Friday, December 31, 2010

Bye bye 2010, welcome 2011!!!

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Cuma tinggal beberapa jam saja lagi detik 12 malam 1 Januari 2011 akan tiba dan ini juga bermakna hanya tinggal beberapa jam saja lagi 2010 akan berakhir. Bersedia atau tidak, 2011 akan tetap muncul dan akan tetap ditempuhi, melainkan jika Allah telah menjadikan suratan takdir kita hanya sempat bernafas sehingga 2010. 
Bagi aku, banyak kenangan pahit manis yang telah dilalui sepanjang 2010 ini yang telah mendewasakan aku. Di samping itu juga, 2010 banyak mengajar aku perkara-perkara tentang kehidupan kekeluargaan, kerjaya, tidak terkecuali hal ehwal semasa.
Apa yang paling penting, semoga 2011 yang bakal disambut ini akan menjanjikan yang terbaik untuk aku, keluarga, agama, bangsa dan negara..Insya Allah.    

Day 24- A letter to your parents.

Haish...nak kena tulis surat la pulak...Kat mak abah lak tu. Mengong lak rasanya.ngehngehngeh..;) ;) ;) maklumla..dah lama tak buat aktiviti cenggini..adoii!!!
Zaman2 sekarang ni mana ada lagi org dok hantar2 surat kat makbapak. Talipon je..kan senang!!!
Tak pon, SMS je...lagi cepat..
Whatever la....Takpe..aku yg baik ni akan try tulis gak... Jgn gelak ngan kejiwangan aku sudah le..hikhikhik..



Jeng jeng jeng........
Assalamu'alaikum wbt..

Kehadapan Mak & Abah yang dirindui dan disayangi. Semoga Mak & Abah sentiasa sihat dan berada di dalam rahmat naungan Allah S.W.T selalu..amiin.

Mak & Abah,
Anakanda suami isteri di perantauan ini sihat sejahtera berkat doa dan ingatan Mak & Abah setiap hari. Terima kasih Mak & Abah.

Mak & Abah,
Anakanda tak pasti samada Mak & Abah sedar atau tidak bahawa dalam masa beberapa hari lagi Anakanda suami isteri akan menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2. Justeru itu, Anakanda ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Mak & Abah di atas doa restu yang dicurahkan kepada kami selama ini sehingga rumahtangga yang kami bina ini dapat bertahan hingga kehari ini. Sesungguhnya tiada hadiah yang paling berharga yang dapat Anakanda anugerahkan kepada Mak & Abah untuk membalas jasa dan budi Mak & Abah kepada Anakanda selama ini dan sesungguhnya hanya Allah sahaja yang layak membalasnya.

Mak & Abah,
Sebelum Anakanda mengundurkan diri, Anakanda memohon ribuan keampunan dan kemaafan di atas segala kekhilafan yang Anakanda pernah lakukan terhadap Mak & Abah. Insya Allah, jika ada kelapangan ruang dan waktu, kami akan pulang ke kampung pada awal Februari nanti.

Sekian, wassalam.

Anakanda yang jauh..

Thursday, December 30, 2010

Day 23- Something you crave for a lot.

Ape daa...? Cam same je ngan soklan utk n3 lepas..



Whatever la...





Tapi buat masa ni dlm byk2 bende, yg 1 ni memang aku nak & teringiiiiiiin sangat!!!!!







Inilah dia....










Comel betul!!!!
Moga2 tahun 2011 ni penantian aku & Hubby akan berakhir..Insya Allah..



MUSIBAH @ MALAPETAKA

Assalamu'alaikum dan salan sejahtera.

Pagi tadi sementara bersiap2 nak ke ofis, aku sempat menonton MHI, segment motivasi bersama Dato Dr. Hj. Mohd Fadilah Kamsah tentang topic MUSIBAH. Bagi aku, topik ni sangat menarik & dapat memberi satu motivasi kepada aku. So, dengan input yg aku dpt & aku nak share dengan reader semua. Semoga apa yang aku cuba sampaikan ini dapat dimanfaatkan, Insya Allah..

Ada 3 jenis Musibah.

Jenis yg pertama Musibatul Bala', maknanya musibah yang diturunkan kesan daripada perbuatan jahat seseorang supaya dia dihina di dunia ni dulu sebelum dia dihina di akhirat nanti. Wana'uzubillah...  Contohnya Pengamal seks bebas yang dijangkiti  HIV. (ni contoh yg aku bagi sendiri berdasarkan pemahaman aku, Dr. Fadilah Kamsah tak cakap pun..).

Jenis yg kedua, Musibatul Jaza' atau yang biasa kita dengar Kaffarah dosa. Tujuan Allah turunkan musibah ni pada hambaNYA sebab Allah nak uji hambaNYA, nak tengok kekuatan iman seseorang itu. Ganjaran yang akan seseorang itu dapat bila dia bersabar dengan ujian Allah ini, maka Allah akan mengangkat darjatnya dan diampunkan dosa2nya.

Jenis yg terakhir, Musibatul Ibtila'. Bila musibah ni Allah turunkan? Jawapannya apabila orang baik melakukan kebaikan. Aik, buat baik pun bala'??? Hehehhee...jangan salah faham. Ok aku bagi 1 contoh. A (bukan nama sebenar) seorang yang sopan dan lemah lembut. Allah kurniakan dia nikmat kesihatan yg baik dan tak pernah jatuh sakit. Disebabkan dia tak pernah MC, dia dapat anugerah dan dia berbangga dengan anugerah itu. Rasa bangga kerana selalu sihat itulah yang dinamakan Musibatul Ibtila'. Dengan kata lain, musibah jenis ni diturunkan supaya seseorang itu kembali kepada Allah iaitu BERTAUBAT!!

So, apa yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yg buruk itu datangnya daripada kita sendiri.

Sekian.  

Wednesday, December 29, 2010

Day 22- What makes you different from everyone else?

What makes me different from everyone else?
Hummm....soklan ni terlalu general...Ape nak jawab ni ye?
Dari segi luaran, rupa bentuk fizikal aku same je cam orang lain, ada 2 bijik mata, 1 hidung, 2 kaki, 2 tangan, 1 mulut...bla bla bla..
Apa yang aku boleh katakan di sini, setiap manusia tu masing2 ada perbezaan dan keistimewaan yang tersendiri & yang paling penting takde sape pon yang perfect & hanya Allah S.W.T aje yang tau rahsia disebalik perbezaan penciptaanNya.
Sekian.



Monday, December 27, 2010

Day 21- A picture of something that makes you happy.

Utk soklan ni, jawapannye sama cam jawapan utk soklan Day 07- A picture of someone/something that has a big impact on you. So, kalo nak tau, baca aje lat situ...
sekian terima kasih.

Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future.

Apa punya soklan la....aku dah kawen pon..takmo la layan soklan ni..

Sunday, December 26, 2010

Day 19- Nicknames you have; why do you have them?

Nickname aku dalam family "kakak" sebab aku ni kakak sulung.

Kat sekolah rendah, kawan2 & cikgu2 panggil aku "yati"

Sampai sekolah menengah hingga kat u, de yg panggil aku "yati", "ti" & "yat"

Bila abg aku dh kawen & aku dapat anak buah, diorang panggil aku "makngah". Tapi aku lebih selesa bahasakan diri ngan ank2 buah aku as "angah" sbb konon2nya rasa lebih muda..hehhehe.. 

Hubby aku lak panggil aku "B", shortform Baby..heheheh..

Ank2 buah belah hubby aku lak panggil aku "Mak Uda"..

Day 18- Plans/dreams/goals you have.

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Emm..topic utk n3 ni memang sesuai sgt. Maklum la dalam beberapa hari aje lagi kite kan dah nak smbut tahun baru. Tahun baru & azam baru memang sinonim sangat!!

Berbalik kepada topic perbincangan pasal plan/impian/cita-cita yg aku ada, actually memang banyak sangat!!! Tiap-tiap kali nak sambut new year aku mesti dh siap ngan senarai azam & impian tahun baru. Tapi biasanya dalam 10 dream aku tu, mgkin dalam 2-3 je yg dapat aku capai.. kehkehkeh.... Biasa la..nama pon dream....

So, kat bawah ni aku dah shortlisted & dah simplify kan my plan/dreams/goal yg aku ada & esp utk azam tahun 2011 ni. Harap2nye berjaya lah...ameen!!!

1. Nak tingkatkan saving utk hari tua. Salunye aku simpan kejap aje, pastu mesti kena korek
    balik..haih!!
2. Nak zero default payment..esp utk payment2 wajib aku
3. Nak tingkatkan amalan & rawatan supaya bleh cepat2 jadi ibu..adui..dah lame aku nantikan saat ini, tapi...
4. Nak jadi is3 yg lebih mithali & solehah..hehehehhe
5. Nak kuruskan badan..adoi!!! tiap2 tahun berazam yg sama, tapi hasilnye? huhuhu..mulai tahun depan kena
    lebih kuat semangat nih!!






Friday, December 24, 2010

Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why?

Salam hari Jumaat..

Hakikatnya seseorang itu tidak pernah puas dengan apa yang dia ada. Sebab tu la boleh terkeluar statement cam topic entri ni. Kononnya saja nak "merasa" apa yang kita tak dapat/tak ada.

Berbalik kepada soalan tadi, bagi aku, siapa dia bukan persoalannya. Cukuplah sekadar "seseorang" itu boleh dijadikan sebagai role model @ idola kita. So, aku rasa kalau aku diberi peluang nak switch live with "seseorang", "seseorang" tu adalah wanita cantik yang berkerjaya & banyak duit, seorang isteri yg mithali & mempunyai anak2 yang comel & bijak.

Sekian. 


Thursday, December 23, 2010

Puisi untuk Adik

Adikku..
Hadirmu tika aku tidak menjangkakan kewujudanmu
Setelah lebih 5tahun tiada tangisan bayi kecil bergema dalam rumah kita
Kau lahir menceriakan keluarga
Kau penawar lelah Mak & Abah setelah pulang dari menoreh getah
Tawa tangismu sendaan kakak abang

Adikku..
Hari demi hari kau makin membesar
Daripada seorang bayi menjadi kanak-kanak yang keletah
Kepetahanmu berkata2 memukau jiwa
"Bagaikan diajar2" bak kata Mak
Sehinggakan setiap yang mendengar berasa "geram"

Adikku..
Sekarang kau telah meningkat remaja
Menjadi anak dara sunti Mak & Abah
Mak Usu kepada anak-anak buah yang makin bertambah
Bahkan teman kakak & abang berkongsi masalah

Adikku..
Jika dulu kau menangis kerana dimarahi
Hari ini kau boleh tersenyum bangga di atas kejayaanmu 
Kupanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Ilahi
Kerana menganugerahkan adik sepertimu.

****Tahniah kepada adindaku, NURUL HIDAYAH yang telah berjaya dengan cemerlangnya (9A) dalam PMR baru-baru ini. Aku sebagai Kakak berasa sungguh bangga dan terharu dengan pencapaian Adik. Apa yang pasti, kejayaan ini memang layak dan pantas untuk Adik di atas usaha gigihnya selama ini. Semoga Adik akan terus berjaya pada masa akan datang.    

Day 16- Another picture of yourself.

n3 hari ni ttg gambo lagi. So..enjoy my pic..wink!!! ;)



Suatu masa dulu...

Wednesday, December 22, 2010

Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play.


Ish.. tak reti la aku ngan gadget2 ni..lagi pon aku mane ade ipod..

sekian..

Tuesday, December 21, 2010

Day 14- A picture of you and your family.

Ni family pic on my side. Tapi now dah tambah lagi sorang (one of my sis dah kawen)


Family on my hubby's side. (actually ni family besar belah abah)
Ramai giler....!!!


Monday, December 20, 2010

Day 13- A letter to someone who has hurt you recently.

Takde sesape yg dah guriskan hati aku baru2 ni. So, untuk topic ni, aku takde ape2 nak share..
tata..

Day 12- How you found out about Blog and why you made one.

Pertama kali tau pasal blog ni masa bergelar student lg. Tapi time tu tak berkesempatan nak actively get into. Konon2nya takde masa le sgt.. pas dah abih blaja, ingat nak la try berblog. Tapi masalah PC & tenet la plak.Takkan tiap kali nak update kena lepak kat CC..mampuih le nak bayor...ngehngehngeh... Akhirnye tangguh punye tangguh sampai le dah kawen, baru le dapat peluang nak berblog. Time tu buat blog konon2nye nak update la story aku lakibini ttg citer kami. Tapi blog tu cam dh tak berkembang je lagi skg ni. So, aku buat lagi blog lain..Ni la blog nye yg setakat hari ni aku rase berpuas ati ngan tahap kerajinan mengupdatenye..kihkihkih...
Nape aku buat blog? Senang je...blog ni umpama diary & therapy aku. So, aku akan tulis apa saja yg terlintas kat pale ni. Citer aku sedih, gembira, marah..sume aku nak muatkan dlm blog ni. Ape yg penting lepas aku tulis, aku rasa release & puas. Aku tak kesah kalo org nak cakap aku poyo atau publisiti murahan sebab aku tak mintak pon org follow aku...
sekian..

Day 11- Another picture of you and your friends.

@ The Curve Damansara


Me & my frens on my BIG day


Pic masa Dila kawen recently.



Friday, December 17, 2010

Cerita lagi Part II

Ni kesinambungan cerita ttg me & my SIL.

Alhamdulillah.. jam 8 malam 15/12/2010 (2 hari lepas) my SIL dah selamat deliver seorg baby boy seberat 2.7kg secara normal setelah 3 hari overdue n setelah 12jam bertarung dlm labour room. Mendapat perkhabaran ini drp my BIL, hatiku sebak tiba2. Aku gembira campur sedih. Gembira sebab bertambah lagi seorg ahli baru dalam keluarga sebelah hubby & aku sedih kerana mengenangkan nasibku & hubby yang masih 'menanti'...

Aku sedaya upaya menahan diriku utk tidak menangis dan redha dgn qada' & qadar Allah. Dengan suara yang agak payah, aku khabarkan juga berita gembira itu kepada suamiku sekembalinya dia dari surau. Ternyata suamiku lebih tabah mendengar berita itu dan menyambutnya dengan syukur yang panjang & keterujaan yang begitu jelas terpancar diraut wajahnya. Tika itu, aku masih lagi berusaha menyembunyikan kesedihanku. Tetapi ternyata jiwa halus wanita ini tidak tegar untuk berpura-pura. Air mataku mengalir lagi menangisi dan meratapi nasib malangku (walaupun aku sedar masih ada lagi wanita di luar sana yang lebih menderita berbanding dengan aku). Aku rasa bersalah yang teramat sangat terhadap suamiku. Aku rasa begitu rendah diri terutamanya untuk berhadapan dengan keluarga suamiku. Aku tertekan campur keliru. Terasa diri ini serba kekurangan sehinggakan terasa seperti mata-mata yg memandang itu semuanya sinis terhadapku & suami. Semua perasaan ini bercampur-baur dan aku merasakan seperti diriku tak tertampung lagi dengan ujian ini. Wala haula wala quwwata illa billa hil 'aliy yil 'azim... 

Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad.

This time aku nak story pasal lagu2 plak. Kalo aku tengah hepi, macam2 lagu aku dengar. Lagu2 moden, klasik, nasheed, lagu omputih..sume aku layan, yg penting bagi aku lagu2 tu bisa menenangkan gitu!! ye la..kan tengah hepi!!








Bila tengah sedih, aku x suka dengar lagu. Aku lebih suka bersendirian smbil layan perasaan..heheheh..Tengah sedih ma..jiwa kacau!! Kalo layan lagu tambah serabut lagi ada la...kuangkuangkuang!!!!

Bila bosan, lagu2 rancak plak yg aku layan..Tak kisah dari genre apa pon. Yang penting best!!!










Bila hyper??? Hmmmm..aku ni hyper ke??? hehehehhe...xde kena mengena la bab ni..so aku dgn suka2 ati xnk jwb n trus skip ke next sub-quest...

Last but not least, story ttg lagu2 yg aku dgr bile aku marah..Basically tahap kemarahan aku ada banyak stage. Ada marah2 sayang, marah2 geram, n super marah.
Bila aku ala2 marah2 sayang, aku lebih suka dengar lagu yg boleh buat aku gelak balik. AKA lagu2 yg lawak2 la..
Kalo aku marah2 geram, aku x suka dengar lagu tp aku lebih suka bermonolog dalam hati..aiceh!!! 
Kalo aku marah tahap super....sume lagu aku x suke...hati panasssss. Solution terbaik, bawak2 la istighfar, dengar aje ayat2 alquran @ zikir2 yg boleh menenangkan jiwa. Tapi so far, aku jarang-jarang marah tahap super ni.. 

Day 09- Something you’re proud of in the past few days.

Apekah bendenya yg aku rase bangga sangat dlm beberapa hari ni ye? Hmmm....sat, nak kena pikir dulu.






Ting!!! konon2nye dah dpt idea le ni..kuikuikui.







Ha...!!!!! Aku rasa aku bangga dengan diri aku sendiri sebab aku dah berjaya mencari ruang & idea utk meng'update'kan blog ni setiap hari. Selalunya semangat aku berkobar2 time mula2 je..pastu hampeh...kukuikui.. Aku harap pasni aku sentiasa istiqamah dgn semangat ni..i'allah..
Chaiyok Nur chaiyok!!!!!

Thursday, December 16, 2010

Day 08- Short term goals for this month and why.

My goal this month is to conceive successfully. Setiap kali solat tak pernah putus2 berdoa "Rabbana hablana min azwajina qurrata a'a yun waj 'alna lil muttaqina imama, Rabbi la tadzarni fardan wa anta khairul warithin, Rabbi habli milladunka zurriyyatan toiyibatan innaka sami'ud du'a, Rabbi habli minassolihin..ameen"
Why? Sebab dah lama menanti kehadiran permata hati dalam kehidupan rumahtangga aku n hubby..

Tuesday, December 14, 2010

Day 07- A picture of someone/something that has a big impact on you.


Kehadirannya melengkapi hidupku..


Mak Abah...jasa mereka tak terbalas..

Other than my Hubby & my Parent, anak2 juga semestinya menjadi pelengkap hidupku sebagai seorg wanita, juga sebagai bukti pengikat kasih aku & Hubby, penyambung keturunan kami.

then..

Duit yg banyak!!!!


Aku letak gambar duit yang bertimbun2 ni bukanlah bermakna aku ni materialistic, tp dengan memiliki duit yang banyak, macam2 benda boleh aku buat, hutang sume leh settle n yg plg penting, dgn duit gak bleh realize my dream to menjejakkan kaki ke Kota Haram Makkatul Mukarramah…Insya allah….

Monday, December 13, 2010

Day 06- Favorite super hero and why?

Favourite super hero??? Alamak...aku ade ke super hero ni? Seingat aku, dari kecik aku memang tak suke tgk kartun2 aksi ni. Tp disebabkan aku penah gak layan citer Dragon Ball dolu2, so, aku rase aku nk amik Goku la jd super hero aku.

Nape Goku?
Ntah la..sbb dia yg paling terror kot..hehehhe..

Sunday, December 12, 2010

Cerita lagi..

Hari ni 12/12/2010 suppose to be due date for my SIL to deliver her baby, tp until now stil xde ape2 berita ttg dia. Mungkin blm smpai waktunya lagi baby nak kuar. Whatever pon, aku tetap doakan yg terbaik utk my SIL tu.
Mengimbau kembali cerita 9 bln yg lepas, masa tu my PIL dah berangkat ke Tanah Suci (buat umrah). Petang tu, aku n hubby singgah jap kat umah my PIL lps balik dr bershopping. My SIL terus dgn hepinye citerkan kepadaku yg dia dh buat UPT n resultnye +ve.Dush...time tu, hanya Allah je yg tau betapa di dalam hati ini aku menangis. Rasa cemburu n sedih yg teramat sgt. Aku rasa aku la pompuan yg paling malang sekali kat dunia ni sebab masih gagal berikan zuriat pd suamiku sedangkan SIL aku baru aje kawen masuk bulan ke3 dh bakal bergelar mama..(Astaghfirullahal'azim).
Tapi aku terpaksa kuatkan hati jugak. Yela takkan aku nk menangis plak kan. Dengan suara yang sedikit bergetar (tahan sebak) aku wish congrats kat dia n pesan kat dia jaga diri n baby elok2.My SIL time tu macam dah perasan perubahan air muka aku, terus dia cakap, "Insya Allah kak, lepas ni rezeki akk dgn abg ----- lak. Mane tau nnti perut sy dah boyot, akk plak mengandung". Aku senyum je bila dia cakap camtu. Dlm hati ni memang berharap sgt Allah makbulkanlah doa ibu mengandung ni..
Now my SIL mmg tengah boyot, tp aku tetap sama. Status meragukan. Kenapa aku cakap status meragukan??? Hmmm...cuba scroll down kat bahagian ticker tu. Aku ada letak last sekali ticker ttg perkembangan baby dlm perot aku konon2nya la berdasarkan LMP aku. Ha..itu la yg aku maksudkan status meragukan. Aku keliru ngan delay factor aku ni. Kalo nak dikira hari ni CD78 tp cik p tu xde lak muncul2 lagi even tanda2nya pon stil xde. So, selagi cik p tu x muncul, aku akn terus anggap aku peknen hahhaha..suke ati aku aje kan??  (wpon 2x aku wat UPT dua2 resultnya -ve.)
Hmm....sape tau kan kalo2 ada miracle yg akan jadi, Allah tu Maha Penyayang & Maha Pemurah. Prinsip aku senang je, kalo DIA kata jadi, maka jadilah..KUNFAYAKUN..

Day 05- A picture of somewhere you’ve been to.

Actually dah banyak tempat yang aku dah lawat..Tapi memandangkan tajuk utk entri ni just sebut 'A' PICTURE, so, aku letak satu je la...
Jom layan....

Pic ni di snap oleh Abi di depan masjid terapung kat Batu Feringgi minggu lepas.


Day 04- A habit that you wish you didn’t have.

Day 4 Challenge nak bercerita pasal tabiat buruk aku la plak. Hmm..rase cam malu pon ade seolah2 cam nk bukak pekung di dada sendiri lak. Tp disebabkan nak menyahut cabaran ni, so aku senaraikan gak tabiat buruk aku yang selama ni memang aku nak delete terus dlm diri aku ni, tp xberjaya lagi..so scroll down..



Ni la bad habit aku yang aku harap sangat dpt dihazafkan terus dari diri aku ni..(malunye..adoi..)
  1. buat kerja (kerja2 surirumah le nih) ikut mood
  2. Bertangguh sampai last minute
  3. Emosional
3 je sudah la..lebih2 kang, aku gak yg malu....aduiiii...malu bangat nih!!

Day 03- A picture of you and your friends.

Entri hari ni simple je..ni la my pic with my frens....jemput tgk...

Ni pic ngan membe2 opis. Hi tea kat Bluewave Shah Alam

Pic bersama Ena & her baby masa Deklah kawen bln lepas...erkh..gumuknyo den!!!

Ok la..kalo nak post pic ngan kawan2 ni mmg xkan abis.banyak sgt..so, cukup dulu utk setakat ni...





Thursday, December 9, 2010

Day 02- The meaning behind your Blog name.

Literally, Shawqunnur is a combination of 2 arabic words. "Shawq" means feeling a longing for something and "nur" means the light. In short, "Shawqunnur" means feeling a longing for the light.
Technically, Shawqunnur can be varied in its meaning. For me, this Shawqunnur is just a metaphor which is only me & ALLAH really understand what is exactly the hidden meaning of it. For the sake of Shawqunnur, its better for me to keep it as a secret between me & ALLAH.. 

Day 1 Challenge- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself


presenting........











my recent pic









tada......











Ni la gambar terbaru aku.Saje je interframe kat pelamin ecah..heheheh.. Gamba aku sorang2 banyak yang tak semenggah. So aku letak la gmba aku ngan my hero..

15 interesting facts about myself

Untuk topic ni aku nak letak keyword nye "my interest"
  1. my parent, tempat aku bermanja
  2. my hubby, teman di kala senang & susah
  3. babies, sebab pandang aje kat baby yg cute, hati akan jadi tenang
  4. money..money..money..ade RM sume jadi..hehhe..
  5. my vios...sayang sgt kat 'budak' ni...
  6. my bro my sis my family..sapa la aku tanpa mereka
  7. my special frens during my school day & kat U yg still x putus contact ngan aku
  8. preggy moms..salu berharap akan jd cm diorg one day.
  9. fridge magnets..kalo pegi mana2, mesti cari bende ni as a proof yg aku dh penah pegi kat situ.heheh..
  10. big landed home...senang bile family datang, ada space utk diorg 
  11. fruits & vege..baik utk kesihatan nih
  12. jalan-jalan especially kat tempat yg berhawa sejuk..best!!
  13.   comedian movie sebab i luv to watch cerita2 yang ringan je.
  14. nasheed songs especially from Hijaz & Raihan
  15. last but not least spend my leisure time to zzzzzz....hehhe..       

Wednesday, December 8, 2010

30 Days Challenge..

Entri kali ni nak berciter pasal 30 days challenge. Actually dapat 'bende' ni mase blogwalking dlm 1 blog member..mmm..menarik gak. ada la sikit bahan nk update blog nih..heheheh...
So, jom tgk apa soklan2nya...

30 Days Quest

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.

Day 02- The meaning behind your Blog name.

Day 03- A picture of you and your friends.

Day 04- A habit that you wish you didn’t have.

Day 05- A picture of somewhere you’ve been to.

Day 06- Favorite super hero and why?

Day 07- A picture of someone/something that has a big impact on you.

Day 08- Short term goals for this month and why.

Day 09- Something you’re proud of in the past few days.

Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad.

Day 11- Another picture of you and your friends.

Day 12- How you found out about Blog and why you made one.

Day 13- A letter to someone who has hurt you recently.

Day 14- A picture of you and your family.

Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play.

Day 16- Another picture of yourself.

Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why?

Day 18- Plans/dreams/goals you have.

Day 19- Nicknames you have; why do you have them?

Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future.

Day 21- A picture of something that makes you happy.

Day 22- What makes you different from everyone else?

Day 23- Something you crave for a lot.

Day 24- A letter to your parents.

Day 25- What I would find in your bag?

Day 26- What you think about your friends?

Day 27- Why are you doing this 30 day challenge?

Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?

Day 29- In this past month, what have you learned.

Day 30- Who are you

Thursday, December 2, 2010

Keliru.aku keliru..

Aku keliru lagi.. adakah spotting 2 Minggu lepas boleh di consider as menses atau sekadar istihadhah? Menurut FF, hari ni ialah CD68 dan spotting tersebut tidak diambil kira sebagai menses. Lebih mengelirukan sehingga kini masih lagi tiada tanda-tanda Miss.P itu akan muncul. Oh....apakah yang telah terjadi pada diriku ini sebenarnya??? Mestikah aku berjumpa dengan Dr.? Advice apa lagi yang Dr. akan beri selain daripada "U kurangkan berat badan U 10%, nanti ur flow akan stable" ataupun mungkin Dr. akan cakap begini, "U makan ubat ni selama 5 hari, selepas seminggu ur menses akan keluar" atau pun Dr. akan cakap,"U tak payah risau, maybe U stress, sebab itulah ur menses delay"....
Aduhai..........