Tuesday, May 31, 2011

my pregnancy: 8 weeks

Tahap kesibukan mami berganda2 sejak akhir2 ini sampai mami tak sempat nak update story kehamilan mami. Yelah tak lame lagi family mami akan berpindah ke rumah baru, so byk la preparation yg perlu dibuat. Ditambah pulak dgn tahap kesihatan mami yg tak mengizinkan. Itulah puncanya blog kesayangan mami ni agak bersawang sikit. hehehehhe....

Ok la, bercerita psal perkembangan mami pregnant dh masuk 8 minggu ni. Actually mami belom bebas sepenuhnya lagi dari serangan morning sickness. Malah tahap kemabukan mami sepanjang minggu ke8 ni jugak agak teruk berbanding awal2 pregnant dulu. Hmmmm...macam2 la pe'el kan? Tapi takde la sampai mami kene mc mcm sesetengah ibu mengandung tu. Alhamdulillah...
Baby mami pulak sepanjang 8 minggu ni of cos la dah makin membesar. Based on pembacaan mami, baby mami sekarang masih kecik lg..baru sebesar kidney bean..emmmm..mami tigin sgt nk tgk anak mami skg ni.Nti bile2 mami free, mami nk ajk abi pegi scan la...hehehehe..

Minggu ni jugak mami dah bukak buku pink kat klinik kesihatan. So far, takde ape2 perkara yg membimbangkan. Masa buat palpation, misi yg cek perut mami ckp dia xdapat rase lagi baby mami sbb baby mami kecik sgt lagi. Ape2 pon mami berharap & berdoa moge2 mami & baby sehat selalu..amin

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, May 19, 2011

my pregnancy: 7 week

Alhamdulillah..sedar x sedar dah masuk 7 minggu Mami dah bawak si comel ni dalam perot Mami. Syukur sangat sebab Allah permudahkan perjalanan kehamilan Mami selama 1st trimester ni. Setakat hari ni, Mami dah tak mabuk2 lagi. Selera makan membuak2. Apa aje yang dipelawa pasti Mami tak tolak. Alhamdulillah...rezeki anak Mami jugak.. 

Setakat hari ni jugak, perubahan-perubahan pada Mami dah banyak yang berlaku. Contohnya, Nigra Line kat perut Mami dah mula nampak jelas, penggelapan aerola, pembesaran payudara & puting, kerap terkencing, tercungap2 dan macam2 lagi la yang Mami begitu teruja meng'observe' diri Mami sendiri...

Jom kite tengok camne rupe baby Mami...

Camni la baby Mami sekarang...Alhamdulillah..

Menurut Baby Center, sekarang ni baby Mami yang masih lagi dipanggil embrio dah berukuran panjangnya dalam 1/2 inci @ 1.25 cm. Besarnye spt saiz sebiji anggur...Wah...dah besar la!! Sekarang ni, baby dah ada jari tangan dan jari kaki yang jelas, tappi masih lagi berselaput. Dengan mata kasar, baby Mami macam biji kacang yang berlompat-lompat, sekejap laju, sekejap perlahan. Waaaa.......seronoknye!!! Peranan mengeluarkan sel darah merah masih lagi dijalankan oleh hati sementara menunggu sumsum yg akan take over peranan ni tak lame lagi.




shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, May 16, 2011

Selamat hari guru!!!

Cikgu, Ustaz, Ustazah, Sir, Madam, Miss, Prof, Encik, Puan, Cik...ni sume panggilan untuk guru2 yang pernah satu ketika dulu mengajar aku, dari tadika, masuk sekolah rendah, sekolah menengah, lepas tu masuk pulak matrik, sampai la ke U..
Bermula dari nak kenal abc, 123, alif ba ta..smpai la boleh berhujah & buat research..semuanya takkan dapat aku boleh buat melainkan dengan bantuan guru. Terima kasih buat guru2ku yang amat aku hormati. Semoga guru2ku berbahagia selalu, diberkati Allah & mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah. Kepada guru2ku yang telah pergi dijemput Ilahi, semoga Allah merahmati roh2 mereka dan ditempatkan bersama hamba2Nya yang beriman..amiin.
Selamat hari guru!!

shawqunnur.blogspot.com ®

Saturday, May 14, 2011

hari jadi abah



Abah ngan topi koboinye..comel sgt!!!

Hari ni 14.5.2011 genaplah usia abah 57 tahun. Selamat hari lahir abah!!! Pagi2 lagi lepas solat subuh aku terus call abah, wish directly hepi besday kat abah, doakan abah panjang umur, dimurahkan rezeki, sehat & hepi selalu...sebak rasenye dengar suara abah ucapkan time kasih kerana doakan dia. Rase cam nak nangis, tapi kena tahan...taknak rosakkan mood hepi abah dengan drama air mata..hehehhe..

Mengenang kembali abah yang aku kenal sejak 28tahun yg lalu, abah dulu & sekarang dah banyak sangat berubah. Last time jumpa abah (bulan 3 lepas) nampak perubahan ketara kedut2 di wajah abah. Ditambah lagi dengan abah sekarang yang dah 'rompong' (takde gigi), lagi menambahkan rasa syahdu.

Dulu2 abah la insan yang aku paling geruni sebab abah seorang yang garang & tegas. Tapi dalam ketegasan dan garangnye abah, abah bukan jenis yang suka memukul anak2. Seingat aku, sepanjang 28 tahun aku jadi anak abah, hanya sekali je abah pernah rotan aku. Itu pun mungkin sebab dia dah tak tahan dengan kenakalan anaknye ini agaknye..sory bah!!!

Sekarang, selain dari jadi tempat rujukan & pedoman, abah dah jadi macam kawan aku. Kami berkongsi cerita, bergurau, berbincang bersama2. Abah sekarang dah banyak berubah. Jiwa abah dah makin sensitif. Abah akan cepat merajuk even pada small2 matter. Sebab tu lah seboleh2nye aku taknak kata2 @ perbuatan aku ni jadi punca rajuk abah. Taknak kecikkan hati abah, sebab aku sayang & hormat sgt kat abah!!  

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, May 10, 2011

My pregnancy: 6 weeks

Macam ni la bentuk baby yang kat dalam perot Mami sekarang ni. Terujanya..rase cam nak pegi scan je sekarang...heheheh..
Melalui pembacaan kat baby center , minggu ni baby kesayangan Mami & Abi dah membesar sesaiz kacang dhal. Kecik je kan??? kepala baby (fetus) lebih besar drpd badan. Muka pun sedang membentuk. Pastu dah ada tunas2 tangan & kaki. Perkembangan lain, jantung dah start beating sekitar 150 denyut per minit. Lajunya....dua kali ganda kadar denyutan jantung kite. Pastu pada minggu ni gak baby dah start gerak2. Tapi Mami x dapat rase lg sampai la masuk bulan ke4-5 nanti...Takpela..Mami akan sabar menunggu saat nak rase gerakan2 Baby nanti..Wahhhhhh..mesti best sgt moment tu kan??? . Heaven!!!

Alahan Mami pulak macam kurang sikit berbanding sebelum2 ni. Hari ni Mami muntah sekali je. Tu pon mungkin sebab Mami minum susu chocolate pagi tadi. Mami perasan hari ni breast Mami dah rase ok sikit, takde la sesensitip berbanding ngan minggu2 sblm ni. Pening2 pun tak rase sgt. Cuma tghari tadi Mami rase cam gigil lebih sikit. Mungkin sbb Mami lewat lunch...huhuhu..Ape2 pon hari ni Mami dah berjaya habiskan 1 hari Mami dgn hepi2 je....

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, May 9, 2011

my pregnancy: 5 weeks 6 days

Hari ni alahan2 preggy mula ketara. Pagi ni dah start muntah2. Tapi stil ok. Perut pun dah mula terasa lapar je..sejam pertama kat opis ok lg. masuk jam 10 aku dah start rase x selesa. Kepala dah weng2. Malas nak layan. Aku buat biasa je sampai la lunch hour.. Pastu petang sikit weng2 datang lagi. kali ni aku dah termuntah2 kat opis. Nasib baik tak melarat.Alhamdulillah..
Pukul 7 sampai umah, mabuk makin menjadi2. Muntah berkali2 sampai badan menggigil, kepala terasa cam bergoyang je..Dalam 2 jam gak rase cam tak stabil. Now aku dah rase much better walaupon kepale stil terasa pening2 sikit..

shawqunnur.blogspot.com ®

Tanda-tanda awal mengandung sebelum sah BFP

Artikel ni aku dapat dari Alam Hamil. Actually yang tersenarai kat bawah ni bukan semuanya aku alami sebelum betul2 confirm preggy.

1. Rasa lapar yang berpanjangan - lepas dapat double line baru la simptom ni mula terasa.
2. Perubahan pada warna di sekliling payudara- yang ni aku perasan sgt even sebelum +ve
3. Kerap membuang air kecil - ni pon takde
4. Merasa tidak bermaya - paling ketara aku rasa masa DPO 16-18
5. Sakit dan tegang pada buah dada - tanda2 yg meyakinkan aku
6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari - implantation bleeding xde la plak, tp kat ari2 memang rase semacam je sejak2 DPO 10 kalo tak silap
7. Rasa loya dan muntah - ni pon xde rase
8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan - ni pun petunjuk yg meyakinkan aku gak. suhu maintain tinggi sampai DPO 18
9. Missed period -  yg ni aku agak2 je. maklum la aku ni jenis yg x teratur
10. Ujian air kencing yang positif - akhirye DPO19 UPT naik double line. Syukur..

shawqunnur.blogspot.com ®

solusi zuriat: betul ke ni????

Pagi Sabtu, 7.5.2011 sejarah terindah tercipta. Seperti biasa rutin setiap kali terjaga dari tidur aku akan terus ngap termo yg memang aku dah letak betul2 kat tepi bantal aku supaya senang nak capai. Suhu pada DPO19 maintain 36.8⁰C. Petanda baik ni. Aku pun terus ambik UPT cap Dip & Tell yg hubby beli semalam. Sambil dok bukak seal pada kotak UPT tu, aku berdoa dlm hati byk2 moga test kali ni dapat BFP.

Dengan sekejapan je, x sampai seminit pun UPT aku dah naik double line. Aku macam tak pecaya. Aku gosok2 mata aku. Ya Allah!! betul ke ape yg aku nampak ni? Aku terus terkam Hubby yg tgh sedap lena. Aku suruh dia tgk UPT tu. Memang betul ada 2 line!!! Pagi tu aku ngan Hubby tersengih2 je tak abis2. Best giler!!!!

Ni la UPT bertuah aku. Terangkan double line tu? Alhamdulillah...

Alhamdulillah ini lah hadiah yang paling bermakna bagi aku sempena hari ibu tahun ini.. Aku bersyukur padaMu Ya Allah dengan kurniaan ini. Sesungguhnya besar benar rahmatMu kepada aku dan suamiku. Aku benar-benar terharu. Sesungguhnya penantian dan usaha aku dan suami selama ini akhirnya telah menemui titik penghujungnya. Semoga aku & baby dalam perut ni akan sentiasa sejahtera sampailah saat melahirkan nanti...amin.

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, May 6, 2011

Solusi Zuriat: Di antara excited & cuak

Hari ni DPO18.. Alhamdulillah graf My BBT Chart yang kini menjadi rutin pagi2ku sejak setahun yg lalu terus menunjukkan tanda-tanda positif. Apakah suhu yang maintain tinggi itu satu petanda BFP yang aku idam-idamkan selama ini? Ditambah lagi dengan simptom-simptom yang sedang aku rasa sekarang ni, aku jadi teruja bercampur takut. Macam-macam bayangan berlegar-legar di benak fikiranku. Aku tak nak berharap, tapi aku masih perlu berharap. Aku teruja nak buat UPT, tapi dalam masa yang sama perasaan bimbang kerana takut kecewa terus menghantuiku. Hati berbelah bagi. 50-50.. Ya Allah..berikanlah aku kekuatan & ketabahan untuk menghadapi apa jua keputusannya nanti..Jauh di sudut hatiku ini sesungguhnya amat mengharapkan keajaiban dariMu, menganugerahkan kepadaku jawapan positif yang menjadi impianku selama ini ..Ameen ya Rabbal 'alamin..

shawqunnur.blogspot.com ®