Alhamdulillah.. alhamdulillah..alhamdulillah..Ya Allah, terima kasih kerana memberikan aku peluang untuk menjadi seorang ibu yang sehingga kini puteraku telah pun berusia 1 tahun 4 bulan. Adalah menjadi perkara wajib bagi Mami untuk sentiasa mengikuti perkembangan Haziq dari masa kesemasa & Mami akan coretkan di 'diary' ni sebagai kenang-kenangan.
Biarpun sebenarnya Mami tidak dapat bersama dengan Haziq 24jam setiap hari memandangkan Mami adalah ibu yang berkerjaya, tapi disetiap ruang waktu yang berbaki itulah Mami akan gunakan sehabis baik untuk memantau dan meneliti perkembangan Haziq. Bermula dengan Haziq yang dulunya hanya terlentang tak tahu apa2 hinggalah sekarang Haziq menjadi anak bujang Mami yang bijak segalanya (Mami bukan nak memuji anak sendiri, tapi komen orang sekitar selalu mengatakan bahawa Haziq dari kecik lagi dah menampakkan kecerdikannya..Alhamdulillah..mungkin berkat daripada namanya HAZIQ yang bermaksud PINTAR itu juga..mudah2an..)
Jom kita saksikan keletah & aksi Haziq setakat hari ini...
Jika sebelum ni panda tu 'tidur' dalam bakul mainan je, tapi sekarang dah jadi teman tidur Haziq. Haziq sgt suka dengan kegebuan bulu2 panda tu. Sebab tulah sekarang ni ke hulu ke hilir dok kelek panda bear tu.
Suka pakai 'sesuatu' atas kepala..kalo dolu2 jangan harap la...hihihiihiii.. Tapi sekarang...tudung Mami, baju, seluar, topi, kopiah, hatta baldi kecik bekas lego tu pon Haziq pakai atas kepala..hohohohohoo..
Ber'cekak' pon ok je...hahhahaha..adoi..Mami confuse..
Dah ada buku sekolah & iPAD sendiri..hepi sangat bila Mami bagitau ni Haziq punya..
Hasil kerja Haziq...cantik tak??? (hihihii..jangan tertipu ok..Haziq baru pandai menconteng2 je..)
Seronoknya buat 'homework"...paaaandai anak Mami!!!
Ni dok 'baca' gambar pulak...
Masterchef cilik Mami...
Wajah hepi dapat tolong Mami potong sayur..
Wajah hepi dapat tolong Mami potong sayur..
Mulutnya makin becok 'bercakap' sekarang ni..banyak vocab Haziq belajar setiap hari..antaranya yang sentiasa jadi sebutan Haziq sekarang ialah 'buah', 'nan' (mainan), awah (Allah), 'tan'/'ish' (ikan), 'jan' (hujan), 'beh' (habis), 'dah' (sudah), 'na' (qasidah ya hanana)...& baaanyak lagi...
Gemar tengok sesuatu yang sambil terteleng2 kepala..
Skill melompat dah makin mantap..wpon belum betul2 expert lagi..
Pandai ambik sendiri susu daripada peti ais, bukak penutup & terus 'gogok', tapi sebelum minum, mesti akan duduk bertenggek dulu kat bendul di dapur ni..comel sangat!!!
Layan aje walaupon dah macam kena 'dera'..kahkahkah...4 tahun Abi simpan songkok nikah dalam kotak ni, tapi sekali Haziq terjumpa pulak..habis barai kotak songkok tu. Mami amik, sarungkan kat Haziq...hihihihi..
Hah kau..panjang berjela entry kali ni!! Kemain semangat Mami dok story mory kisah kasih Haziq ni.. Etceli kalo nak diceritakan semuanya harus jadi novel kot..So, Mami just amik mana2 yang paling best among the best je....hikhikhik..
Antara lain moment kebijaksanaan Haziq sepanjang usia 16bulan ni:-
- Pandai bezakan antara tulisan jawi/arab dengan tulisan rumi. Haziq akan angkat tangan 'berdoa' bila nampak tulisan arab.
- Kenal mana 1 CD Ya Hanana.. selalunya bila masuk aje dalam kereta Haziq akan mintak Mami pasangkan CD Ya Hanana (ambik sendiri tau).
- Boleh differentiate between bangunan biasa2 and masjid/surau. Haziq akan angkat tangan letak kat telinga (macam orang nak azan) bila nampak masjid/surau.
Ya Allah...terima kasih kerana mengurniakan kami anak sebijak ini..Alhamdulillah!!!
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.