Friday, April 5, 2013

Jalan2 cari makan

Salah satu aktiviti yang boleh dikatakan selalu jugak la yang kami akan buat bila balik kampung ialah lepak2 kat Lembah Sg. Perak sambil makan laksa & ABC. Bukan apa, kalau dah pergi ke Kuala Kangsar tu, rasa macam tak sah pulak kalo tak pekena laksa & ABC kat tepi Sg. Perak tu. Etceli dah banyak kali kot makan2 & jalan2 kat situ, tapi baru kali ni entry tentang hal ni berjaya dihasilkan..wakakakakak..

Bukan kerana kat sini (tempat kami tinggal sekarang) takde laksa..ada..bahkan Mami jugak boleh & pandai masak laksa. Cuma bila di Kuala Kangsar, laksanya berbeza sebab laksanya diperbuat daripada tepung gandum dan kuahnya cair berbanding laksa Penang yang diperbuat daripada beras dengan kuahnya yang pekat kaya dengan isi ikan..perghhhh..tiba2 Mami telan air liur..huk aloh!!

Gambar kat bawah ni adalah kedai/warung singgahan kami dalam perjalan balik ke rumah selepas menghadiri kenduri kawin dua pupu Mami semasa kami balik kampung baru2 ni. Dok cari2 jugak nama kedai ni, tapi tak jumpa pulak. Tapi apa2pun, bagi Mami Laksa kat kedai ni best & boleh ulang makan lagi la. ABC dah habis..x sempat nak rasa..huhuhu..




Kalau ada sapa2 teringin nak try, lokasi kedai ni di Jalan Temenggong, Kuala Kangsar. Kedainya terletak di corner jalan sederetan dengan kedai2 kraftangan.





shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.