Thursday, June 30, 2011

Israk Mi'raj: Bukti Kekuasaan Allah S.W.T..Subhanallah..

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ (١)ا

 
Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha yang Telah kami berkati sekelilingnya[*] agar kami perlihatkan kepadanya seri tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al Israa’:1)

 
 
وَلَقَدۡ رَءَاهُ نَزۡلَةً أُخۡرَىٰ (١٣) عِندَ سِدۡرَةِ ٱلۡمُنتَهَىٰ (١٤) عِندَهَا جَنَّةُ ٱلۡمَأۡوَىٰٓ (١٥) إِذۡ يَغۡشَى ٱلسِّدۡرَةَ مَا يَغۡشَىٰ (١٦) مَا زَاغَ ٱلۡبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ (١٧) لَقَدۡ رَأَىٰ مِنۡ ءَايَـٰتِ رَبِّهِ ٱلۡكُبۡرَىٰٓ (١٨)
"Dan sesungguhnya dia (Nabi Muhammad SAW) telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, di Sidratul Muntaha*. Di dekat (Sidratul Muntaha) ada syurga tempat tinggal. (Dia melihat Jibril) ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh suatu selubung. Penglihatannya tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar." (An-Najm:13-18)
7 ayat Al-quran di atas bukti yang kukuh memperkatakan tentang peristiwa Israk & Mi'raj yang akan rata-rata ustaz mahupun ustazah akan terus mengulangi membacanya setiap kali berceramah tentang kejadian Israk & Mi'raj yang akan disambut oleh seluruh umat Islam pada tanggal 27 Rejab.
 
Kronologi Perjalanan Israk Mikraj
  • Perut/dada Rasulullah SAW dibedah oleh  malaikat Jibrail & Mika’il, menyucikan hati  Baginda SAW dengan air zamzam dan dibuang ketul hitam @ 'alaqah (tempat syaitan membisikkan was-wasnya) kemudian dituangkan hikmat, ilmu & iman ke dalam dada yang telah suci itu lantas dijahit semula dan dicop dengan "khatimin nubuwwah" yang bermakna 'kenabiian terakhir'.
  • Rasulullah SAW memulakan perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan menunggang seekor Buraq. Perjalanan ditemani oleh Malaikat Jibrail & Israfil  (Perjalan luar biasa  ini dinamakan 'Israk')
  • Apabila sampai di satu-stu tempat, Jibrail mengarahkan Baginda berhenti solat sebanyak 2 rakaat dan tempat-tempat itu termasuklah di Madinah (tempat penghijrahan Rasulullah SAW), Bukit Tursina (tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah) dan Baitul-Laham (tempat kelahiran Nabi Isa AS).
  • Pernah mendapat gangguan dari jin 'Afrit.
  • Menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang luar biasa. 
     
    1. Satu kaum yang sedang bercucuk tanam kemudian terus menuai hasil tanaman mereka. Selepas hasil dituai, keluar lagi hasil yang baru seolah-olah belum lagi dituai. Ini adalah simbolik kepada kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang akan digandakan pahala kebajikannya sebanyak 700x ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak lagi.
    2. Berjumpa dengan sebuah tempat yang berbau sangat harum. Itulah bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Fir’aun) yang syahid bersama suaminya dan anak-anaknya kerana dibunuh oleh Fir’aun akibat terus beriman kepada Allah tanpa memperakui ketuhanan Fir'aun.
    3. Sekumpulan manusia yang tidak henti-henti memecahkan kepala mereka walaupun setiap kali kepala yang pecah itu sembuh semula. Kejadian ini memberi gambaran kepada orang-orang yang ingkar untuk menunaikan solat.
    4. Sekumpulan manusia yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain dan dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahanam. Jibrail menggambarkan itulah golongan abai dan lalai mengeluarkan zakat harta mereka.
    5. Satu kaum makan daging mentah yang busuk, sedangkan daging masak ada di sisi mereka dan inilah simbolik kepada golongan penzina yang masing-masing telah mempunyai isteri dan suami.
    6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah kemudian dilontarkan batu kepadanya. Jibrail menerangkan bahawa meraka adalah orang yang makan riba.
    7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu, lau terus-menerus ditambahkannya lagi bilangan kayu sedangkan hakikatnya dia tidak berdaya memikulnya. Inilah gambaran mereka yang tidak dapat menunaikan amanah tetapi masih tamak menerima amanah yang lain.
    8. Ada satu kaum yang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali dan setiap kali digunting, lidah dan bibir tumbuh kembali. Jibrail mentafsirkan itu adalah golongan suka memfitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
    9. Kaum yang mencakar-cakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka sendiri dan kejadian ini memberi gambaran kepada golongan  yang suka mengumpat dan menjatuhkan maruah iaitu mencela dan menghinakan orang.
    10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit tetapi gagal memasuki semula lubang tersebut. Jibrail mengumpamakan kejadian itu seperti orang yang bercakap besar @ takbur, kemudian menyesal atas perbuatannya, tetapi sudah terlambat.
    11. Seorang perempuan memegang sebuah dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan, tetapi Rasulullah enggan mempedulikannya. Jibrail mengibaratkan perempuan dan hiasan itu sebagai dunia. Seandainya Rasulullah SAW memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam kelak akan lebih mengutamakan dunia daripada akhirat.
    12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah SAW berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Berkata Jibrail, itulah orang yang menpersiakan usianya.
    13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Itulah gambaran umur dunia yang semakin tua dan menanti saat hari kiamat.
  • Setelah sampai di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq, kemudian masuk ke dalam masjid lalu mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia’, aulia’ dan mursalin menjadi makmum.
  • Tatkala Rasulullah SAW terasa dahaga, Jibrail membawa 2 bejana yang masing-masing berisi arak dan susu. Rasulullah SAW memilih susu. Berkata Jibrail baginda membuat pilihan yang betul. Sekiranya baginda memilih arak, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
  • Sebuah Mi'raj (tangga yang indah dari syurga) didatangkan khas kepada Rasulullah SAW.
  • Rasulullah SAW dan Jibrail menaiki tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).Perjalanan ini menuju ke Hadhratul Qudus @ menemui Allah SWT.
  •  Langit Pertama - Bertemu dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang memakan riba serta harta anak yatim juga melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh lagi buruk. Penzina lelaki bergantung pada payudara penzina perempuan.
  • Langit Kedua - Bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.
  • Langit Ketiga - Bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
  • Langit Keempat - Bertemu dengan Nabi Idris AS.
  • Langit Kelima - Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.
  • Langit keenam - Bertemu dengan Nabi Musa AS. Jibrail menyuruh Rasulullah SAW mengangkat kepala, baginda diperlihatkan oleh Allah SWT umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70000 orang yang masuk syurga tanpa dihisab.
  • Langit Ketujuh - Bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur yang sedang berdepan dengan beberapa kaumnya, kemudian bersabda Nabi Allah Ibrahim kepada Rasulullah SAW, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah".
  • Menurut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah 5 kalimah iaitu; Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Sesiapa yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.
  • Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah SAW dan Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat di situ (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
  • Menaiki tangga ke-8, di sinilah disebut "Al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pohon Sidratul-Muntaha. Pelbagai keajaiban terus disaksikan Rasulullah pada pohon itu, antaranya: Air sungai yang tidak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah; Buah, dedaun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah; Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tidak dapat dijangkau oleh fikiran manusia; Sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.
  • Rasulullah SAW kemudian masuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan malaikat Malik penjaganya.
  • Menaiki tangga ke-9, di sini bersetentangan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy. Itulah gambaran lelaki di dunia yang lidahnya sering basah dengan berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.
  • Menaiki tangga ke-10, Baginda Rasulullah tiba di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berdialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:- Allah SWT        : Ya Muhammad Rasulullah SAW: Labbaika Allah SWT        : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah SAW: Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sopak dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah SWT         : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu an buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan 7 ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umatmu 50 (waktu) sembahyang.
  • Selesai bermunajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.
  • Selepas 9 kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi merayu kerana malu dengaa Allah.
  • Akhirnya Allah memperkenan lalu memfardhukan solat 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga.
  • Selepas Mikraj, Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia, kemudian turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang semula Buraq pulang ke Mekah pada malam yang sama.
shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, June 28, 2011

bye bye 1st trimester & welcome 2nd trimester!!!!!

Trimester ke-2 (13-28 minggu)


Ramai yang beranggapan saat trimester ke-2 adalah masa yang paling seronok untuk dihadapi berbanding dengan trimester pertama & ke-3. Ini adalah kerana kesakitan dan ketidakselesaan akibat morning sickness yang dilalui pada sepanjang trimester pertama sudah beransur hilang dan kebanyakan ibu2 akan merasa lebih bertenaga apabila kehamilan masuk trimester ke-2.

14 Perubahan biasa yang terjadi pada kehamilan trimester ke-2:-

1. PERUT SEMAKIN MEMBESAR

Perut ibu akan semakin membesar sejajar dengan pertambahan usia kehamilan. Kebiasaannya, pada kehamilan minggu ke-12, fundus (bahagian atas rahim) terletak di bahagian atas sedikit daripada tulang pubik dan bermula saat ini, rahim akan terus membesar lebih kurang 1 cm setiap minggu. Manakala pada usia kehamilan minggu ke-20, fundus akan terletak sejajar dengan pusat ibu. Akan tetapi, hal ini mungkin tidak sama untuk setiap orang. Namun, kebanyakan perut ibu akan mula kelihatan membesar dengan lebih ketara pada kehamilan minggu ke-16.

2. SENDAWA DAN BUANG ANGIN

Sendawa dan buang angin @ kentut adalah perkara normal yang setiap ibu akan mengalaminya sepanjang kehamilan. Ini adalah kerana tindakbalas peregangan pada bahagian usus sehingga menyebabkan ibu2 sering berasa kembung perut. Hal ini masih boleh diatasi dengan pengurangan jumlah kuantiti pengambilan makanan serta menghindari makanan-makanan yang boleh mencetuskan angin seperti jagung dan bawang merah.

3. PELUPA

Biarpun tiada kajian saintifik mengenai masalah ini. Namun melalui pemerhatian, didapati wanita hamil kerap menjadi pelupa. Hal ini dapat diatasi dengan menyediakan buku catatan sebagai gantian memori yang semakin singkat serta mendapat rehat yang secukupnya untuk menenangkan fikiran.

4. PEDIH HULU HATI

Peningkatan kadar hormon progesteron menyebabkan proses pencernaan berlaku dengan lebih lambat dan faktor pembesaran rahim yang mula memasuki ruang abdomen mendorong kadar asid yang terletak di dalam perut naik kebahagian kerongkong sehingga menyebabkan rasa pedih. Wanita hamil dicadangkan agar tidak mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak sebelum tidur. Selain daripada itu, makanan-makanan yang pedas, berminyak dan berlemak mestilah dijauhkan sebagai langkah mengatasi masalah ini. Tips lain, tinggikan kepala semasa tidur bagi mengelakkan asid perut naik ke bahagian esofagus.

5. PERTUMBUHAN RAMBUT DAN KUKU

Perubahan hormon semasa hamil meguatkan kuku dan kadar oertumbuhan rambut yang lebih lebat. Mungkin bagi sesetengah wanita hamil mendapati pertumbuhan rambut di bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya seperti di muka dan perut. Namun, keadaan ini tidak perlu dirisaukan kerana bulu-bulu yang tumbuh tersebut akan hilang sebaik sahaja selepas bersalin.

6. SAKIT DI BAHAGIAN BAWAH PERUT

Keadaan ini biasanya terjadi pada kehamilan minggu ke18-24. Ini adalah kerana proses pembesaran rahim menyebabkan peregangan ligamen dan otot di sekitarnya. Ketidakselesaan ini hanyalah bersifat sementara dan ianya boleh di atasi dengan duduk atau berbaring.

7. PENING KEPALA

Proses pembesaran rahim akan memberi  tekanan kepada pembuluh darah besar sehingga menyebabkan tekanan darah wanita hamil sedikit menurun. Oleh itu, ibu2 dinasihatkan agar tidak mengubah posisi secara mengejut, tetapi secara perlahan-lahan dan berperingkant-peringkat untuk mengelakkan perubahan tekanan darah yang mendadak.

8. BERDENGKUR

Peningkatan aliran darah semasa proses kehamilan akan menyebabkan sesak dan pembengkakan membran mukosa yang menimbulkan dengkuran semasa tidur.

9. HIDUNG DAN GUSI BERDARAH

Peningkatan aliran darah dan perubahan hormon dalam badan wanita menyebabkan berlakunya hidung atau gusi berdarah. Guna berus gigi yang lembut semasa memberus gigi bagi mengelakkan terjadinya pendarahan gusi yang lebih serius.

10. PERUBAHAN KULIT

Satu garisan (linea nigra) berwarna kecoklatan dari pusat ke tulang pubik akan mulai jelas kelihatan. Kadangkala timbul juga bintik-bintik yang berwarna kecoklatan yang dikenali sebagai  chloasma atau topeng kehamilan di wajah wanita hamil. Ini sebenarnya memberi petunjuk bahawa badan wanita itu memerlukan lebih asid folik. Rekahan akibat peregangan kulit biasanya terjadi pada perut dan payudara. Regangan kulit itu juga mengakibatkan kulit terasa gatal.

11. PAYUDARA

Payudara wanita hamil akan terus membesar dan mengeluarkan cairan yang kekuningan yang disebut kolostrum. Putting dan sekitarnya (aerola) akan menjadi semakin bewarna gelap dan besar dan bintik-bintik kecil mungkin akan timbul di sekitar puting.

12. KRAM KAKI

Kram otot ini terjadi kerana masalah peredaran darah yang tidak lancar yang biasanya berlaku semasa hamil. Keadaaan ini dapat dielakkan dengan meletakkan kaki tinggi sedikit dari jantung semasa tidur agar darah dapat mengalir lebih lancar serta mendapat bekalan kalsium secukupnya.

13. EDEMA

Hampir 40% wanita mengalami bengkak pada kaki, wajah dan tangan semasa hamil. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan hormon yang mengakibatkan pengumpulan air di dalam badan. Oleh itu, elakkan berada di dalam satu-satu posisi dalam satu jangkamasa yang lama.

14. GERAKAN BAYI

Biasanya gerakan bayi dapat dirasa seawal minggu ke-15. Namun, bagi ibu-ibu yang baru pertama kali mengandung, seringkali tidak dapat membezakan lagi di antara gerakan bayi dan angin dalam perut sehingga kehamilan minggu ke 19-22 kerana gerakan bayi ini sebenarnya terasa seperti kibasan pada peringkat awalnya.

shawqunnur.blogspot.com ®

Saturday, June 25, 2011

my pregnancy: 12 weeks

Hmmmmm…minggu ni adalah minggu terakhir Mami mengharungi 1st Trimester @ Trimester pertama kehamilan. Sekejap je kan??? Rasenye Mami macam baru je lagi tau Mami dah peknen, tibe2 dah nak masuk 2nd phase of pregnancy pulak..Alhamdulillah…

Memandangkan hanye beberapa hari je lagi Mami nak ucapkan bye2 pade 1st trimester, Mami nak share sikit ngan reader di luar sane ttg ape yg Mami alami sepanjang 3 bulan peknen ni.

So far, Mami memang beruntung sebab tak mengalami alahan mengandung yang teruk macam sesetengah ibu2 lain. Muntah2 pun boleh bilang berapa kali je, menjadikan Mami punye selera makan punye la kuat..huhuhuhu. Disebabkan tu la masuk 2 bulan peknen, Mami punye berat badan dah mencapai 73.6kg. Mak oiiiii….berat giler!!!

Sepanjang 3 bln ni gak seingat Mami hanya sekali je Mami sakit @ pening kepala yg teramat sangat. Tapi bab, sakit pinggang & belakang, huuhuhuu…Mami dah start alaminye bile masuk je minggu ke 10 lagi..aduyai!!! Nasib baik gak sakitnye on off..kalo tak????

Selain dari yg disebutkan di atas, Mami jugak x kena sembelit macam yg org lain alami, bahkan Mami ‘membuang’ almost setiap hari sekurang2nye sekali.. mungkin jugak sebab Mami suka minum air kosong & makan buah. Jadi, lawas la…hehehehehhehe…

Masalah2 lain yg berat2 pon xde. Hanya letih2, mengantuk & alah dengan sesetengah bauan & pns membahang. Cuma 1 je, org2 keliling Mami (especially kat opis) cakap Mami sejak2 peknen ni garang yang melampau membuatkan Mami salu naik suara bila bercakap ngan klien yg x phm bahasa. Aduh….Mami x perasan pon keadaan ni sebenarnye…Harap2nye ank Mami bile lahir nanti, jgn la berperangai camni…wa na’uzubillah.. Bile Mami tau hal ni, Mami sedaya upaya try nk improve diri. Harap2nye xde la berlarutan lagi..amin..

Camtu la sedikit sebanyak citer ttg Mami..Now nak citer ttg baby kesayangan Mami lak.. Jom kite tgk gambo dulu.
Alalalala...cayang Mami...tomey nye die!!!
Camni la rupanya Baby Mami sekarang ni. Dah look so humanly. Pjgnye lebih kurang 2” @ 5.5cm dgn berat lbh kurang ½ auns @ 14gm. Matanya, yang pada mulanya muncul di sisi kepala, telah berganjak dan lebih rapat. Telinga hampir sampai ke posisi normal di sisi kepala. Hati mengeluarkan hempedu dan ginjal mengalirkan kencing ke dalam pundi kencing...(hehehhe..ini Mami quote dlm Baby Center sebenarnya..)

Menurut pembacaan Mami, sekarang sepatutnye dah bleh rase rahim bentuk yg semakin membesar berada di bawah abdomen. Mmg betul.. bile Mami tekan2 & raba2 kat ari2 Mami, Mami dapat rasekan macam keras2 kat situ & Mami guess itu adalah rahim Mami yg dh mula menonjolkan bentuknye..eiiiiii...syoknye!!!

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, June 20, 2011

P.I.N.D.A.H part 2

Hari ni pertama kali aku drive dari umah 'baru' ke opis. Mmm...terasa lenguh jugak kaki ni menekan pedal minyak & brake..huhuhu.. tp nasib baik jugak pakai kete auto. yeahhhh!!! kalo tak, lagi la lenguh kaki ni dok tekan clutch..hihhi..
Berbalik cite pindah & pegi keje, hari ni cam eksaited lak nk pegi keje. Salunye hari Isnin ni aku a bit monday blue..hari yg paling malas nk bangun pagi nk pegi keje sebab dah best dok kat umah 2 hari. Tapi hari ni jadi lain lak. Start dari kul 3 pg aku dah terbangun sekejap2..warghhhhhhh!!! Dalam hati ni risau gak takut terbabas bangun lewat. Nak harapkan org kat sebelah ni kejutkan, alamatnye bangun lewat la...hihihiihii..jgn marah ye bang!!! Dah dok jauh ni, kene la get ready awal2 sikit. Kuar lmbat kang jem lak jln...so, aku pon cam tido2 ayam je la..huhuhuhu...
Dah siap2..aku mintak abang panaskan enjin keta..Abang pon same, panaskan enjin motor dia. Tengok abang dok kelam kabut nak pegi keje, aku pon join sekali. nak kuar samae2 gak. Sudahnye, tanpe melihat jam, aku terus drive kuar. Dah nak masuk federal highway, baru aku perasan baru pukul 7.30...Mak oiiiii...hari ni jadi pekerja cemerlang la nampaknya aku ni. Confirm sampai awal punye. Aku pon drive la slow2..x lebih 80km/j...wakakakkaka....berhemah betul!!! Jalan pon clear je pagi ni. Tepat pukul 8.02 a.m, aku dah terpacak kat depan opis. Sorang2!! hhuhuhuhu....ape aku nk buat ni???? kurang2 pon kene tunggu lagi setengah jam baru opis ni bukak!! Aku pn duduk la dlm keta diam2..
So, utk hari2 akan datang, aku akan kuar umah kul 8.00 pg utk mengelakkan jadi camni lagi...kihkihkih...
....bersambung
shawqunnur.blogspot.com ®

Sunday, June 19, 2011

P.I.N.D.A.H

Hari Jumaat lepas dengan secara rasminya kuaters wisma MAIS Shah Alam aku tinggalkan utk selama2nya. Perasan aku ketika itu sgt bercampur baur. Sedih & hiba betul hati ini saat meninggalkan tempat berlindung aku & hubby sejak dari mula2 bergelar suami isteri tu. Banyak kenangan pahit manis kami di situ yg tak mungkin aku lupakan sampai bila2.huhuhuhu...
Dalam pada bersedih, aku jugak eksaited campur neves. Masuk umah baru yg tentunya milik kami berdua. Jumpa jiran2 baru yg kebanyakannya sedara-mara. Kena berdepan dengan risiko perjalanan yg lebih jauh untuk sampai ke tempat kerja dan yang paling aku rasa neves sangat bila kena berjiran dengan mertua aku sendiri!!
Kalau sebelum ni, hujung minggu aku dihabiskan dgn menziarah mertua, tp sekarang ni dh dekat. Boleh pegi bila2 pon. Hujung minggu pulak aku dh tak tau nk buat apa. Cam sekarang ni, ade la kerjanya..iye la...nama pon baru pindah, mesti la banyak barang yg nak kena kemas. Tapi lepas sume barang dah kemas, keje pon dah xde, ape aku nk buat hujung2 minggu nanti?? Takkan nak balik kampung aku pulak? Ish..jauh tu!!! Banyak blanja nk kena spent!!
Hmmm...nampaknye aku kena la biasakan diri aku kat sini dulu. Kenal2 dgn jiran. Hafal jalan. Nanti senang aku nak keluar jalan2 bile dah terpaksa dok sorang2 cam sekarang ni..hehehheh..
...bersambung

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, June 17, 2011

Selamat Hari Lahir, Sayang

Gelap malam beransur cerah
16 Jun yang dinanti-nanti
Menjengukkan diri
Bersama cahaya mentari yang hangat
Menyinari segenap ruangan alam

Pagi yang penuh bahagia
Kusapamu dengan ucapan
Selamat hari lahir, Sayang
Kuiringi doa kudus
Moga kegembiraan selalu menyelimutimu
Moga mendung kelabu berarak pergi
Moga rezeki terus dilapangkan
Moga bertambahnya usiamu
Seiring dengan kedewasaan

Sayang
Walau tanpa hadiah yang besar
Biar tanpa kad ucapan yang romantis
Ketahuilah sayang
Cinta dan kasihku tidak pernah pudar
Malah terus marak menyala
Sepanjang usia kita
dan Insya Allah hingga ke Syurga

Amiin

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, June 16, 2011

my pregnancy: 11 week

Emmm..sedar tak sedar, tinggal beberapa minggu je lagi mami boleh say hi hi bye bye pada 1st trimester...yeeeha!!! Baby mami dah makin besar..dah nak masuk 3 bulan..

Baby mami:
Now known as fetus & berukuran 1.5-inci @ 4 cm. Semua bahagian badan baby dah terbentuk sempurna. Baby jugak dah sibuk menendang2 dan meregang2, tp pergerakan ni still 1 gerakan yg agak lembut. Jari-jari tangan dan kaki jugak sudah terpisah sepenuhnya. Kini, tugas utama fetus dalam tempoh enam bulan ke hadapan ialah untuk terus membesar dan menjadi semakin kuat. Yg paling best, risiko keguguran jugak dah berkurangan secara ketara. Alhamdulillah...
Mami pulak:
Satu garisan pigmen gelap yang menegak linea nigra dah mula jelas kelihatan pada perut mami.Menurut Baby Center, rahim mami yang semakin mengembang jugak dah naik dan mengatasi tulang pelvis dan jika dibuat pemeriksaan perut (palpasi), doktor akan dapat merasa rahim mami sekarang.

shawqunnur.blogspot.com ®

Saturday, June 11, 2011

My pregnancy: 10 weeks

Minggu ke 10 preggy, mami blom scan lg baby cyg mami ni. tp menurut pembacaan mami, anak mami sekarang dan sepanjang 1.2 inci / 3 sentimeter ukuran dari kepala ke bontot, dgn berat kurang dari 1/6 auns @ 4 gram. Walaupun baru tecit tonek, baby mami sekarang dh giat menelan dan menendang. (tp mami blom dpt rase lg kicking2 baby mami sekrang ni..) Setiap hari banyak perubahan yg akan jadi, spt mula muncul kuku jari dan rambut yang kelabu seperti bulu.

Organ penting like hati, ginjal, usus, otak & paru-paru dah terbentuk lengkap dan berfungsi, kepala anak mami pulak besarnye hampir setengah daripada ukuran panjang sepenuh badan. waaaaaa... Dahi baby mami agak terbonjol buat sementara ni tp sdikit demi sdkit akan bertukar jd lebih mirip raut manusia.

Rahim mami semakin membesar spt sebijik buah limau gedang. Menurut Babycenter, denyutan jantung baby mami dh dpt didengar dgn bantuan Doppler, sejenis alat stetoskop tangan gelombang bunyi.

Ha....camni la baby mami skrg..dah sebesar buah starwberry....heheheheehe..

Minggu ni jugak mami mengalami sakit pinggang & tongkeng aka mata punggung..sakitnye sampai mami terpaksa berjalan terkedek2 macam penguin..hahhahah..klakar je kan??? tp Alhamdulillah...dah beransur ok lepas mami makan panadol & gosok ngan ubat minyak panas yg doctor bagi tu.. sepanjang minggu ni jugak mami langsung dh xde alahan lagi..Alhamdulillah. semoga perjalanan preggy ni akan terus lancar tanpa sebarang komplikasi sampai la saat bersalin nanti...insya allah

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, June 7, 2011

my pregnancy: 9 weeks


Alhamdulillah, baby mami tengah pesat membesar. Panjang di antara 22-30mm @ lbh kurang 1 inci @ sebesar buah tomato ceri...wow!!!!! sooooo cute!!!! Part2 penting tubuh spt tangan, kaki, kepala, bontot dah terbentuk semuanya. Perubahan lain, jantung baby pun sudah membentuk dgn lebih pesat, 'ekor' baby dah takde lg, organ dalaman, otot dan saraf mulai bekerja. Organ seks luar masih lagi blur. Kedua2 mata dah terbentuk, tapi kelopak matan still tertutup sampai la minggu ke 27 nanti. Bentuk telinga luar yg comel, mulut, hidung dan lubang hidung juga dah bleh nampak dgn jelas. Plasenta yg kini makin berkembang akan sedikit-demi sedikit take over kerja2 penghasilan hormon.


Apa yang terjadi pada mami????
Ok now, bagi sesetengah ibu yg berbadan kecik, mungkin belum 'nampak' lagi la. Tapi bagi mami yang berbadan agak beso ni, perut mami dah mula menonjolkan dirinya sehingga menyebabkan mami dah x selesa nak pakai sesetengah baju yg biasa mami pakai sebelum2 ni...Yeay!!! Mami pon dgn eksaitednye dah start pakai baju2 ala2 baju maternity tu ha...hehehhehe...

Dari segi emosi, memang tak dapat dinafikan kadang2 mami masih lagi de mood swing..tp sebagai orang Islam, mami lebih suke tak melayan sgt perasaan jiwa kacau tu & d best solution is mami akan mengaji...

Perubahan lain, semestinye rahim (bilik tidur baby mami) yg semakin membesar sehingga menyebabkan kat bahagian bawah perut mami terasa tegang2 x selesa dan mami jadi lebih kerap buang air kecik..melalui pembacaan mami, dianggarkan saiz rahim mami sekarang ni sebesar sebijik limau gedang...wohoooooo!!!!

Hormone changes yang makin menjadi2 ni jugak menyebabkan mami kerap rase bloated & melepaskan 'bom atom' yang selalu memeningkan kepala abi...hahhahahah...manyak sory ye sayang!!!

shawqunnur.blogspot.com ®

Saturday, June 4, 2011

Pantang-larang makanan semasa mengandung

Semasa mengandung, ibu2 tidak boleh makan sebarangan. Walaupun pada dasarnya semua makanan itu bagus kepada kebanyakan orang, tetapi untuk ibu mengandung, perlu lebih cerewet dan berhati-hati di dalam memilih makanan. Di antara makanan yang setiap ibu mengandung mesti hindarkan ialah:

• Telur mentah @ setengah masak, termasuk makanan yang dibuat daripada telur mentah seperti ais krim dan mayonaise.

• Daging dan ikan separuh masak seperti sushi, ikan salmon atau tiram yang diasap (smoked).

• Susu, keju, atau yoghurt yang tidak disterilkan. Keju lembut, seperti brie, camembert, ricotta, atau keju blue veined (Keju cheddar atau keju cottage boleh dimakan oleh ibu mengandung tetapi pastikan ianya telah dipasteur. Jadi, penting kepada ibu-ibu untuk menyemak label.

• Hati ayam @ lembu juga tidak boleh dikonsumsi kerana mengandungi jumlah vitamin A yang berlebihan dan merbahaya kepada bayi.

• Semua makanan yang dipanaskan mestilah betul2 panas untuk mengelakkan pembentukan bakteria.

• Daging panggang yang telah sejuk.

shawqunnur.blogspot.com ®

Cadangan nutrisi utk bakal mama

Sepertimana yg kita telah maklum, mengandung adalah saat-saat penting bagi pembentukan anak. Apa yang dimakan oleh ibu, itulah juga yang baby akan makan melalui tali pusat. Jadi, penting utk setiap ibu tau & faham khasiat2 yg perlu diambil semasa mengandung untuk menjamin tumbesaran bayi yang sihat di samping memenuhi tuntutan keperluan badan ibu.

1. Asid Folik
Asid Folik ini amat penting untuk membantu mengurangkan risiko kecacatan bayi seperti kelainan tulang belakang atau spina bifida. Sumber makanan yang kaya dengan Asid Folik ialah brokoli & kekacang. Ibu mengandung hendaklah mengambil Asid Folik ini dari awal kehamilan sehingga kehamilan minggu ke-12.

2. Zat besi dan Vitamin C
Zat besi diperlukan untuk membawa tambahan oksigen dalam sel-sel darah merah Ibu & ini penting untuk perkembangan otak bayi. Kekurangan zat besi akan memberi risiko kepada terjadinya anemia atau kurang darah. Ibu juga akan menjadi mudah lelah, lesu, dan pucat. Zat besi lebih mudah diperolehi didalam daging merah, ikan, telur, buah kering, biji-bijian, cereal, roti, dan sayuran berdaun hijau. Manakala Vitamin C juga penting untuk membantu penyerapan zat besi oleh tubuh.

3. Omega 3 (omega fats)
Omega 3 penting untuk membantu perkembangan sistem saraf bayi & untuk ibu, ianya penting untuk mencegah penyakit jantung. Pennyelidikan juga telah membuktikan bahawa dengan mengambil makanan kaya dengan Omega 3 semasa mengandung akan meningkatkan tahap kecerdasan bayi. Contoh sumber makanan yang kaya dengan Omega 3 ialah ikan seperti sardin, mackerel dan salmon. Selain itu juga, Omega 3 boleh diperolehi dari biji-bijian seperti biji labu kuning dan biji bunga matahari (kuaci).

4. Vitamin tambahan semasa mengandung
Ibu-ibu boleh mengambil vitamin-vitamin lain yang sesuai untuk diamalkan semasa mengandung. Tetapi ingat, sila bertanyakan dahulu kepada Doktor kerana bukan semua vitamin boleh dimakan oleh ibu-ibu mengandung, contohnya Vitamin A yg boleh diperolehi dari sumber makanan seperti hati. Sememangnya hati adalah sumber zat besi yang baik, tapi ia juga mengandung konsentrasi vitamin A yang sangat tinggi yang merbahaya kepada bayi sekiranya ibu2 mengambilnya dalam jumlah yang banyak. Jadi, hati-hati bila mengkonsumsi suplemen vitamin dengan kandungan vitamin yang tinggi. Walau bagaimanapun, jenis Vitamin A (karotena) amat baik untuk kehamilan. Ianya boleh didapati di dalam cili merah, mangga, ubi, aprikot, dan tomato.

5. Kalsium
Pastikan ibu-ibu minum 2-3 gelas susu setiap hari untuk kesihatan ibu dan bayi.

 
shawqunnur.blogspot.com ®

Tips-tips cara pemakanan utk bakal mami

Ok..hari ni mami nak share tentang tips2 pemakanan utk bakal2 ibu macam mami. Mami dapat sume ni dari website mengandung.com kalo x silap..
1. Pilih variasi makanan dari tiap kelompok makanan yang berbeza, untuk menjamin keseimbangan nutrisi.
2. Amik prenatal suplement.
3. Makan teratur 3 kali sehari, dan makanan ringan2 sebagai selingan 2-3 kali sehari.
4. Dapatkan serat dari buah, sayur, gandum, cereal, dan kekacang.
5. Minum air sekurang2nya 8 gelas sehari. Termasuk susu rendah lemak , jus buah segar dan sup.
6. Makan satu hidangan ikan kaya lemak dan satu hidangan ikan daging putih setiap minggu.
7. Bila memasak, gunakan minyak sayur, seperti minyak jagung, zaitun, dan bunga matahari, tetapi
    mesti dalam kuantiti yg sedikit aje.
8. Hindari makanan yg diawet & mengandungi garam dengan kadar tinggi.
9. Hindari kafein.
10. Hindari junk food, gantikan dengan buah-buahan segar, pasti lebih sehat. 

shawqunnur.blogspot.com ®