Tuesday, April 16, 2013

Bicara manusia, malaikat & syaitan!!

Pada waktu pagi...
Manusia : Eh, dah subuh dah?
Malaikat : bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan : Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Masa sarapan..
Manusia : Nak makan, laparlah ??
Malaikat : Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan : Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .
Sedang bersiap nak pergi kerja..
Manusia : Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat : Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan : Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Sebelum ke pejabat..
Manusia : Alamak, dah lewat!
Malaikat : Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan : Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Lepas lunch
Manusia : Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat : Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan : Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Rilek2 tengok TV..
Manusia : Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat : Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui ! Syaitan : Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Keluar jalan-jalan..
Manusia : Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat : Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan : Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Lepak2 dengan kawan..
Manusia : Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat : Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan : Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Semasa bersendirian..
Manusia : aku telah berdosa..
Malaikat : Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan : Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)
Keluar berseronokManusia : Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat : Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu
Syaitan : Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Balik rumah nak tidur..Manusia : Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat : Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan : Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.