Friday, December 31, 2010

Day 24- A letter to your parents.

Haish...nak kena tulis surat la pulak...Kat mak abah lak tu. Mengong lak rasanya.ngehngehngeh..;) ;) ;) maklumla..dah lama tak buat aktiviti cenggini..adoii!!!
Zaman2 sekarang ni mana ada lagi org dok hantar2 surat kat makbapak. Talipon je..kan senang!!!
Tak pon, SMS je...lagi cepat..
Whatever la....Takpe..aku yg baik ni akan try tulis gak... Jgn gelak ngan kejiwangan aku sudah le..hikhikhik..



Jeng jeng jeng........
Assalamu'alaikum wbt..

Kehadapan Mak & Abah yang dirindui dan disayangi. Semoga Mak & Abah sentiasa sihat dan berada di dalam rahmat naungan Allah S.W.T selalu..amiin.

Mak & Abah,
Anakanda suami isteri di perantauan ini sihat sejahtera berkat doa dan ingatan Mak & Abah setiap hari. Terima kasih Mak & Abah.

Mak & Abah,
Anakanda tak pasti samada Mak & Abah sedar atau tidak bahawa dalam masa beberapa hari lagi Anakanda suami isteri akan menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2. Justeru itu, Anakanda ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Mak & Abah di atas doa restu yang dicurahkan kepada kami selama ini sehingga rumahtangga yang kami bina ini dapat bertahan hingga kehari ini. Sesungguhnya tiada hadiah yang paling berharga yang dapat Anakanda anugerahkan kepada Mak & Abah untuk membalas jasa dan budi Mak & Abah kepada Anakanda selama ini dan sesungguhnya hanya Allah sahaja yang layak membalasnya.

Mak & Abah,
Sebelum Anakanda mengundurkan diri, Anakanda memohon ribuan keampunan dan kemaafan di atas segala kekhilafan yang Anakanda pernah lakukan terhadap Mak & Abah. Insya Allah, jika ada kelapangan ruang dan waktu, kami akan pulang ke kampung pada awal Februari nanti.

Sekian, wassalam.

Anakanda yang jauh..

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.