Pagi Sabtu, 7.5.2011 sejarah terindah tercipta. Seperti biasa rutin setiap kali terjaga dari tidur aku akan terus ngap termo yg memang aku dah letak betul2 kat tepi bantal aku supaya senang nak capai. Suhu pada DPO19 maintain 36.8⁰C. Petanda baik ni. Aku pun terus ambik UPT cap Dip & Tell yg hubby beli semalam. Sambil dok bukak seal pada kotak UPT tu, aku berdoa dlm hati byk2 moga test kali ni dapat BFP.
Dengan sekejapan je, x sampai seminit pun UPT aku dah naik double line. Aku macam tak pecaya. Aku gosok2 mata aku. Ya Allah!! betul ke ape yg aku nampak ni? Aku terus terkam Hubby yg tgh sedap lena. Aku suruh dia tgk UPT tu. Memang betul ada 2 line!!! Pagi tu aku ngan Hubby tersengih2 je tak abis2. Best giler!!!!
Ni la UPT bertuah aku. Terangkan double line tu? Alhamdulillah...
Alhamdulillah ini lah hadiah yang paling bermakna bagi aku sempena hari ibu tahun ini.. Aku bersyukur padaMu Ya Allah dengan kurniaan ini. Sesungguhnya besar benar rahmatMu kepada aku dan suamiku. Aku benar-benar terharu. Sesungguhnya penantian dan usaha aku dan suami selama ini akhirnya telah menemui titik penghujungnya. Semoga aku & baby dalam perut ni akan sentiasa sejahtera sampailah saat melahirkan nanti...amin.
Ohhh...really miss that moment...harap2nye sejarah bfp brulang lagi thn ni...
ReplyDelete