Thursday, April 4, 2013

Natural remedy vs Allopathy

Mami adalah penghidap tonsilitis yang agak kronik sejak usia 5 tahun dan hampir setiap bulan Mami akan mengalami demam panas kerana tonsil yang membengkak & ianya amatlah menyakitkan. Seawal 5 tahun juga pelbagai ubat penahan sakit & antibiotik telah menjadi teman rapat Mami setiap kali tonsilitis menyerang. Selama lebih 10 tahun Mami bergantung sepenuhnya dengan ubat-ubatan allopathy sehinggakan doktor yang merawat Mami jadi buntu untuk prescribe ubat apakah lagi yang paling sesuai kepada Mami memandangkan penyakit Mami tak pernah sembuh. Sehinggalah pada suatu hari Mami terbaca di dalam 1 artikel bahawa kebergantungan kepada pil tahan sakit seperti mefanamic acid akan menipiskan perut sehingga boleh menyebabkan ulser!! Wa na'uzubillahiminzalik! Starting from that, Mami seboleh2nya akan mengelakkan diri daripada sebarang ubatan klinik bilamana mami jatuh sakit dengan mengaplikasi kaedah natural remedi sebagai gantian ubatan klinik. Contohnya, Mami akan makan aiskrim sebanyak mungkin apabila diserang tonsil dan Alhamdulillah ianya memberi impak yang sangat +ve.

Berbalik kepada cerita tentang natural remedi, akhir2 ini ramai orang mula menyedari tentang kesan -ve hasil daripada kebergantungan kepada ubatan (allopathy) tertentu di dalam merawat sesuatu penyakit, terutama bagi ibu2 muda yang pastinya inginkan yang terbaik untuk setiap anaknya. Maka timbullah pelbagai method dan kaedah yang kini digunapakai sebagai cara untuk replace perubatan allopathy. Tidak dinafikan, kedua2 kaedah rawatan ini pastinya ada kebaikan dan keburukan tersendiri. Contohnya:-

Natural Remedi
Allopathy
Proses penyembuhan yang lebih lama
Proses penyembuhan singkat
Pengamal harus ‘berilmu’ sebelum mencuba kaedah tertentu
Cukup sekadar berkonsultasi dengan doctor yang diketahui kepakaran mereka
Lebih murah dan alami
Mahal dan mengandungi bahan sintetik
Tahap penyakit hanya boleh dinilai dengan mata kasar pengamal
Tahap penyakit boleh disaring dengan ujian2 tertentu oleh doktor yang bertauliah
Sesuai untuk merawat penyakit2 yang berisiko rendah
Mampu untuk merawat semua jenis penyakit
Unsur halal 100% diyakini
Hanya mampu bersangka baik bahawa setiap ubatan adalah halal & harus diambil

Bagi Mami, kedua2 kaedah rawatan ini tetap menjadi pilihan Mami bergantung kepada situasi. Yang paling penting, apa jua kaedah yang dipilih mesti:-
  1. Selalu ingat kuasa Zat penyembuhan itu milik Allah SWT &  kita hanya berusaha dengan menumpang khasiat tertentu daripada bahan yang Allah SWT ciptakan.
  2. Amalan berdasarkan ilmu & pengalaman, bukan sekadar ikut-ikutan.
  3. Bersederhana, maksudnya tidak terlalu rigid atau obses dengan satu kaedah sahaja sehingga menyebabkan pihak lain (yang sakit) mungkin teraniaya dek kerana pengamalnya terlalu berpegang teguh kepada prinsip dirinya sehinggakan pihak yang sakit tidak dirawat dengan sempurna. 



shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.