimomokkan oleh puak2 tertentui semata2 untuk meraih undi rakyat. Mereka menggunakan apa jugak cara yang boleh untuk menghentam pihak lawan sehingga sanggup memperbodohkan bakal pengundi dengan cerita2 rekaan lucah, gambar2 super impose dan berbagai lagi.
Mami yang hanya rakyat kerdil ni hanya mampu melihat sambil beristighfar..Astaghfirullahal'azim...tak takutkah mereka dengan hukum dan balasan daripada Allah? Kerana taksubkan kuasa memerintah, fitnah-memfitnah, caci maki, bohong membohongi dah jadi perkara biasa..Allahu Rabbi!!!
Ya Allah..selamatkanlah rakyat Malaysia!!! Berikanlah kemenangan besar kepada parti yang 100% memperjuangkan hak rakyat & syiarMu. Berikanlah hidayah kepada mereka yang masih lagi tertutup pintu dan mata hatinya agar mereka memilih jalan yang Engkau redhoi. Berikanlah juga pengajaran yang setimpal kepada mereka dan sekutunya yang tak segan2 menabur fitnah, berbohong dan mereka2 cerita palsu bagi menghalang tertegaknya hukumMU agar mereka dapat kembali ke pangkal jalan..amin ya Rabbal 'alamin ..
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.