Demokrasi sepertimana pemahaman Mami bermaksud seluruh rakyat menjadi watak utama yang akan memilih untuk membentuk struktur kerajaan di mana rakyat diberikan hak untuk bersuara secara adil dan mengundi mana2 pihak yang mereka yakin akan menjamin keselamatan, keadilan, dan kemakmuran kerajaan yang akan dibentuk. Mami menganggap Mami masih lagi mentah dalam bab politik. Namun, apa yang dilalui sebelum, semasa dan selepas PRU13 baru2 ini benar2 membuatkan Mami rasa sangat kecewa dengan sistem demokrasi yang dilaung2kan dan digah2kan itu. Pada pendapat Mami, demokrasi yang dicanang2kan sebelum ini hanyalah tinggal nama sahaja. Hakikatnya sistem demokrasi di negara ini telah lama hancur dan berkubur dek sikap 'gila kuasa' yang beraja di dalam diri pemimpin2 Malaysia.
Terlalu banyak perkara yang terjadi sepanjang PRU 13 lepas yang semuanya (pada pendapat Mami & mungkin juga seluruh rakyat Malaysia yang tahu menilai) boleh dianggap sebagai sangat zalim & langsung tiada demokrasi. Contohnya:-
1. Media arus perdana (TV, radio & akbar) sangat ketara 'berat sebelah' kerana hanya mempromosikan/ berkempen untuk parti yang memerintah sahaja tanpa memberi ruang kepada parti lawan untuk bersuara sedangkan rakyat sepatutnya mendengar daripada kedua2 belah pihak dan menilai buruk baik parti2 tersebut sebelum membuat pilihan. Dengan kuasa media yang ada, parti lawan ditentang habis2an oleh parti pemerintah dengan momokan fitnah dan cerita palsu yang sengaja direka bagi membangkitkan kebencian rakyat terhadap parti lawan.
2. Isu warga asing yang sengaja dibawa masuk ke negara ini sebagai pengundi hantu langsung tidak mendapat sebarang bantahan daripada pihak polis dan SPR seolah2 parti pro-kerajaan itu mempunyai kuasa veto yang tidak seorang pon boleh menafikannya.
3. Memberi wang rasuah kepada pengundi2 agar memangkah calon pro-kerajaan.
4. Merencanakan kejadian 'blackout' bilamana kiraan undian lebih banyak memihak kepada parti lawan agar undian parti lawan dapat kembali disaingi sementara peti/kertas undi haram dibawa masuk semasa keadaan bergelap.
5. Mengapi2kan sentimen perkauman bilamana 'mereka' telah mendapat kurang undian dan sokongan daripada kaum cina.
Kerana kuasa manusia sanggup melakukan apa saja, sanggup menghalalkan apa yang diharamkan asalkan segala hajat terlaksana. Menjadi pemerintah bukan perkara kecil yang boleh dianggap main2. Ini adalah amanah yang bukan hanya wajib dipikul di dunia, malah tanggungjawab sebagai pemerintah juga akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jika di dunia, semua kejahatan mungkin boleh ditutup, tapi di akhirat??? Mata, telinga, tangan, kaki yang akan menjadi saksi. Ketika itu, penyesalan dah tak berguna lagi. Hanya menunggu saat dihumbankan ke neraka..Wa nauzubillahiminzalik..
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.