Alhamdulillah..sedar x sedar dah masuk 7 minggu Mami dah bawak si comel ni dalam perot Mami. Syukur sangat sebab Allah permudahkan perjalanan kehamilan Mami selama 1st trimester ni. Setakat hari ni, Mami dah tak mabuk2 lagi. Selera makan membuak2. Apa aje yang dipelawa pasti Mami tak tolak. Alhamdulillah...rezeki anak Mami jugak..
Setakat hari ni jugak, perubahan-perubahan pada Mami dah banyak yang berlaku. Contohnya, Nigra Line kat perut Mami dah mula nampak jelas, penggelapan aerola, pembesaran payudara & puting, kerap terkencing, tercungap2 dan macam2 lagi la yang Mami begitu teruja meng'observe' diri Mami sendiri...
Jom kite tengok camne rupe baby Mami...
Camni la baby Mami sekarang...Alhamdulillah.. |
Menurut Baby Center, sekarang ni baby Mami yang masih lagi dipanggil embrio dah berukuran panjangnya dalam 1/2 inci @ 1.25 cm. Besarnye spt saiz sebiji anggur...Wah...dah besar la!! Sekarang ni, baby dah ada jari tangan dan jari kaki yang jelas, tappi masih lagi berselaput. Dengan mata kasar, baby Mami macam biji kacang yang berlompat-lompat, sekejap laju, sekejap perlahan. Waaaa.......seronoknye!!! Peranan mengeluarkan sel darah merah masih lagi dijalankan oleh hati sementara menunggu sumsum yg akan take over peranan ni tak lame lagi.
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.