Friday, April 12, 2013

Air tangan Mami#22


Sawi Keriting Lemak Putih
(9bulan ++)

Bahan-bahan:
1 cawan sawi keriting (potong kecil2)
1 mangkuk Santan (sederhana pekat)
Sedikit bawang besar
2-3 sudu besar ikan bilis (ditumbuk halus)
1/2 ketul tofu lembut

Cara Penyediaan:
  1. Satukan bawang, ikan bilis dan santan di dalam periuk, masak di atas api yang sederhana.
  2. Sentiasa kacau agar santan tak meruap.
  3. Bila dah mendidih, masukkan sawi dan tofu lembut. masak seketika atau sehingga mendidih lagi sekali. Siap.

shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.