Thursday, February 27, 2014

Air Tangan Mami#48

Penkek 
(Sesuai juga untuk anak usia 10bulan++ tapi dengan sedikit modification ingredient)

Bahan-bahan:-
1 cawan tepung gandum
1 bekas (kecik) plain yogurt
1 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder
Air secukupnya
2 sudu besar salted butter

Cara penyediaan:
1. Campurkan kesemua bahan dalam blender/food processor/mangkuk biasa. Gaul sehingga semuanya sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
2. Panaskan pan, tuang sesenduk bancuhan tepung. Masak dengan api yang sederhana sehingga kedua2 belah permukaan keperangan.
3. Jika ingin menyediakan cheezy pancake, hanya letakkan sekeping cheese ke atas penkek yang masih panas untuk mencairkan cheese dan lipat 2 penkek tu.
4. Ideal dihidang bersama ais krim jika sukakan yang sweet2 & jika suka savoury, enak dicicah dengan kuah kari/sardin/sambal telur.

         
Penkek aiskrim untuk Mami & Abi                              Cheezy penkek untuk Haziq


shawqunnur.blogspot.com ®

Rindunyeeeeer lahaiii..

 

Bila Mami dah mula meroyan dok godek folder lama..maka terkeluarlah gambo2 lama ni..Masa Haziq berumur 2-3 bulan. Alaaaaahaiii.....rindunya nak ber'baby' lagi. Mami gerammmmmm sangat tengok Haziq dalam gambo ni. Memang so adorable and gebus gebas. Rasa macam nak picit2, nak geget2..nak gomol2 je budak yang super cute ni..Jangan salah sangka ye..Mami bukan nak riak ke hape ke tau, dok puji kecomelan anak sendiri ni. Tapi Mami sebenarnya sangat bersyukur dan berbesar hati kerana dipinjamkan Allah anak yang cukup sempurna rupa parasnya..subhanallah!!..alhamdulillah..Allahu akbar!!!

Dah...tu je yang Mami nak share..bye!!


shawqunnur.blogspot.com ®





Wednesday, February 26, 2014

Air Tangan Mami#47

Dah lama Mami tak up entry resepi kan.. So, hari ni Mami just nak share resepi olahan Mami sendiri dikala Mami dah kekeringan idea tak tau nak masak apa. Biasa sangat terjadi kat Mami bila balik dari office tu perut memang lapar sangat tapi macam dah tak larat & malas pulak nak masak beriya. So, resepi Mami kali ni memang sesuai sangat untuk dicuba oleh ibu2/isteri2 atau sesiapa saja yang sukakan penyediaan makanan yang cepat & ekspress tapi masih mengekalkan kualiti kesegaran dan khasiat makanan tu (jauh lebih baik daripada instant mee yang memang boleh disediakan dengan cepat, tapi.....pikir la sendiri!!).

Ceh..panjang pulak mukadimahnye..hihihi.. Moh kite ber'sharing' resepi pulak. Resepi ni sangat mudah & yang paling penting sedap! (Haziq makan bertambah2 gitu..) 

Pasta Aglio Olio Style

Bahan-bahan:
1 mangkuk pasta yang telah direbus & ditoskan (Apa2 shape pasta pon ok, tapi Mami hanya gunakan shell pasta & angel hair shj.)
Brokoli - suka2 hati
cauli flower - suka2 hati
carrot - suka2 hati
5 biji meatball
1 biji tomato - potong dadu
1/2 biji bawang Holand/bawang besar - potong dadu
2 sudu besar Minyak zaitun
Sedikit serbuk lada sulah/black pepper
Sedikit mix herb
Garam secukup rasa
Air (jika suka)

Cara penyediaan:-
1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga kekuningan.
2. Masukkan meatball & tomato. Goreng hingga meatball masak.
3. Masukkan sayuran, mix herb dan pasta. Kacau rata.
4. Perasakan dengan garam dan lada sulah/black pepper. Siap!

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, February 25, 2014

Rumahku Syurgaku#2-playspace & mini library

Dah lama kot entry ni terperam sebab Mami dok bertangguh nak upload pic..hihihihi..Tapi akhirnya hari ni ter'up' jugak entry ni kan..

So, back to the main point. Mami nak bercerita pulak pasal playspace si kecik Haziq + mini library kami.

1st of all, kisah Playspace la kan..

Sejak Haziq dah besar ni memang tak terkontrol rasenya tahap 'kerajinannya mengemas' rumah dengan toys nya. Mami teringin sangat nak rumah yang sentiasa kemas & bersih. Maklumlah..rumah kami ni dari luar memang nampak macam ok..tapi cer masuk kat dalam. Banyak benda yang Mami terpaksa pejam2 je mata nengoknye..huhuhuhu. Disebabkan nak renovate tu makan banyak belanja, hadap jugaklah walaupun sakit mata memandangnya.

Makanya yang Mami boleh buat ialah make over rumah tanpa modal yang banyak & dalam pada dok giler menyusun atur ni, Mami dok mencari gak solusi camna nak bagi Haziq punya mainan tak sepah2 satu rumah. Awal2nya macam2 angle Mami dok try & error, last2 kat ruang ni gak yang pada mata Mami nampak ok dijadikan playspace. Dipendekkan cerita, maka hasilnya seperti pic kat bawah ni.
Pic lama ni..masa awal2 playspace ni diwujudkan.
Kekonon nak bagi nampak ceria dan beriya..letak la puzzle mat yang colourful tu..toys pon gigih Mami dok susun gitu nak make use shelve comel tu..tapiiiiiiii......dapat kat si Haziq x dan 5 minit sumenye dah berterabur..hai laaaa anak...
 
Siap meja study lagi...study la sangat kan..Haziq baru 1year++ kot time tu..hihihi

Latest pic..
Puzzle mat dah bertukar jadi evamatic mat. Puncanya si Haziq ni jenis tangan tak reti diam..penat le Mami & Abi dok susun balik puzzle tu tiap kali Haziq sepahkan.Last2 Abi bungkus je mat tu simpan..selesai masalah!Toys pon Mami dah tak rajin nak susun2 kat shelve tu. Cukuplah seadanya. Mami just asingkan toys Haziq je dalam 2 bakul tu. Soft/Net basket tu Mami simpankan soft toys and bakul plastic tu utk toys yang lebih keras/made of plastic/wood..etc  
Poster kat dinding tu setakat ni selamat lagi la..tak pernah lagi Mami nampak cubaan Haziq nak cabut. Tapi buku2 kat shelve tu memang jenuh Mami dok susun balik tiap kali Haziq dah sepahkan. Bimbang buku2 tu rosak gitu je sebelum sempat Haziq pandai baca, sudahnye, tinggal beberapa buah je yang Mami letak kat situ, the rest masuk kabinet mini library...Bila nak baca baru amik...habis cerita!

Pandangan keseluruhan..
Ok la kan...Ada meja nak menulis, toys yang boleh tahan jugaklah banyaknye..cukup la space sebesar tu untuk Haziq main2..Ups..babychair tu memang multitasking...tak semestinya nak makan je pakai babychair..kadang Haziq dok layan tab tengok upin ipin pon dok kat babychair tu..cam pic kat bawah ni..

  
Kemain lagi bersantainye.... 
******************

Cukup bab playspace, kisah Mini library pulak... 
 Actually mini library kami ni just built-up cabinet je (kabinet free dapat masa Abi tolong pindahkan barang2 office) So, ada 2 pintu je.. Memang la crowded gila kabinet ni sebab semua nak sumbat kat situ..huhuhu..
Tak percaya? tengoklah pic kat bawah ni..

Right side
1st & 2nd layer tu sebahagian buku2 Mami zaman uni.
3rd layer books collection Mami & Abi..ada novel, ada buku2 motivasi, buku2 agama..sume main susun je tak ikut classification..
4th layer belah kanan tu himpunan Yasin, ma'thurat..Quran...left side buku2 Haziq + collection magazine Pa&Ma kesayangan Mami..

Close up sikit...
 1st layer
2nd layer
3rd layer

Bawah sekali pintu belah kanan kabinet Mami terpaksa derhaka sikit letak dinner set ni sebab kabinet asalnya dah takde cermin (Haziq terpecahkan..huhuhu) Nanti bila Mami dah re-structure kabinet pinggan mangkuk nanti mungkin dinner set ni akan dialih ke sana. Buat masa ni dok diam2 je kat sini..huhuhuhu...
     
Asalnya layer paling bawah ni Mami letak magazines. Tissue tu  tumpang sementara je. So, kurang la derhakanya kan..kikiki..

Enough for 1st right side cabinet. Now, left side plak..
Jangan terkejut dengan khazanah yang ada dalam ni...









tadaaaaa....






Memang super sendat kan..? Di situlah files, album kawen, notes, CDs, siap bag pon sumbat kat situ.. Derhaka tahap super lah. Mini library dah jadi store..adoi!!..Dah macam poket Doraemon pon ye..Nak buat camne? Takde store yang proper kekdahnye..Nantila..insya Allah ade rezeki nanti akan selamatlah semua files tu Mami simpan elok2 dalam store. Kat kabinet ni nanti 100% buku2 & magazines je..kot nak selit gak mungkin ade album gamba je. Nama pun library kan..
huhuhuhu...serabut wehhhh...

 shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, February 3, 2014

2 tahun penyusuan - kini terlaksana

Alhamdulillah..betapa besar rahmatMu ya Allah kerana memperkenankan doa hambaMU ni (dan mungkin juga berkat doa daripada suami, mak abah, keluarga & rakan2) untuk menyusukan anakku, Haziq sehingga sekurang2nya genap usianya 2 tahun. Biarpun banyak halangan dan dugaan sepanjang 2 tahun ini yang semuanya Mami pernah ceritakan di sini dan di sini, tetapi Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Adil, tak pernah memungkiri janjiNya untuk 'memberi' apa jua yang dihajati oleh hambaNya dengan syarat semuanya dipohon kepadaNYA. Syukur ya Robb..akhirnya perjalanan penyusuan selama 2 tahun telah sampai ke garisan penamat. Alhamdulillah..

Sesungguhnya, penyusuan susu ibu ini bukanlah semata2 adat dan budaya, malah ianya adalah suruhan agama. Sejarah telah mencatatkan Nabi Muhammad SAW juga membesar dengan susu ibu. Biarpun tidak disusui oleh ibu kandungnya, Baginda tetap memperoleh khasiat susu ibu daripada Saiyidatina Halimatussa'diyah RA. Sebab itulah bagi Mami (dan mungkin juga ibu2 diluar sana) amat berbangga diberikan keistimewaan oleh Allah menyusukan anak Mami sendiri biarpun di pasaran berlambak-lambak tersedia pelbagai susu formula yang hebat. Tetapi ketahuilah, susu ibu adalah anugerah terhebat dan teragung yang Allah sediakan untuk setiap bayi di dunia ini.

Tuntutan supaya ibu2 berusaha memberikan susu ibu kepada anak2 jugak secara jelas termaktub di dalam firmanNya seperti di bawah.
Surah Al-Baqarah, Ayat 233

 
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

Maka, mana mungkin ibu2 beralasan lagi untuk tidak berusaha menyusukan anak2?? Ingatlah..sesungguhnya susu ibu adalah hak untuk setiap anak. Usahakanlah sebaik2nya agar anak mendapat khasiat susu ibu. Alasan cliche "saya takde susu" sepatutnya dah tak ada lagi sebab dunia moden maklumat di hujung jari ini menjanjikan ilmu2 tentang penyusuan yang ibu sendiri2 (yang celik IT ni) boleh 'gali dan cari' di mana saja tanpa mengira masa. Yang penting BERKEHENDAK.

Mami bukanlah bertaraf pakar laktasi, jauh sekali berjaya fully BF Haziq. Tapi biarpun sekadar complimentary BF, Mami tetap nak share beberapa tips yang mungkin dapat membantu ibu2 lain yang berhajat menjayakan dunia penyusuan susu ibu. :-

1. Gali sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan semasa mengandung/sebelum mengandung.
2. Niatkan dalam hati untuk menyusukan anak sedari awal kehamilan.
3. Bersedia dengan alat sokongan penyusuan (pam, bekas simpanan susu perahan etc).
4. Amalkan konsep asas penyusuan "Supply vs Demand", tidak ada ibu yang baru melahirkan terus melimpah ruah susunya melainkan kuantiti susunya dihasilkan seiring dengan permintaan daripada babynya.
5. Tentukan target secara berperingkat, contohnya newborn-3bulan, 3bulan-6bulan dan seterusnya agar tidak berasa 'terlalu lama' untuk berjaya.
6.  Tidak mudah berputus asa dan elakkan stress.
7. Jangan bandingkan hasil 'tuaian'/produksi kita dengan orang lain.
8. Sentiasa positif dan gembira.
9.  Berdoa dan bertawakal.
 
Notakaki:
Fully BF- menyusu susu ibu sepenuhnya tanpa dicampur dengan susu formula/susu segar di samping diberikan sumber makanan lain seperti nasi, roti etc.

Exclusive BF - Hanya disusukan dengan susu ibu sahaja, tanpa diberikan makanan tambahan lain hatta air masak.

Complimentary BF- menyusu susu ibu di samping dicampur dengan susu formula/susu segar dan makanan2 tambahan yang lain.
shawqunnur.blogspot.com ®