Sunday, June 23, 2013

Air tangan Mami#36


Ikan tenggiri Asam Rebus
(15bulan ++)
Bahan-bahan:-
1 keping isi ikan tenggiri
Sedikit bawang besar (mayang)
1 keping asam gelugur
1 batang serai (ketuk)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Air secukupnya
1/2 biji Timun tua

Cara Penyediaan:-
  1. Satukan bawang, serbuk kunyit, air & serai dalam periuk. Renihkan sehingga mendidih.
  2. Masukkan ikan, asam gelugur dan timun tua. Rebus sehingga timun lembut.
  3. Tutup api, buangkan asam gelugur dan siap.  



Nasi Goreng Ikan Jimat
(10bulan ++)

Bahan-bahan:-
1 mangkuk nasi
1 ekor ikan kembung/selar (siap digoreng)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit unsalted butter
Sayur2an (kubis/carrot/kacang panjang etc)

Cara Penyediaan:-
  1. Perisi ikan (buang semua tulang), hancurkan (kasar2) & ketepikan.
  2. Panaskan unsalted butter, tumis bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan sayur2an (jenis yang keras). Goreng sehingga agak layu mengikut kesesuaian anak.
  4. Masukkan nasi, sayuran (jenis yang mudah layu) dan isi ikan. Gaul rata dan goreng selama 2 3 minit lagi.
  5. Tutup api dan siap.
Beginilah bekalan makanan untuk Haziq yang Mami siapkan setiap pagi sebelum Mami pergi kerja. Mesti lengkap dengan breakfast, lunch, tea time & dinner.

shawqunnur.blogspot.com ®

Saturday, June 22, 2013

Air tangan Mami#35


Crispy Beef Nugget
(14 bulan ++)
Bahan-bahan:-
1 cawan daging lembu (kisar)
4 - 5 sudu besar tepung Atta
1 biji telur Gred A
1 sudu teh serbuk lada sulah asli
1/4 cawan lobak merah (cincang)
1 mangkuk Instant oat
Minyak untk menggoreng (deep fry)

Cara Penyediaan:-
  1. Satukan daging, tepung Atta, serbuk lada sulah dan lobak merah. Gaul rata.
  2. Bentukkan mengikut kemahuan (jangan terlalu tebal & tidak terlalu nipis).
  3. Celup nugget di dalam telur, lapiskan dengan oat & goreng.
P/s: Jika ingin buat frozen nugget, goreng dulu nugget 1-2 minit sebelum sejukkan dan simpan di dalam peti ais beku.

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, June 21, 2013

Air tangan Mami#34


Sup Tofu Lembut Sayuran
(9 bulan ++)
Bahan-bahan:
1 pek Tofu lembut
Sedikit bawang besar (mayang kasar)
2-3 ulas bawang putih (mayang halus/cincang)
1-2cm halia
1 sudu besar stok ikan bilis (homemade)
1-2 sudu minyak masak (Mami prefer corn oil)
Air secukupnya
Sayur2an seperti tomato, baby corn, carrot, seleri & daun bawang

Cara Penyediaan:-
  1. Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan pati ikan bilis, halia yang diketuk, air dan sayur2an yang agak keras seperti carrot, seleri dan baby corn. Rebus sehingga sayuran sedikit lembut.
  2. Masukkan bawang besar dan tofu. Renihkan sehingga 2-3 minit. 
  3. Masukkan daun bawang, tutup api dab sedia untuk dihidang bersama nasi atau boleh dimakan begitu sahaja. 
shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, June 19, 2013

Kisah 1 tahun 6 bulan penyusuan.

Menyorot kembali kenangan semasa mengandungkan Haziq dan di awal2 kelahirannya, terus terang Mami katakan Mami kurang ilmu tentang penyusuan. Dengan faktor ini jugaklah Mami hanya sekadar menjayakan complimentary breastfeeding (susu ibu campur formula). Mami terlalu mengambil mudah tentang penyusuan susu ibu ini kerana melihat pengalaman kakak ipar, adik mami sendiri & rakan sepejabat yang berjaya menyusukan anak mereka tanpa gajet penyusuan yang lengkap. Walhal kondisi setiap individu itu amatlah berbeza dan untuk Mami, gajet penyusuan seperti breast pump yang sesuai amat2lah diperlukan sejak awal2 lagi. 

Mami selalu menganggap Mami akan bersalin secara normal, anak akan sentiasa bersama Mami selepas dilahirkan, Mami akan terus pandai menyusukan anak sebaik sahaja melahirkan & Mami boleh buat stok susu semasa berpantang hanya dengan memerah susu menggunakan tangan. Malangnya semua yang Mami fikirkan ini langsung tak berlaku. Itulah kesilapan pertama yang merupakan kesilapan paling besar yang Mami telah buat yang akhirnya menjurus kepada kegagalan Mami memperjuangkan penyusuan susu ibu secara eksklusif (100% susu ibu tanpa campuran susu formula atau hatta air masak).  

Mami bersalin secara pembedahan, anak Mami mengalami komplikasi Hypoglycemia (kekurangan gula dalam darah yang boleh menyebabkan kemerosotan fungsi (neuroglycopenia) yang boleh membawa kepada kesan yang lebih serius seperti sawan, tidak sedarkan diri, dan mungkin juga kerosakan otak atau kematian..wanauzubillah). Mami tak boleh rooming in dengan anak selepas melahirkan sebab anak perlukan rawatan segera di wad kanak2. Mami berhadapan dengan masalah inverted nipple yang menyebabkan Haziq susah nak melekap (latch) & memandangkan Haziq tak pandai melekap, Mami terpaksa memerah susu & bagi kepada Haziq melalui botol yang akhirnya menjurus kepada masalah nipple confuse yang secara tak langsung menyumbang kepada kegagalan Mami untuk mengumpul stok kerana hasil perahan menggunakan tangan (Mami tak mahir sebenarnya memerah menggunakan tangan) tidaklah sebanyak mana malah hanya cukup2 untuk Haziq minum sahaja.

Selain daripada itu juga, Mami langsung tak faham tentang konsep penyusuan supply vs demand. Pada pandangan Mami, selagimana anak nak menyusu, selagi itu la susu akan ada. Mami mempunyai tanggapan yang salah tentang penghasilan susu di mana selepas bersalin susu akan terus melimpah-ruah, bila diperah akan keluar memancut2 seperti air hujan (hasil daripada pemerhatian Mami terhadap adik Mami yang mempunyai rezeki susu yang banyak). Kena makan banyak2 untuk menghasilkan susu yang banyak dan banyak lagi la 'ajaran sesat' yang Mami telah percaya selama itu. Nasib baik Mami terjumpa page ni di facebook. Biarpun agak terlambat (lepas habis pantang), dapat juga la Mami cedok serba sikit ilmu tentang penyusuan ni. Alhamdulillah, Mami semakin improve. Namun, semua itu takkan dapat mengundurkan balik masa untuk Mami mengulangi semula bagi memperbaiki kesilapan lalu.

Namun begitu, Mami tetap berbangga dengan pencapaian Mami & Haziq. Siapa sangka sehingga kini Haziq masih lagi dapat Mami susukan biarpun pada usianya sekarang 1 tahun 6 bulan (tahun hijrah). Alhamdulillah..Mami bersyukur kerana Allah masih murahkan rezeki susu Mami untuk Haziq, biarpun sekadar complimentary, yang penting susu Mami tetap mengalir di dalam tubuh Haziq setiap hari. Mami berharap & berdoa agar perjalanan penyusuan ini akan terus bekekalan hingga ke garisan penamat (2 tahun). Mudah2an..insya Allah..


Si Bujang bertuah yang amat bijak..gaya seorang 'abang' yang sedang buat 'homework'

p/s: Azam Mami utk 2nd pregnancy ialah mengumpul duit membeli breast pump Madela freestyle idaman & mempersiapkan diri dengan mencarigali sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan. Moga dipermudahkan..

shawqunnur.blogspot.com ®

Ujian di pagi hari..

Hari ini dalam sejarah semenjak menjadi ibu selama hampir 1thn setengah kali pertama perkara ini terjadi dalam hidup Mami. Berdepan dengan anak yang sakit sorang2 tanpa suami (Abi ketika ni sedang berkursus di Cherating, Pahang) dan kali pertama jugak Mami bawak sendiri Haziq ke klinik tanpa ditemani sesiapa.

Segalanya bermula pada pagi Ahad (16.6.2013) baru2 ni seawal jam 4.30 pagi dalam keadaan mamai2 Mami mendengar Haziq merengek2. Alah.. Haziq nak apa pulak pagi2 ni? Dalam pada mengantuk2, Mami peluk Haziq tenangkan dia supaya kembali terlena. Ye la..awal2 pagi hari minggu ni kalau boleh nak la tidur bangun lewat sikit daripada biasa..hihihi..

Tapi, tak sampai 10 minit, Haziq merengek2 lagi. Macam tak selesa. Mami raba bontot Haziq kot2 dah terbocor & buat Haziq tak selesa. Tapi kering je. Mami dakap lagi Haziq. Mami fikir Haziq mungkin kesejukan sebab kami tidur dalam aircond. Haziq kembali lena.

Dalam pada Mami nak terlelap, tiba2 Mami terdengar bunyi yang agak pelik daripada Haziq serentak dengan bau muntah. Alamak Haziq muntah!! Serta-merta Mami bingkas bangun, dudukkan Haziq sambil urut2 belakang Haziq yang dah mula menangis. Haziq muntah melambak2. Baju Mami, cadar, selimut semuanya terpalit muntah Haziq. Bila dah agak reda, Mami cempung Haziq ke bilik air. Sempat jugak pandang jam dinding masa tu dah hampir jam 5 pagi.  Haziq menangis menggigil2 menahan sejuk penangan mandi di awal pagi. Maklumlah..di bilik air rumah kami takde water heater. Terpaksa la jugak Mami siram Haziq dengan air sejuk macam tu. Kesian Haziq..maafkan Mami ye nak..

Selesai mandi, Mami balut Haziq dalam selimut, peluk sampai Haziq rasa selesa. Dalam pada dok berkira2 nak sambung tido, Haziq termuntah lagi untuk kali kedua. Alamak!!! Nasib baik kali ni Mami sempat tadah. Selamat la satu lagi blanket kena muntah Haziq.

 Kesian Haziq..lembik terus..

Mami berkira2 samada nak bagitau Abi atau tak sebab after all Abi akan balik hari ni. Tapi memandangkan Haziq dah muntah berkali2, maka akhirnya Mami ambik keputusan untuk inform Abi jugak tentang hal ni. Setelah berbincang dengan Abi dan selepas mengambil kira nasihat Opah (mak Mami) ditambah pula melihat kepada keadaan Haziq yang dah nampak pucat, maka Mami terus ambik keputusan untuk bawak Haziq pergi klinik saja sebab Mami takut Haziq dehydrated.

Dalam kereta, dalam perjalanan ke klinik. Diam tak terkutik langsung.

Destinasi pertama, Klinik Othman, malangnya masih tutup atau mungkin jugak klinik tu memang tak buka pada hari Ahad. Dalam kepala Mami dah tak boleh fikir klinik apa lagi yang terima patient pagi2 camni selain daripada emergency unit Klinik Kerajaan. Mami pun terus la menghala ke sana tetapi di pertengahan perjalanan, Mami ternampak ada satu klinik yang dah buka. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami. Tanpa berfikir panjang, Mami terus membelok ke perkarangan Klinik Dinar (klinik baru sebenarnya) dan hasil konsultasi dengan doctor, rupa2nya Haziq hanya mengalami masalah pencernaan & syukur Haziq jugak masih belum dehydated, Alhamdulillah.. Haziq hanya diberi ubat tahan muntah dan doctor suruh Mami monitor keadaan Haziq sehingga ke petang sebab sekiranya setelah makan ubat pun Haziq masih lagi muntah2, Haziq mungkin tak boleh tolerate dengan ubat tu dan Haziq perlu dirujuk ke mana2 hospital utk further treatment..Oh..Mami takut sangat kalau Haziq terpaksa warded..

 Lepas makan ubat baru Haziq boleh makan benda lain. Mami buatkan bubur, tapi Haziq hanya makan 3 4 sudu..

Alhamdulillah menjelang petang Haziq beransur sembuh. Walaupun Haziq masih taknak makan bubur nasik, tapi Haziq dah mula mintak makanan lain. Moga2 inilah kali pertama & terakhir Haziq sakit macam ni. Mami tak sanggup tengok keadaan Haziq yang lesu. Mami nak Haziq sentiasa sihat & ceria. Amin..mudah2an..





shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, June 14, 2013

Air tangan Mami#33

Sup Ayam Lobak Putih
(15bulan ++)

Bahan-bahan:
1 batang lobak putih
2-3 ketul (saiz sederhana) ayam
3-4 ulas bawang putih (mayang halus)
sedikit bawang besar (mayang halus)
2cm halia (ketuk)
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1-2 sudu besar minyak untuk menumis
Air secukupnya
Daun sup & daun bawang (hiasan)
secubit garam (optional) - Mami masih lagi mengekalkan masakan tanpa garam & perasa tiruan dalam makanan Haziq

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga hingga wangi. Masukkan bawang besar, halia dan bawang putih. Goreng hingga kekuningan.
  2. Masukkan air, ayam dan lobak putih. Renih sehingga ayam masak & lobak putih empuk.
  3. Perlahankan api, masukkan serbuk lada sulah. Biarkan 2-3 minit.
  4. Tutup api, taburkan daun sup & daun bawang. Siap.
shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, June 13, 2013

Tanda-tanda awal hamil

Berikut adalah tanda2 awal mengandung yang Mami collect daripada website ini . 16 daripada 24 tanda2 ni, adalah perkara yang Mami sedang hadapi sekarang. Aci dok kalo Mami cakap sekarang Mami just felt I'm preggy??? hohoho....moga2 Haziq akan dapat adik..amin...
  1. Sakit cik nipple
  2. Lemah & letih giler
  3. Takde usual PMS simptom
  4. Haus sangat2
  5. Sesekali rasa macam sharp pain kat ari2
  6. CM yang sentiasa ada
  7. Breasts membesar & rasa berat
  8. Lapor manjang
  9. Kuat kencing
  10. CM berubah daripada creamy kpd ala2 watery
  11. Ketidakhadaman & kentut2
  12. Badan rasa panas
  13. Sakit breast
  14. Spotting
  15. Sakit pinggang
  16. Perasaan macam tengah mengandung (instinct)
  17. Mual tapi tak muntah
  18. Sakit kepala
  19. Moody
  20. Tak sedap mulut
  21. Rasa nak 'bersama' je
  22. Hidung sensetip
  23. Mengantuk yang teramat sangat
  24. Perut sebu @ kembong

Rindu saat2 memboyot...
shawqunnur.blogspot.com ®

Air tangan Mami#32


Sup Cendawan Tiram
(14 bulan++)
Bahan-bahan:
1 mangkuk Cendawan tiram segar
2-3 ulas Bawang putih (mayang halus)
Sedikit Bawang besar (mayang halus)
1-2cm halia (diketuk)
1 sudu besar Serbuk Pati Ikan bilis (homemade)
1 inci Lobak merah
2 inci Batang seleri
1 biji tomato (sederhana)
Air secukupnya
1-2 sudu minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih & halia hingga wangi.
  2. Masukkan air, lobak merah, seleri, tomato, pati ikan bilis dan bahagian batang cendawan
    (bahagian batang cendawan agak liat, Mami masukkan lebih awal bagi melembutkannya & akan memudahkan Haziq makan sebab Haziq ni jenis yang tak suka mengunyah..huhuhuhu..)
  3. Renihkan sehingga lobak merah sedkit lembut. Masukkan pula cendawan (bahagian 'payung'). Masak sehingga cendawan lembut.
  4. tutup api & siap untuk dimakan.
p/s: Mak Mami pesan, bila masak cendawan, pastikan ianya dimasak betul2 sebab takut terjadi 'mabuk kulat'. Suatu ketika dulu, Abah Mami pernah terkena mabuk kulat. Pening2, muntah2 sampai lembik..kesian.. Lagi 1, cendawan ni jenis sayur yang sejuk. Sebab tula Mami lambat intro kat Haziq..ye la..takut jugak kot ade side effect kat Haziq if awal2 lagi dah selumber rock bagi makan cendawan ni.. (just my 2 cent...;)
shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, June 11, 2013

Irfan oh Irfan!!

Ingat tak, di entry ni Mami ada mentioned pasal Irfan.. So, hari ni Mami nak story sikit tentang anak bertuah yang sangat comel ini, Muhammad Irfan.
 Memiliki wajah persis ibunya menjadi penawar kerinduan kami semua terhadap arwah.

Irfan ialah anak saudara Mami sebelah Abi @ anak kepada adik Abi. Kisah Irfan ini sedikit tragis sebab Irfan sudah kehilangan kasih sayang ibunya pada usianya yang baru menginjak 1 tahun 12 hari. Cerita tentang ibu Irfan Mami pernah rakamkan di sini dan di sini. Sejak ketiadaan ibunya, Irfan tinggal dengan Opah & Atuk. Lumrah alam, anak yang kehilangan ibu (anak yatim) pastinya mendapat lebih perhatian. Semua orang sayang dan simpati dengan Irfan. Dengan kelebihan ini, Irfan membesar sebagai anak emas kepada semua orang. Dialah penawar, dialah racun.

Tidak dinafikan Irfan adalah seorang anak yang senang diurus. Cuma mungkin kerana Irfan ini anak yatim dan semakin membesar, maka adalah serba sedikit karenahnya yang seringkali menguji kesabaran penjaga2nya. Apa2 pun, bagi Mami, Irfan adalah seorang yang penyayang, sangat manja & sensitif (kuat merajuk). 
 

Irfan membahasakan dirinya sebagai 'Abang' jika bermain bersama-sama dengan Haziq. Jika moodnya bagus, Irfan akan melayan Haziq dengan baik sekali. Memboncengkan Haziq naik basikal sama2, peluk2 & sayang2, berkongsi mainan, makan suap-menyuap sehingga menjadikan Mami seringkali terasa ingin menitiskan air mata terharu melihat keakraban mereka.

Irfan, Mami sayang Irfan sama macam Mami sayangkan Haziq. Walaupun ibu Irfan dah tak ada lagi, tapi Irfan ada Mami. Insya Allah, Mami akan berusaha menjadi Mami yang terbaik untuk Irfan. Mudah2an Irfan akan menjadi anak yang soleh, bijak & berakhlak yang terpuji. Amin


shawqunnur.blogspot.com ®

Akhirnya umpan dah mengena!!

Tolong jangan keliru ye. sebenarnya entry ni khas untuk luahan geram Mami kepada 'Cik Ti' yang dah 3 4 bulan dok bermaharajalela dalam rumah kami, merosakkan harta benda kami, mengotorkan rumah kami & mencemarkan makanan & udara dalam rumah kami selama ini.

Sebelum ni Mami selalu nampak Cik Ti berkejaran di luar tingkap dapur je. Nak dijadikan cerita satu hari tu salah satu cermin tingkap dapur pecah dan Cik Ti yang selama ni dok terjenguk2 je dari luar dapat la peluang baik punya untuk 'menawan' rumah kami.

Mami mula menyedari kehadiran Cik Ti ni bila satu pagi tu Mami tercium bau yang amat busuk dan meloyakan di dapur. Puas mami cari dari mana datangnya bau busuk tu tapi tak jumpa. Kemudian ada pulak najis2 yang menggelikan bertaburan di atas kabinet dapur Mami. Mami yakin sangat semua itu adalah 'kerja' Cik Ti. Bermula saat itu Mami 'isytiharkan perang' terhadap Cik Ti.

Bermula dengan mencari 'sarang'nya & cuba menabur racun. Tapi Cik Ti ni sangat licik & agak panjang umurnya. Biarpun racun yang Mami umpan telah habis dimakan, tapi Cik Ti masih hidup malah kian mengganas. Inilah menjadikan Mami semakin geram. Akhirnya kami cuba dengan cara perangkap pula. Seminggu jugak la perangkap tu terbiar langsung tidak mengena. Tapi akhirnya saat yang ditunggu2 telah pun muncul pagi tadi.


 Inilah tangkapan yang lumayan tu..
'Mengucaplah' kamu wahai Cik Ti..sebentar lagi kamu akan dihukum rejam sampai mati.

Hah...puas hati Mami!! Dendam Mami dah berbalas!! Moga2 lepas ni tak ada lagi Cik Ti yang berani nak masuk menghuni istana hinggap kami. Sayonara Cik Ti....muahahahahahhahahaha!!

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, June 10, 2013

Berkelah!!

Malam hari minggu lepas, buat kesekian kalinya rumah kami menerima tetamu dari keluarga besar abang Mami @ Abi (jangan confuse ok..sejak abang Mami kawen & dapat anak, kami semua terus panggilnya Abi..kehkehkeh..) Semua ada, kecuali Along yang dah pon balik ke asrama petang Khamis lepas. Meriah sangat dengan kehadiran anak-anak Abi yang 5 orang tu. Macam tongkang pecah jadinya rumah Mami..wahahhahahah..tapi Mami tak kesah pon..sesekali berkumpul ramai2 begini memang syok habis.. Sayangnya Abah (Tokwan) tak sihat masa anak cucu dom riuh rendah tu...Sian Abah...

Haziq yang selama ni 'keseorangan' di rumah bukan main hepi lagi bila dapat kawan sampai dah tak kisah nak nenen pon. Main bergelak ketawa ikut abang & kakak2. Berlari ke depan, ke belakang, melompat2 atas katil, atas sofa..mengekek je ketawa..seronok sangat!!
Dah boleh geng dengan Abang Ilham..Ilham ni cool sikit kalo nak bandingkan dengan Irfan. (Nanti dekat entry lain Mami akan ceritakan pasal Irfan pulak ye..hiihihi.) Dengan Ilham, Haziq ok je..boleh main sama2 & takde gaduh2..good boys gitu...


Penuh satu meja lauk pauk hidangan makan malam kami. Semuanya Mami & Opah masak sendiri except ikan siakap 3 rasa & sup bayam cendawan je yang Abi bawak dari rumah.
Meriah betul la malam tu..semua makan sampai so'oh perut..kahkahkah..

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, June 3, 2013

Like father like son!!




Persamaan mereka..
2 LELAKI dalam hidup Mami sedang tido sambil peluk panda bear..comel kan???


shawqunnur.blogspot.com ®

Selamat tinggal Adik @ Mak Usu & Selamat belajar..

Adik Mami @ Mak Usu Haziq dapat tawaran further study di UNIMAS Sarawak, foundation Biological Sc. selama 2 semester & insya Allah jika ada rezeki akan terus further lagi 5 tahun untuk degree in Medic. Alhamdulullah...mudah2an Adik berjaya menjadi seorang doktor kelak.

Mami sungguh berbangga memiliki adik sepertinya. Bagi Mami, Adik adalah anak yang paling 'bijak' dalam family kami jika diukur dengan keputusan exam yang diperolehinya selama ini. Mana taknya, UPSR Adik dapat 5A, PMR pon straight 9A, SPM dapat pulak 6A 3B..power le tu kan... kalo nak dibandingkan dengan result abang2 & kakak2nye ni..hihihihihi... (Mami memang tak pandai sangat, sekadar boooleh la..dapat masuk U, dapat degree jugak)

 Lagi 1 yang Mami bangga dengan Adik ialah adik pilih jurusan ni bukan sebab dia suka sgt sebenarnya, tapi sekadar nak mengenang budi Mak & Abah, lebih2 lagi Abah yang nak sangat Adik jadi doktor. Alhamdulillah Adik tak membantah. Moga2 berkat daripada sikap 'mendengar kata'nya, Adik akan berjaya.

'Rombongan' menghantar Adik ke airport.

shawqunnur.blogspot.com ®