Seperti yang dijanjikan, petang semalam Mami & Abi ber'blind date' dengan Akak & Suaminya. Mami punchcard out awal 1 jam sebab Abi dah berjanji untuk berjumpa dengan diorang pada pukul 5 ptg.
Jadi tepat pada waktunya, kami pun berjumpa di area Masjid Negeri. Suami Akak tu nampak ok je..(ye la..yang salahnye kan wife dia, bukan Mami). Lepas dok belek2 kecacatan Vios Mami, Abi bagi Suami Akak tu 2 pilihan:-
1) Abi akan hantar kereta ke mana2 pomen & diorang akan setel sendiri berapa saja kosnya.
2) Sama-sama pergi buat report polis & insurans akan cover kos untuk baiki kerosakan.
Suami Akak tu prefer untuk selesaikan sendiri sahaja dan Mami sangat bersyukur kerana option yang pertama tu pada pendapat Mami satu jalan yang paling mudah & cepat.
Petang itu juga Abi bawak kami semua ke bengkel kawannya untuk di'estimate' berapa kos untuk memperbaiki kerosakan Vios Mami. Insya Allah..lusa (Sabtu) Vios Mami akan 'admitted ward' dan untuk beberapa hari selepas itu, Mami & Abi terpaksa merempit untuk pergi kerja. Sekian
NotaKaki: Malang itu tidak berbau. Bilamana kita selalu berhati-hati, tetapi ada pulak orang lain yang kurang waspada, akhirnya berlakulah seperti yang terjadi pada Mami..Alhamdulillah, mujur Mami tak apa2 & mujur jugak Mami tak termelatah sewaktu kejadian tu. Kalau tak...huish..tak mau cakap la....
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.