Si Bujang Mami & Abi makin hari makin bijak. Ada saja akalnya. Vocab pon makin hari makin bertambah. Diusia 14 bulan, Haziq semakin menampakkan kematangannya. (maklumla..kan Haziq lahirnya awal tahun..cepat tua kot..hihihi) Dari segi fizikal, Haziq nampaknya seorang yang kurus tinggi. Jika melihat ketinggiannya, ramai org yang akan menyangka Haziq sudah pun berusia 1stgh- 2 tahun. Ditambah lagi dengan giginya yang hampir penuh, kelasakan berlari, keletahnya yg friendly & mulut yang pot pet pot pet..menyebabkan ramai yang tak percaya Haziq baru berusia 14bulan...ohh..Mami bersyukur walaupun dalam hati sebenarnya rasa sayu je sebab tak sangka Mami dah ada anak yang sebegini besarnya. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru semalam Mami bersalinkan Haziq..Tak puas rasanya nak gomol2 Haziq lagi. Tak payah layan sgt jiwa sentimental Mami ni. Ok jom kita layan pic Haziq semenjak dah jadi anak bujang ni..
Gambo ni Mami snap Ahad lepas masa gi shopping kat Mydin USJ. Baru on d way nak naik shopping kat tingkat atas, tetibe lalu kat walkway ni Haziq terus stop & naik kat atas bendealah kapal terbang ni. Adoi anak..dah pandai ye kamu...jumpa mainan terus kaki taknak berganjak..
Disebabkan xde nak rushing2 sgt, Mami layan jela kehendak Haziq nak main. Mami beli token, masukkan dlm slot & bergoyang2 la Haziq dalam plane tu. Bukan main seronok lagi Haziq dok pulas stereng kapal terbang tu. Tengok tu..gaya amatur sebelah tangan je..hihihihi..
Bile mesin ni dah abis 'nyanyi' Haziq stil tak nak turun. Tak puas ye?? Buat keras je bile Mami nak angkat. Ceh!! memang bijak kamu. Tapi Mami dah taknak bagi can (manjakan anak mestila berpada2), terus angkat Haziq keluar sambil pujuk Haziq lenkali main lagi..Untung Haziq jenis yg ok je..Mami angkat keluar pun Haziq tak nangis2..good boy la anak Mami ni..
Habis cerita bab naik 'kapal terbang'. Jom layan lagi crite Haziq yang lain pulak.
Ni gambo Sabtu lepas. Khusyuk betul Haziq layan zikir lepas azan kat Astro Oasis tu. Tengokla..diam tak terkutik langsung. Mami rasa bertuah sgt sebab kecik2 lagi Haziq dah menunjukkan minatnya dalam bab2 agama ni. Mudah2an Haziq akan menjadi seorang ulama' suatu hari nanti..amin!!
Really proud of u, son!!
Opah selalu puji Haziq budak yang cerdik. Opah cakap, bile kat TV ada keluar promo rancangan keagamaan, cepat2 Haziq berlari dok ngadap TV smpai promo tu habis. Mudah2an Haziq terus kekal dgn minat yang macam ni sampai besar nanti.
Opah selalu puji Haziq budak yang cerdik. Opah cakap, bile kat TV ada keluar promo rancangan keagamaan, cepat2 Haziq berlari dok ngadap TV smpai promo tu habis. Mudah2an Haziq terus kekal dgn minat yang macam ni sampai besar nanti.
Kat rumah Opah Ja masa celebration Cik Ayu punya besday + doa selamat Opah Ja nak pegi umrah 24hb nanti. Haziq dok layan cerita 'Kampung Boy'..Duduk dalam keadaan camtu nampak sangat 'baby boy' Mami ni dah tak baby lagi..(Haziq tetap baby di hati Mami)
Haziq dengan salah satu 'mainan' kegemarannya. Mungkin inilah hasilnya bilamana semasa Mami preggy dulu Mami selalu dedahkan Haziq dengan bunyi vacum ni sehingga menjadikan Haziq bila dah lahir langsung takde rase takut bila dengar bunyi vacum. Siap boleh panjat2 duduk pulak lagi vacum tu. Haziq..Haziq...
Sibuk kan?? Macam ni la gayanya kalo Mami @ Abi dok mengemas rumah time Haziq tak tidur. Kerja yang boleh siap dalam masa 1 jam boleh drag jadi 2 jam disebabkan 'pertolongan' Haziq. Lantak la Haziq oi..asalkan Haziq hepi sudah!!!
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.