Friday, March 29, 2013

Air tangan Mami#16

Labu sangat kaya dengan beta karotena yang amat baik untuk kesihatan mata. Malangnya ramai ibu2 yang tak berani untuk beri baby mereka makan labu sebab dipercayai labu boleh mengakibatkan baby kembung perut. Namun begitu, jika betul cara masakan, Mami jamin seseorang itu boleh makan labu tanpa risiko kembung perut, Insya Allah. Caranya, masaklah labu dengan sedikit potongan halia kerana halia adalah sejenis herba yang membantu mengelakkan masalah angin. Jom cuba masak resepi mudah ni.

Sayur Lemak Labu & Tofu
(7bulan++)

Bahan-bahan:
1 potong labu masak
Sedikit bawang besar (mayang halus)
1-2 ulas bawang putih (mayang halus)
1 inci halia (ketuk)
Sedikit ikan bilis (rendam & tumbuk)
1/2 ketul tofu lembut
1-2 dua sudu minyak masak
Air secukupnya
1 helai Daun kunyit (carik-carikkan)

Cara Penyediaan:
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan air, labu, halia, daun kunyit dan ikan bilis. Masak sehingga labu lembut.
  2. Masukkan tofu lembut, biarkan merenih seketika & sedia untuk dimakan.
p/s: Ikan bilis (jika dlm kuantiti yang banyak) yang ditumbuk bila dicampurkan dengan air akan menyebabkan air itu bertukar menjadi sedikit keruh. 

 

Mami selalu guna tofu lembut brand ni untuk Haziq.

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, March 27, 2013

Air tangan Mami#15


Lempeng Buah-buahan
(9bln++)

Bahan-bahan:
1/2 - 1cawan tepung Atta
3 biji Kurma (lembut) (dadu)
2 sudu besar Kismis (jika menggunakan kismis saiz besar, potong kecil2)
1 potong Epal/Pear (dadu)
1/2 biji Pisang (dadu)
1-2 sudu besar unsalted butter (cairkan)
Air secukupnya

Cara Penyediaan:
  1. Gaulkan tepung atta dengan buah-buahan hingga semuanya bersalut, masukkan air secukupnya. Tekstur adunan mestilah tidak terlalu cair & tidak terlalu pekat.
  2. Tuangkan unsalted butter, kacau sebati.
  3. Panaskan non-stick pan (api perlahan), tuangkan adunan & ratakan. Ketebalan adunan yang telah diratakan di dalam pan mestilah tidak melebihi 1cm untuk mendapat lempeng yang lembut & masak sempurna.
  4. Balik-balikkan lempeng, masak sehingga kekuningan.  
shawqunnur.blogspot.com ®

Sweet dream!!

 
 
 
 

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, March 26, 2013

Babychair..

Dah lama Mami mengidam nak belikan Haziq babychair Ikea ni. Akhirnya dapat jugak selepas Haziq berusia 14bulan. Terima kasih Abi!! hihihihihi..
Pada Mami, babychair ni sgt praktikal sebab akan memudahkan Mami untuk feed Haziq dan yang paling penting dapat minimize kan kadar 'sepahan' & 'keterbetaburan' makanan sebab nama pun budak kan, kalo nak makan tu, bukan jenis yang boleh duduk setempat aje. Bila dah jalan sana sini tu, for sure la ada makanan yang akan tersepah di sana sini jugak..huhuhuuh... Dengan adanya babychair, Haziq tak boleh sesuka hatinya berlari sana sini sambil makan..yeay!! Mami pon kurang sikit letihnya nak menyapu & mengemop lantai lepas suap Haziq makan.

See.....

Tertib aje makan sambil tengok tv.. Takde lagi berkejaran sana sini..

Kadar sepah sangat minima. Mami hanya perlu sapu sikit2 je. Tray tu kalo teruk sangat comotnya tertumpah makanan, boleh dicabut & dibasuh.

Beza sangat bila makan tanpa babychair..

Terpaksa membongkok2 menunduk2..kesian..

Lepas makan lantai confirm kena mop

Mami nak kena ikut aje ke mana Haziq pergi..penat oii..
 Kesimpulannya, babychair sangat memudahkan Mami & Haziq.

shawqunnur.blogspot.com ®

Haziq dah kerja la..

Sabtu lepas adalah hari bekerja bagi ofis Mami. Awal2nye Abi dah setuju untuk babysit Haziq kat rumah sementara Mami di ofis. Tapi tiba2 pulak Abi inform Abah (Atok Haziq) ajak Abi pegi kenduri kawen di Shah Alam. Erk..pegi kenduri? Kat kenduri dah tentu2nya ada makanan macam2. Ohh...bawak Haziq pulak tu. Tanpa Mami ikut sekali. Oh no!!! Kebarangkalian Haziq akan disuap dengan makanan2 yang tak sepatutnya oleh mereka2 yang suka memandai2 adalah sangat tinggi. Mami tak sanggup untuk tinggalkan Haziq dengan Abi sebab Mami kenal siapa Abi. Mami bukannya nak menyombong, jauh sekali nak berbangga2, tapi Mami terpaksa menjadi seorang yang cerewet & extra protective demi kesihatan anak Mami. Solution terbaik is Haziq have to follow Mami. So, buat kali kedua Mami drive kereta berdua dengan hanya Haziq di sebelah.

Seawal jam 8 pagi Mami dah keluar rumah sebab Mami takut 'apa2 terjadi' semasa tengah drive. Alhamdulillah Haziq ok walaupun sempat duduk dengan tertib & sopan dalam baby carseat cuma 15minit pertama. Biasa la Haziq..asal tak nangis Mami dah syukur. Mami jadi orang pertama yang sampai di ofis hari tu. Malangnya kami terpaksa menunggu agak lama di dalam kereta sebab ofis masih belum dibuka. Tak kisahlah..janji haziq tak meragam.

Kat ofis Mami, Haziq ok ok aje. Friendly dengan semua orang. Tapi Mami prefer Haziq berkurung dgn Mami je kat dalam bilik sebab taknak Haziq ganggu staff lain buat kerja. Nak tau apa aktiviti Haziq? Jom tengok...





Hahhahaha..bersepah2 bilik Mami hasil 'kerja' Haziq. 'Khazanah' Mami dalam kabinet semua Haziq keluarkan buat main. Sambil main sambil makan. Mami menulis, Haziq nak menulis jugak. Mami bagi pen & kertas, tapi Haziq bukan conteng kertas je, tangan, pipi, kaki semuanya berconteng. Mami tekan keyboard computer, Haziq pun nak menaip jugak. Nasib baik ada keyboard lama, Mami bagi Haziq main. Sepanjang 4 jam kat ofis Mami Haziq pandai bawak diri, cuma masa minit2 terakhir je Haziq mula menangis sebab dah mengantuk. So far, len kali Mami boleh bawak Haziq lagi...yeay!! 
shawqunnur.blogspot.com ®

Yes..ke Ikea jugak akhirnya..

Ingat tak kat entry ni Mami ada buat special request kat Abi? Ha..Ahad lepas Mami, Abi & our lil' Haziq akhirnya telah selamat sampai ke Ikea & meronda2 di sana selama 3jam..hahhahaha. Haziq la yang paling teruja dapat jalan2 dalam showroom Ikea tu. Yelah..orang dah pandai jalan kan? Langsung takmau didukung. Pulak tu bila diletak kat bawah nak jalan sorang2, takmau Mami @ Abi pimpin tangan. Adoi..bukan main lagi si Haziq ni..lagak dah macam orang besar!!

Jom layan gelagat2 Haziq yang membuatkan Mami rase 'cair' sangat ...

 Test bangku..

 Amboi...bersantai gitu..
Abi suruh bangun pon taknak..syok sgt dapat duduk kat bangku kecik tu..


 Kat meja tu mentioned suitable for children 3-7years..Haziq baru 1thn 2bln..tapi macam dh ngam je..
 Siap angkat2 kaki pulak..style ape ni nak ooii...
Dapat pensel kejenye menconteng la..hihihih...


shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, March 22, 2013

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

Mami panjangkan facebook wall sharing kat dalam entry ni agar bila2 masa je Mami dapat refresh balik memori Mami tentang hal ni. Credit kepada yang sharing di wall fb Mami. Sesungguhnya perkongsian ilmu anda sangatlah berguna & moga2 ada pahala yang Allah SWT akan ganjarkan kepada anda..amin.
  1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
  2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
  3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
  4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
  5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
  6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
  7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
  8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
  9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
  10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
  11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.”

shawqunnur.blogspot.com ®

Jom ke Ikea




Dalam radio dok heboh Ikea buat sale. Adoi..nafsu Mami dok meronta2 je nak pegi. Kot2 ada yang murah & berkenan di hati, boleh la jugak pertimbangkan untuk dibeli...hihihi.. Tapi serius..Mami nak sangat ke Ikea tu. Dah lame kot tak ke sana. last pegi pon rasenye masa Haziq berape bulan tah..beli almari baju untuk Haziq. Kali ni kalo pegi Mami nak tengok lemari baju jugak.Maklumlah..lemari baju kat rumah tu dah sendat, pulak tu macam nak roboh je.huhuhu.. Lain2 barang yang relevant mungkin boleh tengok2 lemari kabinet untuk dapur. Sekarang ni dok pakai rak pinggan tu macam xbest la pulak. Open sangat. Pulak tu dengan si Haziq yang sangat suka memunggah ni, rasa macam bila pakai rak pinggan jenis yang macam sekarang ni macam tak praktikal pulak...
Jom Abi...weekend ni kite ke Ikea..esok petang pun ok kan??? hihihihi..

shawqunnur.blogspot.com ®

Tahniah Adik @ Mak Usu!!

Bangun aje tidur pagi tadi hati Mami berdebar2. Dup dap dup dap..semuanya sebab Mami terlalu nervous sebab hari ni keputusan SPM akan diumumkan. Debaran Mami seolah2 Mami yang akan terima result hari ni, padahal yang sepatutnya gabra ialah Adik (Mak Usu Haziq)..hihihii..

Awal2 lagi tadi sampai aje kat ofis, Mami terus call Opah. Mami tanye Mak Usu dah pegi ambik result ke blom? Opah cakap, belum lagi. Mak Usu pun dok tido lagi..Yela..time tu belum pukul 9 lagi..hihihi..tah ape2 la Mami ni kan?.. Mami tanya Opah, nervous tak? Opah cakap Opah macam biasa je. Takde nervous2..Opah cakap ape jugak result yang Mak Usu dapat, Opah terima sebab Opah tau Mak Usu dah try sehabis baik. Tapi Opah yakin Mak Usu akan dapat result yang membanggakan. Mungkin itulah sebabnya Opah relax aje..Mami jela yang gabra semacam..hohohohoo..Dulu2 masa time Mami nak ambik result SPM, seminggu lagi sebelum result keluar Mami dah tak lena tidur. Kalo tidur pon sampai termimpi2..kihkihkih...

Pukul 10.45 camtu Mami call Mak Usu pulak. Mak Usu macam dah boleh teka apa yang Mami akan tanya. Sebaik saja dia pickup call & sebelum sempat Mami bukak mulut nak tanya, terus dia cakap "result belum dapat lagi. Tengah Q!" hahhaha..Mak Usu, Mak Usu.. 

1 jam lepas tu, Mami call lagi Mak Usu. Mak Usu pickup call dengan suara yang hepi je. Mami dapat meneka pasti keputusan Mak Usu cemerlang. Alhamdulillah..Mak Usu berjaya dalam SPM dengan 6A & 3B. Mami bersyukur sampai mengalir air mata gembira. Lebih2 lagi bila Mak Usu bagitau Mak Usu nak further study, nak ambik Medic. Ya Allah..betapa bahagianya Mami mendengarnya sebab Abah @ Tokwan sangat berharap salah seorang anaknya akan menjadi doktor satu hari nanti. Mami percaya, Mak Usu akan dapat merealisasikan impian Abah.

Mami terus war2 berita kejayaan mak Usu dekat adik-beradik yang lain. Hari ni semua mood hepi. Mami sebagai seorang kakak rasa sangat beruntung dan bertuah memiliki adik sebijak & sepintar Mak Usu. Mami bangga sangat dengan keputusan Mak Usu. Moga2 kejayaan Mak Usu hari ni akan menjadi langkah pertama untuk Mak Usu lebih berjaya pada masa hadapan, insya Allah.



P/s: Entry semalam yang lupa nak publish..kekekekekek...

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, March 21, 2013

Air tangan Mami#14

First time Haziq makan timun tua ni masa balik kampung cuti chinese new year lepas. Masa tu kat rumah opah dah kehabisan stok sayur, yang ada cuma sayur kubis dan timun tua ni. Mami sengaja pilih untuk masak timun tua ni kat Haziq sebab nak bagi Haziq rasa sayur yang lain pulak. Rupa2nya Haziq suka. Berselera betul Haziq makan nasik haritu. Cayalah anak Mami ni!!! Tak cerewet langsung bab2 sayur ni. Betul2 ikut selera Mami..hihihiihi..Kalo ikut selera Abi, banyak sangat la sayur yang tak suka..kihkihkih..Abi jangan marah ye..

Timun Tua Masak Air
(7bln ++)
Bahan-bahan:
Sepotong timun tua (buang kulit & biji)
1 ulas bawang putih (cincang)
Sedikit bawang besar (cincang)
Sedikit ikan bilis (tumbuk)
Air secukupnya
1-2 sudu besar Minyak masak

Cara Penyediaan:
  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, masukkan ikan bilis. goreng seketika.
  2. Masukkan air dan timun. Renih sehingga timun lembut.
  3. Siap untuk dimakan.
p/s: Gambar petak kiri (atas): Tempe goreng. Hanya digaul dengan serbuk kunyit & digoreng.


shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, March 20, 2013

Haziq @ 14 months old

Si Bujang Mami & Abi makin hari makin bijak. Ada saja akalnya. Vocab pon makin hari makin bertambah. Diusia 14 bulan, Haziq semakin menampakkan kematangannya. (maklumla..kan Haziq lahirnya awal tahun..cepat tua kot..hihihi)  Dari segi fizikal, Haziq nampaknya seorang yang kurus tinggi. Jika melihat ketinggiannya, ramai org yang akan menyangka Haziq sudah pun berusia 1stgh- 2 tahun. Ditambah lagi dengan giginya yang hampir penuh, kelasakan berlari, keletahnya yg friendly & mulut yang pot pet pot pet..menyebabkan ramai yang tak percaya Haziq baru berusia 14bulan...ohh..Mami bersyukur walaupun dalam hati sebenarnya rasa sayu je sebab tak sangka Mami dah ada anak yang sebegini besarnya. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru semalam Mami bersalinkan Haziq..Tak puas rasanya nak gomol2 Haziq lagi. Tak payah layan sgt jiwa sentimental Mami ni. Ok jom kita layan pic Haziq semenjak dah jadi anak bujang ni..

Gambo ni Mami snap Ahad lepas masa gi shopping kat Mydin USJ. Baru on d way nak naik shopping kat tingkat atas, tetibe lalu kat walkway ni Haziq terus stop & naik kat atas bendealah kapal terbang ni. Adoi anak..dah pandai ye kamu...jumpa mainan terus kaki taknak berganjak..

Disebabkan xde nak rushing2 sgt, Mami layan jela kehendak Haziq nak main. Mami beli token, masukkan dlm slot & bergoyang2 la Haziq dalam plane tu. Bukan main seronok lagi Haziq dok pulas stereng kapal terbang tu. Tengok tu..gaya amatur sebelah tangan je..hihihihi..
Bile mesin ni dah abis 'nyanyi' Haziq stil tak nak turun. Tak puas ye?? Buat keras je bile Mami nak angkat. Ceh!! memang bijak kamu. Tapi Mami dah taknak bagi can (manjakan anak mestila berpada2), terus angkat Haziq keluar sambil pujuk Haziq lenkali main lagi..Untung Haziq jenis yg ok je..Mami angkat keluar pun Haziq tak nangis2..good boy la anak Mami ni..

Habis cerita bab naik 'kapal terbang'. Jom layan lagi crite Haziq yang lain pulak. 
Ni gambo Sabtu lepas. Khusyuk betul Haziq layan zikir lepas azan kat Astro Oasis tu. Tengokla..diam tak terkutik langsung. Mami rasa bertuah sgt sebab kecik2 lagi Haziq dah menunjukkan minatnya dalam bab2 agama ni. Mudah2an Haziq akan menjadi seorang ulama' suatu hari nanti..amin!!

Really proud of u, son!!
Opah selalu puji Haziq budak yang cerdik. Opah cakap, bile kat TV ada keluar promo rancangan keagamaan, cepat2 Haziq berlari dok ngadap TV smpai promo tu habis. Mudah2an Haziq terus kekal dgn minat yang macam ni sampai besar nanti.

Kat rumah Opah Ja masa celebration Cik Ayu punya besday + doa selamat Opah Ja nak pegi umrah 24hb nanti. Haziq dok layan cerita 'Kampung Boy'..Duduk dalam keadaan camtu nampak sangat 'baby boy' Mami ni dah tak baby lagi..(Haziq tetap baby di hati Mami)

Haziq dengan salah satu 'mainan' kegemarannya. Mungkin inilah hasilnya bilamana semasa Mami preggy dulu Mami selalu dedahkan Haziq dengan bunyi vacum ni sehingga menjadikan Haziq bila dah lahir langsung takde rase takut bila dengar bunyi vacum. Siap boleh panjat2 duduk pulak lagi vacum tu. Haziq..Haziq...

Sibuk kan?? Macam ni la gayanya kalo Mami @ Abi dok mengemas rumah time Haziq tak tidur. Kerja yang boleh siap dalam masa 1 jam boleh drag jadi 2 jam disebabkan 'pertolongan' Haziq. Lantak la Haziq oi..asalkan Haziq hepi sudah!!!


shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, March 19, 2013

Mendidik anak-anak.



Mami dapat tips ni di wall fb Mami (terima kasih kpd yang sharing). Panduan yang sangat menarik dan relevan untuk dipraktikkan. Apa yang Mami tau hasil daripada pembacaan & dengar dalam ceramah2 agama, Mami dapat simpulkan spt berikut:-

Umur 0-7 tahun - Kena selalu belai, cium, peluk dan pujuk anak2 dengan penuh kasih sayang. Time ni anak tengah melasak dan sikap ingin tau tu sangat tinggi. Jadi, tugas ibu bapa adalah try to explain apa2 yang anak nak tau dgn gaya bahasa yang anak2 boleh faham. Ibu bapa tak boleh takutkan anak2 dgn 'momok', hantu segala bagai & jangan sesekali tipu anak2. Contohnya, kalau bawak anak pergi kedai, anak mintak gula2, ibu @ bapa taknak belikan gula2 tu. Jadi ibu @ bapa kena bagi alasan yang betul kenapa taknak beli. Bukannya cakap ibu @ bapa takde duit, tapi cakaplah gula2 tu makanan yang tak sihat, banyak pengawet, gigi boleh rosak bla..bla..bla.. Penting untuk ibu bapa mengajar dan memperkenalkan anak2 tentang aurat, solat & alQuran di samping ilmu2 duniawi.

Umur 8-14 tahun - Masa ni kena bertegas dengan anak2. Gunakan rotan jika perlu. Nak pupuk anak2 berdisiplin time ni la. Kalo anak2 buat salah, jangan bagi muka. Kena tegur setiap kesilapan anak2. Tapi mestilah dengan cara yang betul. Tak boleh maki hamun anak2. Rotan anak sekadar memberi pengajaran, bukannya mendera. Yang paling penting anak2 mestilah hormatkan ibu bapa, bukannya 'takut', kerana jika mereka takutkan ibu bapa, mereka akan buat segala perkara yang ibu bapa tak suka bila ibu bapa mereka tiada bersama-sama mereka. Lebih2 lagi semasa peralihan daripada fasa kanak2 ke fasa awal remaja (usia 11-14). Ibu bapa kena selalu pantau aktiviti harian mereka, dengan siapa mereka berkawan, kenal dengan ibu bapa kawan2 mereka. Apa bahan bacaan & tontonan mereka. Ilmu duniawi & ukhrawi mestilah seiiring.

Umur 15-21 tahun - Anak2 sedang melalui fasa remaja. Jika anak buat salah, ibu bapa kena tegur anak2 dengan cara yang berhikmah. Sistem rotan dah tak efektif time2 usia sebegini. Ibu bapa kena 'berkawan' dengan anak2. Ibu bapa kena luangkan masa dengan anak2. Dengar masalah anak2. Saling hormat-menghormati.Contohnya bila anak tamat SPM dan berminat untuk sambung belajar di dalam bidang A, sedangkan si ayah inginkan anaknya belajar di dalam bidang B. Selagimana bidang A itu bukan bidang yang membawa kpd keburukan/kemusnahan kepada anak2, ibu bapa sepatutnya menghormati keputusan anaknya kerana jika ibu bapa tetap bertegas mahukan anaknya belajar dalam jurusan B, dikhuatiri anak akan terasa seperti dipaksa dan tidak bersungguh2 dalam pelajarannya yang akhirnya boleh membawa kepada kegagalan.

shawqunnur.blogspot.com ®

Tukar-tukar hadiah geng TTC

Sesekali dapat hadiah memang best kan?? Mami & grup wassup geng TTC Desperate Housewife akhirnya berjaya buat aktiviti tukar2 hadiah ni. Temanya hiasan meja di ofis dengan nilai barang tak kurang daripada RM20.
 Ni la prezen yang Mami dapat. Cute kan?? daripada Diana @ DD..Mami suke sangat, especially bekas pen tu. Colour sgt menarik & menepati citarasa Mami.
Alamat pengirim 'Misteri'. Tapi tak la misteri sgt pun..wakakakkakak...sebab rupa2nya penerima hadiah Mami adalah orang yang sama yang kirim hadiah kat Mami. Tak tau la coincident atau memang camtu caranya. Tapi setau Mami, masa dok bincang2 dulu, sistem tukar2 hadiah ni based on undian..hmmmm..ntah la. Mami pun malas nak tanya..hihihihi.. Yang penting, Mami hepi & penerima hadiah Mami jugak hepi.


shawqunnur.blogspot.com ®

Air tangan Mami#13


Sup Salmon
(9bulan ++)
Bahan-bahan:
1 potong ikan salmon
Sedikit bawang besar (mayang halus)
2-3 ulas bawang putih (mayang halus)
1-2cm halia (diketuk)
Kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang (serba sedikit)
1-2 sudu besar Minyak masak
Air secukupnya
1 ketul homemade stok ikan bilis (ikan bilis yang telah dibersihkan direndam 10-15 minit, bilas & rebus (air secukupnya) sehingga mendidih. Kisar halus & boleh dibekukan dalam ice tray) 
2-3 inci Lobak merah
2-3 inci batang leek
3-4 kuntum bunga kubis
1 keping asam keping

Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga terbit bau.
  2. Masukkan air, ikan, sayur-sayuran dan asam keping, renihkan 5-10 minit.
  3. Masukkan stok ikan bilis, perlahankan api, renih sehingga 2-3 minit. Siap untuk dihidangkan.
shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, March 15, 2013

Air tangan Mami#12


Sup Sayur Tumis
(8bulan ++)

Bahan-bahan:
1 inci lobak merah
3-5 kuntum bunga kubis
1/2 batang leek
sedikit bawang besar/Holand cincang
1 ulas bawang puti cincang
1-2 sudu besar Minyak masak
1/2 cawan isi ayam (potong dadu)
Air secukupnya

Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kedua2 jenis bawang hingga kekuningan.
  2. Masukkan air, sayur2an & ayam. Renihkan sehingga sayur lembut.
  3. Siap untuk dihidangkan.


shawqunnur.blogspot.com ®

Aturan Allah itu sangat cantik

13.3.2013 hari ke3 Mami membonceng Abi naik motor untuk pergi kerja sebab kereta Mami masih lagi di bengkel. Kira-kira dalam pukul 4ptg, guruh mula berdentum-dentam menandakan hujan akan turun dengan lebatnya petang tu. Memang betul pun, bumi Klang tempat Mami mencari rezeki dibasahi hujan yang sangat lebat semasa azan Asar sedang berkumandang. Mami dah sedikit cuak. Almaklumla..nak balik rumah nanti kan nak naik motor. Mami start contact Abi.  Mami tanya Abi keadaan cuaca kat area ofis Abi. Abi cakap langit dah mendung. Abi tanya macam mana nak balik nanti? Mami bagitau  kalau terpaksa redah hujan lebat pon takpe, Mami sanggup sebab kesiankan Haziq terpaksa tunggu Mami lama sangat untuk jemput bawak balik rumah daripada rumah nenek babysitter. Kemudian, Mami tanya Abi lagi bila kereta boleh siap? Menurut Abi, kereta akan siap sepenuhnya & boleh diambil esoknya. Ohhh...Mami terpaksa redha. Jam 5.15pm Mami mula bersiap solat Asar & pam susu kesayangan Mami bungkus elok2 dalam beg plastik & letak dalam beg sandang. Persediaan sekiranya terpaksa meredah hujan, pam Mami akan selamat tak basah.

Cukup time, Mami pun keluar dari ofis. Abi dah sms bagitau dah sampai untuk jemput Mami balik. Mami jenguk2 tengok kat parking depan ofis Mami. Emmm..tak nampak pulak bayang motor Abi. Dalam hati dah ngomel.."Abi ni suka sangat cakap dah sampai, tapi still on the way". Tiba2 Mami nampak Vios kesayangan Mami meluncur dari tempat parking menuju ke tempat Mami berdiri. Mami senyum lebar sampai telinga sebab Vios Mami dah 'pulang kepangkuan' Mami. Rupa2nya Abi sengaja cakap camtu sebab nak surprise Mami (Eiiii..Abi memang suka menyakat Mami macam tu!!! Tadi confiden je cakap kereta tak siap lagi, rupa2nya.......eeeiiiii)
Perkara pertama yang Mami buat lepas Abi stop kereta depan Mami ialah terus tengok bumper Vios Mami yang 'tercedera' sebelum ni. Oh...dah ok. Cantik macam baru. Mami puas hati. So, perjalanan balik ke rumah petang tu dengan kereta. Motor oren Abi tinggalkan di ofis.

Mami syukur sangat2 sebab Allah takdirkan kereta Mami siap dan boleh digunakan petang itu kerana rupa2nya hujan yang sangat lebat mengiringi perjalanan kami. Laluan jalan untuk masuk ke kawasan taman perumahan kami juga dah dipenuhi air. Termasuk juga lorong di depan rumah kami turut dinaiki air. Ohhh..sangat cantik aturan Allah itu. Bayangkanlah jika Mami & Abi terpaksa balik petang itu dengan menunggang motor. Mungkin sehingga waktu Maghrib pon kami belum sampai rumah lagi sebab terpaksa berhenti di tepi jalan berteduh daripada hujan lebat dan mungkin juga kami tersangkut di dalam banjir. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu akbar!!!



shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, March 14, 2013

Air tangan Mami#11

Bubur Lemak
(8bulan ++)
(bubur untuk orang sakit)


Bahan-bahan:
Segenggam beras putih/perang/merah
Air secukupnya
Santan pekat/parutan keju (lagi banyak lagi sedap)

Cara penyediaan:
  1. Basuh beras, rendam dalam air perahan lemon/vinegar apple cider 6-8 jam, toskan. (Merendam bijirin adalah sangat baik untuk membantu tubuh menyerap nutrien pada tahap yang maksima. Boleh klik di sini untuk keterangan lanjut)
  2. Masukkan beras dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga beras 'pecah perut'. 
  3. Masukkan santan pekat/keju, masak selama 2-3 minit.
  4. Siap untuk dihidangkan.
shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, March 13, 2013

Hanya kami

Gara-gara Abi terpaksa outstation & Mami nak jugak memenuhi jemputan Pakngah yang nak kawenkan anaknya, maka pada 8.3.2013 yang lepas, Mami & Haziq untuk kali pertama balik kampung tanpa Abi. Kami berdua tumpang kereta Mami Yang yang dipandu oleh Pakcik Amin. Perjalanan kami bermula selepas Isyak dari Shah Alam. Sepanjang perjalanan, Alhamdulillah Haziq tak banyak ragam. Tido aje. Cuma bila singgah kat RnR Rawang, baru Haziq terjaga. Tapi bila memulakan balik perjalanan, Haziq kembali lena sampai la ke kampung.Syukur, kami sampai dengan selamat.

Esoknya Mami, Haziq, Opah, Tokwan, Pakcik Amin, Mami Yang & Kakyong Balqis beramai2 dalam 1 kereta pegi kenduri kat Simpang Pulai. Macam sardin le jugak jadinya SagaBLM Mami Yang dengan kami2 yang bersaiz L-XXL ni..tapi nak buat camne..dah itu je kereta yang ada. Sepanjang perjalanan, Haziq ok aje. Yelah..seronok dapat berjalan2 kan..hihiihihi..

Sampai aje kat rumah pengantin, kami terus lepak2 kat dalam rumah je. Kebetulan ada pulak keluarga Maklong Jariah (kakak Tokwan), berborak sakan la kami. Haziq macam biasa la..orang mesra alam senang dapat kawan. Even jarang2 berjumpa dengan cucu2 Maklong a.k.a 2pupu Haziq, tapi Haziq slumber je boleh main2 bergelak ketawa dengan diorang. Macam dah lama kenal je..hihihihi..Haziq Haziq..

Lama jugak la kami dok lepak kat sana, siap Haziq & Balqis mandi & tukar baju la. Yela..alang2 dah sampai tengahari kan, Opah cakap, elok la tunggu pengantin sampai.. Tapi yang kesiannya Tokwan la..Nak borak2 ngan Pakngah Mat pun, dia sibuk dok layan tetamu. Paham2 jela..tuan rumah... Sudahnya Tokwan lepak sorang2 kat bawah pokok je. Tapi ada jugak la orang2 yang Tokwan kenal, boleh bawak bersembang. Kalo ada Abi, mesti Tokwan lagi rancak..hihihihi. Pukul 1.30 camtu baru pengantin sampai. Mami sempat la jugak snap gambar pengantin nak tepek dalam blog ni. Lepas tu kami terus balik la. Sampai rumah dah asar. Ingat nak la ziarah Nyang, tapi hujan lebat pulak.

Ini la pengantinnye..cousin Mami yang kawen tu namanya Aini, sebaya Pakcik Amin. Bertemu jodohnya dengan Mokhtar, orang Felda Besout.. Mami tak sempat pon nak beramah mesra dengan pengantin sebab dah tengahari sangat. Nanti la..bila2 balik kampung nanti boleh ajak Opah & Tokwan datang ziarah diorang lagi.

Haziq kat kampung sangat la ceria. Susah nak dengar Haziq merengek2 nangis. Yang kesiannya Kakyong Balqis, daripada dalam perjalanan nak balik kampung, sampai la nak balik ke sini, merengek aje. Dah tu, taknak kat orang lain pulak. Sian Balqis, tak sihat, batuk2, muntah2 & sakit gusi sebab nak tumbuh gigi. Maminye pulak tersilap bawak balik ubat. Pulak tu main hantam aje bagi makan minum kat anak. Ais la, keropok la..aiiyooo...kesian kat anak sedara Mami sorang ni..



shawqunnur.blogspot.com ®