Tuesday, March 26, 2013

Haziq dah kerja la..

Sabtu lepas adalah hari bekerja bagi ofis Mami. Awal2nye Abi dah setuju untuk babysit Haziq kat rumah sementara Mami di ofis. Tapi tiba2 pulak Abi inform Abah (Atok Haziq) ajak Abi pegi kenduri kawen di Shah Alam. Erk..pegi kenduri? Kat kenduri dah tentu2nya ada makanan macam2. Ohh...bawak Haziq pulak tu. Tanpa Mami ikut sekali. Oh no!!! Kebarangkalian Haziq akan disuap dengan makanan2 yang tak sepatutnya oleh mereka2 yang suka memandai2 adalah sangat tinggi. Mami tak sanggup untuk tinggalkan Haziq dengan Abi sebab Mami kenal siapa Abi. Mami bukannya nak menyombong, jauh sekali nak berbangga2, tapi Mami terpaksa menjadi seorang yang cerewet & extra protective demi kesihatan anak Mami. Solution terbaik is Haziq have to follow Mami. So, buat kali kedua Mami drive kereta berdua dengan hanya Haziq di sebelah.

Seawal jam 8 pagi Mami dah keluar rumah sebab Mami takut 'apa2 terjadi' semasa tengah drive. Alhamdulillah Haziq ok walaupun sempat duduk dengan tertib & sopan dalam baby carseat cuma 15minit pertama. Biasa la Haziq..asal tak nangis Mami dah syukur. Mami jadi orang pertama yang sampai di ofis hari tu. Malangnya kami terpaksa menunggu agak lama di dalam kereta sebab ofis masih belum dibuka. Tak kisahlah..janji haziq tak meragam.

Kat ofis Mami, Haziq ok ok aje. Friendly dengan semua orang. Tapi Mami prefer Haziq berkurung dgn Mami je kat dalam bilik sebab taknak Haziq ganggu staff lain buat kerja. Nak tau apa aktiviti Haziq? Jom tengok...





Hahhahaha..bersepah2 bilik Mami hasil 'kerja' Haziq. 'Khazanah' Mami dalam kabinet semua Haziq keluarkan buat main. Sambil main sambil makan. Mami menulis, Haziq nak menulis jugak. Mami bagi pen & kertas, tapi Haziq bukan conteng kertas je, tangan, pipi, kaki semuanya berconteng. Mami tekan keyboard computer, Haziq pun nak menaip jugak. Nasib baik ada keyboard lama, Mami bagi Haziq main. Sepanjang 4 jam kat ofis Mami Haziq pandai bawak diri, cuma masa minit2 terakhir je Haziq mula menangis sebab dah mengantuk. So far, len kali Mami boleh bawak Haziq lagi...yeay!! 
shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.