Thursday, December 23, 2010

Puisi untuk Adik

Adikku..
Hadirmu tika aku tidak menjangkakan kewujudanmu
Setelah lebih 5tahun tiada tangisan bayi kecil bergema dalam rumah kita
Kau lahir menceriakan keluarga
Kau penawar lelah Mak & Abah setelah pulang dari menoreh getah
Tawa tangismu sendaan kakak abang

Adikku..
Hari demi hari kau makin membesar
Daripada seorang bayi menjadi kanak-kanak yang keletah
Kepetahanmu berkata2 memukau jiwa
"Bagaikan diajar2" bak kata Mak
Sehinggakan setiap yang mendengar berasa "geram"

Adikku..
Sekarang kau telah meningkat remaja
Menjadi anak dara sunti Mak & Abah
Mak Usu kepada anak-anak buah yang makin bertambah
Bahkan teman kakak & abang berkongsi masalah

Adikku..
Jika dulu kau menangis kerana dimarahi
Hari ini kau boleh tersenyum bangga di atas kejayaanmu 
Kupanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Ilahi
Kerana menganugerahkan adik sepertimu.

****Tahniah kepada adindaku, NURUL HIDAYAH yang telah berjaya dengan cemerlangnya (9A) dalam PMR baru-baru ini. Aku sebagai Kakak berasa sungguh bangga dan terharu dengan pencapaian Adik. Apa yang pasti, kejayaan ini memang layak dan pantas untuk Adik di atas usaha gigihnya selama ini. Semoga Adik akan terus berjaya pada masa akan datang.    

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.