Kesinambungan daripada entry lepas, tentang Haziq demam pulak, rupa2nya 'kuman' demam Haziq buat 'counter attack'!! Hari Jumaat malam bergelak ketawa main dengan meriah kat rumah Atok Yusman, esok paginya Haziq jadi 'lemau'. Alahai..demam lagi sikecik Mami ni.. Mami plan taknak bagi Haziq ubat macam sebelum ni. Tapi akhirnya Mami terpaksa jugak mengalah bagi Haziq ubat bila suhu badan Haziq keep increasing from time to time sampai mencecah 39˚C++
Kesian anak Mami..makan taknak, susu pon taknak. Mami tutup badan Haziq dengan bantal sebab Mami tak tahan tengok badan Haziq yang semakin kurang isi tu, tersembul2 nampak tulang..sedih sangat. Macam2 Mami masak untuk Haziq tiap2 hari. Nenek pon cakap Haziq makan berselera je. Tapi mana perginya lemak2 & isi??? Mami sangta sedih & sangat stress bila orang dok komplen Haziq kurus!!
Lalok lepas makan ubat batuk selsema. Mami suap bubur nasik, Haziq nak makan, tapi dalam keadaan mata tertutup. Agaknya lapar sangat, tapi dalam masa yang sama tak boleh nak bukak mata..Mami takkan bagi lagi Haziq ubat tu..
Hati ibu mana yang tak sedih tengok keadaan anak macam ni?? Jelas nampak tulang rangkanya tersembul. Sian Haziq..baru aje nampak badan naik berisi, demam 3 hari, ketara sangat susutnye badan Haziq.
Konon2nya nak umpan Haziq mamam sambil main air, tapi tak jadi nampak gayanya. Takmo makan, seronok main bubble je.
Sampai sejuk menggigil2 baru stop..hehheheheh..Ape2 aje la anak..asalkan kamu sihat!!
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.