Konon-kononnye Mami just prepare biskut awal2 buat bekal untuk pegi trip this coming Sunday, tapi nampak gayanya Mami kena buat lagi la..Haziq really loves this biscuit..Baru dok tengah canai, belum bakar lagi dah nak makan. Bila dah masak pulak, memang tak berenti makannya sampai banyak ni aje yang Mami boleh simpan. Takpelah Haziq..Mami ada masa lagi 3 hari untuk buatkan haziq biskut lagi. Haziq suka kan??? Nanti Mami buat banyak2 lagi tau..hihihihi..
Biskut Anak-Anak
(8bulan++)
Bahan-bahan:-
2 1/2 cawan tepung Atta
100gm unsalted butter
1 cawan Susu tepung
1/2 cawan kismis (cincang)
1biji telur gred A
Cara penyediaan:-
- Pukul telur bersama unsalted butter yang dicairkan, masukkan tepung atta, susu tepung & kismis. adunkan sehingga semuanya sebati dan membentuk bebola doh.
- Canaikan adunan setebal 0.5cm, bentukkan & bakar di dalam oven selama 5 minit.
P/s: Oven Mami oven jenis murah je, takde temperature indicator..huhuhu..
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.