Gara-gara Abi terpaksa outstation & Mami nak jugak memenuhi jemputan Pakngah yang nak kawenkan anaknya, maka pada 8.3.2013 yang lepas, Mami & Haziq untuk kali pertama balik kampung tanpa Abi. Kami berdua tumpang kereta Mami Yang yang dipandu oleh Pakcik Amin. Perjalanan kami bermula selepas Isyak dari Shah Alam. Sepanjang perjalanan, Alhamdulillah Haziq tak banyak ragam. Tido aje. Cuma bila singgah kat RnR Rawang, baru Haziq terjaga. Tapi bila memulakan balik perjalanan, Haziq kembali lena sampai la ke kampung.Syukur, kami sampai dengan selamat.
Esoknya Mami, Haziq, Opah, Tokwan, Pakcik Amin, Mami Yang & Kakyong Balqis beramai2 dalam 1 kereta pegi kenduri kat Simpang Pulai. Macam sardin le jugak jadinya SagaBLM Mami Yang dengan kami2 yang bersaiz L-XXL ni..tapi nak buat camne..dah itu je kereta yang ada. Sepanjang perjalanan, Haziq ok aje. Yelah..seronok dapat berjalan2 kan..hihiihihi..
Sampai aje kat rumah pengantin, kami terus lepak2 kat dalam rumah je. Kebetulan ada pulak keluarga Maklong Jariah (kakak Tokwan), berborak sakan la kami. Haziq macam biasa la..orang mesra alam senang dapat kawan. Even jarang2 berjumpa dengan cucu2 Maklong a.k.a 2pupu Haziq, tapi Haziq slumber je boleh main2 bergelak ketawa dengan diorang. Macam dah lama kenal je..hihihihi..Haziq Haziq..
Lama jugak la kami dok lepak kat sana, siap Haziq & Balqis mandi & tukar baju la. Yela..alang2 dah sampai tengahari kan, Opah cakap, elok la tunggu pengantin sampai.. Tapi yang kesiannya Tokwan la..Nak borak2 ngan Pakngah Mat pun, dia sibuk dok layan tetamu. Paham2 jela..tuan rumah... Sudahnya Tokwan lepak sorang2 kat bawah pokok je. Tapi ada jugak la orang2 yang Tokwan kenal, boleh bawak bersembang. Kalo ada Abi, mesti Tokwan lagi rancak..hihihihi. Pukul 1.30 camtu baru pengantin sampai. Mami sempat la jugak snap gambar pengantin nak tepek dalam blog ni. Lepas tu kami terus balik la. Sampai rumah dah asar. Ingat nak la ziarah Nyang, tapi hujan lebat pulak.
Ini la pengantinnye..cousin Mami yang kawen tu namanya Aini, sebaya Pakcik Amin. Bertemu jodohnya dengan Mokhtar, orang Felda Besout.. Mami tak sempat pon nak beramah mesra dengan pengantin sebab dah tengahari sangat. Nanti la..bila2 balik kampung nanti boleh ajak Opah & Tokwan datang ziarah diorang lagi.
Haziq kat kampung sangat la ceria. Susah nak dengar Haziq merengek2 nangis. Yang kesiannya Kakyong Balqis, daripada dalam perjalanan nak balik kampung, sampai la nak balik ke sini, merengek aje. Dah tu, taknak kat orang lain pulak. Sian Balqis, tak sihat, batuk2, muntah2 & sakit gusi sebab nak tumbuh gigi. Maminye pulak tersilap bawak balik ubat. Pulak tu main hantam aje bagi makan minum kat anak. Ais la, keropok la..aiiyooo...kesian kat anak sedara Mami sorang ni..
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.