Friday, December 17, 2010

Cerita lagi Part II

Ni kesinambungan cerita ttg me & my SIL.

Alhamdulillah.. jam 8 malam 15/12/2010 (2 hari lepas) my SIL dah selamat deliver seorg baby boy seberat 2.7kg secara normal setelah 3 hari overdue n setelah 12jam bertarung dlm labour room. Mendapat perkhabaran ini drp my BIL, hatiku sebak tiba2. Aku gembira campur sedih. Gembira sebab bertambah lagi seorg ahli baru dalam keluarga sebelah hubby & aku sedih kerana mengenangkan nasibku & hubby yang masih 'menanti'...

Aku sedaya upaya menahan diriku utk tidak menangis dan redha dgn qada' & qadar Allah. Dengan suara yang agak payah, aku khabarkan juga berita gembira itu kepada suamiku sekembalinya dia dari surau. Ternyata suamiku lebih tabah mendengar berita itu dan menyambutnya dengan syukur yang panjang & keterujaan yang begitu jelas terpancar diraut wajahnya. Tika itu, aku masih lagi berusaha menyembunyikan kesedihanku. Tetapi ternyata jiwa halus wanita ini tidak tegar untuk berpura-pura. Air mataku mengalir lagi menangisi dan meratapi nasib malangku (walaupun aku sedar masih ada lagi wanita di luar sana yang lebih menderita berbanding dengan aku). Aku rasa bersalah yang teramat sangat terhadap suamiku. Aku rasa begitu rendah diri terutamanya untuk berhadapan dengan keluarga suamiku. Aku tertekan campur keliru. Terasa diri ini serba kekurangan sehinggakan terasa seperti mata-mata yg memandang itu semuanya sinis terhadapku & suami. Semua perasaan ini bercampur-baur dan aku merasakan seperti diriku tak tertampung lagi dengan ujian ini. Wala haula wala quwwata illa billa hil 'aliy yil 'azim... 

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.