Friday, March 29, 2013

Air tangan Mami#16

Labu sangat kaya dengan beta karotena yang amat baik untuk kesihatan mata. Malangnya ramai ibu2 yang tak berani untuk beri baby mereka makan labu sebab dipercayai labu boleh mengakibatkan baby kembung perut. Namun begitu, jika betul cara masakan, Mami jamin seseorang itu boleh makan labu tanpa risiko kembung perut, Insya Allah. Caranya, masaklah labu dengan sedikit potongan halia kerana halia adalah sejenis herba yang membantu mengelakkan masalah angin. Jom cuba masak resepi mudah ni.

Sayur Lemak Labu & Tofu
(7bulan++)

Bahan-bahan:
1 potong labu masak
Sedikit bawang besar (mayang halus)
1-2 ulas bawang putih (mayang halus)
1 inci halia (ketuk)
Sedikit ikan bilis (rendam & tumbuk)
1/2 ketul tofu lembut
1-2 dua sudu minyak masak
Air secukupnya
1 helai Daun kunyit (carik-carikkan)

Cara Penyediaan:
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan air, labu, halia, daun kunyit dan ikan bilis. Masak sehingga labu lembut.
  2. Masukkan tofu lembut, biarkan merenih seketika & sedia untuk dimakan.
p/s: Ikan bilis (jika dlm kuantiti yang banyak) yang ditumbuk bila dicampurkan dengan air akan menyebabkan air itu bertukar menjadi sedikit keruh. 

 

Mami selalu guna tofu lembut brand ni untuk Haziq.

shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.