Wednesday, July 31, 2013

Adik Sufi..



Ingat tak satu ketika dulu sekitar bulan Mac - April tahun 2012.. dalam media, especially TV3 & Facebook dok hangat bercerita pasal Adik Ahmad Sufi..Ala.. baby yang lahir kat Sydney yang ada masalah paru-paru tu. Mami sangat2 yang mengikuti perkembangan adik Sufi ni time tu.. Kesian sangat kat baby ni. Tengok gambar2 yang ayah/ibunye post kat FB tu betul2 meruntun hati dan jiwa keibuan Mami ni. Hari2 Mami berdoa moga baby Sufi kuat semangat & cepat sembuh. Alhamdulillah berkat doa semua ibu ayahnya dan juga semua orang, sekarang Sufi dah sembuh.

Nak jadikan cerita, Ahad (28.7.2013) lepas kami sekeluarga berjalan-jalan pegi ke Purtajaya. Pegi pulak dah petang so, kami decide untuk berbuka di sana. Gamba memang takde sebab macam not in mood to snap pic..hahahahha..ada plak camtu kan???  Sementara nak tunggu waktu berbuka, Mami bawak la Haziq jalan2 kat sekitar tasik Putrajaya tu. Dalam dok eksaited2 jalan tu Mami bertembung pulak dengan sorang lelaki tengah dok layan budak kecik lebih kurang umur 1thn. Sekali imbas dalam hati Mami berdetik, "ish..rasa macam kenal la orang ni..tapi kat mana & siapa ye???" Puas Mami dok pikir. Mami dok usha lagi 2 beranak tu..last2..ping!!!! hah..Mami dah ingat..agak2 Mami, lelaki tu ialah En. Romi Agus & budak kecik tu ialah baby Sufi..Tapi time tu Mami still tak berapa sure..mana la tau, pelanduk 2 serupa ke..hihihi.. lagi pulak Mami tengok 'Sufi' macam kecik je..tengok dalam gambar macam bambam, lepas tu kulit putih melepak..tapi 'Sufi' ni lain sikit.. Takpe..Mami usha lagi tengok kot ada lagi klu lain yang boleh confirmkan..

Nah...rupa2nya meja diorang betul2 di belakang meja kami (kami dah booked table kat Hadramawt). Mami memang cam sangat dengan perempuan yang duduk kat meja tu.. Pn. Adlina..maknya baby Sufi. Subhanallah...memang tepat agakkan Mami. Mami bisik kat Abi.."kat belakang kita ni lah family baby Sufi yang dulu heboh kat MHI & facebook tu. Baby yang lahir kat Sydney, ada masalah pernafasan, dok kat ICU kat hospital sana." Abi macam biasa la respon dia..orang dah tua la katakan..hihihihi..sokmonye tak boleh nak recall. Tapi gaya macam tau..hihihi..jangan marah ye, Abi..

Nak jadikan cerita lagi, akhirnya Mami buat ringan mulut gi tegur En. Romi tu masa tu dok intai2 kek kat kaunter Secret Recipe selang beberapa table kami.
Mami: Ni adik Sufi ke?
En. Romi : Ye.. 
Mami : oh...inilah dia baby yang keluar kat MHI, facebook dulu..dah besar dia..dah sihat..saya selalu ikut perkembangan Sufi ni masa dia sakit dulu.. 
En. Romi : Ye ke..trima kasih lah..Sufi dah makin sihat sekarang..bla bla bla...... 

Camtu la kisah perbualan Mami dengan ayah Sufi..lepas tu Mami saja pegi jumpa pulak dengan ibu Sufi..salam & sembang lebih kurang...

Tak lama lepas tu, kami duduk di meja masing2 & concentrate dgn aktiviti masing2. Selesai berbuka, diorang bangun dulu..tapi yang best nya..diorang datang jumpa kami dulu sebelum balik..nice kan..

Sekian cerita Mami.. Cerita tentang keterujaan Mami sebab dapat bersua dengan Sufi yang Mami teringin sangat nak jumpa suatu ketika dulu. Alhamdulillah..Sufi dah pun 1thn 3 bulan, nampaknya semakin sihat. Pipinya masih bambam (tapi takdelah sebambam dulu @ cam gambar kat atas ni), rambut dah potong pendek..Dah takde lagi dok usung tong gas oksigen tu ke sana sini. Dah stop makan ubat..hanya follow up dengan hospital je sekarang ni. (Gamba Sufi yang terkini memang takde..Mami ada niat nak snap 1 pic dia sebelum berbuka hari tu..tapi Mami cam segan le pulak..hihihihi..) Alhamdulillah..Moga adik Sufi makin sihat..Allah pelihara adik Sufi & kita semua..amin..

shawqunnur.blogspot.com ®

Air tangan Mami # 39


Sayur Lemak Tofu Lembut
(11 bulan ++)

Bahan-bahan:-
1 bekas Organic Soft Soy Tofu
Bawang besar
2 sudu besar ikan bilis (tumbuk)
1 mangkuk kecil Santan
7 biji kacang buncis

Cara penyediaan:
  1. Masukkan bawang, ikan bilis dan santan dalam periuk. Renihkan sehingga mendidih.
  2. Masukkan tofu (jangan potong kecil2, cukup sekadar potong separuh) dan kacang buncis. Masak sehingga mendidih atau kacang buncis lembut.
  3. Siap!
shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, July 30, 2013

Air tangan Mami # 38


Puding Cheesekut Karamel
(18 bulan ++)

Bahan-bahan:-
10 keping cheese cracker
1 biji telur gred A
2 keping cheese
1 1/2 cawan susu segar
2 sudu besar gula
kismis
1-2 titik esen vanila

Cara penyediaan:-
  1. Sediakan karamel hangus (2 sudu besar gula & beberapa titik air, cairkan di atas api sehingga gula menjadi hangus/keperangan). Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk yang lain, pukul telur hingga kembang. Campurkan sedikit esen vanila dan sedikit susu segar (anggaran 1/4 cawan). Bahagikan kepada 2 bahagian & tuang salah satunya ke dalam bekas yang telah siap 'berkaramel'. Kukus selama 5-10 minit.
  3. Celup cheese kracker dalam susu segar, susun di atas lapisan campuran telur, taburkan cheese & kismis. Ulang langkah ini sehingga semua biskut habis.
  4. Kukus lagi sehingga masak.
  
shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, July 29, 2013

Air tangan Mami # 37

Mami dah lama tak update resepi kan? hihihihi..Ini tak bermakna Mami dah tak masak tau.. Hari2 Mami masak. Lagi2 dibulan puasa macam sekarang ni. Mami masak juadah untuk berbuka, bekalan Haziq..tak kering tangan la kata orang Mami kalo kat rumah tu. Melainkan kalo ada jemputan untuk berbuka puasa kat mana2, makanya untuk that specific day, Mami gantung periuk la..kikikiki...

Ok Mami tak nak membebel panjang2..jom kite tengok ape hidangan baby food (baby la sangat kan..Haziq dah beso kot.hihihi..) yang Mami akan share hari ni..

Gulai Lemak Tenggiri
(18 bulan++)

Bahan-bahan:-
2 keping isi ikan tenggiri
4 sudu besar Santan pekat
1/2 mangkuk santan cair
Kacang buncis
1 kpg asam keping
Minyak masak
Garam

Bahan kisar:
Bawang besar
1cm kunyit hidup
1/2 btg Serai

Cara penyediaan:-
  1. Panaskan minyak, goreng sebentar isi ikan, ketepikan.
  2. Masukkan bahan yang dikisar dan santan ke dalam periuk. Renihkan sehingga mendidih. Kacau selalu untuk mengelakkan santan 'berkepala' (api jangan terlalu kuat)
  3. Masukkan isi ikan, santan pekat, asam keping dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan kacang buncis, masak lagi sehingga 2 minit @ kacang sedikit layu. Tutup api.
  5. Gulai lemak ikan tenggiri siap!
shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, July 22, 2013

Haziq @ 18mo/ 1yr 6m

6 more months to go and Haziq will turn 2...Time running very fast. Belum puas rasanya Mami gomol2 Haziq, dah besar anak Mami sorang ni. Membesar dengan progress yang sangat2 memberangsangkan. He's too smart & so adorable. At the age of 1y6m, a lot of positive developments have been achieved and of course all those things really make Mami & Abi so proud of him. Yes, I have to admit it. It is not just to show off but it is very true..

He loves to 'perfom solah' every second he just teringat regardless the place, even di atas dukung or when riding the motorbike with Abi..tiba2 je dengar his voice "Allaaaaaah" sambil angkat takbir, then terus sujud. Yang bestnye, bila nampak aje bangunan yang berkubah, Haziq akan terus sebut "Allaaah" sambil buat gaya sedang solat.Imagine how cute he is..hihihi..

Setiap masa since he wakes up early in the morning, mulutnya becok bercakap dalam 'bahasa jerman'nya. Pendek kata, adanya Haziq di rumah memang tak sunyi. Menariknya, mulut Haziq sentiasa sebut "Allah"..ala..macam orang2 tua tu..Bila nak bangun, nak duduk, tersadung apa2, terjatuh..mesti akan sebut "Allah". Comel je kan..?

Salah 1 favourite part Haziq to spend time if we are at home is in the kitchen. Banyak betul aktiviti yang Haziq akan buat jika di dapur. Contohnya, Haziq akan tarik drawer & angkut segala bagai senduk bawak ke depan buat main. Tak pun Haziq akan buka fridge, main dengan ice cube or just take out any drink & sedar2 je dah tumpahkan air. Jika ke dish rack, Haziq loves to take out all the cups/mugs/plastic tumbler. Then he'll go to the water filter pot and try to push the button & pour the water. Tak pun Haziq akan main baldi2 & botol sabun basuh baju yang disimpan di tepi washing machine. Adoi..anak..puas la Mami dok bebel tak bagi buat camtu. Tapi Haziq tetap tak serik even kena pok pok kat tangan pon!!

New hobby is to take off his pant & diaper. Sedar2 je Haziq dah terbogel. Tak pun lepas take off diaper, Haziq akan pakai balik his pant. Macam la dah pandai nak bagitau nak buang air kan..? Pernah sekali tu tengah Mami sedap2 tidur tetibe rasa basah & hangat je kat lengan. Rupa2nya Haziq dah terkencing. Agaknya masa tengah tidur atau sebelum tidur tu Haziq dah take off his diaper & Mami langsung tak sedar tentang keadaan tu. Haish..Haziq ni....Lagi 1, jika sebut perkataan 'mandi', Haziq akan terus sibuk jugak nak take off his shirt & pants. Sebab tu la if nak cakap apa2 word yang Haziq boleh faham & akan react, Mami lebih suka utk spell that word...kikikiki..

Haziq pandai mengusik. Jika Mami cebokkan Haziq, Haziq selalu akan cakap diaper yang penuh dengan poo poo tu "mam" (makanan)..Bila Mami cakap bukan mam la Haziq, Haziq akan terus cakap mam mam sambil gelak2 sebab dia sengaja nak usik Mami walhal dia memang tau poo poo tu bukan mam..

Lagi 1 perkara menarik yang Haziq buat hati Mami & Abi jadi cair, sangat terharu & 'insaf' ialah Haziq suka 'berdoa'. Daripada baby sampai sekarang slot Indahnya Iman di Astro Oasis tu tetap menjadii rancangan kegemaran Haziq..(ni kalo org Astro Oasis baca ni, bleh dapat royalti tak?? hihihi..). So, bila dengar je zikir2 & doa2 yang dibaca oleh Imam Muda/mana2 ustaz tu..Haziq akan terus tadah tangan berdoa. Bila dengar aje music kat TV yang menandakan akan masuk waktu solat & akan azan, Haziq akan terus suruh diam (letak jari telunjuk kat mulut sambil cakap syyyyh..) kemuadian letak dua2 tangan kat telinga gaya muazzin nak azan. Lepas azan, tak sempat lagi bilal dalam TV tu habiskan "lailahaillallaaah", Haziq dah get ready tadaht tangan berdoa Doa lepas Azan. Ya Allah...sejuknya perut Mami mengandungkan & lahirkan Haziq kalo ginilah keadaan Haziq sampai besar nanti..amin..mudah2an.. 

Banyak lagi actually keletah Haziq yang sangat mencuit hati & akan Mami rindui bila Haziq dah makin besar nanti. Tapi kalo nak cerita semuanya kat sini, nanti dah jadi novel la pulak kan?? hehehhe.. So, sebelum Mami nak tekan icon Publish, Mami nak share dulu recent pic Haziq..jom..

 Gaya seorang budak bijak bersantai..tergolek2 dengan iPad..untunglah..
 Berbuka puasa..
Bila Mami dah tarik keluar baby chair ni letak dekat dining table, Haziq terus akan terjerit "mam..mam..mam" dengan penuh excited sebab dia dah boleh relate di antara baby chair & masa untuk makan. Bijak betul anak bertuah ni..
 Masterchef Mami..tidur pon nak pegang senduk..kkikikik. Mami try nak ambik senduk tu bila nampak Haziq dah lena, tapi jangan harap la..Haziq terus tersedar balik..sudahnya, Mami biar aje Haziq tidur dengan senduk tu..
 Bersungguh2 Haziq makan...Penggemar kue teow sup ni budak bertuah ni..Tambah semangat Mami nak masak untuk Haziq sebab Haziq sangat berselera makan makanan yang Mami masak..
 Gaya nakal budak comot. Dah besar2 baru nak pakai cap bagai. Dulu masa baby2..pantang letak apa2 atas kepala, confirm Haziq tarik balik. Tak sangka cap ni muat lagi ngan Haziq..nampak sangat Haziq ni jenis yang tak bambam kan?? hihihii.. 
 Dah macam gegurl la pulak Mami tengok Haziq ni. Pakai camni nampak Haziq cam baby je lagi..
Hiiiiiii...gerammmmmm je Mami tengok budak tecit ni...siap la Haziq..balik nanti Mami nak gomol2 dia...

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, July 18, 2013

Sangat Happy!!! Lalalallalalala...

2 3 menjak ni Mami susah sangat nak update blog kat opis Mami. PC Mami terlalu slow and selalu sangat hang..adoi..dah la macam banyak je benda yang Mami rasa nak share kat sini. Tapi malangnya Mami tak boleh..huhuhuhu..sedih kan.?

Alhamdulillah hari ni PC Mami dah ok lepas Mami dok godek sana godek sini..hihihihi..tak sangka Mami ada bakat jadi PC technician..kahkahkah.. Happy sangat tau!!! Akhirnya Mami dapat menaip entry dengan sangat lancar & PC Mami dah tak hang lagi..Syukur...

Itu aje cerita Mami...sekejap lagi Mami nak post entry pasal benda lain pulak. This is just a begining..so......wait ya!!!

Challo & selamat berpuasa!!

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, July 16, 2013

Cruise Travel (part3)

Sambungan daripada entry lepas..(Maafkan Mami.entry ni memang dah jadi jeruk..hukhukhuk..)

Persinggahan di Patong, kami balik dengan tangan kosong sebab bagi kami harga barangan di sana agak mahal dan langsung tak berbaloi rasanya untuk membeli barangan yang juga boleh dibeli di negara sendiri dengan harga yang mungkin jauh lebih murah. Jadi selepas kami bersolat jama' takhir zohor-asar (di saat waktu yg hampir luput..huhuhuhu..) dan seterusnya bersolat jama' taqdim maghrib-isyak di surau yang sangat selesa itu, kami hanya berjalan2 di dalam mall dan makan di kiosk Shawarma Kebab sementara menunggu ketibaan bas yang membawa kami kembali ke jeti.

Jam 9 malam kami dihantar balik ke jeti. Menariknya di persisiran jeti tu ada pulak 'pasar malam' yang menjual pelbagai barangan termasuklah makanan dan tambah menarik lagi, ada peniaga Muslim yang pandai berbahasa melayu dialek kelantan. Alhamdulillah..sekali lagi perut kami 3 beranak terisi di 'pasar malam' tu selepas kami singgah untuk merasa sendiri tomyam (ejaan di sana 'Tom Yung') yang dimasak oleh warga Thai di bumi Thailand sendiri..perghhh...memang sedap!! Malam tu kami tidur dalam kekenyangan yang teramat sangat!! muahahahahahah...

30.4.2013 (Selasa)
Hari ke-3 kami di bumi Thailand. Acara hari ni kami akan ke Krabi yang letaknya tak jauh daripada Phuket. Perjalanan daripada Phuket ke Krabi dengan cruise mengambil masa lebih kurang 8-9 jam.

Acara bermula lepas jam 10 pagi, kami sekali lagi berkumpul mengikut kumpulan yang telah di agih2kan untuk menaiki bot ke Krabi sebab kapal kami berlabuh di tengah2 laut dan kami perlu ke tanah besar dengan kenderaan lain.  Sampai di darat, kami terpaksa berjalan kaki agak jauh juga untuk tiba di kawasan parking bas yang kemudiannya akan membawa kami menjelajah di pulau Krabi ini. (Ceh, memang tourist guide ni nak mendera kami agaknya..dah la kena mendukung Haziq yang kadang2 takmo duduk dalam stroller..fuhhh..berpeluh ketiak Mami!!)

Dipendekkan cerita, singgahan pertama kami ialah di Giant Catfish Farm. Katanye catfish (keli) tapi sesampai kami kat tempat tu rupa2nya lebih kepada breeding farm sebab menurut tourist guide tu, tujuan tempat ni diadakan lebih kepada nak membiakkan balik jenis2 ikan yang dah nak pupus kesan daripada tsunami dulu..

  

Dalam 20 minit jugak kami di kawasan ternakan ikan tu, next destination ialah makan-makan sebab pakej kami hari ni inclusive of lunch sekali. Jadi kami segerombolan dibawa makan di sebuah kedai makan muslim tempatan. Alhamdulillah..Mami kenyang biarpun makan sambil berkejaran dengan Haziq..

Lepas makan, shopping time la pulak..hihihi..mak suka tau!! Kali ni ke Ao Nang.. Memandangkan kami tak beli lagi apa2 buah tangan daripada bumi Thai ni, jadi kami all out shopping sakan la kat sini. Beli t-shirt dan kain untk adik beradik, anak buah & mak abah..Alhamdulillah, semuanya dapat buah tangan daripada kami.

      
 Rambang mata Mami dok belek baju t-shirt kat sini. Penat dok membanding2 harga & tawar-menawar untuk dapat better price..hihihihi..makcik ni bab tawar menawar memang taknak kalah..!!! gasak la..janji Mak beli harga murah kan..?

Sampai jam 4.30 camtu kami pun mula gerak balik ke jetty, beratur panjang untuk ambik bot ke cruise. Tapi Alhamdulillah, sebab ada Haziq yang masih dianggap 'baby', kami dapat potong Q terus dapat naik bot lebih awal berbanding geng2 yang lain..ngeh ngeh ngeh..tq Haziq...      

Sampai di kabin, sesi meluruskan tulang belakang la pulak..hihihi..lepas solat, rehat, tgk TV, makan2, jalan2 keliling kapal..itulah yang kami ulang2 sementara nak tunggu esok. Tapi malam selepas jam 10 camtu ada pulak acara khas sempena ulang tahun kelahiran bos Mami. Memandangkan dah 2 malam Mami tak peduli sangat dengan aktiviti kapal, malam terakhir mami decide untuk turut serta. Haziq yang dah tido Mami angkut jugak naik Dek 9 tu semata2 nak rasa pengalaman.Fuhh...angin malam memang super best. Rase macam nak je lena kat situ. Patutla Abi syok je kuar malam2..hihihi..

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, July 15, 2013

Cruise Travel (Part 2)

....sambungan daripada entry lepas yang dah basi berkulapuk..hahahha...

29.4.2013 (Isnin)

Tidur di dalam cabin yang comel tu memang selesa. suhunya tak lah terlalu sejuk & tak jugak terlalu panas. Tapi memandangkan Haziq budak kecik yang lapisan lemak dalam badannya tak setebal Mami & Abi, Mami sentiasa pakaikan Haziq setokin sepanjang di dalam cruise. Dada, belakang, perut & tapak kaki Haziq pulak Mami sapu dengan minyak hangat untuk mengelakkan Haziq selesema & kembung perut. 

Berbalik kepada cerita Cruise, pagi2 lagi kami dah keluar dari kabin kami dan terus ke Dek 10 untuk melihat pemandangan sunrise. Haziq yang dah sememangnya bangun awal takde masalah untuk kami bawak ke Dek 10 tu even pada awal pagi..

Awal pagi di atas Dek 10.Kami dihembus angin Laut Andaman yang sejuk & sangat selesa..

Lepas sarapan, kami akan meneruskan kembara di bumi Allah ini dengan menjelajah Phuket. Awal2 lagi tiket untuk Phuket Sightseeing & Shopping ditempah oleh Management ofis Mami dan pengembaraan kami akan bermula seawal jam 9 pagi dan akan berakhir pada jam 9 malam.

Jam 9.30 gitu kami check out dari cruise, berkumpul mengikut kumpulan yang dah ditetapkan semalam. Kami 1 grup di bawa menjelajah kawasan sekitar pulau Phuket tu dengan bas persiaran. Kalo nak diikutkan apa yang tercatat kat dalam 'tiket' kami, 1st experience hari ni ialah Promthep Cape. Memandangkan kami hanya duduk aje dalam bas, maka tourist guide yang sangat peramah tu la yang dok celoteh itu ini kat kami sepanjang perjalanan kami tu. Semuanya cerita tentang tempat2 yang best kat area Phuket ni la..Tapi Mami lupa pulak sapa nama tourist guide tu..heheheh..
 
The most memorable part yang Mami boleh describe tentang Phuket is sitem pendawaian letrik mereka yang pada pendapat Mami sangat 'menyeramkan'. Tengok lah...wayar letrik dan telefon semuanya pada 1 tiang yang sangat berselirat dan kadang2 sehingga berada betul2 di atas bumbung rumah orang..phewwww...(xmo imagine perkara buruk yang akan berlaku)

 

Persinggahan pertama Monkey School..layan la sekejap tengok monkey show..

 
Pastu elephant show pulak..

 
& last sekali Elephan Treking la...Pengalaman pertama Mami naik gajah dengan Haziq. Hoi..scary giler..tinggi wooo..kalo le tibe2 gajah tu utergelincir & kitorang terjatuh...huhuhuhu..xmo bayangkan..memang kecut perut. The worse part masa kami naik gajah bila gajah tu tetiba je singgah mandi & disemburnye kami yang dok kat atas balakangnye dengan air paya yang kotor & busuk tu...eeiiiiii.... 

Next destination ialah ke Sri Burapa Cashew Nut Factory and Shop.  Kat sini  sebenarnya ala2 kilang la. Tapi kecik je. Kat luar 'kilang' ni ada pokok gajus yang besar dengan buah yang lebat meranum. Sekali kami tertipu da...adeh...rupa2nya buah plastik je..yang ori hanya ada beberapa biji, itu pon masih putik..cis!!.. Tentang kacang gajus pulak, ada macam2 perisa yang diproses dan dijual kat sini. Tapi bagi Mami semua tu biasa2 je & harganya pon bukan murajh sangat. So, Mami decide utk tak beli apa2 kat sini except 4 keping fridge magnet je yang berharga 100 baht (RM10) dan hanya 'merasa' kacang gajus yang free tu aje...hihihihi..
 
Ape2 pon..kat sini kene selalu aware tentang ingredient dalam makanan tu sebab pork & alcohol memang dah jadi perisa asasi dalam makanan diorang kat sini.

Kemudian, kami ke Wat Chalong pulak melawat the the biggest and most ornate kuil Buddha di Phuket ni. Tapi Mami tak turun pon sebab rasa macam malas sangat nak berpanas kat luar tu semata2 nak nengok kuil..hihihih..Tapi akhirnya Mami terpaksa jugak turun sebab si Haziq dah poo poo..so kena la basuh..ceh.. 

Then, kami dibawak pulak ke Premium Outlet. Katanya tempat ni menjual barang2 branded dengan harga kilang. Tapi pada pandangan Mami, price lebih kurang cam kat Malaysia je. Takde apa yang menarik untuk dibeli pon..

Destinasi terakhir sebelum kami berangkat kembali ke Cruise ialah di Jungceylon Shopping Mall yang terletak berhampiran pantai Patong. Kalo kat Malaysia , shopping mall ni lebih kurang macam kat Mid Valley la.. Masa sampai kat sini, jam dah pun menghampiri ke pukul 6 ptg. Dengan kami yang masih lagi belum solat zohor dan Asar, makanya kami decide utk solat jamak ta'khir di sini saja. Tapi mencari musolla di tempat ni memang satu pengalaman yang Mami tak boleh lupa sampai bila2. Fuhhhh...hampir2 luput waktu Asar baru kami berjumpa surau. Alhamdulillah ada yang membantu kami..syukur..akhirnya dapat la kami bersolat dengan aman. Siap buat jamak taqdim lagi untuk waktu maghrib & isyak. Haziq pon siap mandi la kat surau tu..hihihih.. Cuma yang bestnye tentang surau tu, even banyak nyamuk & agak daif keadaannya, tapi surau tu dilengkapi dengan aircond...fuh..memang selesa la..hihih





shawqunnur.blogspot.com ®