Sunday, April 14, 2013

Air tangan Mami#24


Baby Potato Wedges
(9 bulan++)
pssst...tengok tangan kecik tu. Dah tak sabar nak mamam gayanya....hihiihi..


Bahan-bahan:
1 biji Ubi kentang (sederhana)
1 biji telur ayam (pukul)
Sedikit Tepung Atta
1 sudu teh serbuk kunyit
minyak masak secukupnya

Cara Penyediaan:
  1. Kupas kulit kentang dan potong baji. Kukus kentang sehingga lembut.
  2. Campurkan serbuk kunyit ke dalam tepung atta.
  3. Gaulkan kentang yang telah lembut ke dalam campuran tepung atta.
  4. Celupkan kentang ke dalam telur, golek2kan ke dalam tepung dan goreng sehingga keperangan.
  5. Siap untuk dihidang.

shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.