Tuesday, April 19, 2011

Solusi Zuriat Yang Dinanti [Part 3]

Camni la lebih kurang darah aku yang di ambik hari tu..
CD 21 - sekali lagi kena amik darah. Kali ni darah yg di amik ni kata nurse yang amik darah aku tu gunanya nak cek paras hormon Progestrone. Rasionalnye, sebab nak tau samada wanita itu keluar benih atau tidak. Nak tanye lebih2 kat nurse tu pon aku rasa cam malas je.. Sok2 bile dah jumpe Dr. baru nak interview habis2 kat Dr. tu..Heheheheh..

Macam biasa time nak amik darah, problem susah nak cari urat memang dah jadi satu 'keunikan' aku..hahahah...Yela, manusia berurat kecik cam aku ni memang special & jarang2 skali jumpa.

Mula2 aku hulur tangan kanan aku, cek2 urat kat lengan tak dapat gak. Nurse tu pon mintak tuko tangan kiri lak. Cari2 urat, akhirnye jumpe.

Bismillahirrahmanirahim..nurse tu pon cocok la tangan aku..sesedap rase jarum yg dh tertembus dlm lengan aku ditusuk2 sekejap ke kiri, kejap ke kanan, sekejap tolak, sekejap tarik, last2 dia cakap "Aih, tadi ade (urat), ni (urat) dah hilang pulak?" Disebabkan nurse tu tak berjaya jumpa urat aku, aku pon xnak la siksa diri, mintak dia tukar buat butterfly style je. Masa nurse tu cabutkan jarum, darah yg kuar cume sebesar kepala jarum je.. Memang betul la nurse tu cocok tak kena urat betul2..

Pastu nurse tu konon2nye stuju la nk amik darah butterfly style, tapi bile die tengok je pergelangan tangan aku tu masih lagi de kesan parut amik darah 2 minggu lepas, pastu de lak kesan2 lebam sikit2, terus dia tak jadi.  

Sudahnye, dia panggil nurse lain yang agak pro (nurse yang amik darah aku last time) tolong die. Nurse yang pro tu pulak mintak tangan kanan aku. Akhirnye nurse yang pro tu jumpe la urat aku. "Bismillahirrahmanirrahim", sekali lagi jarum yang tajam tu pon terbenam la dalam urat daging lengan aku. 'Permainan' sorong tarik jarum berlaku.lagi. Kali ni samapi aku termengaduh sakit. Confirm lebam teruk la tangan aku ni jap lagi. Aduyai...

Darah tak banyak keluar. Mungkin sebab nurse tu tak betul2 cocok kat urat yang besar sikit. So, tak pro gak la nurse tu..hehehe.. Nak pastikan darah tu cukup atau tak, nurse tu pon bawak la darah aku yang sikit tu kat lab.

Dalam hati aku cuak gak takut darah tu tak cukup, sure kena cocok lagi...adui.. Tapi Alhamdulillah..at last nurse tu gitau darah aku dah cukup utk test hormon tu. So, aku pon balik la..

Next appoinment kena buat pada hari pertama next period lak. Kali ni takde test2 lagi, tapi Dr. yang dah di assigned utk aku & Hubby akan citer ngan terperinci result test2 yang aku & Hubby dh ditest sebelum ni & Dr. akan suggestkan ape treatment yg sesuai utk aku & Hubby. So, kos utk next visit dianggarkan dlm RM600-RM800. Gulp!! mak aih!!!..Mahainya!! Diam2 dalam hati aku berdoa moga2 kami xde la sampai nak kena keluarkan bayaran semahal tu..

"YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI. KAU BERIKANLAH PELUANG DAN RUANG KEPADA KAMI UNTUK MEMPUNYAI ZURIAT DARIPADA DARAH DAGING KAMI SENDIRI" Amin ya Rabbal Alamin..


Blogger Templates
shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, April 11, 2011

Solusi Zuriat Yang Dinanti [Part 2]

Hysterosalpingography (HSG) atau x-ray rahim dibuat pada hari ke-9 @ 10 (dikira drp hari pertama period) Tujuan buat x-ray ni yg pertamanya sebagai 1 cara nak pantau keadaan tiub & rahim samada tersumbat @ tak. Yang ke2 sebagai 1 terapi untuk memudahkan preggy. Ni Dr yang buat prosedur tu la cakap. Actually aku dah pon penah buat prosedur ni bout a year ago. Tp disebabkan aku dah missplaced resultnye, terpaksa la aku buat lagi preosedur ni. So, 2nd time aku menjalani prosedur ni memang horrible. Sakiiiiit sangat....!!!
Berbeza sgt dgn 1st HSG, kali ni punya penangan memang sampai tahap tobat aku taknak lagi.. bukan setakat effectnye yang menyakitkan. Tapi sejak dari masa Dr dok godek2 kat  tempat tu pon aku dah terasa ngilu2nye yg sangat la tak selesa & sakit. Tp aku cuba kuatkan semangat..Alhamdulillah..sekejap aje dah siap. Cuma mungkin kali ni dye yang Dr tu gunakan terlalu "kuat" utk aku. So, bukat setakat dekat tut je yg sakit, urat2 perut pon rase cam nk terburai sampai terpaksa kene amik jab (injection) 2x sebab x tahan sgt sakitnye. Aduyaiii.....!!!

Ape2 pon, sumenye dah selamat..now tunggu next appoinment lak..So, hopefully pasni xde la lgi kena buat benda2 yg menyakitkan ni..

Camni la x-ray film aku..dari report Dr yg aku baca & faham, actually aku nye tiub dua2 ok & rahim pon ok..Alhamdulillah..
shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, April 1, 2011

Solusi Zuriat Yang Dinanti [Part 1]

Akhirnya kaki aku & Abang terjejak jugak di bangunan LPPKN Jalan Raja Laut,KL setelah lebih 6 bulan teragak2 dan tertangguh2 nak mulakan treatment. Kali ni, aku betul2 nekad. Berapa jugak payment yang nak kena bayar, aku & Abang akan usahakan jugak. Yang penting aku dapat baby!! Ini azam aku.

So, confirm je cik P datang, aku terus buat appoinment. Pada hari ke3 aku period, maka bermula lah siri solusi zuriat yang aku ngan Abang kena banyak2 bersabar untuk menempuhnya..

Appoinment pukul 8 pagi. Awal tu!!! Kat KL pulak! Memang tak dapat dibayangkan betapa kesesakkan yang terpaksa ditempuh bila terpaksa ke KL pagi2. Jadinya, aku & Abang decide nak pegi naik motor je. 

Pagi tu, awal2 lagi aku & Abang dah bangun ceh, macam tak biasa bangun pagi!! hehehe... Lebih kurang pukul 7.15 kami gerak ke KL. Macam tak caye je, akhirnya dapat gak aku merasa pegi KL naik motor. Kira cam hari ini dalam sejarah gak la sebab sepanjang aku hidup ni tak penah aku naik motor pegi sejauh tu & bonceng selama tu!! Fuh, memang excited walaupun terpaksa menahan kebas2 bontot & sakit pinggang!!! Heheheheh..

Pukul 7.55 kami pun dah terpacak kat depan bangunan LPPKN tu. Terus naik ke tingkat 6 (Klinik Kesuburan). Step pertama macam biasa kena register dulu. Tak lama lepas tu, bermula la sesi yang pertama. Timbang berat, ukur tinggi, pastu kena interview. Abang pulak kena buat sperm test kat tingkat 7.

Sesi aku sekejap je. Tak sampai 5 minit dah setel. Yang lamanya, tunggu Abang. Maklum la, bukan senang nak kuarkan a** m*** tu bila dlm keadaan yang terpaksa. Sampai ngantuk2 la aku tunggu. Tapi akhirnya berjaya jugak..Alhamdulillah...Lepas dah 'berjaya' kumpul sampel & hantar pada lab, giliran Abang pulak kena timbang berat, ukur tinggi & interview.

Sperm test result akan keluar dalam masa 1 jam. So, sementara menunggu, aku & Abang kuar la jap, cari tempat mamam yang best & special.

Pastu, sesi yang ke-2 pulak. suke2 ati aku je letak sesi2 ni kan? Kali ni, kena amik darah pulak. Masa kat PPUM dulu, aku sorang je yang kena amik darah, tp kat LPPKN ni Abang pun kena amik darah gak. Macam biasa la reaksi misi yang tengok lengan aku bila nak amik darah mesti bersungut "Alahai..keciknye urat ko dik!!!" Abih, nak buat camne? Dah memang jenis urat aku camtu. Aku pun,terus mintak misi tu amik darah 'butterfly' je sebab aku memang dah biasa ngan cara tu.

Setel bab amik darah, kena la bayor. RM200 gak la 'terbang' hari tu. Ape2 jela...lgpun, mana ade benda free sakarang ni..heheheh..

Next session kena buat HSG lak. Yang ni kena buat kat hospital @ medical center yang lain sebab LPPKN takde facility ni. So, nanti bila aku dah buat HSG ni, aku update lak storynye..ilalliqa'  

Wednesday, March 30, 2011

Bila ajal menjemput

Terkejut dan tergamam seketika bila diberitakan salah seorang daripada rakan sepengajianku (Almarhum Rudi Yanto bin Abdullah) telah kembali ke rahmatullah petang tadi. Sungguh, aku bagaikan tidak percaya dengan perkhabaran itu.
"Kenapa dia meninggal? Sakit apa? Sekarang masih di mana?" Semua persoalan itu berlegar-legar dibenak hatiku.
Dari sumber yang boleh dipercayai, almarhum dikatakan menghidap tumor otak dan menurut sumber itu juga almarhum dipercayai meninggal dunia akibat daripada jangkitan selepas pembedahan..wallahu 'alam.
Mengenang kematian ini, aku teringat pada kelas pengajian agama kendalian Almarhum Tok Faqih Siddiq yang suatu ketika dulu pernah memberitahu kami bahawa setiap nyawa yang dilahirkan di dunia ini telah tercatat namanya di sehelai daun pada sebatang pohon di 'Arasy Allah dan apabila daun itu gugur, maka matilah hamba itu..wallahu 'alam.
Kepada almarhum Rudi, aku berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yang beriman. Al-Fatihah..


Blogger Templates
shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, March 25, 2011

Cerita bila aku geram. Urghhhhhh!!!

Cerita ni berlaku pada aku semalam. Alkisahnya petang semalam Hubby ajak aku pegi checkup kat 1 klinik yg aku memang dah biasa pegi sebelum ni, kat Seksyen 7 Shah Alam. Biaar lah aku namakan klinik tu Klinik N (bukan nama sebenar)

Sampai aje kat klinik tu jam dah pukul 7 mlm. Hubby pun dengan mesra alam terus tanya kat budak kaunter register tu, "Dokter ade tak?"

"Dokter pegi meeting. Pukul 7suku nanti baru masuk balik." budak tu bagitau.

So, dengar aje Dokter takde, aku pun rasa cam dah tawar hati la nak tunggu. Tapi disebabkan Hubby aku yg dah terlalu beriya2, aku ikutkan aje.. yelah, nanti jadi istri derhaka lak..huhuhu..

Aku dengan Hubby xnak la buang masa tunggu kat klinik tu je. Kami pon pegi la window shop kat 1 mini market dekat2 situ..saje nak compare2 harga sebenarny...hehehehhe..

Tepat jam 7suku, kami pun pegi la balik kat Klinik N. Macam biasa kena la daftar dulu. Menunggu tak sampai 5 minit, akupun dipanggil masuk bilik Dokter.

Tengok2 Dokter pompuan. Dalam hati aku bersyukur gak la sebab aku segan sikit kalo terpaksa jumpa Dokter lelaki. Maklum la sakit aku ni melibatkan part2 sensitip wanita..huhuhu...

Pastu cam biasa aku pon story la kat Dokter tu ape problem aku. bla..bla..bla.. Tapi yang paling aku bengkek bile dokter tu langsung tak nampak serius nak check aku. Dia cakap sakit yg aku alami ni sakit biasa2 je. Pastu selamba je cakap dia tak boleh nak buat scan sebab kat atas katil tu penuh dengan stok ubat baru sampai. Time tu, rase cam nak menyumpah aje Dokter tu. Aku ni patient dia, aku bayar consultation fees dia, bukannye free. Tapi servis dia macam la aku ni tak bayor ape2. Tak profesional langsung!!!

Menyesal betul aku pegi Klinik tu. Kalo setakat nak bagi painkiller, aku pon pandai beli kat farmasi. Takde la susah2 aku buang masa, buang duit , buang tenaga pegi Klinik dia. Ingatkan bila jumpa Dokter, dapat la solution. Tapi, rupa2nya dapat sakit hati aje.

Memang tobat la..pasni jangan harap aku nak pegi lagi kat Klinik tu..Aku benci!!!! Arghhhhhhhhhhh!!!!!!



Blogger Templates
shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, March 7, 2011

TTC News - Urgent Info for Dads-to-be

Hari ni aku nak share lagi info special untuk TTC couples yang aku cedok & extract melalui pembacaan aku di Baby Center.

Menurut Baby Center, lelaki @ suami menyumbangkan sebanyak 32% di dalam masalah ketidaksuburan. Jadi, para suami janganlah sewenang-wenangnya menuding jari hanya kepada isteri jika masih gagal mendapat zuriat. Menurut Baby Center lagi, melalui diet yang sihat, ianya akan memberi peluang kepada pasangan itu untuk memliki zuriat. Persoalannya, apa jenis diet sihat yang bakal papa ni perlu amalkan?

Jom kita  scroll down!!!
  1. Pastikan diet yang mengandungi zink, folat (asid folik) & lain-lain makanan yang kaya dengan antioksida, seperti Vit C. Semua ni penting untuk penghasilan sperma dan menyuburkannya. Sumber zink boleh didapati daripada daging cincang, kacang panggang (baked beans) & ayam. Makanan yang kaya dengan folat pula termasuk sayuran hijau seperti brokoli, taugeh, betik & kentang.  227g / 8oz jus oren mengandungi 124mg vitamin C. Pastikan pengambilan sekurang-kurangnya 60mg vitamin C setiap hari dan tambahkan lagi sehingga 100mg sekiranya anda merokok.
  2. Teruskan minum kopi kerana kafein boleh meningkatkan keupayaan sperma bergerak aktif. Walau bagaimana pun, sehingga kini masih tiada bukti yang jelas mengenai peluang untuk hamil dengan peningkatan pengambilan kafein. ---- Hmm..bab ni aku agak confuse sebab dalam artikel sebelum ni ada menyebut kena avoid kafein.. Camne tu??.
  3. Jauhkan diri dari alkohol. Untuk maklumat lanjut, sila lawati di sini.
  4. Berdiet mengikut piramid makanan.

Blogger Templates

Friday, March 4, 2011

Recommendable Nutrition for TTC

2 - 3 hari lepas, time lapang-lapang, aku macam biasa la mesti main tenet. Pastu, saja godek-godek google, jumpa pulak BabyCenter. Macam-macam benda menarik yang kita boleh baca kat situ. Tapi dalam banyak-banyak article, ade 1 article citer pasal cadangan nutrisi untuk pasangan yang menanti zuriat macam aku ni la... Hasil daripada pemahaman aku, kat bawah ni aku dah 'summarized'kan 9 Recommendable Nutrition for TTC (Trying to conceive) Couple. So, lets check it out!!!!

1.  Curb caffeine.
Bagi aku yang ni memang xde masalah, aku bukannye hantu nescaffe @ kopi. Habis2 sangat minum teh je. Hubby pon rasenye ok kot..

2. Rethink refined carbs, e.g: white bread, pasta, and white rice.
Alamak!! xkan x bleh makan nasik kot?? Problem ni..Emm..sikit2 xpe kot..hehheeh..saje nak sedapkan hati ni.. Haish!!

3. Eat your greens, and reds, and yellows, e.g: brightly colored fruits and vegetables, like blueberries, red peppers, and kale.
Sayur & buah!! Memang fav aku nih!!!! Xde masalah.....Cuma Hubby agak memilih sikit...huhuhu..
4. Be finicky about fish. Eat up to 12 ounces (roughly two entrées) a week of low-mercury fish, such as shrimp, canned light tuna, salmon, or catfish or try flaxseeds. Avoiding canned white tuna as well as fresh or frozen swordfish, tilefish, king mackerel, tuna steaks, shark, orange roughy, Spanish mackerel, marlin, and grouper, because they have the highest mercury levels.
Emm..kena makan ikan yg mercury free? Alamak! Camno tu? Aku tak berapa tau pasal ikan2 ni. Tau makan je..hhehehe... Tapi xpe, pasni aku google lagi cari list ikan yg mercury free...heheheh..
5. Pump up on iron, i.e: eat much red meat.
Eh, xjadi hal la...Cuma kena spend RM sikit la..maklumla..daging kan mahal..adoyai!!!


6. Be leery of *listeria. Foods to avoid completely: Raw sushi, refrigerated smoked seafood (like lox), soft cheese made from unpasteurized (raw) milk, and other unpasteurized dairy products.
Aku memang suka sushi..tapi tokak den ni raso eh tak boleh poie gak dgn yg montah2 tu..Jadinye, kalo sushi yg dah masak tu ok kot..??

***Listeria is a harmful bacterium found in ready-to-eat meats, soft cheeses, and unpasteurized dairy products. Pregnant women are 20 times more likely than other healthy adults to get sick from eating listeria-laced food. Those trying to conceive should also be on alert because listeriosis (the infection caused by listeria) can cause a miscarriage early in the first trimester (Hui mak!! ngerinye!! Wa na'uzubillah!!)
7. Don't panic over protein. 2 - 4 servings of up to 3 ounces of protein a day, including fish, lean meats, nuts, and legumes.
Sonang yo nih!! hihihi...

8. Fill voids with vitamins. Take the prenatal vitamin or multivitamin with at least 400 micrograms of folic acid.
Folic Acid!! Yang ni memang dah jadi amalan wajib aku. Rase mcm x lengkap 1 hari kalo x amik vit ni.. ececcecehh...!!
9. Husband to take a daily multivitamin that contains zinc and selenium.
Alamak!! Hubby xde lak amik ape2 vit. Hmmm..kena beli le nih!!





Blogger Templates