Selamat pengantin baru Kapt Fizwan & isteri..
Cuti sekolah sinonim dengan kenduri kawen. Sana sini orang kawen. Kalo pergi jalan2 kat kawasan kampung @ pinggir bandar pasti akan terlihat banyak mini signboard arah ke rumah pengantin dan tiang2 bunga manggar di jalanan.
Minggu lepas semasa kami sekeluarga balik kampung, kami hadiri 2 majlis kenduri kawen. Satu kenduri kawen sedara-mara sebelah Mami & 1 lagi sedara mara di sebelah Abi. Alhamdulillah terlepas satu tuntutan kepada kami untuk memenuhi undangan.
Jom Mami cerita sikit tentang apa hukumnya memenuhi undangan kenduri kawen.
Dalam Islam, menghadiri majlis kenduri kawen adalah satu kewajipan. Berdasarkan hadith Rasulullah SAW:-
"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya." (HR Al-Bukhari & Muslim)
"Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya." (HR Imam Muslim)
Para ulama' kemudian menghuraikan bahawa kenduri terbahagi kepada 2 jenis, iaitu kenduri kawen dan kenduri/jamuan kesyukuran. Memenuhi undangan kenduri kawen adalah fardu ain, iaitu WAJIB ke atas setiap individu yang diundang. Namun begitu, para ulama' kemudian berpandangan bahawa hukum wajib itu tertakluk kepada syarat-syarat tertentu:-
- Yang menjemput itu mestilah orang Islam
- Jemputan tidak dibeza2kan dari segi kedudukan & pangkat, miskin @ kaya maknanya 'pukul rata' je.
- Mesti dapat jemputan khusus. Dalam situasi sekarang, biasanya orang bagi kad jemputan & dalam kad tu ada tertulis nama kita, atau jika tanpa kad, orang yang menjemput tu secara personally berjumpa dengan kita menyatakan undangannya @ dia mewakilkan sesiapa untuk menjemput kita. Oleh itu, jemputan berbentuk iklan (secara umum) tidak termasuk dalam kategori ini.
- Diketahui sumber wang untuk belanja buat kenduri tu adalah dari sumber yang halal.
- Majlis tu takde unsur2 kemungkaran, cth: karaoke, tari menari..
- Majlis tu diyakini aman & selamat utk para jemputan, tiada ancaman bom, pengganas etc..
- Tiada jemputan lain yang patut didahulukan.
- Tiada sebarang keuzuran yang boleh menghalang untuk hadir.
Wallau'alam.
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.