Sup Salmon
(9bulan ++)
Bahan-bahan:
1 potong ikan salmon
Sedikit bawang besar (mayang halus)
2-3 ulas bawang putih (mayang halus)
1-2cm halia (diketuk)
Kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang (serba sedikit)
1-2 sudu besar Minyak masak
Air secukupnya
1 ketul homemade stok ikan bilis (ikan bilis yang telah dibersihkan direndam 10-15 minit, bilas & rebus (air secukupnya) sehingga mendidih. Kisar halus & boleh dibekukan dalam ice tray)
2-3 inci Lobak merah
2-3 inci batang leek
3-4 kuntum bunga kubis
1 keping asam keping
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga terbit bau.
- Masukkan air, ikan, sayur-sayuran dan asam keping, renihkan 5-10 minit.
- Masukkan stok ikan bilis, perlahankan api, renih sehingga 2-3 minit. Siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.