Sunday, July 17, 2011

Perubahan Kulit Semasa Mengandung

1. "Seri Wanita Mengandung"

Walaupun ini hanya satu istilah yang merujuk kepada betapa comel dan bahagianya wanita itu saat mengandung, namun, istilah ini sebenarnya mempunyai asas biologi. Jumlah peningkatan darah di bawah permukaan kulit menyebabkan pipi menjadi kemerah-merahan dan menarik. Selain itu juga, peningkatan rembesan kelenjar minyak kulit memberikan suatu kemilau berkilat. Wajah kemerahan pada kebanyakan wanita hamil sebenarnya sama seperti wanita-wanita lain yang tidak hamil apabila mereka gembira, menangis, atau berbuat sesuatu yang akan meningkatkan kadar degupan jantung mereka.

2. “Topeng kehamilan”

Kadang-kadang semasa kehamilan trimester ke-2, tompok-tompok kecoklatan atau kekuningan yang dipanggil chloasma (juga dikenali sebagai topeng kehamilan) boleh muncul di mana-mana bahagian di muka. (lazimnya di dahi, pipi tinggi, hidung, dan dagu). Hormon kehamilan estrogen dan progesteron merangsang sel melanin dalam kulit untuk menghasilkan lebih pigmen. Oleh kerana sel-sel ini tidak menghasilkan pigmen tambahan secara seragam, kulit muka wanita hamil lebih mudah menjadi bertompok gelap. Chloasma tidak dapat dielakkan, tetapi ianya boleh dikurangkan dengan mengehadkan pendedahan kepada cahaya matahari yang akan terus merangsang pengeluaran melanin.

3. Jerawat.

Walaupun jerawat yang tumbuh semasa mengandung tidaklah seteruk seperti yang dialami semasa remaja. Malah, kesan parut jerawat juga akan hilang sejurus selepas bersalin. Elakkan skrub kasar atau exfoliants (penggelupas) kerana kulit wanita mengandung terlalu sensitif. Skrub muka berasaskan oatmeal dapat membantu masalah jerawat ini. Walaubagaimanapun, ubat anti-jerawat seperti Accutane dan Retin-A tidak boleh digunakan ketika mengandung.

4. Linea nigra.

Kebanyakan wanita biasanya mempunyai garisan menegak yang sedia terbentuk di bawah pusat hingga ke tulang kemaluan. Akan tetapi, ianya hampir tidak kelihatan sebelum mengandung. Seawal kehamilan pada trimester pertama, garisan ini akan beransur menjadi sedikit gelap dan berubah menjadi linea nigra. Warna Linea nigra ini akan semakin pekat dan memanjang sepanjang kehamilan, tetapi akan kembali pudar dan hilang beberapa bulan selepas bersalin.

5. Kawasan yang gelap menjadi lebih gelap.

Tahi lalat sedikit dan freckles yang wujud sebelum kehamilan kini boleh menjadi lebih besar, dan bintik coklat atau tanda lahir menjadi lebih kecoklatan. Tahi lalat baru juga mungkin muncul. Kawasan areola dan puting buah dada anda akan menjadi lebih gelap, namun ianya akan kembali ke warna asal mereka selepas mengandung.

6. Tapak tangan dan tapak kaki kemerahan.

Seawal bulan kedua kehamilan, bahagian tapak tangan dan tapak kaki wanita hamil cenderung untuk mengalami kegatalan sehingga menyebabkan sedikit kemerahan @ dikenali sebagai "erythema".

7. Urat jaringan labah-labah.

Dengan pertambahan isipadu darah, kapilari darah di bawah permukaan kulit menjadi halus, berlekuk-lekuk merah atau ungu dan ini membentuk seakan-akan jaringan labah-labah pada kulit. 

8. Tags kulit.

Sesetengah wanita mengandung menghadapi masalah pertumbuhan polip kecil yang dikenali sebagai tags kulit di kawasan-kawasan di mana berlakunya geseran pada kulit. Biasanya tags kulit ini boleh didapati di bawah lengan, antara lipatan leher, atau di bawah garisan coli. Keadaan ini terjadi kerana pertumbuhan hiperaktif lapisan kulit. Namun ianya akan hilang setelah melahirkan.

9. Ruam panas.

Mungkin ruam panas lebih sinonim kepada bayi. Tetapi, bagi sesetengah wanita hamil keadaan ini juga mungkin akan berlaku. Puncanya ialah perubahan suhu badan yang sedikit meningkat semasa mengandung akan menyebabkan wanita mengandung kerap berpeluh.
10. Gatal.

Beberapa kawasan kulit wanita hamil mungkin menjadi gatal kerana ia kering dan tidak stabil. Tempat-tempat biasa yang sering menjadi keluhan wanita hamil ialah di sekitar abdomen, punggung, paha termasuk di sekitar payudara.

shawqunnur.blogspot.com ®

1 comment:

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.