13.3.2013 hari ke3 Mami membonceng Abi naik motor untuk pergi kerja sebab kereta Mami masih lagi di bengkel. Kira-kira dalam pukul 4ptg, guruh mula berdentum-dentam menandakan hujan akan turun dengan lebatnya petang tu. Memang betul pun, bumi Klang tempat Mami mencari rezeki dibasahi hujan yang sangat lebat semasa azan Asar sedang berkumandang. Mami dah sedikit cuak. Almaklumla..nak balik rumah nanti kan nak naik motor. Mami start contact Abi. Mami tanya Abi keadaan cuaca kat area ofis Abi. Abi cakap langit dah mendung. Abi tanya macam mana nak balik nanti? Mami bagitau kalau terpaksa redah hujan lebat pon takpe, Mami sanggup sebab kesiankan Haziq terpaksa tunggu Mami lama sangat untuk jemput bawak balik rumah daripada rumah nenek babysitter. Kemudian, Mami tanya Abi lagi bila kereta boleh siap? Menurut Abi, kereta akan siap sepenuhnya & boleh diambil esoknya. Ohhh...Mami terpaksa redha. Jam 5.15pm Mami mula bersiap solat Asar & pam susu kesayangan Mami bungkus elok2 dalam beg plastik & letak dalam beg sandang. Persediaan sekiranya terpaksa meredah hujan, pam Mami akan selamat tak basah.
Cukup time, Mami pun keluar dari ofis. Abi dah sms bagitau dah sampai untuk jemput Mami balik. Mami jenguk2 tengok kat parking depan ofis Mami. Emmm..tak nampak pulak bayang motor Abi. Dalam hati dah ngomel.."Abi ni suka sangat cakap dah sampai, tapi still on the way". Tiba2 Mami nampak Vios kesayangan Mami meluncur dari tempat parking menuju ke tempat Mami berdiri. Mami senyum lebar sampai telinga sebab Vios Mami dah 'pulang kepangkuan' Mami. Rupa2nya Abi sengaja cakap camtu sebab nak surprise Mami (Eiiii..Abi memang suka menyakat Mami macam tu!!! Tadi confiden je cakap kereta tak siap lagi, rupa2nya.......eeeiiiii)
Perkara pertama yang Mami buat lepas Abi stop kereta depan Mami ialah terus tengok bumper Vios Mami yang 'tercedera' sebelum ni. Oh...dah ok. Cantik macam baru. Mami puas hati. So, perjalanan balik ke rumah petang tu dengan kereta. Motor oren Abi tinggalkan di ofis.
Mami syukur sangat2 sebab Allah takdirkan kereta Mami siap dan boleh digunakan petang itu kerana rupa2nya hujan yang sangat lebat mengiringi perjalanan kami. Laluan jalan untuk masuk ke kawasan taman perumahan kami juga dah dipenuhi air. Termasuk juga lorong di depan rumah kami turut dinaiki air. Ohhh..sangat cantik aturan Allah itu. Bayangkanlah jika Mami & Abi terpaksa balik petang itu dengan menunggang motor. Mungkin sehingga waktu Maghrib pon kami belum sampai rumah lagi sebab terpaksa berhenti di tepi jalan berteduh daripada hujan lebat dan mungkin juga kami tersangkut di dalam banjir. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu akbar!!!
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.