Monday, July 15, 2013

Ulangkaji Ilmu Rumahtangga

Dah 4 tahun ++ bergelar suami isteri ni mungkin dah mula lupa tentang apa yang dibacakan oleh Tok Qadhi dalam khutbah nikah dulu.. Jadi hari ni Mami nak revise & highlight sikit tentang tanggungjawab2 suami isteri dalam perkahwinan yang Mami baca dari Blog Ustaz Wahab baru2 ni. Mami taknak bercakap tentang kewajipan memberi nafkah zahir batin mahu pun bab2 tentang taat mentaati, tapi yang Mami nak sentuhkan di sini lebih kepada tanggungjawab yang dikongsi bersama di antara suami isteri yang mana pada Mami, perkara2 ni seringkali terlepas pandang oleh pasangan suami isteri itu.

Di antara tanggungjawab bersama bagi setiap pasangan suami isteri ialah:
  1. Mengekalkan kerukunan rumahtangga
  2. Memelihara dan menjaga anak-anak
  3. Memberi pendidikan yang sempurna
  4. Memberikan layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak
  5. Menyediakan rawatan dan perubatan
  6. Menjamin keselamatan
Mengekalkan kerukunan rumahtangga
Sedangkan lidah lagikan tergigit apa pula suami isteri, kata bidalan yang cukup sinonim dengan hubungan suami isteri. Perbalahan kecil sesama pasangan itu adalah normal dan wajar. Persefahaman merupakan kata kunci utama dalam mengekalkan kerukunan rumahtangga yang mana melalui perhubungan yang serasi dan harmoni antara suami isteri, natijahnya adalah suami isteri itu akan lebih mengenali antara satu sama lain luar dan dalam. Mereka juga lebih arif dengan apa yang dimahukan oleh pasangan dan saling berusaha untuk menggembirakan pasangan. Apa jua masalah yang timbul WAJIB dibincangkan bersama, masing-masing memberi dan mendengar pendapat dan bukannya keputusan yang terpaksa dipersetujui dengan kuasa veto si suami.

Memelihara dan menjaga anak-anak
Bila pasangan itu membuat keputusan untuk berkahwin, secara tidak langsung mereka perlu membuat persediaan untuk menerima kehadiran anak-anak serta merencanakan masa depan setiap anak yang dilahirkan. Benar, ibu yang mengandungkan dan melahirkan anak-anak. Tetapi tugas memelihara dan membesarkan anak-anak bukan terletak di bahu ibu sahaja. Kebanyakan lelaki (suami) dalam masyarakat kita mempunyai tanggapan yang salah bahawa menguruskan anak-anak adalah tugas wanita (ibu) sedangkan ianya adalah tanggungjawab bersama. Sudahlah isteri bersusah payah mengandung membawa perut yang besar dan berat selama 9 bulan, mengharungi proses bersalin yang sangat menyakitkan, bersengkang mata menyusukan anak di tengah-tengah malam dikala suami di sebelah lena diulit mimpi, si suami tanpa ada perasaan bersalah dan segan terus membebankan isteri dengan tugas melayan anak-anak pula. Sepatutnya kerja-kerja mudah seperti membuat susu, memandikan, menyalin lampin, membuaikan anak mahu pun menghantar/mengambil anak ke sekolah/pengasuh boleh dilakukan oleh si ayah tanpa perlu membebankan kepada ibu.

Memberi pendidikan yang sempurna
Ibu bapa adalah cermin anak-anak. Buruk baik anak-anak tertakluk kepada cara asuhan ibu bapanya kerana setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci) dan ibu bapanyalah yang akan membentuknya samada menjadi manusia yang berguna ataupun sia-sia. Ini memerlukan perancangan yang awal sedari dalam kandungan lagi. Pendedahan ilmu duniawi dan ukhrawi hendaklah seiring. Rumah pula adalah sekolah terawal untuk anak-anak. Maka ibu bapa bertanggungjawab mempersiapkan diri dengan skill dan ilmu yang boleh mendidik anak-anak dengan sempurna. Contohnya, jika ibu bapa mahukan anaknya menjadi seorang yang huffaz, sekurang-kurangnya ibu bapa itu wajib celik al-quran. Memberikan pendidikan yang sempurna dan pendidikan yang sempurna bukanlah bermaksud menyekolahkan anak-anak di tempat-tempat pengajian yang high standard dan mahal kerana apa yang penting adalah ilmu yang diperolehi itu boleh dimanfaatkan.

Memberikan layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak
Perkahwinan bukan hanya melibatkan kedua-dua pasangan suami isteri, malah institusi perkahwinan itu termasuklah 'mengahwini' keluarga di kedua-dua belah pihak. Memang benar, syurga isteri selepas berkahwin adalah ditelapak kaki suaminya, malah isteri juga mestilah mengutamakan suami/keluarga suami. Namun demikian, pihak suami WAJIB bersikap adil dan saksama terhadap keluarga isteri. Mentang-mentanglah isteri tidak boleh mengingkari suami, maka suami mengambil kesempatan untuk menafikan hak isteri sebagai anak kepada ibu bapanya. Contohnya, jika dalam keadaan di mana keluarga isteri mengharapkan anak mereka untuk turut serta di dalam sesuatu acara, maka suami mestilah meraikan keluarga mertuanya dengan turut menyertai acara tersebut.  

Menyediakan rawatan dan perubatan
Sangat wajar bagi pasangan suami isteri untuk saling tolong menolong antara satu sama lain lebih-lebih lagi dalam hal kesihatan. Suami isteri adalah pelengkap kehidupan, jika salah seorang daripada keduanya jatuh sakit, maka pasangan yang seorang lagi akan turut merasakan impaknya. Dalam konteks ini juga, suami isteri bertanggungjawab untuk menyediakan rawatan dan perubatan bukan sekadar untuk diri masing-masing, malah ianya meliputi kesihatan anak-anak.

Menjamin keselamatan
Keselamatan meliputi keselamatan tempat tinggal dan termasuklah juga kawasan persekitarannya. Kediaman yang selesa memberi jaminan keselamatan yang optimum. Jaminan keselamatan pula bukan sekadar spesifikasi bangunan kediaman yang kukuh, malah ianya termasuklah juga menyediakan satu keadaan yang selamat daripada ancaman penjahat, perompak mahu pun binatang buas dll.
   
shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, July 10, 2013

Ahlan ya Ramadhan

Alhamdulillah tahun ke-2 berpuasa sebagai Mami. Tahun lepas Haziq kecik lagi. Baru pandai angkat2 bontot nak merangkak. 1st day solat terawih Mami dengan penuh rasa semangat bawak Haziq ke masjid untuk sama2 berterawih. Haziq ok aje..tak menangis pon even masa tu baru nak masuk 7 bulan. Tapi Mami tak boleh tahan dengan budak2 lain lep plak. Time Mami solat ade yang cuba nak dukung Haziq la, main dengan Haziq over2 sangat la sampai menjadikan Mami agak kecut perut & tersangat bimbang untuk teruskan solat dengan terawih & biarkan Haziq sorang2. So, the best solution is terpaksa la tunggu tahun depan (which is tahun ni) utk teruskan niat berterawih di masjid.

Tahun ni Mami kembali berkobar2 nak join solat terawih di masjid. Tapi Mami buat keputusan untuk bersolat di ruangan 'warga emas' je memandangkan ruang solat wanita terletak di tingkat 1 masjid dan keadaan ini mungkin akan mengundang bahaya kepada Haziq disebabkan Mami takut Haziq main tangga.. (yela Haziq kan dah 18bln..berjalan dah laju..!!)

Dipendekkan cerita, tahun ni sekali lagi Mami nampaknya terpaksa berterawih sendirian di rumah..huhuhu.. Kali ni bukan sebab Haziq kacau Mami solat, tapi Mami takut jemaah lain terganggu sebab Haziq ada sekali dua tu berlari kat depan saf. Even masa tu belum mula solat, tapi Mami ada terperasan makcik2 kat situ macam tak selesa ada budak kecik macam Haziq ni dok kat ruang solat tu. Jadi, sebelum ada orang bukak mulut complaint itu ini yg akhirnya akan buat Mami sakit hati & bertambah dosa, Mami decide untuk lupakan keterujaan berterawih di masjid dan akan berterawih dengan Haziq saja di rumah.. Dalam hati Mami memang kecewa yang teramat sangat tapi nak buat camna kan..biah masjid di kebanyakan tempat di Malaysia ni (kecuali masjid UIA tempat Mami belajar dulu) memang tak mesra kanak2. Bagi jemaah terutama makcik2 & pakcik2 yang tua2 tu, baby2 & anak2 kecik tak sesuai dibawak ke masjid, sedangkan bagi generasi berilmu seperti generasi Mami yang dah open minded ni memang sangat menggalakkan anak2 kecik dipupuk dengan budaya cinta masjid dan sangat tak bersetuju dengan istilah 'Masjid hanya untuk org2 tua'..oh..apalah daya Mami yang hanya berseorangan nak menyedarkan 'mereka' yang ramai itu..huhuhuhu..Mami terpaksa redho..Oh..terpanjang pulak luahan perasaan..hihihih..

Ok berbalik pada cerita puasa. Tahun ni Mami nak jadi lebih bersistematik dan berdisiplin dengan pengurusan waktu. Maklumlah..Mami kan isteri & ibu yang berkerjaya yang dalam masa yang sama nak serve the best utk familiy..So, puasa tahun ni Mami dah siap2 dengan plan menu yang sesuai utk kami anak-beranak. Contohnya:

MENU BERBUKA PUASA/SAHUR (Minggu pertama)

10/7/2013 (Rabu)
Ikan Sardin Goreng Berlado
Sayur Bayam Tumis
Soya Cincau

11/7/2013 (khamis)
Acar Ikan Tenggiri
Kangkung Tumis
Sambal sotong
Jus Mangga

12/7/2013 (Jumaat)
Pindang Serai Ikan
Tauge Tauhu Tumis
Air sunquick

13/7/2013 (Sabtu) Kerutub Ayam
Ulam-ulaman + Sambal Kuini
Puding Cendol
Air Soya

14/7/2013 (Ahad)
Siakap 3 Rasa
Timun + Sambal Serai
Caramel
Teh Herba

Iklan jap....Iklan jap...


Berselera je Haziq bersahur


Lepas makan tengok TV le plak ye Haziq..senangnye hidup jadi budak2 kan?? hihihi..

Apa2 pon Mami mengharapkan Ramadhan kali ni akan dapat dilaksanakan dengan cemerlang..amin Insya Allah...

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, July 3, 2013

nom nom nom!!!

Biar foto berbicara........



  

 



 

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, July 2, 2013

Keluarga vs Kerjaya

Sepanjang 4½ tahun menjadi isteri dan 1½ tahun menjadi seorang ibu yang berkerjaya, Mami masih lagi try & error dalam menguruskan rumahtangga agar keluarga Mami menjadi keluarga sakinah baiti jannati. Tidak dinafikan menjadi isteri & ibu yang dalam masa yang sama berkarier adalah satu tanggungjawab yang sangat berat yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga, sedangkan masa yang kita ada setiap hari hanyalah 24jam dan tenaga yang cuma 4 kerat itu harus dibahagi-bahagikan agar setiap perkara dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Situasi sebelum dan selepas mempunyai anak mencetuskan perubahan 360˚ yang menyebabkan kehidupan Mami sedikit kelam kabut kerana terpaksa belajar mengadaptasi keadaan semasa dengan bebanan tanggungjawab yang semakin bertambah. Kadang-kadang dalam keadaan yang sangat serabut pernah terlintas dalam fikiran Mami untuk resign saja tetapi malangnya Mami tak mungkin boleh resign seawal ini. Jadi apa pun yang terjadi Mami terpaksa rela untuk terus bekerja.

Mami tertarik untuk berkongsi saranan yang Mami dapat daripada website ini yang mana ada 10 teknik pengurusan masa berkesan bagi seorang ibu dan wanita berkerjaya:-

1. Utamakan diri
Apabila bergelar isteri dan ibu, anda kadang kala lupa tentang hak ke atas diri. Anda mengabaikan diri sendiri kerana terlalu menumpukan perhatian menguruskan rumah tangga dan kerjaya. Tahukah anda? Jika anda tidak mengutamakan diri dengan menjaga kesihatan mahupun kecantikan, anda mungkin tidak dapat menguruskan anak, suami dan kerjaya dengan sempurna. Pastikan makanan yang disediakan sihat dan jangan lupa mengamalkan gaya hidup sihat.

2. Tetapkan jadual kerja
Orang yang mengamalkan disiplin yang ketat biasanya berjaya dalam kehidupannya. Jadi, untuk berjaya, anda perlu lebih berdisiplin. Buatlah jadual dan ingat! Jangan sesekali melanggarnya. Senaraikan dan susun mengikut keutamaan. Walaupun senarainya panjang, dengan disiplin yang ketat, anda pasti dapat menyelesaikannya. Percayalah!

3. Fokus pada kerja
Bagi kebanyakan orang pendapatan bulanan yang diperoleh datangnya daripada jawatan yang disandang sekarang. Jadi, anda perlu pandai mnguruskan masa yang melibatkan kerja dan keluarga agar tidak kehilangan punca pendapatan. Ketahuilah, apabila seseorang menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa saja kerja yang dilakukannya, kerja tersebut pasti dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.

4. Kerja pejabat ditinggalkan
Kerja pejabat seharusnya diselesaikan di pejabat juga. Jika kerja-kerja yang tidak dapat diselesaikan di bawa pulang, pasti akan mengurangkan masa bersama keluarga kerana terlalu sibuk mahu menghabiskan kerja pejabat.

5. Lupakan rumah
Apabila berada di pejabat pula, lupakan hal rumah untuk seketika. Dengan itu, anda dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk menghabiskan kerja di pejabat. Dan tentunya anda tidak perlu bersusah payah untuk membuat kerja pejabat di rumah pula.

6. Masa untuk keluarga
Biar sesibuk mana pun anda, keluarga tetap keluarga! Jadi, peruntukkan waktu tertentu untuk dihabiskan bersama mereka. Namun, pastikan anda mengisi masa dengan aktiviti berfaedah. Contohnya, luangkan masa seketika bersama anak-anak sebelum tidur dengan membacakan mereka teladan ataupun yang seumpama dengannya.

7. Agihkan tugasan
Sebagai ibu berkerjaya, kerja dalam meguruskan rumah tangga, tidak salah jika suami turut membantu. Selain itu, anak-anak juga boleh diberi kepercayaan untuk merigankan beban anda. Buangkan sifat tidak yakin dengan kemampuan mereka. Percayalah, mereka dapat melakukannya dengan sempurna sama seperti cara anda melakukannya.

8. Dapatkan bantuan
Masa yang terhad sering membuatkan anda kelam kabut. Setengah hari waktu dihabiskan di pejabat, anda perlu meneruskan perjalanan hari di rumah pula. Anda tentu kepenatan sehingga kadang-kala mengabaikan urusan rumah tangga. Jangan begitu, dapatkan bantuan jika tidak berdaya. Minta bantuan suami mahupun anak-anak.

9. Cuti-cuti
Ketika cuti, habiskan masa yang ada untuk bercuti! Untuk itu, lupakan soal kerja . Jika ada perancangan dan wang berlebihan, tidak salah rasanya jika anda sekeluarga bercuti dengan melancong. Tanpa anda sedari, percutian anda dapat merapatkan lagi hubungan sekeluarga.

10. Sistem kehidupan
Cara ini diyakini dapat membantu anda menguruskan masa dengan baik biarpun kelihatan leceh. Malah anda juga akan lebih tenang apabila berhadapan masalah. Wujudkan sistem peraturan bagi setiap aktiviti dalam rumah dengan melibatkan seisi keluarga. Sebagai contoh, sediakan bakul khas untuk menempatkan pakaian kotor. Asingkan pakaian kotor yang dipakai ke pejabat dan rumah. Selain itu sediakan bakul khas untuk pakaian berwarna dan putih juga. Dengan cara ini, anda tidak perlu bersusah payah mengumpulkan pakaian kotor apabila tiba waktu mencuci pakaian.

Mami harap dengan panduan teknik ini dapatlah Mami uruskan rumahtangga dan kerjaya dengan lebih efisyen..insya Allah..

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, July 1, 2013

Haziq @ 1yr 5mo

Actually today is Haziq's 1 1/2 year birthday according to masehi calendar. Tapi memandangkan Mami belum lagi update milestone Haziq utk bulan yang lepas. Mami bukan tak sempat nak update, tapi Mami disebabkan technical error line internet kat ofis Mami ni tak berapa elok since early June yang menyebabkan Mami tak dapat nak update story (wa..kantoi!! buat keje lain semasa bekerja..hihihi.. tapi Mami berblog ni time takde keje je tau..time bz xde maknenye...nak harap update kat rumah memang payah la...hihihi..) semua yang ter'update' sebelum ni pon sebab auto publish..nasib baik..So, make it short, this entry akan secara khasnya bercerita tentang perkembangan Haziq utk last month je lah ye..

Sepanjang usianya 17bulan ni macam2 perkembangan Haziq seiiring dgn kematangannya. Contohnya:-
  • Dah kurang mintak 'buah' bila bangun tidur. Tapi celik je mata dok heret Mami pulak pegi dapur mintak air..kalo salah bagi air, laju je dok geleng2 kepala sambil tergedik2 kaki tanda protes.
  • Pandai pakai seluar sendiri.
  • Minat nak belajar & suka menconteng. Dinding rumah kami dah jadi mangsa..huhuu..

  • Pandai berdikari especially bila Mami bz buat kerja di dapur, Haziq dah boleh layan TV/iPAd sorang2.
  • Dah boleh tidur sendiri tanpa 'bergayut' kat Mami..(macam dah ready nak adik je..?)
  • Makan nasik pakai tangan/penggunaan sudu/minum air dalam cawan dah makin improve. Makanan/minuman kurang tumpah
  • Boleh faham arahan2 yang simple..Cth: pandai buang sampah dalam tong/bakul sampah, kemas balik mainan, ambik itu ini...
  • Dari segi komunikasi, Haziq makin riuh mulutnya. Perkataan yang disebut jugak makin jelas wpon bukan semua perkataan yang Haziq sebut tu dapat difahami.
  • Pandai main 'olok-olok'..cthnya tengok gambar makanan, 'ambik' gambar tu & pura2 makan 
Gaya budak yang bijak..Masuk dalam kereta mesti nak pakai seat belt..gaya pegang henpon pon gaya dah cerdik bebenor.



shawqunnur.blogspot.com ®

Sunday, June 23, 2013

Air tangan Mami#36


Ikan tenggiri Asam Rebus
(15bulan ++)
Bahan-bahan:-
1 keping isi ikan tenggiri
Sedikit bawang besar (mayang)
1 keping asam gelugur
1 batang serai (ketuk)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Air secukupnya
1/2 biji Timun tua

Cara Penyediaan:-
  1. Satukan bawang, serbuk kunyit, air & serai dalam periuk. Renihkan sehingga mendidih.
  2. Masukkan ikan, asam gelugur dan timun tua. Rebus sehingga timun lembut.
  3. Tutup api, buangkan asam gelugur dan siap.  



Nasi Goreng Ikan Jimat
(10bulan ++)

Bahan-bahan:-
1 mangkuk nasi
1 ekor ikan kembung/selar (siap digoreng)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit unsalted butter
Sayur2an (kubis/carrot/kacang panjang etc)

Cara Penyediaan:-
  1. Perisi ikan (buang semua tulang), hancurkan (kasar2) & ketepikan.
  2. Panaskan unsalted butter, tumis bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan sayur2an (jenis yang keras). Goreng sehingga agak layu mengikut kesesuaian anak.
  4. Masukkan nasi, sayuran (jenis yang mudah layu) dan isi ikan. Gaul rata dan goreng selama 2 3 minit lagi.
  5. Tutup api dan siap.
Beginilah bekalan makanan untuk Haziq yang Mami siapkan setiap pagi sebelum Mami pergi kerja. Mesti lengkap dengan breakfast, lunch, tea time & dinner.

shawqunnur.blogspot.com ®

Saturday, June 22, 2013

Air tangan Mami#35


Crispy Beef Nugget
(14 bulan ++)
Bahan-bahan:-
1 cawan daging lembu (kisar)
4 - 5 sudu besar tepung Atta
1 biji telur Gred A
1 sudu teh serbuk lada sulah asli
1/4 cawan lobak merah (cincang)
1 mangkuk Instant oat
Minyak untk menggoreng (deep fry)

Cara Penyediaan:-
  1. Satukan daging, tepung Atta, serbuk lada sulah dan lobak merah. Gaul rata.
  2. Bentukkan mengikut kemahuan (jangan terlalu tebal & tidak terlalu nipis).
  3. Celup nugget di dalam telur, lapiskan dengan oat & goreng.
P/s: Jika ingin buat frozen nugget, goreng dulu nugget 1-2 minit sebelum sejukkan dan simpan di dalam peti ais beku.

shawqunnur.blogspot.com ®