Friday, August 30, 2013

'Ubat' nyamuk paling murah dan bebas aerosol..

Satu ketika dulu ada kawan Mami share tentang kaedah perangkap nyamuk kat facebook & Mami ada salin kat tempat lain tapi ter'missplace' pulak. Tiba2 kelmarin Mami terjumpa balik post tentang ni. Terus Mami ambik keputusan nak salin dalam bentuk entry blog ni sebab confirm takkan hilang punya selagi Mami masih berblog..kihkihkih...
Ok..jom kita belajo cara kekdahnye..

Bahan-bahan:-
1 botol  kosong (100plus 1.5L)
200ml air panas
50gm gula perang
1gm yis/ibu roti

Cara-cara penyediaan:-
Potong botol kepada 2 bahagian. Ketepikan bahagian atasnya.
Bancuh gula dengan air, sejukkan dan letak dalam botol (1/2 bahagian yang bawah)
Masukkan yis (tak payah kacau2 nak bagi sebati)
Ambik balik 1/2 bahagian botol bahagian atas yang diketepikan, fit in dalam bahagian yang dimasukkan air gula & yis tadi
Balut botol dengan sebarang material gelap/hitam
Letak di sudut2 tersembunyi kegemaran cik nyamuk bermastautin
Lepas 2 minggu boleh la tengok hasil tangkapan..

Senang sangat kan??? Teruja betul Mami nak try...Insya Allah..lapang2 sikit nanti pasti Mami akan buat jugak..


 shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, August 28, 2013

Cruise Travel part 4

1.5.2013 (Rabu). Pengembaraan kami di bumi Thailand terhenti di sini. Kami dikehendaki untuk check-out daripada kabin masing2 sebelum jam 11am. Pendek kata, selepas sarapan, kami dah boleh check-out la.

Situasi check-out di Cruise samasekali tak serupa dengan check-out di hotel2. Di Cruise, kami diberi no. giliran dan berkumpul di dalam dewan sebelum officially keluar dari kapal. Banyak prosedur sebenarnya. Kami dipanggil mengikut no.giliran yang telah diberikan untuk memulangkan kad ekses kabin. Selepas itu kami akan melalui kaunter untuk penyerahan semula passport dan seterusnya ke kaunter bagasi. Alhamdulillah, dengan adanya Haziq urusan kami segalanya dipermudahkan. Pihak pengurusan Cruise sangat prihatin dengan penumpang yang membawa anak2 kecik macam Haziq ni. Jadi, sekali lagi kami dihalalkan untuk 'memotong barisan' dan akhirnya selamat check-out lebih awal.

Memandangkan kami semua akan bergerak kembali ke Klang dengan bas sewaan khas, makanya kami terpaksa menunggu sehingga semua penumpang ada. Ceh..bab ni yang tak best ni..elok je tadi dapat settle awal ni terpaksa menunggu pulak. Alhamdulillah semuanya selamat selepas jam 12 lebih kurang. Agenda seterusnya lunch, pusing2 bandar di Pulau Pinang, memborong jeruk2 satu kemestian dan berangkat pulang.

Tamat sudah cerita pengembaraan kami. Tips daripada Mami untuk sesiapa yang berminat untuk bercuti dengan Cruise:-
  1. Bawa pakaian yang tak perlu digosok sahaja.
  2. Bawa ubat2an/minyak angin sebagai precaution step jika tiba2 demam/tak sihat. 
  3. Bawak tupperware kosong sebab makanan yang disediakan di restoren boleh ditapau sebagai bekalan semasa berada di luar kapal (di Phuket terutamanya amat sukar mencari makanan halal)
  4. Jika ada anak kecik yang menyusu susu formula, dapatkan air panas daripada restoren kerana di dalam kabin tidak disediakan kettle. Pastikan flusk air dibawa bersama-sama.
  5. Suhu di dalam kapal/kabin lebih rendah daripada suhu bilik (agak sejuk), pastikan membawa sweater & setokin.
  6. Bawak baju mandi (terutama anak2) jika ingin merasa pengalaman bersukaria di kolam renang sebab tanpa baju mandi yang proper, pihak pengurusan kolam renang tidak akan membenarkan untuk mandi kolam.
  7. Jaga kad ekses kabin sebaik mungkin sebab selain daripada sebagai 'kunci' untuk membuka pintu kabin masing2, kad itu juga umpama passport dan kad kredit setiap penumpang. Semua urusniaga di dalam Cruise hanya menggunakan kad ekses dan sebelum check-out, total expenses akan disemak dengan menggunakan kad tersebut.
shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, August 27, 2013

Garam bukit vs Garam biasa

NEVGEL - Garam Bukit Untuk Masakan

Mami prefer menggunakan garam jenis Premium Iodized Rock Salt (PRIS) sebagai tambahan perasa dalam hidangan keluarga Mami (lebih2 lagi masakan untuk Haziq) kerana garam bukit kualitinya sangat tinggi, lebih bersih dan bebas pencemaran jika dibandingkan dengan garam biasa yang dihasilkan melalui proses turasan air laut dan campuran kimia lain.

Selain daripada itu, kandungan mineral dalam garam bukit juga lebih tinggi jika dibandingkan dengan garam biasa yang mana telah terbukti kandungan mineral dalam garam bukit menyamai kandungan mineral di dalam air zam-zam yang diketahui sebagai air yang paling baik di alam semesta ini.

Penggunaan garam bukit dalam masakan adalah baik untuk kesihatan kerana ianya boleh meningkatkan sistem imunisasi badan dan membantu merawat penyakit contohnya mengawal tekanan darah (dengan izin Allah) 

Terdapat 2 jenis garam bukit iaitu Garam Bukit Tulen Natural Mineral (Ionik) & Garam Bukit Tulen Premium Iodinized. 

1. Garam Bukit Tulen Natural Mineral (Ionik)

Mengandungi mineral semulajadi kerana ianya adalah sejenis garam yang bermutu tinggi yang terhasil secara semulajadi (organik). Berbentuk hablur halus berwarna merah jambu. Sesuai digunakan dalam masakan harian kepada pengamal pemakanan organik.

2. Garam Bukit Tulen Premium Iodized

Garam bukit tulen bermutu tinggi berbentuk hablur halus berwarna putih. Diperkaya dengan mineral tambahan (Iodin) yang sangat penting bagi merangsang proses pembesaran, perkembangan saraf dan pembentukan sel-sel otak terutamanya kepada kanak-kanak.


Jika inginkan keterangan lanjut mengenai garam bukit, sila lawati http://nevgel-garam-bukit.blogspot.com/


P/s: Mami bukan ejen jualan garam ni tau..Sekadar berkongsi kebaikannya. Murah & berbaloi..RM2.20/paket. Boleh didapati di kebanyakan supermarket.

shawqunnur.blogspot.com ®

Air tangan Mami # 40


Kurma Telur
(18bulan++)

Bahan-bahan:-
2 biji telur
2 sudu rempah kurma Adabi (bancuh dengan sedikit air)
Serba sedikit rempah 4 sekawan
Sedikit bawang besar - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1inci halia - diketuk
1/2 batang lobak merah
2 kelopak kubis
1 mangkuk santan
Minyak untuk menumis
secubit garam (Mami guna Premium Iodized Pure Rock Salt)

Cara Penyediaan:
  1. Rebus telur sehingga masak, kopek kulit & ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis 4 sekawan hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sehingga bawang kekuningan.
  3. Masukkan rempah kurma, kacau rata dan goreng sehingga rempah masak/berbau wangi (Jika terlalu pekat & untuk mengelakkan rempah hangus, masukkan sedikit santan cair/air).
  4. Masukkan santan, telur dan lobak merah. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan pula kubis dan biarkan selama 1-2 minit. Siap untuk dihidang.
Bekal untuk Haziq..ada carb, protein & sayur
Resepi mudah ini adalah contoh hidangan sepinggan lengkap yang sangat praktikal untuk dicuba oleh ibu-ibu bekerjaya yang selalu dihambat waktu macam Mami ni. Yang penting, jangan jadikan alasan 'mak kerja & tak sempat', so anak-anak terpaksa makan lauk kedai/makan aje apa yang pengasuh sediakan. Percayalah, memasak menu sebegini tidak memerlukan masa yang lama pun. 30 minit aje dah cukup.   




shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, August 26, 2013

TTC edisi ke-2

Dengan rasminya bermula usia Haziq 18bulan Mami mengisytiharkan untuk TTC buat kali yang kedua. Mami mula refresh balik apa yang perlu Mami & Abi lakukan agar hajat & impian untuk menambah umat Nabi Muhammad dalam masa yang terdekat ini berjaya.

Secara ringkasnya, Mami dah senaraikan apa yang Mami & Abi perlu buat sebagai langkah permulaan:-

1. Detox
Kena bersihkan dulu sistem2 dalam badan. Bila badan dan bersih, barula nutrien2 yang dimakan senang nak absorb & sistem kesuburan jugak akan bertambah baik. Mami dah godek2 tengok apa the best way utk detox ni & now have come out dengan keputusan yang mana Insya Allah Mami & Abi akan menggunakan set detox Shaklee je.

2. Pemakanan seimbang dan sihat
Macam dolu2 gak la kan.. segala bagai makanan yang fast food, processed food, junk food semua tu kena stop la. Yang sifatnya 'tajam', 'bisa' pon kena avoid gak. Garam, gula & lemak pon kena kontrol habis2an. Kena lebihkan pengambilan kalsium & protein termasuk asid folic. Ikut saranan kajian pakar2, Mami kena makan banyak ikan, buah2an & sayuran segar jika inginkan baby girl. So..Mami nak pastikan pengambilan makananan kami seperti saranan pakar2 ni.

3. Turunkan berat badan
Sebelum mengandungkan Haziq Mami ada kongsi2 amik shake Herbalife Abi. Tapi untuk dapat yang 2nd ni mungkin Mami try dengan control makan, puasa & excercise ringan2 utk bakar kalori..fuhhhh..semangat ni.

4. Kontrol stress
Mami takmo lagi sejarah period tintong berulang macam 2 bln lepas. Semuanya gara2 stress di tempat kerja. So, start from now on, Mami akan cuba utk kawal emosi supaya tak stress sangat. Kalo dapat, nak relax2 je sepanjang masa supaya ovari dapat keluarkan telur yang besar, berkualiti dan sehat.

5. Stop minuman berkafein
Utk Mami, kafein memudaratkan sebab sebab kafein menggalakkan pengeluaran calcium melalui air kencing.. sia2 je ambik calcium kan. Tapi untuk Abi, kafein baik utk penghasilan sperm yang aktif & sehat. So, 1 cup of coffee per day enough untuk Abi.

6. Menjauhkan diri dari bahan2 kimia
Ridsect, pencuci toilet segala bagai tu banyak bahan kimia berbahaya. Nak stop terus memang mustahil kot sebab Mami kalo kat rumah tu memang hari2 kot berperang dengan semut & lipas pakai ridsect. Tapi ape2 pon kena try avoid jugak. Mungkin boleh guna alternatif racun serangga jenis lain utk bunuh 'musuh2' Mami ni..

Moga Allah SWT mempermudahkan perjalanan TTC kami kali ini..amin.. Insya Allah..

shawqunnur.blogspot.com ®

Saturday, August 24, 2013

Jalan-jalan naik keretapi

Tanpa dirancang, Ahad lepas kami berlima (mak, abah, Mami, Abi & Haziq) ke KLCC dengan menaiki keretapi. (KTM komuter & Putra LRT)

Opah, Tokwan & cucu semasa sedang menanti ketibaan komuter yang akan membawa kami semua ke stesen Sentral KL.

Kali ke-2 pengalaman Haziq naik komuter. Sekejap aje mampu 'bersopan'.

Dalam koc 'campuran'

Abi lebih rela berdiri

 Opah pun teruja dapat naik komuter

 Pantang jumpa 'kereta' ni..confirm nak naik..
Racer ke??

Alhamdulillah..terasa sangat puas dapat memenuhi hajat Abah yang teringin sangat nak naik KTM komuter/LRT. Biarpun sekadar berjalan2 mencuci mata. mungkin lain kali boleh dengan plan yang lebih terancang kita berjalan2 lagi naik keretapi..ke Hatyai contohnya..insya Allah..


shawqunnur.blogspot.com ®






Friday, August 23, 2013

Raya raya raya..2013

Satu2nya gambar yang sempat di snap pada hari raya pertama..
Tahun ni 1 Syawal jatuh pada hari Khamis. Hari Selasa petang kami sekeluarga berangkat balik kampung. Alhamdulilah perjalanan balik kampung kami sangat lancar biarpun jumlah kereta bertambah. Kami selamat sampai di kampung Mami pada jam 10 malam. Di kampung sudah meriah dengan keluarga abang Mami yang sudah balik kampung lebih awal. Alhamdulillah, akhirnya dapatlah jugak merasa bersahur dan berbuka puasa dengan keluarga Mami. Kemeriahan menyambut Syawal di kampung sangat terasa bila semuanya berkumpul. Masing-masing komited dengan tugasan yang dipilih. Mak Mami sibuk dengan ketupat & rendang, Makyang sibuk dengan sup & kuih raya, Makteh kemas mengemas rumah, Mak usu mencuci pinggan mangkuk, Mami pulak bermandi peluh menggosok baju raya semua orang. Meriah dan sangat menyeronokkan. Terasa keakraban sesama adik-beradik yang jarang2 sangat dapat dirasa setelah masing-masing hidup membawa haluan masing2. Sesungguhnya silaturrahim di antara Mami & adik-beradik adalah sesuatu yang paling mahal yang tak boleh dibeli walau dengan harga yang berjuta..(huhuhu..tersyahdu syahdan plok..)

Aktiviti pagi raya macam biasa akan bermula dengan sarapan & seterusnya bersiap ke masjid untuk bersolat sunat Aidilfitri. Sepatutnya ada sesi bersalaman & bermaafan sebelum ke masjid, tapi memandangkan masing2 sibuk bersiap mengejar masa untuk ke masjid, terpaksa lah KIV dulu bab salam2 ni..boleh plak gitu kan? Tapi ada 1 lagi yang ekstravaganza di pagi 1 Syawal pada tahun ni sebab harijadi Mak Mami jugak kebetulan jatuh pada hari ini!! Wah...tambah meriah gitu!! Sambut raya dengan kek harijadi..!! Selesai solat sunat hari raya, kami berkunjung ke rumah Opah Mami sebentar sebab kalo tak pergi time ni, memang takkan sempat nak pegi lagi. Memang betul pun, sekembalinya kami dari rumah Opah, tetamu yang datang ke rumah langsung tak putus2, bersilih-ganti sehinggakan tak kering la tangan kami semua bersiap itu ini melayan tetamu. Sampai ke malam la kami melayan tetamu. Meriah betul suasana hari raya di kampung Mami. Adat kunjung-mengunjung sesama sanak saudara & jiran tetangga masih menjadi amalan. Teringat pengalaman berhari raya di kampung Abi yang sangat berbeza cara sambutannya. Lepas solat sunat hari raya, ziarah kubur, jika tak ke mana2, terus balik rumah, tengok TV. Takde rombongan orang masjid/surau, takde jiran tetangga yang datang berkunjung. Kalu ada pun budak2 je. Itu pun beberapa kerat. Langsung tak terasa meriah beraya. 2 kali Mami berpeluang beraya di kampung Abi, betul2 buat Mami rasa mati kutu. Pakai baju raya cantik2, tapi dok lepak kat rumah je. (Abi, sila jangan marah tau..sekadar berterus-terang..peace no war!!)

Hari raya ke-2, sebelum solat Jumaat kami mula berangkat ke kampung Abi yang jarak perjalanan lebih 100km daripada kampung Mami. Di dalam perjalanan sempat jugak ziarah member Abi yang kebetulan kampungnya satu daerah dengan Mami. Lebih 1 jam perjalanan, akhirnya kami selamat sampai di kampung Abi pada jam 3 ptg. Seperti yang Mami dah jangka, hanya mak mertua Mami & Irfan yang ada menyambut ketibaan kami. Abang sulung dan abang no.2 masih beraya di rumah mertua masing2. (Agak ralat jugak sebenarnya sebab Abi nak cepat sangat sampai kat kampungnya sebab hari raya pertama di kampung Mami, langsung tak sempat Mami nak beraya ke mana2 menziarah sahabat handai. Tapi dah namanya isteri kan..terpaksa rela jela..) Berbalik kisah di kampung Abi, selepas makan tengahari ala kadar, destinasi pertama kami beraya di rumah Makwan, kemudian ke rumah Opah. Memandangkan Opah akan berkenduri esoknya, maka dah tentu2nya lah Opah akan bizi sepanjang hari. Istilah 'beraya' di rumah Opah tu macam sekadar pegi jenguk muka jela atau secara kasarnya, 'pepandai kau lah layan diri kau sendiri' wakakakakakka...

Malamnya selepas solat jamak taqdim maghrib & isyak, kami ke rumah kawan Abi. Kemudian sekali lagi ke rumah Opah dengan tujuan nak menolong2 apa yang patut untuk kenduri esok. Tapi setiba di sana, langsung tak ada apa2 kerja yang perlu dibuat. Sekadar lepak2 kosong, minum2 air je.

Hari raya ke-3, selepas bersarapan masing2 bersiap2 untuk ke rumah Opah. Acara bermula jam 12 tengahari. Lepas tu balik rumah. Prepare serba sikit untuk kenduri esok. Malam lepas solat jamak taqdim maghrib & isyak kami ke rumah Maklah yang hanya selang beberapa pintu daripada rumah mak abah Abi. Acara bidan terjun sebenarnya sebab Pakcik nak sangat abang sulung Abi bagi tazkirah di rumahnya. Jam 10 lebih kurang kami semua balik ke rumah & tidur.

Hari raya ke-4, awal2 pagi masing2 dengan tugasan masing2 membantu apa yang patut membuat persiapan untuk kenduri tengahari nanti. Seperti biasa mak sebagai masterchef, Abi pembantu tukang masak, Mami memotong2 & menyiang udang, biras no. 1 menyiapkan sarapan, biras no.2 menyapu dan mengemas rumah, abang2 ipar susun atur meja kerusi, sepupu2 menyudahkan apa yang belum siap. Apa yang penting kenduri pada kali ni Mami tak rasa letih sangat sebab keluarga abang no.1 & 2 tiba lebih awal dan banyak membantu. Semasa kenduri dah berlangsung pun Mami relax aje. Petang selepas asar, abang no.1 balik ke rumahnya, abang no.2 balik ke rumah mertuanya. Yang tinggal hanya kami anak-beranak.

Hari raya ke-5 jam 10 kami mula bergerak balik ke kampung Mami semula. Tapi singgah dulu di Manjung di rumah cikgu Abi ber'mini reunion' di sana. Jam 5 petang baru sampai di kampung Mami. Yang tinggal hanya adik bongsu Mami, mak & abah. Hasrat hati nak menagajak abah dan mak beraya di rumah mak sedara, tapi semuanya terpaksa ditangguhkan sebab adik Mami yang tiba2 diserang athma masih lagi belum betul2 pulih.

Hari raya ke-6. Pagi2 selepas sarapan kami beraya di rumah jiran yang masih belum sempat dikunjungi. Selepas zohor kami sambung berhari raya di rumah jiran yang lain pulak, kemudian terus ke rumah Alang di Kati dan kembali balik ke rumah. Esok kami akan pulang ke rumah kami. Jadi pada waktu malamnya lebih banyak masa dihabiskan dengan melipat baju2 dan mengemas beg.

Hari raya ke-7. Kami kembali pulang ke kota. Cuti selama 8 hari telah tamat pada hari ini. Esok Mami & Abi akan mula bekerja seperti biasa. Tapi yang paling best, mak & abah Mami turut ikut kami. Jadi, biarpun kami cuma beraya di kampung selama beberapa hari, tapi kami masih berpeluang beraya dengan mak & abah di sini, di rumah kami.

Sekian kisah raya kali ini. Semoga kita semua masih diberi peluang untuk terus menyambut Ramadhan & Syawal pada tahun2 yang akan datang.Amin..

shawqunnur.blogspot.com ®