Thursday, May 30, 2013

Haziq 16mo @ 1 yr 4mo

Alhamdulillah.. alhamdulillah..alhamdulillah..Ya Allah, terima kasih kerana memberikan aku peluang untuk menjadi seorang ibu yang sehingga kini puteraku telah pun berusia 1 tahun 4 bulan. Adalah menjadi perkara wajib bagi Mami untuk sentiasa mengikuti perkembangan Haziq dari masa kesemasa & Mami akan coretkan di 'diary' ni sebagai kenang-kenangan.

Biarpun sebenarnya Mami tidak dapat bersama dengan Haziq 24jam setiap hari memandangkan Mami adalah ibu yang berkerjaya, tapi disetiap ruang waktu yang berbaki itulah Mami akan gunakan sehabis baik untuk memantau dan meneliti perkembangan Haziq. Bermula dengan Haziq yang dulunya hanya terlentang tak tahu apa2 hinggalah sekarang Haziq menjadi anak bujang Mami yang bijak segalanya (Mami bukan nak memuji anak sendiri, tapi komen orang sekitar selalu mengatakan bahawa Haziq dari kecik lagi dah menampakkan kecerdikannya..Alhamdulillah..mungkin berkat daripada namanya HAZIQ yang bermaksud PINTAR itu juga..mudah2an..) 

Jom kita saksikan keletah & aksi Haziq setakat hari ini...


 Jika sebelum ni panda tu 'tidur' dalam bakul mainan je, tapi sekarang dah jadi teman tidur Haziq. Haziq sgt suka dengan kegebuan bulu2 panda tu. Sebab tulah sekarang ni ke hulu ke hilir dok kelek panda bear tu.
Suka pakai 'sesuatu' atas kepala..kalo dolu2 jangan harap la...hihihiihiii.. Tapi sekarang...tudung Mami, baju, seluar, topi, kopiah, hatta baldi kecik bekas lego tu pon Haziq pakai atas kepala..hohohohohoo..

Ber'cekak' pon ok je...hahhahaha..adoi..Mami confuse..

 Dah ada buku sekolah & iPAD sendiri..hepi sangat bila Mami bagitau ni Haziq punya..


Hasil kerja Haziq...cantik tak??? (hihihii..jangan tertipu ok..Haziq baru pandai menconteng2 je..)


Seronoknya buat 'homework"...paaaandai anak Mami!!!

Ni dok 'baca' gambar pulak...

Masterchef cilik Mami...
Wajah hepi dapat tolong Mami potong sayur..

Mulutnya makin becok 'bercakap' sekarang ni..banyak vocab Haziq belajar setiap hari..antaranya yang sentiasa jadi sebutan Haziq sekarang ialah 'buah', 'nan' (mainan), awah (Allah), 'tan'/'ish' (ikan), 'jan' (hujan), 'beh' (habis), 'dah' (sudah), 'na' (qasidah ya hanana)...& baaanyak lagi...

Gemar tengok sesuatu yang sambil terteleng2 kepala..

Skill melompat dah makin mantap..wpon belum betul2 expert lagi..


Pandai ambik sendiri susu daripada peti ais, bukak penutup & terus 'gogok', tapi sebelum minum, mesti akan duduk bertenggek dulu kat bendul di dapur ni..comel sangat!!!



Layan aje walaupon dah macam kena 'dera'..kahkahkah...4 tahun Abi simpan songkok nikah dalam kotak ni, tapi sekali Haziq terjumpa pulak..habis barai kotak songkok tu. Mami amik, sarungkan kat Haziq...hihihihi..

Hah kau..panjang berjela entry kali ni!! Kemain semangat Mami dok story mory kisah kasih Haziq ni.. Etceli kalo nak diceritakan semuanya harus jadi novel kot..So, Mami just amik mana2 yang paling best among the best je....hikhikhik..
Antara lain moment kebijaksanaan Haziq sepanjang usia 16bulan ni:-

- Pandai bezakan antara tulisan jawi/arab dengan tulisan rumi. Haziq akan angkat tangan 'berdoa' bila nampak tulisan arab.

- Kenal mana 1 CD Ya Hanana.. selalunya bila masuk aje dalam kereta Haziq akan mintak Mami pasangkan CD Ya Hanana  (ambik sendiri tau).

- Boleh differentiate between bangunan biasa2 and masjid/surau. Haziq akan angkat tangan letak kat telinga (macam orang nak azan) bila nampak masjid/surau.  

Ya Allah...terima kasih kerana mengurniakan kami anak sebijak ini..Alhamdulillah!!!

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, May 23, 2013

Air tangan Mami#31


Potato & Mushroom Patties
(11mo ++)

Bahan-bahan:-
2-3 biji kentang 
1 paket cendawan segar (Mami guna cendawan butang) (dadu/cincang halus)
sedikit Bawang besar (dadu halus)
1/2 batang lobak merah (potong halus)
Sedikit serbuk lada hitam

Cara Penyediaan:
  1. Kukus kentang hingga masak/lembut, hancurkan.
  2. Gaul kentang bersama-sama dengan cendawan, bawang, lobak merah & serbuk lada hitam. Bentukkan (ketebalan anggaran 1cm shj)
  3. Pan fry di atas non stick pan sehingga masak dengan api yang perlahan.
shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, May 21, 2013

Cruise Travel (Part 1)

P/s: Entry yang dah lama terperam di draf sebenarnye...Mami bz hokey!! ups...

27.4.2013 (Ahad)- Perjalanan bermula..

Seawal 7.00 pagi kami bergerak dari rumah ke opis Mami dengan iringan Pakcik Amin. Perjalanan kami ke Penang adalah dengan bas yang opis Mami telah sewa khas. Ding dong ding dong jam 8.00 jugak kami mula bergerak ke Penang. 1st time kami sekeluarga (mungkin jugak kpd peserta2 yang lain) naik bus double decker. Fuhh..Teruja!! Tapi bila dah start gerak..wow...macam naik bot pulak rasanya!! 'Terolang-aleng' je dok dalam bas tu. Yela..bas 2 tingkat kan..tinggi!! New experience kpd kami semua. Haziq yang masih lagi dalam mood ngantuk tak tunggu lama untuk kembali tidur..ditambah lagi dengan aircond yang sejuk & berbaring pulak dalam baby carseat yang selesa, dalam masa sekejapan je Haziq dah dibuai mimpi..hihihi..Mami pun tumpang la sekaki..kuikuikui... Jam 12.30 tghari lebih kurang kami selamat tiba di Penang. Terus register utk boarding.
 
Fuiyooooo!!! besonye kapal..jakun sekejap..hihihi
Kapal ni ada 10 dek/tingkat..boleh muat 1,800 orang katenye..

Mula2 kami pass bag kami yang beso gedabak tu dulu, pastu baru naik ke tingkat atas untuk cop passport bla bla bla... Ada 2 3 kaunter kami nak kena go thru sebelum dapat masuk kapal. Tapi yang menariknya kami tak payah nak beratur panjang2 sebab kami bawak 'baby'..hihihi..Alhamdulillah.

Kat dalam cruise access card ni la 'nyawa' kami. nak masuk cabin, nak beli barang, nak makan, semuanya kena guna kad ni. Bila kapal berlabuh & kami diturunkan, kad ni akan jadi pengganti passport kami. So, ape2 hal yg jadi kat darat, kat ni akan cukup untuk membuktikan kami adalah pelancong yang sah & pihak2 yang berkenaan boleh merujuk kepada cruise yang kami naik tu utk tindakan sewajarnya..

Jam 3pm++ camtu kami dah selamat berada di bilik (cabin) kami. Cabin no. 4020 yang terletak di Dek 4. Kecik comey aje bilik kami. Selesa la jugak untuk kami 3 beranak. Yang bestnya bilik kami menghadap laut. Fuhhhh..mabuk pulak rasanya bila dok pandang keluar. Maklumla..nampak laut luas je...
Superstar Libra Oceanview Stateroom with Window BB & BC

Haziq kemain eksaited lagi bila dah dapat check in dalam bilik ni. new environment katekan.....hihihihi.. Kami mulakan dengan meng'explore' kawasan dalam cruise tu dulu.

Tempat pertama  singgahan kami of course la swimming pool yang terletak di Dek 9. Saja nak cuci mata je sebenarnye sebab masa kami naik ke sini, cuaca masih terlalu terik. Jadi, kami hanya berjalan2 sambil ambik gambo je. Mami & Haziq hanya berlegar2 di Dek 9 je sementara Abi yang ala2 paparazi tu dok snap pic sini sana kat Dek paling atas (Dek 10)..gasak la..dah hobi katenye..hihihihi..

Lepas membizikan diri berlegar2 di Dek 9, makan time la pulak. Ikut briefing awal kat opis Mami, tak pulak dibagitau ade minum petang. Disebabkan 1st time, kami agak takut2 jugak la nak pegi makan kat restoren tu. Kot le berbayor kan..buatnye 1 kepala RM50..huuuuuu Mami rela tak makan kot, tunggu yang memang dah include dlm pakage je..hikhikhik..bukan kedekut tau..tapi berbelanja secara bijak..wink** 

Alhamdulillah, rupa2nya memang free sebab meal utk petang tu Star Cruise treats at welcoming meal..lalalala.. Makanya kami pun makan la dengan riangnya. Masa tengah makan tu la bermulanya pelayaran kami ke Phuket yang jangkanya akan tiba di sana seawal jam 9 pagi. Serius langsung tak sedar kapal ni dok bergerak. Tau2, bila jengah kat laut tengok dah beralih tempat & nampak deruan ombak yang dibelah oleh kapal. hihihi....

Lepas makan, Mami & Haziq kembali ke kabin nak merehat2kan diri. Haziq yang keletihan pon sempat jugak terlena. Mami ambik kesempatan tu untuk mandi & buat apa yang patut.

Kat atas cruise ni di antara perkara yang terawal yang akan dilakukan oleh management ialah briefing tentang 'fire drill'. Waktunya sekitar jam 5.30 petang camtu. Siren akan dibunyikan & semua passenger kena berkumpul ditempat2 yang telah ditetapkan. Tapi Mami tak join pon memandangkan mase tu Mami still dalam bilik air. Ditambah pulak Haziq sedang tido..kui kui kui..Mujur sekadar mock fire drill. Kalo kejadian betul2, maka hangus la kot kami..kah kah kah..cisss...main2 pulak!! apa da....

Dah nak maghrib camtu kami naik ke Dek 9 balik sebab nak tengok sunset. Tapi rupa2nya dah macam pesta pulak kat Dek 9 tu. Dengan live band nye, orang mandi manda dalam pool, pastu meriah dengan stall2 makanan kat keliling pool tu.

Haziq ok je asal dapat layan video kegemarannya..Ya Hanana..

Sekali lagi kami agak ragu2 nak makan kat situ sebab takutkan kene bayor...hoi..jakunnye belum habis lagi kot..kikkikiikk... Sekali bile dah terjumpe geng & confirm ngan diorang sume tu free, baru la Mami berani nak amik makanan tu. Sekali bila dah mula nak menyuap, timbul pulak cerita 'halal ke makanan tu?' Mami dah cuak..1 pinggan nasik yang baru di ambik jadi korban tong sampah.. Tapi rupa2nya semua makanan tu halal, sama je macam yang ade kat dalam restoren yang kami pergi tadi. Ceiiiiit!!!! Makanya sekali lagi la Mami kena beratur untuk tapau makanan..huhuhuhu..
Siap makan, tengok sunset & bergambo sakan, Mami & Haziq balik ke kabin. Perut dah kenyang, hati sudah gumbira, masanya untuk zzz...

....to be continued

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, May 15, 2013

Wordless..Mami sangat bz hokey!!!

Bila mak dok meroyan teringin nak baby gurl...hohohohoohoi..
Inilah hasilnya...


 Sweeeeeeet...
 Hasil kerja Makteh..'makeup' Haziq
 Anak dara sapa la ni???
Dok ber'cekak' aje...
 Sila jangan mengorat saya!!
shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, May 14, 2013

Air tangan Mami#30


Kue Tiaw Tomyam
(9 bulan++)

Bahan-bahan:
1/2 cawan kue tiaw (Mami guna cap kunci pek kaler merah)
Sedikit bawang besar-dimayang
1 inci lengkuas - ketuk
1 batang serai - ketuk
2-3 helai daun limau purut -carikkan
1 biji tomato
sedikit daging/ayam
3 kuntum brokoli
1/2 batang carrot
2 inci seleri
1 mangkuk air rebusan daging/ayam
1 sudu besar minyak masak

Cara Penyediaan:
  1. Rebuskan lengkuas, serai, daun limau purut, daging, seleri, tomato dan carrot dalam periuk dengan air rebusan hingga mendidih atau daging empuk. (tutupkan periuk)
  2. Masukkan bawang dan brokoli. Renihkan 3 minit.
  3. Masukkan kue tiaw, renihkan 30 saat, tutup api & sedia untuk dihidang.
p/s: Jika taknak hidangkan lagi, jangan masukkan kue tiaw lebih awal untuk mengelakkan kuahnya diserap & kue tiaw menjadi terlalu kembang.

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, May 13, 2013

Air tangan Mami#29


Shell Pasta Soup
(9mo ++)

Ingredients:
1/2 cup Shell pasta
2tbs chopped onion
3-4 cloves garlic
1 inch ginger
1/4 cup minced beef/chicken
3 floret brocolli
1/2 carrot
1 small slice cinnamon stick
1 bunga lawang
2-3 buah pelaga
water
1-2 tbs cooking oil
1-2 tbs coriander & spring onions-chopped

Preparation:
  1. Heat cooking oil in pot over medium heat, add cinnamon stick, bunga lawang & buah pelaga-fry for 30 seconds. 
  2. Add onion & garlic and sauté until lightly browned. Add water, ginger, carrot, pasta and beef/chicken. Bring to a boil, cover, and reduce heat.
  3. Add brocolli and cook additional 5 minutes or until pasta is tender but not overcooked.
  4. Turn off the heat, sprinkle the coriander & spring onions. Ready to serve.

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, May 10, 2013

PRU 13 paling kotor (pandangan peribadi)

Demokrasi sepertimana pemahaman Mami bermaksud seluruh rakyat menjadi watak utama yang akan memilih untuk membentuk struktur kerajaan di mana rakyat diberikan hak untuk bersuara secara adil dan mengundi mana2 pihak yang mereka yakin akan menjamin keselamatan, keadilan, dan kemakmuran kerajaan yang akan dibentuk.  Mami menganggap Mami masih lagi mentah dalam bab politik. Namun, apa yang dilalui sebelum, semasa dan selepas PRU13 baru2 ini benar2 membuatkan Mami rasa sangat kecewa dengan sistem demokrasi yang dilaung2kan dan digah2kan itu. Pada pendapat Mami, demokrasi yang dicanang2kan sebelum ini hanyalah tinggal nama sahaja. Hakikatnya sistem demokrasi di negara ini telah lama hancur dan berkubur dek sikap 'gila kuasa' yang beraja di dalam diri pemimpin2 Malaysia.

Terlalu banyak perkara yang terjadi sepanjang PRU 13 lepas yang semuanya (pada pendapat Mami & mungkin juga seluruh rakyat Malaysia yang tahu menilai) boleh dianggap sebagai sangat zalim & langsung tiada demokrasi. Contohnya:-

1. Media arus perdana (TV, radio & akbar) sangat ketara 'berat sebelah' kerana hanya mempromosikan/ berkempen untuk parti yang memerintah sahaja tanpa memberi ruang kepada parti lawan untuk bersuara sedangkan rakyat sepatutnya mendengar daripada kedua2 belah pihak dan menilai buruk baik parti2 tersebut sebelum membuat pilihan. Dengan kuasa media yang ada, parti lawan ditentang habis2an oleh parti pemerintah dengan momokan fitnah dan cerita palsu yang sengaja direka bagi membangkitkan kebencian rakyat terhadap parti lawan. 

 
2. Isu warga asing yang sengaja dibawa masuk ke negara ini sebagai pengundi hantu langsung tidak mendapat sebarang bantahan daripada pihak polis dan SPR seolah2 parti pro-kerajaan itu mempunyai kuasa veto yang tidak seorang pon boleh menafikannya.

3. Memberi wang rasuah kepada pengundi2 agar memangkah calon pro-kerajaan.  

 4. Merencanakan kejadian 'blackout' bilamana kiraan undian lebih banyak memihak kepada parti lawan agar undian parti lawan dapat kembali disaingi sementara peti/kertas undi haram dibawa masuk semasa keadaan bergelap.

 5. Mengapi2kan sentimen perkauman bilamana 'mereka' telah mendapat kurang undian dan sokongan daripada kaum cina. 

Kerana kuasa manusia sanggup melakukan apa saja, sanggup menghalalkan apa yang diharamkan asalkan segala hajat terlaksana. Menjadi pemerintah bukan perkara kecil yang boleh dianggap main2. Ini adalah amanah yang bukan hanya wajib dipikul di dunia, malah tanggungjawab sebagai pemerintah juga akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jika di dunia, semua kejahatan mungkin boleh ditutup, tapi di akhirat??? Mata, telinga, tangan, kaki yang akan menjadi saksi. Ketika itu, penyesalan dah tak berguna lagi. Hanya menunggu saat dihumbankan ke neraka..Wa nauzubillahiminzalik..  


shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, May 8, 2013

Balik Kampung Mengundi

Jumaat lepas kami bertujuh (termasuk 2 orang budak tecit) balik kampung dengan tujuan utama untuk mengundi sambil menziarahi Mak Abah & keluarga di kampung. Sekali fikir ada baiknmya jugak kan kami masing2 tak tukar alamat ic, sekurang2nya dapat jugak balik kampung ramai2 sebegini..hihihi.. Penuh sendat Vios Mami dengan muatan yang almost semuanya ala2 'comel' tu...

Jam 9.30 malam camtu kami mula bergerak balik kampung. Jalan nak kata terlalu clear tak la jugak, tapi tak terlalu jammed..Alhamdulillah..Sesekali dapat berkumpul 1 kereta dengan adik2 terasa macam masih bujang pulak. Mujur ada Haziq & Balqis yang menyedarkan kami semua bahawa kami bukan 'anak2' lagi..katanya nak balik mengundi kan..tentu2nya la umur masing2 mesti dah lebih 21 tahun kan????...hihihihi...

5 jam perjalanan, akhirnya jam 3.30 pagi kami selamat tiba di kampung tanah tumpah darah kami..Alhamdulillah. Ketibaan kami disambut dengan hidangan laksa buatan Mak yang sangat awesome. Mami makan sampai 2 mangkuk!!! Haziq yang lena sepanjang jalan pon terjaga & makan laksa bersama2 kami..Kak Yong Balqis jangan cakap la..puteri "burung hantu" tu memang jenis suka berjaga malam..takde maknanya nak tidur awal!! Dipendekkan cerita, dah kenyang perut masing2, maka kami semua pun beradu sekejap sementara menunggu subuh.

Sabtu...4.5.2013
Pagi2 takde ape sangat aktiviti yang kami buat. Sarapan sama2 sambil bersembang2 cerita anak-beranak. Tengahari pulak masak sama2, makan sama2..
Petangnya pulak pakat ramai2 ke rumah Opah sebab Cik Nab ada buat kenduri doa selamat lepas Asar. Balik dari berkenduri, Haziq & Kak Yong kepenatan, terus terlena.Wow..Mami boleh berehat dengan tenang.
Malam pulak, plan asal nak buat nasik ayam kegemaran Abah, tapi malangnya sekor ayam pon takde jual lagi kat pasar..dah habis katanya. Yang sebenarnya masing2 kekenyangan sebab petang tu kan dah makan kenduri kat rumah Opah..takde hidangan istimewa sangat malam tu. Tapi malam tu, tapi Mami tetap makan dengan berselera sebab nafsu makan yang melonjak2 menengokkan ikan pelaling goreng, petai & sambal belacan Mak yang memang..perghhhhh!!! Mak mertua lalu pon boleh tak sedar!!!

Ahad...5.5.2013
Hari yang dinanti2kan telah tiba...PRU13.
Pagi2 lagi Mami dah bangun, Haziq pon sama..dah puas tido agaknya. Seawal 8 pagi Mak dah ke pekan mencari ayam, Alhamdulillah dapat..Maknanya tengahari nanti dapatla kami semua makan nasik ayam Mak yang sedap tu..lagi2 Abah..memuji aje kalo dapat makan nasik ayam air tangan Mak..Tapi memang sedap pon..tak dapat dinafikan..hihihihi..
Dalam jam 10 pagi macam tu Mami, Mak & Amin keluar membuang undi. Ecah & Kim dah keluar lebih awal sebab kami kena membuat penggiliran babysit kan si Haziq & Balqis..Alhamdulillah..dalam masa tak sampai setengah jam semuanya selesai.
Tengahari kami semua bersantai2 sambil melayan karenah Haziq & Kak Yong yang sangat menghiburkan. Haziq yang tak habis2 dengan "Ya Hanana", Kak Yong pulak tak jemu2 dengan Upin Ipin..adoi la anak...janji korang hepi..
Petangnya Mami tinggal di rumah sorang2 sementara yang lain2 pergi ke pasar malam di Sumpitan. Mami memang takde mood nak kemana2 sebab rasa penat sangat. Jadinya duduk je kat rumah sambil layan Astro Awani dok dengar ulasan PRU..
Malamnya, sekali lagi hidangan menarik disajikan Mak & Abah utk anak cucu yang balik kampung mengundi..ikan talapia bakar cicah air asam memang terbaik la!! Haziq punya la eksaited tengok ikan dalam pinggan sampai tak sedar dah masuk ke tengah saprah hidangan. Mulut comelnye tak senyap2 dok sebut "ikan..ikan...fish.." sambil jari dok tunjuk2 kat ikan tu. Gayanya geram sangat la nak jugak kot cubit2 isi ikan tu macam orang lain buat...hahhahahah...bijak anak Mami ni!!
Selesai makan, masing2 sibuk dok melayan keputusan PRU..(Insya Allah Mami akan buat 1 entry khas tentang PRU13 lain kali ye.)

Isnin..6.5.2013
Kerajaan Selangor umumkan cuti pada hari ini, Alhamdulillah..beginilah pemimpin yang berjiwa rakyat. Mengambilkira kesusahan rakyat yang terpaksa balik kampung jauh2 macam kami ni untuk membuang undi. Jika kami terpaksa jugak bekerja pada hari Isnin, tak tau la jam berapa kami akan sampai ke rumah sebab highway tentu2nya akan jammed sebab semua orang akan balik semula ke 'KL'..
Pagi tu, untuk kesekian kalinya hidangan roti canai istimewa Mak sajikan untuk kami semua. Setiap orang dapat 2 keping. Haziq yang kecik tu pon boleh habiskan sekeping. Dah habis setengah keping, dimintaknye lagi.."nak..nak..".sedap sangat agaknya roti canai air tangan Opah...hihihi..
Akhirnya jam 9.30 pagi camtu kami pon mula bergerak meninggalkan Mak & Abah kembali berdua di kampung.. Sayu sangat hati Mami. Dapat bayangkan kesunyian yang akan Mak & Abah lalui tanpa anak2 dan cucu di sisi. 3 hari hidup mereka diceriakan dengan suasana riuh rendah anak cucu, tapi akhirnya terpaksa melepaskan kami semua untuk kembali pulang ke kota..huhuhuhu..Moga kita berjumpa lagi Mak, Abah..
Biarpun kita semua tidak lagi sebumbung, jauh di mata, tapi hakikatnya Mak & Abah sentiasa dekat di hati kami semua..


 Meraikan hari Ibu & hari jadi Abah in advance..


 Cuaca sangat panas..budak berdua ni hanya berpampers je di tengahari...hihihi
 Amboi...Kakak & Adik ni...
 Tengok ayam ke???
Amboi...sakan ye..sesekali dapat bebas di luar!!


Dapat main pelampung dalam rumah pon ok la kan Haziq..?

 Yang lelaki sibuk nak bercekak...Haziqah!!
hihihihi...comey je...

Aksi lucu yang menghiburkan hati kami semua..

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, May 3, 2013

5.5.2013-PRU13 Selamat mengundi!!



Malam ni kami adik-beradik akan balik kampung untuk mengundi 5.5.2013 nanti. Terujanya!!! Jika diizinkan Allah, ini adalah kali ke2 Mami akan membuang undi & semestinya pilihan Mami dulu kini & selamanya adalah pemimpin yang memperjuangkan hak rakyat dan pastinya yang paling penting yang menyokong tertegaknya hukum Allah di Malaysia ini

Pendapat peribadi Mami sebagai orang yang tak berapa pandai berpolitik ni, PRU kali ni paling terkotor sebab terlalu banyak menyajikan cerita2 panas yang 'melemaskan' mata dan telinga yang dimomokkan oleh puak2 tertentui semata2 untuk meraih undi rakyat. Mereka menggunakan apa jugak cara yang boleh untuk menghentam pihak lawan sehingga sanggup memperbodohkan bakal pengundi dengan cerita2 rekaan lucah, gambar2 super impose dan berbagai lagi.

Mami yang hanya rakyat kerdil ni hanya mampu melihat sambil beristighfar..Astaghfirullahal'azim...tak takutkah mereka dengan hukum dan balasan daripada Allah? Kerana taksubkan kuasa memerintah, fitnah-memfitnah, caci maki, bohong membohongi dah jadi perkara biasa..Allahu Rabbi!!!

Ya Allah..selamatkanlah rakyat Malaysia!!! Berikanlah kemenangan besar kepada parti yang 100% memperjuangkan hak rakyat & syiarMu. Berikanlah hidayah kepada mereka yang masih lagi tertutup pintu dan mata hatinya agar mereka memilih jalan yang Engkau redhoi. Berikanlah juga pengajaran yang setimpal kepada mereka dan sekutunya yang tak segan2 menabur fitnah, berbohong dan mereka2 cerita palsu bagi menghalang tertegaknya hukumMU agar mereka dapat kembali ke pangkal jalan..amin ya Rabbal 'alamin .. 


   
shawqunnur.blogspot.com ®