Monday, April 15, 2013

Air tangan Mami#25


'Burger' sihat
(10bulan++)

Bahan-bahan:
1 cawan tepung atta
2 inci lobak merah (parut/potong halus)
sedikit Daun bawang
2 sudu besar unsalted butter (cairkan)
Air secukupnya
2-3 sudu besar homemade pati ikan bilis
1 biji telur
1-2 keping keju

Cara Penyediaan:
  1. Dalam satu mangkuk, gaul rata tepung atta bersama2 dengan lobak merah dan daun bawang.Pecahkan telur, masukkan butter cair dan pati ikan bilis, gaul sebati.
  2. Campurkan air kacau sehingga adunan menjadi sederhana cair.
  3. Tuangkan adunan di atas kuali leper yang telah panas, ratakan adunan. (Ketebalan mestilah tak melebihi 1cm)
  4. Masak sehingga kedua2 bahagian lempeng kecoklatan.
  5. Semasa masih panas, potong lempeng kepada 4 bahagian. Letakkan keju di atasnya & lapiskan dengan 1 bahagian lempeng lain. Suhu lempeng yang masih panas akan membuatkan kepingan keju mencair dan nampak so yummy!!!
p/s: Cara membuat pati ikan bilis ialah:-
  1. Rendam ikan bilis yang telah dibersihkan selama 10-15 minit.
  2. Sejatkan seketika & goreng tanpa minyak (sangai) sehingga betul2 kering. Sejukkan seketika.
  3. Kisar halus dan simpan dalam bekas kedap udara. Lebih bagus jika disimpan di dalam peti sejuk untuk jangkahayat yang lebih lama.
shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.