Tuesday, February 26, 2013

Air tangan Mami#7

Sayur Bayam Tumis Ayam
(10bulan ++)



Bahan-bahan:
1 cawan Bayam merah (potong kecik2)
1 mangkuk air
Isi ayam (potong dadu)
1 sudu kecil bawang besar (cincang)
1 ulas bawang putih (cincang)
minyak untuk menumis

Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan isi ayam. Goreng seketika.
  2. Masukkan air. Bila sudah mendidih, masukkan bayam. Masak sehingga batang bayamg lembut.
  3. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.
shawqunnur.blogspot.com ®

Demam pulak..

Dah lama Haziq tak demam. Last demam if not mistaken masa usia Haziq 8 bulan. Masa tu siap naik measles lagi. Demam paling teruk on off sampai 3 minggu & berat drop sangat sampai 1kg++. Opah terpaksa datang dari kampung, tolong jaga Haziq while Mami kerja.. Ahamdulillah lepas tu Haziq terus sihat sokmo!. Even nak tumbuh gigi & nak pandai jalan pun Haziq tak demam..

Tapi semalam Haziq demam buat kesekian kalinya. Tengah malam (dalam pukul 3 pagi) Haziq tiba-tiba merengek. Hidung macam tersumbat, badan rasa sedikit panas. Tapi disebabkan Mami agak mengantuk, Mami tak bangun buat apa-apa pun, hanya selak baju macam biasa & df Haziq sambil baring je..huhuhuhuh..tak senonoh punya Mami..

Haziq tak lena tidur. Setiap jam terjaga. Last-last, Mami bangun amik termometer nak cek suhu Haziq. Punya la payah nak letak termo tu klat bawah ketiak Haziq. Asyik dok menepis je..huhhuhu..Pulak tu termo pon macam dah ala-ala bateri kong. At last dapat gak amik temperature reading..38.3˚C.. emm..panas!! Terus mintak Abi ambilkan coolfever & tepek kat dahi Haziq. Siangnya Mami decided untuk EL aje sebab macam kesian la pulak nak hantar Haziq kat rumah Nenek dalam keadaan demam camtu. Takpelah..apa saja untuk kesayangan Mami, Mami sanggup berkorban..

Memang tepat keputusan Mami untuk ambil EL.Rupa-rupanya sepanjang hari Haziq merengek je.. Air mata merambu-rambu dok menangis sama lebat dengan hingus keluar. Nak berkepit dengan Mami je. Makan taknak, susu dalam botol  taknak, lembik je..melepek..huhuhu..sian anak Mami. Bayangkan kalo Mami tinggalkan jugak Haziq dengan Nenek.. Mau Haziq dibiarkan je nangis-nangis. Oh..Mami taknak bayangkan..

Alhamdulillah..dah nak malam, Haziq beransur kebah. Dah mula nak makan (walaupun berpujuk-pujuk), minum susu & mula nak main. Demam kali ni Mami berjaya elakkan Haziq daripada any drug (ubat demam). Hanya kerap mandikan sahaja. Luckily Haziq jenis yang ok je walaupun selalu kena mandi. Kesian memang kesian..sampai menggigil-gigil Haziq kesejukan. Tapi untuk kebaikan, Mami terpaksa keraskan sikit hati.

Jom layan pic orang demam ni..hehheh...


Macam terpaksa bergambar je..hihihiih..sori ye Haziq..nak buat camne..Mami awak ni memang suke snap gambo awak.

Demam kali ni mulut Haziq 'bising' betul..ntah ape yang dirungut pun Mami x paham. Tapi mungkin jugak sebab hidungnya tersumbat kot, tak selesa..

Nak nangis tapi tak jadi. Monyok je manja Mami ni..


shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, February 22, 2013

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran..Peringatan buat diriku yang selalu lupa..


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan 'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Ada 4 di pandang sebagai ibu;  iaitu (1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. (2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA. (3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA dan (4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR."

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya





shawqunnur.blogspot.com ®

Air Tangan Mami#6

Seriously sebelum jadi Mami, tak pernah terpikir nak goreng suhun macam goreng bihun atau mee. Tapi sejak-sejak dah jadi ibu yang hari-hari prepare homemade food untuk anak, Mami kena bijak bermain dengan resepi & kreatif untuk memancing selera anak.

Sesetengah orang mungkin akan bercakap, "dah hantar anak ke babysitter, tak perlu lah susah-susah nak masak bekal bagai. Babysitter kan dah dibayar, so dia la kena prepare semua tu".

Bagi Mami, Mami punya alasan yang tersendiri kenapa Mami sanggup bersusah payah bangun awal pagi masakkan bekal untuk putera Mami. Semestinya Mami buat semua ini kerana atas rasa cinta & sayang yang sangat mendalam terhadap zuriat Mami. Mami nak yang terbaik buat anak Mami. Mami nak bonding antara Mami & anak terus erat walaupun hakikatnya Haziq bukan 24jam berada di depan mata Mami. Mami masak dengan penuh rasa tanggungjawab & kasih sayang. Aura itu akan mengalir dalam makanan yang kemudiannya Haziq makan di rumah 'Nenek'. Walaupun Mami tiada ketika itu, tapi kasih sayang Mami 'ada' dalam bekalan makanan Haziq. Kesannya, Haziq akan sentiasa ingat & sayang terhadap Mami. Lebih penting Haziq akan jadi anak yang taat & tidak derhaka kepada Mami & Abi apabila sudah besar nanti..mudah-mudahan, insya Allah. 

Alasan yang kedua kenapa Mami buatkan homemade food untuk Haziq adalah kerana Mami nak jaga kesihatan Haziq. Sebelum usia Haziq 2 tahun, makanan Haziq mestilah TANPA GARAM, GULA & PERASA TAMBAHAN. Haziq masih kecil lagi. Sistem penghadaman badan Haziq masih belum matang untuk memproses bahan-bahan yang 'berat' yang orang dewasa makan/minum. Mami tak begitu yakin seorang babysitter yang menjaga ramai anak-anak kecil sanggup untuk masak sepertimana yang Mami nak. After all, Mami pulak akan dianggap cerewet. Taknak jadi macam tu, lebih baik Mami yang prepare sendiri. Mami memudahkan kerja nenek, nenek akan senang hati nak jaga Haziq. Kan elok!!

Ok lah..panjang pulak mukadimahnya. Nak bercerita tentang resepi je, tapi dah jadi journal pulak..kihkihkihkih.. Time to share my recipe..

Suhun Goreng (10 bulan ++)
Bahan-bahan:
1/2 cawan Suhun (celur)
1 biji telur ayam (jika belum pass lagi ujian telur, boleh ganti dgn ikan bilis yang ditumbuk)
2 inci lobak merah (racik halus) / 2-3 sudu besar mix vege
1-2 sudu besar Daun bawang (cincang)
Minyak masak untuk menumis
1/2 sudu besar Bawang besar (cincang)
1 ulas Bawang putih (cincang)
sedikit serbuk lada hitam (2-3 renjis je tau)
sedikit air

Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar & bawang putih hingga kekuningan. masukkan lobak merah & air. Goreng sehingga lobak merah empuk.
  2. Pecahkan telur, gaul rata dan goreng sehingga telur betul-betul masak.
  3. Masukkan suhun, daun bawang dan serbuk lada hitam. Gaul rata hingga semua sebati selama 2-3 minit dan siap untuk dimakan.
shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, February 21, 2013

Breastfeeding Solution: Goat's Rue

Instinct Mami kuat mengatakan faktor kekurangan susu Mami ada kaitannya dengan sejarah PCOS sebelum ni. Ditambah lagi setelah membaca beberapa artikel berkenaan di beberapa website tentang PCOS & breastfeeding, meyakinkan Mami bahawa masalah low milk supply Mami bukan masalah yang biasa-biasa.(hehhe..cam doctor plak kan..ade talent jadi doctor x? hehehh..) Jadi, Mami perlu all out my effort untuk meningkatkan production susu Mami agar cukup untuk Haziq, sekurang-kurangnya bila di rumah dah tak perlu top up fresh milk lagi...pity on him.uhuhuhuhu...(Sabar ye nak..Mami takkan putus asa & takkan deny hak Haziq utk dapat khasiat susu Mami selagi Mami mampu untuk berusaha..insya Allah)

Cari punya cari, akhirnya Mami jumpa tentang GOAT"S RUE. Apakah bendanya? Ohh..ianya adalah sejenis herba rupa-rupanya. Kalau kat oversea, herba ni jadi pilihan nombor 1 pakar-pakar laktasi kat sana untuk rekomen kepada ibu-ibu yang ada masalah susu badan especially yang berhadapan dengan PCOS problem.
Goat's rue is one of the most potent herbs known to increase breast milk, stimulating the development of mammary tissue. Helps adoptive mothers to successfully breastfeed, as well as women with Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), or women who have had breast reduction surgery. Also may be used to increase breast size in non-lactating women.

Kat forum http://susuibu.my/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=4284 ni ada mention tentang herba ni.


Inilah bendanya..dambaan Mami gitu..tak sabar nak try..hihihihi..
60 capsules per bottle (RM133.10)
Ingredients : Goat's rue, non-GMO soy lecithin, coconut oil, vegetable cellulose
Suggested Use: Take 1 capsule 4 times per day. Women over 175 lbs take 2 capsules 3 times per day. May be taken with 1-2 oz. of liquid. Avoid additional liquids 20 minutes before and after each dose.
 Kat Malaysia setakat yang Mami tau, tak banyak tempat yang jual herba ni. Tapi kalo nak cari, boleh jenguk-jenguk kat website ni----->http://www.babychuckle.com/item.html?id=289 atau http://momslittleones.com/store/motherlove-goats-capsules-capsules-p-142.html

Product ni tak mempunyai unsur-unsur susu @ tenusu, telur, ikan, kerang-kerangan, kekacang atau gluten. Jadi selamat untuk orang-orang yang alah dengan benda-benda ni semua. Tapi sekiranya ibu itu mengandung, mesti dapatkan nasihat pakar laktasi dulu sebelum ambil produk ni atas alasan faktor-faktor keselamatan.

Seriously, Mami memang nak sangat try Goat's Rue ni. Tapi Mami kena make sure Mami repeat UPT dulu. (erk...now Mami macam ada terasa simptom-simptom awal preggy, tapi dah cek UPT Sabtu lepas & resultnye -ve. Mami tak berharap sangat Mami preggy, cuma takut jadi cam Haziq dulu. Kali pertama buat UPT -ve, selang beberapa hari buat UPT, akhirnya +ve..so, baik Mami confirm betul-betul kan???)

Peringatan untuk Mami ---> Professional Note: This product comes highly recommended by Lactation Experts worldwide who have used this with their clients and achieved excellent results through proper lactation education, advice, guidance, support and also much effort on the mother's part. However, please note that Breastfeeding is "demand driven" NOT "product driven". This product can compliment or further boost your effort but it is not a "quick fix" to your breastfeeding problem. If you have a special concern regarding breastfeeding, please seek professional help from either a Lactation Consultant or Lactation Counselor.

p/s: Kalau berada di sekitar Lembah Klang, produk ni boleh dibeli di BabyChuckle Malaysia (operated by Hock Hong Enterprise) pickup point kat Ground Floor, USJ 19 City Mall, Jalan Persiaran Kewajipan, USJ 19, 47620 Subang Jaya, Selangor. Sebelum tu kena order dulu thru fon, 019-2720203 @ email: cs.my@babychuckle.com then lepas tu baru boleh pick up kat alamat mentioned before pada waktu-waktu yang ditetapkan sahaja. (Isn-Jum: 9pg-9mlm, Sabtu: 9pg-5ptg)
shawqunnur.blogspot.com ®

Air tangan Mami#5


Sesuai untuk anak 8 bulan ++

Bubur Nasi Bilis Labu

Bahan-bahan:
Segenggam beras perang (bilas beras bersih2, rendam dalam air + sesudu perahan lemon/ vinegar apple cider selama 8jam, kemudian toskan)
Sepotong Labu (potong dadu)
1/2 cawan ikan bilis (rendam 10-15min, ditumbuk)
Air secukupnya
Minyak utk menumis
1 ulas Bawang merah
1 ulas Bawang putih
1-2cm Halia

Cara-cara:
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi, masukkan beras, goreng seketika.
  2. Tambahkan air secukupnya. Didihkan sehingga beras 'pecah perut'/ kembang.
  3. Masukkan labu, halia dan ikan bilis. Masak sehingga labu empuk dan nasi betul-betul kembang. (Jika anak belum ada gigi, boleh kisarkan halus, tapi halia dibuang terlebih dahulu)
Pengat Keledek

Bahan-bahan:
1/2 - 1 cawan keledek (dipotong dadu)
Santan segar 1 mangkuk
Puri kurma 2-3 sudu besar (beberapa biji kurma, dibuang biji,stim hingga lembut & kisar halus).
Daun pandan
1 inci Halia (untuk mengelakkan anak kembung perut)

Cara-cara:
  1. Masukkan keledek, halia, santan & daun pandan dalam periuk. Rebus sehingga keledek empuk.
  2. Masukkan puri kurma, kacau sebati & sedia untuk dimakan.  
Cheezy Mashed Potato

Bahan-bahan:
1 biji ubi kentang sederhana besar (dipotong dadu)
1 sudu besar unsalted butter
1 keping keju Bega Super Slice

Cara-cara:
  1. Stim ubi kentang hingga empuk, angkat & toskan.
  2. Didalam satu mangkuk, campurkan kentang, butter dan keju, lecek sementara kentang masih panas.
  3. Siap untuk dihidangkan.
shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, February 19, 2013

Considering SNS (Supplemental Nursing System)

Memandangkan Mami berhadapan dengan problem low milk supply dan ditambah lagi pulak Haziq tak suka menyusu di 1 lagi cik B sehingga menjadikan cik B yang 1 lagi tu hampir kering susunya, maka Mami terfikir untuk menggunakan kaedah SNS ini utk 'memujuk' Haziq menyusu di cik B yang 1 tu.

Tengok la..Pam 1 jam++ dpat 1oz. Walaupun sikit tapi Mami bersyukur.. Rezeki Allah yang tentukan. Tapi Mami mesti berusaha untuk upkan lagi production. 4kali pam untuk sekali feeding..Ya Allah...kesian anak Mami.


Price: RM250..erk mahal gak ye...haish... Dekat Sarakids RM189. tapi out of stock la pulak..adoi.. Kalau beli yang 2nd hand boleh dapat dalam harga RM150..ermmm..Mami MESTI grab 1 walaupun terpaksa  pejam2 mata gak la nak beli bende alah ni. Ini utk kebaikan Mami & semestinya utk Haziq jugak. Moga Allah permudahkan..amin


shawqunnur.blogspot.com ®

PCOS & Penyusuan

Sebelum berjaya mengandung, Mami pernah didiagnoskan mempunyai masalah hormon (PCOS) di mana salah satu petandanya ialah period yang tidak menentu (irregular period). Alhamdulillah setelah mencuba berbagai-bagai rawatan alternatif & berkat doa semua yang mendoakan, Mami berjaya mengandung pada tahun ke2 perkahwinan. Sepanjang kehamilan tiada masalah kesihatan yang serius selain daripada mengalami GDM (kencing manis).

Namun, selepas bersalin Mami mengalami masalah susu kurang @ low milk supply. Sehingga kini usia Haziq sudah pun hampir 14bulan, masalah susu kurang ini bagai tiada penghujungnya malah kini sudah semakin teruk. Puas Mami mencuba berbagai-bagai milk booster, mengepam susu bagai nak rak, berpower pumping etc tapi production masih tiada peningkatan.

Semasa umur Haziq 10bulan, Mami baru period. 2 bulan pertama period datang on time, tetapi sejak kali ke2 datang period, sehingga kini dah overdue hampir 3 minggu masih lagi tak period. Jadi, Mami syak penyakit PCOS lama berkemungkinan datang balik. Mungkin inilah juga faktor penyebabnya kenapa susu jadi makin berkurang.

Mami terus godek2 pakcik google & betullah jangkaaan Mami. PCOS & low milk supply memang ada kaitannya. Tak percaya??? sila scroll down..

Little research has been done on PCOS in relation to breastfeeding. A possible connection between PCOS and a low milk supply was initially presented in a case study in 2000 of 3 mothers with PCOS who also had low milk supply.2 It is thought that PCOS may possibly interfere with the hormones required for the breast to develop milk-producing tissue.3
In 2008, a study4 of 36 mothers with PCOS and 99 mothers without PCOS concluded that mothers with PCOS appear to have a reduced breastfeeding rate in the early postnatal period as compared to mothers without PCOS. By 3 months however, breastfeeding rates were equal between mothers with and without PCOS. The researchers in this study also found a possible negative link between ‘pre-androgen’ hormone levels in PCOS mothers and breastfeeding rates. This may provide a possible reason why some mothers with PCOS have problems with low milk supply.
However, it is important to know that many mothers with PCOS have no problem with milk supply and breastfeed successfully, and some mothers with PCOS even make too much milk.2 More studies are needed before any connection between PCOS and breastfeeding can be confidently stated.

Many moms with PCOS have no problems with breastfeeding, but recent research is showing that mothers with PCOS are at greater risk for insufficient milk supply. On the other hand, about one-third of women with PCOS report problems with oversupply (perhaps this is connected with the hyperprolactinemia – elevated prolactin levels – that occurs in about 20% of moms with PCOS).
sumber: http://kellymom.com/bf/concerns/mother/pcos/

Why is PCOS thought to have an effect on milk production?

According to Lisa Marasco 1, the IBCLC whose breakthrough research revealed the connection between PCOS and low milk supply, there are several different ways that PCOS could potentially interfere with breastfeeding.
  1. Due to the hormonal imbalances which occur, there is the potential for poor breast tissue development during puberty and pregnancy. Fewer menstrual cycles in early puberty can translate into less estrogen to develop mammary tissue.
  2. Prolactin and oxytocin are two of the main hormones involved in the onset of lactation. Women with PCOS have higher levels of androgen hormones that can interfere with prolactin reaching its receptors.
  3. In addition, if too few prolactin receptors were formed during pregnancy, milk production will be limited.
  4. Estrogen is known to inhibit lactation, particularly in the early days after delivery. Women with PCOS typically have an imbalance called “estrogen dominance.” If estrogen levels are not down-regulated after birth, circulating estrogen may interfere with lactation. This is why the contraceptive pill is not recommended for breastfeeding mothers.
  5. Insulin resistance may affect breast growth and milk synthesis. Insulin is known to be an important factor in lactation in conjunction with prolactin and cortisol.
sumber: http://www.mobimotherhood.org/MM/article-pcos.aspx

Lisa Marasco, MA, IBCLC, is a lactation consultant in Santa Maria, California. She has studied the impact of PCOS on breastfeeding and first suspected the connection after seeing two patients within a week show up with low milk supply and similar symptoms. “I looked at their history and found out they both had infertility issues and a diagnosis of PCOS,” she says.
Building on her interest in low milk supply, Marasco decided to investigate the PCOS connection more thoroughly, making it the subject of her Master’s thesis. She studied a group of women with diagnosed lactation failure, and she found that PCOS was indeed a risk factor. Half of the women with lactation failure suffered from obesity, and 67 percent suffered from infertility—both of which are side effects of PCOS. Some women in her study group had never been diagnosed with PCOS but displayed symptoms and turned out to actually have the disorder.
“As it unfolded, I began to realize it was a great big huge spider web,” Marasco says.

Why?

With all the overlapping hormones involved in lactation, it makes sense that PCOS—which affects the balance of numerous hormones in a woman’s body—would impact breastfeeding. Marasco emphasizes, however, that PCOS affects all women differently. In a casual survey she conducted in an Internet PCOS support group, a quarter to a third of the respondents had supply troubles, and only a third of those had severe problems. “A whole lot of them do fine,” she says. In fact, in her Internet survey, Marasco found that a percentage of the respondents actually suffered from oversupply.
However, in those that do have low milk supply, the problem may be physical. Generally, the later the onset of PCOS, the better odds a woman has of being able to establish a milk supply. Women with early onset PCOS may have underdeveloped breast glands. In others, Marasco explains, the breasts may develop normally in puberty but fail to go through the required changes in pregnancy that make milk production possible. The breasts may also develop normally, but the milk simply never comes in
sumber: http://www.breastfeed.com/breastfeeding-problems/illness/breastfeeding-pcos


"....the fact that even successful pregnancy and delivery does not guarantee successful lactation in women with PCOS.1 Insulin, progesterone, and estrogen all are essential to breast development appropriate for lactation and all are imbalanced in women with PCOS. The heterogenous nature of PCOS, with different presentations and underlying pathologies in each woman, make it difficult to predict the lactation outcome. Some PCOS women easily breastfeed; some experience an oversupply of milk; some experience an undersupply.1 Insulin, progesterone, and estrogen all are essential to breast development appropriate for lactation and all are imbalanced in women with PCOS. The heterogenous nature of PCOS, with different presentations and underlying pathologies in each woman, make it difficult to predict the lactation outcome. Some PCOS women easily breastfeed; some experience an oversupply of milk; some experience an undersupply."

Bagaimana untuk meneruskan penyusuan & mengembalikan susu yang hampir kering disamping berhadapan dengan masalah PCOS? Melalui pembacaan Mami ada beberapa cadangan yang boleh dilakukan, iaitu:-
  1. Menggunakan SNS (Supplemental Nursing System).
  2. Mengambil ubat 'metformin'
  3. Mengamalkan Low-carb diet (diet makanan berkanji & manis)
  4. Amalan pengambilan herba penggalak susu seperti Alfafa, Fenugreek (halba), goat’s rue, Shatavari etc
  5. Mengambil ubat Domperidone (Motilium)
Alhamdulillah Mami dah jumpa jalan penyelesaian. Insya Allah Mami akan terus berusaha untuk kembali memperbanyakkan susu Mami untuk Haziq. Moga-moga Allah permudahkan..amin ya Rabb!!

Air Tangan Mami#4

Baby's Pasta Alla Carbonara Malay Version
(12 months ++)


Ingredients:

1/2 cup Baby Pasta/any usual pasta (cooked)
1 inch Carrot (fine cut)
1tbs Spring Onions (chopped)
1 Garlic (chopped finely)
1tbs Cornstarch (dissolved)
1/2 tbs Unsalted Butter
1/2 cup Water
1/2 cup Dutch Lady Fresh milk
1tbs BEGA Tasty Grated Cheese

Preparation:
  1. Heat the unsalted butter in a sauté pan over medium heat, add garlic and cook until it turns yellow.
  2. Pour some water and carrot into the pan, cook well until the carrot becomes tender.
  3. Add the cornstarch, milk, spring onions and cheese, cook for another minute. 
  4. Then turn off the heat and pour the creamy carbonarra sauce into a bowl of well cooked pasta. Mix together and ready to serve.
shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, February 18, 2013

Air Tangan Mami#3

Omelette with Mashed Sweet Potato

Ingredients:
1 Egg
2-3 tbs fresh milk
Sweet potato (diced)
Mix Vege
1-2 tbs Unsalted Butter

Preparation:
1. Crack the egg into a bowl and beat them until they turn a pale yellow color.
2. Heat a heavy-bottomed nonstick sauté pan over medium-low heat. Add the butter and let it melt.
3. Add the milk to the egg and whisk like crazy. Beat as much air as possible into the egg.
4. Pour in the egg. Don't stir! Let the egg cook for up to a minute or until the bottom starts to set.
5. Gently push one edge of the egg into the center of the pan to allow the still liquid egg to flow in underneath. 
6. Flip the egg pancake over, cook for another few seconds, or until there is no uncooked egg left. Omelette done.
7. Steam the sweet potato and mix vege until become tender.
8. Put hot potatoes into a bowl, add butter and mash until well mashed. Add mix vege & ready to serve.


shawqunnur.blogspot.com ®

Haziq 1 tahun 1 bulan

  • Boleh melompat setempat
  • 'Bercakap' tak henti-henti dalam bahasanya
  • Super sensitif, naik suara sikit, Haziq terus sebik & nangis (mami suke tgk muka Haziq sebik2..cute sgt!!)
  • Berminat dengan binatang/serangga
  • Tak gemar nasik keras sebab bila makan kunyah sikit2 je terus telan
  • Pandai mintak nak nenen.."nak", "nak"..
  • Terkejut/takut pada bunyi kuat. Biasanya Haziq akan terjerit & terus berlari cari Mami.
  • Nampak aje mami kat depan umah nenek (his babysitter), terus salam nenek & tarik beg nak balik rumah.
  • Petang2 ajak main kat luar
  • Pandai pointing sana sini
  • 'Goyang2 tangan' bila sesuatu dah abis/takde
  • Dah improve guna sudu masa makan
  • Ajuk mami cakap, bunyi hujung-hujung je..cth. Mami sebut "nak tutup lampu" Haziq akan cakap "pu"
  • Pandai tadah tangan "baca" doa

Gemar makan buah. Anggur 7-8 biji boleh abis x sempat 5 minit...hohohohoho...

Self feeding

Lepas Mami pam susu, corong pam jadi hakmilik Haziq. Suka hisap2 baki2 susu pada pam tu

Model Farmfresh Natural Yogurt. He loves it!!!

    

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, February 15, 2013

Aurat Wanita

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.(30)
         

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(31)
Dua ayat di atas secara jelas memerintahkan setiap orang lelaki dan perempuan untuk menundukkan pandangan dan menjaga maruah kehormatan masing-masing. Oleh itu, setiap perempuan muslimah WAJIB berhijab dengan sempurna yakni menutup kepalanya (rambut) dengan tudung termasuk menutup belahan dadanya dan juga lehernya tanpa sedikitpun mendedahkan tempat-tempat yang membawa fitnah ini kepada mata-mata lelaki ajnabi. Perintah ini termasuklah larangan keras kepada wanita Muslimah untuk membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, seperti anting-anting, perhiasan rambut, rantai, perhiasan dada (belahan dadanya) dan gelang kaki.

AURAT-AURAT KETIKA BERSENDIRIAN
Menurut pandangan Imam Maliki dan Imam Shafie, tidak haram mendedahkan aurat ketika kita sedang bersendirian tetapi makhruh jika dengan sengaja membuka aurat. Dalam keadaan darurat (cth: mandi, membuang air) diharuskan kepada kita untuk membuka aurat.

AURAT SESAMA SENDIRI
Nabi Muhammad S.A.W telahpun bersabda yang maksudnya:
"Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki yang lainnya, demikian jugalah wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lainnya juga. Tidak boleh 2 orang lelaki tidur di dalam 1 selimut, demikian jugalah bagi wanita dilarang berbuat yang demikiannya".

BATAS-BATAS AURAT WANITA
Hukum Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram (haram dikahwini) kepada seseorang wanita iaitu :
1.Suami
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami (anak tiri) Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak tiri kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara daripada saudara lelaki (abang/adik lelaki)
8. Anak saudara dari saudara perempuan (kakak/adik perempuan)
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh,wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka

Ilustrasi ihsan pakcik google


shawqunnur.blogspot.com ®

Kisah Rasulullah

Biarpun Rabi'ul Awal baru saja meninggalkan kita, tapi semarak Cinta Rasul tetap membara setiap hari sepanjang tahun. Sama-samalah kita hidupkan sunnah baginda Rasulullah SAW sebagai tanda bukti kecintaan kita kepada pemimpin ummat seluruh alam ini. Mami terpanggil untuk berkongsi Kisah Rasullullah SAW sewaktu hayat baginda sebagai pedoman dan nasihat untuk kita semua (terima kasih kepada pengirim email) Moga-moga bermanfaat..

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda SAW terus menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan, "Kalau Nabi SAW berada di rumah, baginda selalu membantu urusan rumahtangga."

Jika mendengar azan, baginda SAW akan cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

Pernah baginda SAW pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi SAW bertanya, "Belum ada sarapan ya Humaira'?" Aisyah RA menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini", tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda SAW.

Sebaliknya baginda SAW sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukullah dia." "Aku tidak bertanyakan alasanmu." sahut Nabi SAW. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
Bginda SAW pernah bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu hari ketika baginda SAW menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda SAW antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar RA yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan sedang menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah , aku sihat dan segar." balas baginda. "Ya Rasulullah..mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...", desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda SAW. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda SAW. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya? Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di akhirat kelak."

Baginda SAW pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap Allah SWT dan rasa kehambaan yang  sudah sebati dalam diri Rasulullah SAW menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari Allah SWT langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.

Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda SAW, tetapi baginda SAW masih lagi berdiri diwaktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah RA, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda SAW dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, February 14, 2013

Kenapa Mami tak suka makan kat kedai mamak?

First & foremost Mami mintak maaf banyak2 kpd sapa2 yang mungkin tak suka dengan entry Mami ni. Mami bukan nak buat provoke sentimen perkauman, tapi Mami sekadar nak berkongsi..

Dulu...masa kecik-kecik remaja dulu memang tak dinafikan Mami pernah makan di kedai mamak. Tapi bukan la selalu pun sebab family Mami (especially Mak (Opah)) bukan jenis yang suka sangat makan kat luar ni. Ada satu hari tu, Mami ikut Abah (Tokwan) pegi Kuala Kangsar, lepas tu singgah makan kat kedai mamak. Order la rojak.. sementara dok tunggu rojak siap, Mami dok perati la mamak tu. Tengok lengan dia..fuhh berbulu lebat. Perati lagi, mamak tu lap peluh dia kat dahi pakai towel yg dia sangkut kat atas bahu tu. Lepas lap peluh, dia selamba je dok potong itu ini prepare rojak tanpa membasuh tangan terlebih dahulu. Mami dah mula rasa geli. Siap rojak sepinggan depan mata, Mami jadi tak lalu nak telan. Tapi Mami suap jugak 1 2 sudu (sebab takut Abah marah, takmo makan, tapi order..kan membazir tu..) lepas tu Mami tolak tepi. Abah tanya, "kenape tak abes?" Mami cakap "manis sangat!".. yang sebenarnye, Mami tak lalu nak makan sebab dok teringat insiden tadi. Biarpun rojak yang 'tercemar' tu bukan yang berada dalam pinggan Mami, tapi Mami secara automatik jadi geli bila dok teringat balik..wekkk!!

Ada 1 lagi cerita menarik yang Mami nak kongsi tentang kedai mamak yang Mami rasa setiap penggemar makanan mamak kena always alert  & be careful tentang bab ni. Isu tentang HALAL.

Rata-rata orang akan cakap mamak india muslim, confirm halal punya. Tak percaya, masuk dalam kedai mamak mesti terpampang tulisan Halal, Bismillahirrahmanirrahim besar kat kaunter, ditambah lagi ada pulak frame Allah Muhammad, gambar mekah, kaabah yang semuanya simbolik kepada Islam dan dah tentu2nya akan relate kepada HALAL. Tapi benarkah semua kedai mamak tu berstatus halal?

Melalui email pendedahan yang mami dapat daripada kawan2 Mami, rupa-rupanya dah ramai umat Islam yang tertipu dengan kedai mamak. kat Malaysia ni. Nampak fizikal macam muslim, tapi rupa2nya HINDU. Jadi kepada penggemar makanan kedai mamak, ada 2 cara untuk pastikan sama ada kedai mamak tu original Muslim/Halal atau tak.

Cara 1:
Bila pergi kedai mamak, secara rawak cuba mintak pelayan kedai tu mengucap syahadah. Kalau lancar aje dia mengucap, Alhamdulillah.Insya Allah kedai tu berstatus original Muslim/Halal. Kalau pelayan tu ala-ala tergagap2 atau buat2 macam tak paham bahasa, baik jangan teruskan order makanan kat kedai tu. Nampak sangat nak menipunye..

Cara 2:
Tengok dekat tray makanan atau menu list ada tak masakan yang berunsurkan daging lembu. Kalau ada, Insya Allah selamat mengorder makanan. Kenapa daging lembu?? Sebab jika benar kedai tu dimiliki oleh India Muslim, sudah tentu dia makan daging lembu, sebaliknya jika dia India Hindu, confirm daging lembu memang takkan ada dalam senarai makanan dia sebab orang2 Hindu kan percaya lembu tu tuhan depa. Mana boleh makan tuhan kan..? hihihihi.. 

Sekian perkongsian saya.

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, February 7, 2013

Welcome to my messy world


 'Driving' his car

His toys..1 container 

'Busy' most of the time..So many tasks to be done!!

Aiyyo!!

Unloading time..uwaaaaa!!! 


shawqunnur.blogspot.com ®

Air tangan Mami#2



Garlic Bread with Creamy Soup


Bahan-bahan:
Roti paun (lagi bagus buat sendiri, tapi kalo beli, plz make sure yg paling tawar)
Unsalted butter
2 ulas bawang putih 
setengah biji ubi kentang
1 sudu besar bawang holand
2 inci batang leek
susu segar UHT 1 cawan
1 sudu besar grated cheese
air biasa/stok ayam/daging 1 mangkuk (secukupnya)

Cara-cara:
1. Garlic Bread
  • Bakar bawang putih hingga empuk.
  • Bila sudah empuk, lecekkan bawang hingga hancur, gaul dengan unsalted butter.
  • Potong roti, sapu dengan garlic spread & bakar roti.

2. Creamy Soup 
  • Masukkan ubi kentang, bawang, leek dan air/stok dalam periuk.
  • Rebus sehingga kentang empuk. Tutup api,
  • Masukkan cheese, kacau perlahan-lahan hingga sebati.
  • Masukkan susu segar. Sejukkan sebentar, kisar halus.
                          
P/s: Menu ini sesuai untuk anak yang berumur 1 tahun ke atas sebab ada campuran susu segar. Jika ingin diberikan kepada anak yang usianya bawah 1 thn, jangan campurkan dengan susu segar.

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, February 6, 2013

Hatiku tercalar..

Hari ni aku rasa aku perlu luahkan apa yang terpendam di dalam hati ini sebab makin dipendam, makin sakit pulak jiwa ni. Kisahnya tentang seorang 'sahabat'. Now aku dah mula nampak the true colours of her. Terbukti dia seorang yang sangat tidak jujur, bermuka-muka, sombong & tidak ikhlas. Kadang2 timbul penyesalan mengenalinya.

Makin hari aku makan hati dengannya, tapi cuba bersikap profesional seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Hakikatnya aku berbohong kepada diri sendiri kerana memendam rasa di atas tingkah dan perbuatannya terhadapku.

Dia langsung tidak menghormatiku sebagai ketuanya. Mungkin silapku juga kerana terlalu 'friendly' dengannya suatu ketika dulu. Aku tidak meminta untuk dia mengangkat mengagungkan aku atau menggeruni aku. Cukuplah sekadar rasa sedikit segan memandangkan kedudukanku sebagai ketuanya, aku layak untuk disegani biarpun dari segi umur dan senioriti aku lebih muda dan lebih 'junior' berbanding dia.

Dah banyak peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini yang membuatkan hatiku tercalar. Paling tidak dapat kupercaya ialah peristiwa semalam, bila dia dengan tanpa rasa segan dan hormat menuduhku menjatuhkan jam tangannya lalu jam tangan itu telah rosak kini. Bagi yang tidak melaluinya mungkin beranggapan ini adalah hal yang remeh temeh. Tapi bagi aku, hal ini sangat memberi impak yang sangat dahsyat kepadaku. Terngiang-ngiang kata-katanya kepadaku hingga ke hari ini. Aku rasa terhina sangat dengan tohmahannya. Sepanjang usiaku, aku bukanlah seorang yang suka menipu, jauh sekali tidak pandai mengaku kesalahan jika benar itu adalah salahku. Apa salahnya jika dia bertanya dulu dengan bahasa yang sopan? Ini tidak, dengan bahasa yang langsung tidak beralas, terus disergahnya aku sebegitu rupa. Ya Allah..aku menangis dalam hati.

Ya, aku tau siapa aku. Mungkin pada pandangan mata kasarnya aku tak layak untuk menjadi ketuanya sebab mungkin pada firasatnya seorang ketua mestilah berpenampilan menarik, nampak elegan dan semestinya lebih segala-galanya daripada staff bawahan. Tapi aku?? Hanya kerana aku ada segulung ijazah dan mungkin sedikit kebijaksanaan membuatkan aku lebih layak untuk menjadi ketuanya biarpun penampilanku hanyalah sekadar biasa-biasa sahaja.

Sedarlah wahai 'awak'..janganlah memandang seseorang itu hanya luarannya sahaja. Aku tak melaram bukan sebab aku tak mampu untuk melaram. Tapi aku lebih selesa dalam keadaan begini, dengan stail yang bersahaja sebab apalah untungnya jika dengan melaram dan memasang badan itu akan menjebakkan aku menjadi manusia yang sombong dan suka menunjuk-nunjuk. Biarlah aku bersederhana dengan apa yang aku ada kerana aku kenal aku siapa.

Apa-apa pun, aku doakan moga 'awak' cepat tersedar dari kesilapan yang 'awak' lakukan. Ingatlah, dunia ini umpama roda yang berputar, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Hari ini awak memang bertuah, mungkin esok-esok awak rugi. Semua nikmat kesenangan & kebahagiaan itu milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik. 

P/s: Anak2 Mami, please...bila u all dah besar, dah dewasa..jangan jadi macam 'sahabat' Mami ni. Menyombong tak kena tempat, berprasangka buruk terhadap orang lain dan membuat tuduhan melulu. Mami tak suka anak2 Mami bersikap macam ni. Biarpun kita lebih tua atau senior daripada ketua kita, kita kena hormatkan dia. Jangan ego dengan sedikit nikmat kesenangan yang Allah kurniakan dan sentiasa berbuat baik dengan semua makhluk Allah serta jangan sesekali memandang rendah pada orang lain.


shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, February 5, 2013

Demam..baik untuk develop antibodi anak


First time bucuk2 Mami demam pada 29.5.2012. Kesian cayang Mami.. Demam nak alih bulan kata orang. Mujur tak teruk sangat. Haziq memang baby yang kuat.Even demam, Haziq takde nak merengek2 sangat. Siap tersenyum2 lagi bila diagah...Alhamdulillah...  Mami syukur dapat anak cam Haziq. Selalu memudahkan urusan Mami. Balik dari opis petang tu, macam biasa Mami amik Haziq kat umah nenek. Plan petang tu nak keluar shoping barang dapur. Masa amik Haziq kat umah nenek, Haziq tidur je. Nenek cakap Haziq tak puas tidur lagi. So pelan2 Mami dukung Haziq. Eh..badan Haziq panas la...!! Em...cuaca kot..Mami cuba sedapkan hati. Mami tukarkan baju Haziq sebab masa amik Haziq, nenek hanya pakaikan carter je. Panas katanya!! Selesai tukar baju, kami terus gerak pegi Mydin. Dalam kereta Haziq sambung tido lagi. Badan Haziq terasa agak panas lagi, tapi pipi sejuk je. Mungkin sebab aircond kereta  kot. Mami berkira2 nak terus bawak Haziq pegi klinik. Tapi memandangkan Haziq nampak ok je, Mami postpone je dulu sebab nak pantau dulu tahap kepanasan Haziq.Tapi, tiba je kat Mydin, Haziq punya badan dah terasa makin panas. Cepat2 la Mami setelkan bab2 shopping sebab balik nanti nak terus singgah klinik. Kami bawak Haziq pegi klinik biasa yang Mami & Abi pegi. Klinik TTDI namanya. Haziq still ok. tersenyum2 je bila kena agah. Siap mengagah doktor lagi..hihihihi...Haziq..Haziq... Karenah Haziq buat Mami sentiasa rindukan Haziq...Doktor cek suhu Haziq. 37.4 darjah celcius je..Alhamdulillah..takde la tinggi sangat. Cek pulak berat, dah 6.5kg..Haziq dapat ubat demam & selesema + batuk. Sampai aje kat rumah Mami terus bagi ubat kat Haziq. Berkerut2 muka Haziq makan ubat. Siap menangis lagi. Tapi Mami bagi gak sampai habis. Pastu Mami mandikan Haziq. Jelum kepala Haziq ngan air sampai basah lencun. Jam dah dekat pukul 12, tapi Haziq cam tak boleh tidur je. Last2 Mami peluk Haziq sambil susukan & lepas tu Haziq terlena sendiri. Alhamdulillah..badan Haziq tak panas lagi..



2nd time demam masa dekat2 nak raya puasa. Sebenarnya Mami dah perasan Haziq dah almost 1 week demamnye. Tapi x serius sgt sbb on off je. So Mami decided xnak bawak Haziq pegi klinik sebab ubat pon ade lagi. Lagipon Mami seboleh2nya tak suka bagi Haziq makan ubat sebab ubat means drug & drug dah tentu2nya la xbagus utk body Haziq yg masih kecik. About 1 week camtu la Haziq punye temperature going up & down, tiba2 malam 7.8.2012 tu Haziq meragam teruk sangat. (Haziq semenjak dari dalam pantang memang sangat jarang menangis malam2). Mami ketuk2 perut Haziq, sah kembung perut. Mami dok agak Haziq mesti alah dengan labu sebab Mami ada mix pumpkin in his poridge masa dinner tu. So, Mami pun try la sapu minyak bayini mestika tu kat perut Haziq, susukan & Haziq tido balik. Tapi Haziq stil gelisah je sepanjang malam tu. Mami tuam plak perut Haziq macam opah pernah buat masa Haziq dalam pantang dulu. Tapi still no effect. At last Mami ajak Abi kuar g kedai cari Gripe water. Alhamdulillah ade jual kat kedai KK Home. Balik umah cepat2 bagi Haziq minum. Alhamdulillah bleh la Haziq sambung tido lagi sampai pagi. Esoknye as usual Mami hantar Haziq kat umah nenek. Mami citer la kat nenek Haziq malam tadi sakit perut bla bla bla.. Lepas balik keje, Mami cam biasa amik Haziq dari umah nenek. Nenek cakap badan Haziq merah2. Nenek cakap might be kesan dari minyak yg Mami dok sapu kat perut Haziq malam tadi. Tapi bile Mami belek2 je, Mami terdetik dalam hati..Oh no...ini bukan sebab minyak angin tu, tapi ini measles!!!

Dah demam..kurang sikit ligatnye.

Dokter pesan, kalo anak demam kena bagi liquid banyak2 utk reduce temperature. So, Mami kasi Haziq air masak banyak2..

1st time kasi Haziq air kelapa. Opah suruh Mami kasi Haziq air kelapa fresh untuk cepatkan ruam2 campak tu keluar habis



shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, February 4, 2013

Baby oh baby..

Menengok wall post kat facebook, ramai betul kawan2 dan kenalan Mami yang tengah preggy & baru dapat baby..wahhhhh..musim2 produktif nampaknye masing2. Ade yang baru 1st time, ada yang dah masuk yang ke2 & ke3..rezki diorang..

Frankly speaking Mami sememangnya sangat teringin & teruja nak preggy balik & mengharungi tempoh berbaby  tu. Tapi..... Haziq baru aje 1thn. lagi pun Mami bersalinkan Haziq dulu kan thru c-section. Mami takut la nak ambik risiko beranak rapat2. Takut macam2..tp yg paling Mami takut, uterine rupture (rahim pecah) boleh bawak maut tu!!!! wanauzubillah...

Ok la..takmo la citer hal2 yang mengerikan tu. Jom layan album kenangan Mami over a year ago..hihihhii..

Within 24hrs selepas dilahirkan..huhuhuhu..luluh hati Mami tengok anak yang dikandung 9 bulan lahir aje dah kene cucuk sana sini. Ini la azab yang terpaksa Haziq tempuhi seawal usianya..hypoglisemia..Tangan yang lebam tu kesan kena drip. Tangan kanan yang berbungkus tu tengah on drip..Haziq kena amik masuk 'air gula' dalam badan untuk stabilkan paras glukosa dalam darah yang sangat la rendah ketika itu. Kat tumit pon kena cucuk gak. Amik darah setiap 3 jam utk monitor tahap glukosa & tahap bilirubin dalam darah sebab ada kuning sikit.

Minum susu pakai cup. Sian Haziq..kena paksa minum susu banyak2 sebab nak bagi paras gulanya stabil. Mami ingat lagi ceramah lactation kaunseling kat PPUM yang Mami pegi sebelum Mami bersalin dulu, kaunselor tu cakap, "perut baby yang baru lahir kecik je..hanya sebesar biji guli. Sebab tu la baby yang baru lahir hanya perlu minum susu sikit je. Ibu2 yang baru bersalin susu takkan terus banyak sebab supply susu akan follow demand baby."
Tapi hakikatnya Haziq yang baru aje lahir dah kena paksa minum 30ml susu per feeding every 3 hours..Ya Allah!!!! kesian anak Mami. Dah la minum pon susu fm je time tu. Mami sebak sangat tau sebab niat Mami nak exclusively breasfeed for the 1st 6 months terkubur camtu je.completely shattered!! Sian Haziq...


Mami tau Haziq kesejukan masa kat dalam icu paed tu. Aircond kuat, tapi Haziq tak boleh pakai baju. Haziq kena buat phototeraphy & terpaksa duduk bawah lampu 24hrs sebab ada sikit kuning. Walaupun lampu tu boleh memanaskan Haziq, tapi Mami nampak Haziq menggigil2 je..Alahai siannye baby Mami.. Masa doctor datang round Mami mintak izin doctor nak pakaikan Haziq mitten & booties. Mula2 doctor tu macam x nak bagi sebab katanya cahaya lampu biru tu mesti kena badan baby secara menyeluruh, tapi Mami cakap Haziq sejuk sampai menggigil.Mami tak sampai hati.sian sangat!! Then doctor tu pon izinkan. Alhamdulillah..
Hari ke-4 lampu dah off (tapi drip masih on lagi). Mami happy sangat. Terus Mami bukak 'spec mata' Haziq, pakaikan Haziq baju, topi & bedung Haziq tebal2..hihihi

Lena je Haziq tidur. Muka sebijik cam gurgurl kan? Ramai org cakap camtu..Ramai gak yang tak percaya bila Mami cakap baby Mami boy, bukan girl.. & ramai gak yang cakap muka Haziq mirip Mami..hihihi..Bangga sangat tau..(Abi sila jeles ye..)
yelah..petua orang2 tua, kalo anak boboy muka macam mak, orangnya bila besar mudah2an jadi sejuk mata memandang, tak kuat baran, baik aje..mudah2an..amin.
Hari ke-5 drip dah off. Tahap glukosa Haziq dah stabil & Haziq dah boleh discharge. Alhamdulillah..syukurrrrr..Sementara tunggu Abi datang ngan Opah nak bawak kitorang balik rumah, Mami makeup2 Haziq dulu..bagi comey..Sebelum dibenarkan balik, doctor yang round pon puji Haziq comey..topi Haziq cute!! wa....berbunga2 hati Mami..

Kakyong datang ziarah Haziq. Kakyong bambam, Haziq nampak kecik sangat. Ketara betul!! Now Haziq menten berbadan kecik, tapi lebih tinggi daripada Kakyong.


Hari ke-7 sebelum menggondolkan kepala Haziq, Mami mintak Abi snap gambar dulu untuk kenangan. Rambut Haziq super lebat, hitam & sangat lembut. Mami suke sangat usap2 kepala Haziq. Rasa macam bulu kucing.. gebu je..hihihi
Aii..Haziq..dok mimpi ape la tu gamaknya..berkerut kening..


Sesi membotakkan kepala bermula. Opah pegang Haziq, Atok kerjakan kepala Haziq. Lena je budak kecik ni..langsung x de nangis2 pon. Senang kerja Atok.


Hari ke25 bersamaan dgn anniversary Mami & Abi ke3..1st time Mami dapat snap gamba Haziq smiling. Ini la hadiah anniversary Mami & Abi yang sangat berharga. Moga Allah permudahkan kami untuk jadi Mami & Abi yang terbaik untuk zuriat kami..amin..

shawqunnur.blogspot.com ®