Hari ni DPO18.. Alhamdulillah graf My BBT Chart yang kini menjadi rutin pagi2ku sejak setahun yg lalu terus menunjukkan tanda-tanda positif. Apakah suhu yang maintain tinggi itu satu petanda BFP yang aku idam-idamkan selama ini? Ditambah lagi dengan simptom-simptom yang sedang aku rasa sekarang ni, aku jadi teruja bercampur takut. Macam-macam bayangan berlegar-legar di benak fikiranku. Aku tak nak berharap, tapi aku masih perlu berharap. Aku teruja nak buat UPT, tapi dalam masa yang sama perasaan bimbang kerana takut kecewa terus menghantuiku. Hati berbelah bagi. 50-50.. Ya Allah..berikanlah aku kekuatan & ketabahan untuk menghadapi apa jua keputusannya nanti..Jauh di sudut hatiku ini sesungguhnya amat mengharapkan keajaiban dariMu, menganugerahkan kepadaku jawapan positif yang menjadi impianku selama ini ..Ameen ya Rabbal 'alamin..
Hi...wish i can chat with you about your solusi zuriat...
ReplyDeleteboleh aje..insya allah..
ReplyDelete