Solat fardhu jangan dilupa, solat sunat terus diamali
sebagai penyegar mekar ceria
Bacalah alQuran setiap hari
biarpun sebaris cuma
kerana itulah pendinding diri
jika kita ingat sahabat
maka sahabat akan ingat kita
jika kita terlupakan dia
maka kita dilupai
jika kita sentiasa ingat Allah
Maka rahmat dan Kemanisan anugerahNYA pasti milik kita. insyaallah...
tapi jika kita lalai dan terlalai
maka jiwa akan resah, hati kan sunyi.
Kejarlah taman2 raudah
semasa kita semua masih ada tangan dan kaki
jangan ceritakan alasan
tapi fikirkan siapakah sebenarnya yang rugi
Tepuk dada tanyalah iman
kerana Tuhan sebenarnya menguji
kesetian kita tika di duniawi
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.