Mami dapat tips ni di wall fb Mami (terima kasih kpd yang sharing). Panduan yang sangat menarik dan relevan untuk dipraktikkan. Apa yang Mami tau hasil daripada pembacaan & dengar dalam ceramah2 agama, Mami dapat simpulkan spt berikut:-
Umur 0-7 tahun - Kena selalu belai, cium, peluk dan pujuk anak2 dengan penuh kasih sayang. Time ni anak tengah melasak dan sikap ingin tau tu sangat tinggi. Jadi, tugas ibu bapa adalah try to explain apa2 yang anak nak tau dgn gaya bahasa yang anak2 boleh faham. Ibu bapa tak boleh takutkan anak2 dgn 'momok', hantu segala bagai & jangan sesekali tipu anak2. Contohnya, kalau bawak anak pergi kedai, anak mintak gula2, ibu @ bapa taknak belikan gula2 tu. Jadi ibu @ bapa kena bagi alasan yang betul kenapa taknak beli. Bukannya cakap ibu @ bapa takde duit, tapi cakaplah gula2 tu makanan yang tak sihat, banyak pengawet, gigi boleh rosak bla..bla..bla.. Penting untuk ibu bapa mengajar dan memperkenalkan anak2 tentang aurat, solat & alQuran di samping ilmu2 duniawi.
Umur 8-14 tahun - Masa ni kena bertegas dengan anak2. Gunakan rotan jika perlu. Nak pupuk anak2 berdisiplin time ni la. Kalo anak2 buat salah, jangan bagi muka. Kena tegur setiap kesilapan anak2. Tapi mestilah dengan cara yang betul. Tak boleh maki hamun anak2. Rotan anak sekadar memberi pengajaran, bukannya mendera. Yang paling penting anak2 mestilah hormatkan ibu bapa, bukannya 'takut', kerana jika mereka takutkan ibu bapa, mereka akan buat segala perkara yang ibu bapa tak suka bila ibu bapa mereka tiada bersama-sama mereka. Lebih2 lagi semasa peralihan daripada fasa kanak2 ke fasa awal remaja (usia 11-14). Ibu bapa kena selalu pantau aktiviti harian mereka, dengan siapa mereka berkawan, kenal dengan ibu bapa kawan2 mereka. Apa bahan bacaan & tontonan mereka. Ilmu duniawi & ukhrawi mestilah seiiring.
Umur 15-21 tahun - Anak2 sedang melalui fasa remaja. Jika anak buat salah, ibu bapa kena tegur anak2 dengan cara yang berhikmah. Sistem rotan dah tak efektif time2 usia sebegini. Ibu bapa kena 'berkawan' dengan anak2. Ibu bapa kena luangkan masa dengan anak2. Dengar masalah anak2. Saling hormat-menghormati.Contohnya bila anak tamat SPM dan berminat untuk sambung belajar di dalam bidang A, sedangkan si ayah inginkan anaknya belajar di dalam bidang B. Selagimana bidang A itu bukan bidang yang membawa kpd keburukan/kemusnahan kepada anak2, ibu bapa sepatutnya menghormati keputusan anaknya kerana jika ibu bapa tetap bertegas mahukan anaknya belajar dalam jurusan B, dikhuatiri anak akan terasa seperti dipaksa dan tidak bersungguh2 dalam pelajarannya yang akhirnya boleh membawa kepada kegagalan.
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.