Tuesday, May 10, 2011

My pregnancy: 6 weeks

Macam ni la bentuk baby yang kat dalam perot Mami sekarang ni. Terujanya..rase cam nak pegi scan je sekarang...heheheh..
Melalui pembacaan kat baby center , minggu ni baby kesayangan Mami & Abi dah membesar sesaiz kacang dhal. Kecik je kan??? kepala baby (fetus) lebih besar drpd badan. Muka pun sedang membentuk. Pastu dah ada tunas2 tangan & kaki. Perkembangan lain, jantung dah start beating sekitar 150 denyut per minit. Lajunya....dua kali ganda kadar denyutan jantung kite. Pastu pada minggu ni gak baby dah start gerak2. Tapi Mami x dapat rase lg sampai la masuk bulan ke4-5 nanti...Takpela..Mami akan sabar menunggu saat nak rase gerakan2 Baby nanti..Wahhhhhh..mesti best sgt moment tu kan??? . Heaven!!!

Alahan Mami pulak macam kurang sikit berbanding sebelum2 ni. Hari ni Mami muntah sekali je. Tu pon mungkin sebab Mami minum susu chocolate pagi tadi. Mami perasan hari ni breast Mami dah rase ok sikit, takde la sesensitip berbanding ngan minggu2 sblm ni. Pening2 pun tak rase sgt. Cuma tghari tadi Mami rase cam gigil lebih sikit. Mungkin sbb Mami lewat lunch...huhuhu..Ape2 pon hari ni Mami dah berjaya habiskan 1 hari Mami dgn hepi2 je....

shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.