Bak kata nenek (Ateh Juriah), "patut la kulit Haziq cantik, suka makan sayur & buah rupanya"..hihihih..kembangnye hati Mami mendengar pujian ikhlas tu.. Yela..dah ramai sangat yang Mami jumpa budak2 yang tak suka sayur & buah. Alhamdulillah sehingga kini anak Mami masih suka makan sayur & buah. Mami nak share tips bagaimana untuk bantu anak suka makan sayur/buah:-
- Puri sayur & buah adalah makanan pertama yang mesti di perkenalkan kepada anak apabila telah tiba saat yang sesuai untuk anak makan solid food, bukan cerelac/nestum/apa2 makan bayi yg segera.
- Pastikan dalam menu harian anak ada 3-4 hidangan sayur dan buah.
- Bekalkan sayur/buah untuk anak jika makan di luar atau bertandang ke rumah kawan2/sedara mara.
- 'Upah' anak dengan sayur/buah semasa ibu sibuk membuat kerja rumah.
- Jangan bagi keropok etc sebagai jajan untuk anak, sebaliknya bagi anak sayur/buah.
- Berkongsi sayur/buah dengan anak, makan sama2.
- Pelbagaikan resepi sayur dan buah supaya menarik.
- Potong sayur dan buah dengan bentuk2 yang memudahkan anak pegang & menaraik agar seronok dimakan.
- Elakkan daripada memberi anak sayur/buah yang berasa pahit/kelat, cth sayur sawi & peria.
Inilah dia pecinta sayur & buah..Si comel yang gebuuuuus
Sedapnya brokoli ni!!!
Brokoli di tangan belum habis lagi makan, dah nak..nak..nak...
Haish...Mami & Abi pon nak jugak tau..hihhii..
Haish...Mami & Abi pon nak jugak tau..hihhii..
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.